Assalamualaikum dan selamat sejahtera, penulisan jurnal pada kali ini diteruskan untuk terakhir kali. Jurnal kali ini merangkumi teori Psikoanalisis berdasarkan video yang telah pun ditayangkan sewaktu kuliah,kuiz personaliti Myers Briggs Type Indicator (MBTI) dan juga Big Five Personality test.Saya tidak berkesempatan untuk mengikuti kuliah pada minggu ini kerana turut sama terlibat dalam latihan penutup Ihya' Ramadhan. Namun, nyata ini bukan suatu alasan untuk saya berlepas diri daripada menyiapkan tugasan jurnal.
Personaliti merupakan kombinasi antara emosi,sikap dan corak tingkah laku bagi setiap individu. Melalui video type A/B personaliti, saya mendapati bahawa saya memiliki personaliti jenis A. Seperti yang kita semua ketahui personaliti jenis A mempunyai risiko untuk mendapat masalah jantung. Seorang yang mempunyai personaliti ini lebih mudah untuk merasa stress.Mengapa ? Mungkin kerana orang yang mempunyai personaliti seperti saya merasakan masa itu suatu yang sangat penting. Oleh kerana itu, setiap kerja yang dilakukan perlu disiapkan dengan segera supaya dapat memudahkan aktiviti harian yang lain. Personaliti ini juga merangkumi sikap yang mementingkan susunan atur kerja yang sistematik.Tidak semua perkara yang dikatakan dalam personaliti ini sama sekali bersesuaian dengan sikap dalam diri saya. Ianya bergantung kepada cara saya mengendalikan sesuatu perkara.
Melalui kuiz personality MBTI Cognitive Style Inventory, saya telah memilih empat jenis keadaan yang menggambarkan siapa saya mengikut ciri – ciri yang telah dihuraikan satu persatu.Setiap keadaan ini mempunyai satu keadaan yang berlawanan antara satu sama lain seperti Extraverted vs Introverted, Sensing vs Intuiting,Thinking vs Feeling, Judging vs Perceiving.Melalui huraian bagi setiap keadaan tersebut saya telah memilih ESTP daripada 16 personaliti yang berbeza. Analisa melalui 4 jenis keadaan mendapati bahawa saya sebagai The Doer yang menjelaskan :
"For ESTPs the dominant quality in their lives is their enthusiastic attention to the outer world of hands-on and real-life experiences. ESTPs are excited by continuous involvement in new activities and in the pursuit of new challenges. ESTPs tend to be logical and analytical in their approach to life, and they have an acute sense of how objects, events, and people in the world work. ESTPs are typically energetic and adaptable realists, who prefer to experience and accept life rather than to judge or organize it. "
Pada pendapat saya, huraian bagi kategori personaliti ESTP ini mempunyai persamaan dengan personaliti yang membawa kepada siapa saya sekarang ini. Saya suka menanamkan sikap dalam diri saya supaya bersemangat dalam menempuh apa jua perkara yang mendatang dalam kehidupan. Ini tidak meliputi dalam aspek akademik sahaja akan tetapi dari segi pengalaman – pengalaman luar yang saya kutip sepanjang perjalanan kehidupan saya. Saya cuba untuk menikmati setiap waktu yang saya tempuhi meskipun berdepan dengan perkara – perkara yang mencabar dalam kehidupan seharian. Saya mementingkan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara.Dalam menjalani kehidupan seharian, setiap sesuatu yang datang pada saya,saya telah menetapkan dalam minda saya perkara tersebut merupakan suatu ujian untuk menguji keimanan, kesabaran serta kekuatan saya menghadapinya.
Seorang yang Extraverted merupakan seorang yang bertindak terlebih dahulu sebelum berfikir panjang. Selain itu, orang yang di dalam kategori sikap ini juga menjadi bermotivasi melalui inspirasi daripada orang sekeliling dan dunia luar.Seorang yang extraverted juga menikmati kepelbagaian dalam hubungan antara manusia. Seorang yang mempunyai karakter sensing merupakan seorang yang wujud dalam keadaan sekarang yakni mindanya lebih memberi fokus kepada apa yang di jalani pada waktu sekarang berbanding pada masa akan datang.Kategori ini juga mudah mengambil pengalaman yang lepas dan dapat mempelajarinya daripada pengalaman tersebut. Bagi karakter thinking, kategori ini menggunakan logik akal dan fakta bagi membuat keputusan.Selain itu, mereka yang di dalam kategori ini dapat mencari makna tujuan ataupun objektif dalam sesuatu perkara dengan mudah dan dapat melakukan analisa kritikal melalui pemikiran kritikal.Konflik dalam perhubungan tidak kira antara keluarga,sahabat dianggap sebagai norma kehidupan yang biasa yang perlu diharungi.Bagi karakter perceiving, mereka yang di dalam kategori ini lebih mudah untuk melakukan sesuatu perkara tanpa mempunyai sebarang perancangan terlebih dahulu.Selain itu, mereka juga dapat melakukan pelbagai jenis tugasan dalam suatu masa. Ini sangat benar,terutama sekali apabila saya kesuntukan masa dan saya boleh menyelesaikan pelbagai perkara dalam suatu masa. Nyata sekali, mereka yang dalam kategori ini juga, dapat bekerja dengan lebih efektif pada akhir waktu. Perkara ini jelas sekali terutama dalam akademik apabila hampir kepada minggu peperiksaan,di akhir – akhir hari menjelang peperiksaan barulah saya akan memulakan ulangkaji pelajaran. Perkara ini sudah tentu banyak memberi kemudharatan daripada kemaslahatan.
Seterusnya bagi ujian Big Five Personality,saya telah mendapat markah yang tinggi dalam kategori conscientiousness. Menurut jawapan kepada personaliti ini menerangkan :
"tendency to show self-discipline, act dutifully, and aim for achievement against measures or outside expectations. Preference for planned rather than spontaneous behavior."
Melalui carian google, saya telah mendapatkan penjelasan yang lebih mengenai personaliti ini.Pada pendapat saya,ciri – ciri personaliti juga bersesuaian dengan diri saya. Jika dalam terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan, saya suka menyenaraikan perkara tersebut dan meletakkan keutamaan ke atas perkara yang lebih penting untuk dilakukan terlebih dahulu.
"People who score high on the trait of conscientiousness tend to be more organized and less cluttered in their homes and offices. For example, their books tend to be neatly shelved in alphabetical order, or categorized by topic, rather than scattered around the room. Their clothes tend to be folded and arranged in drawers or closets instead of lying on the floor. The presence of planners and to-do lists are also signs of conscientiousness. Their homes tend to have better lighting than the homes of people who are low on this trait.
Conscientiousness is related to successful academic performance in students. Low levels of conscientiousness are strongly associated with procrastination. A considerable amount of research indicates that conscientiousness is one of the best predictors of performance in the workplace. and indeed that after general mental ability is taken into account, the other four of the Big Five personality traits do not aid in predicting career success. Conscientious employees are generally more reliable, more motivated, and harder working. Furthermore, conscientiousness is the only personality trait that correlates with performance across all categories of jobs. However, agreeableness and emotional stability may also be important, particularly in jobs that involve a significant amount of social interaction. "
Akhir kata, tidak kira personaliti apa yang kita bawa kita mestilah berusaha untuk memperbaiki diri dan menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Setiap hari kita mestilah memperbetulkan niat dan berubah kearah kebaikan. Sekian terima kasih dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin !
No comments:
Post a Comment