Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Kelmarin 24 Ogos 2011, merupakan kuliah yang kali keenam saya hadiri dan juga merupakan kuliah terakhir bagi kami pelajar tahun dua perubatan diberi peluang untuk membuat journal. Saya agak terkilan apabila saya masuk dewan kuliah dan dan DR.Zamri menyatakan bahawa minggu ini tiada kuliah tapi digantikan dengan tugasan-tugasan tertentu. Di sini saya boleh melihat keunikan cara pengajaran DR.Zamri lain dari yang lain,kerana beliau menyelitkan sesi quiz, video dan macam-macam lagi bagi meningkatkan taraf pembelajaran kami disini. Ini kali pertama saya didedahkan pembelajaran begini kerana sebelum ini hanya kuliah dijalankan sepanjang masa pembelajaran, dan hal ini ternyata sangat bersesuaian kerana apa yang boleh saya lihat ramai yang mengambil tempat dalam pertandingan quiz yang diadakan. Kalau dibandingkan dengan kuliah sahaja yang dijalankan bagi kursus ZT ini, semua pelajar akan cepat bosan dengan suasana tersebut akan menyebabkan hilang fokus serta mengantuk..
Terdapat tiga tugasan yang harus kami laksanakan hari ini, yang pertama ialah baca slide dan teks mengenai Psychoanalytic theory. Dr. zamri menyuruh kami untuk mendengar dan menonton klip video pertama yang ditayangkan pada permulaan kuliah ini dilansungkan. Sejurus itu, daripada klip video tersebut kaitkan apa yang terdapat dalam video tersebut dengan teori. Menurut video ini, dia menceritakan bagaimana sewaktu dia kecil, dia memikirkan bahawa kehidupan ini adalah sesuatu yang indah, hebat dan tiada sebarang kesalahan mahupun cabaran yang harus ditempuhi. Namun begitu, apabila dia membesar, dia akhirnya mempunyai permikiran yang berbeza berbanding dengan zaman kanak-kanaknya. Dia mula melihat masa depannya dan masa sekarang dengan realiti hidup bukan sekadar berangan-angan mengenai kehidupan yang diingini. Kita seharusnya tahu bahawa tiada benda sempurna yang mampu kita capai, kita hanya mampu merancang hanya Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya.Sebagai contoh, kita kadang-kadang terasa yang tiada seorang pun yang mahu berkawan dengan kita sebagaimana kita mahu berkawan dengan dia. Hal ini selalu berlaku dalam kehidupan kita, perkara sebegini tidak harus dirunsingkan kerana kawan juga merupakan salah satu jodoh kita didunia ini, mungkin ada sebab dan erti sebaliknya kita tidak ditentukan berkawan dengan seseorang tersebut. Selain itu juga, video itu juga menyatakan bahawa bukan semua benda yang kita inginkan dan idamkan dapat kita capai mengikut kemahuan kita.Ini adalah lumrah hidup, Dia juga merasai perasaan apabila ditinggalkan, diabaikan, ditipu dan juga dipermainkan. Dia juga belajar bahawa setiap perkara tidak semestinya mempunyai pengakhiran yang baik. Namun begitu, walau banyak mana sekali pun cabaran yang harus ditempuhi, dia tetap cekal dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Jika seseorang itu tidak mahu berkawan dengannya, maka dia akan mencari orang lain utuk dijadikan kawan.Kawan bukan seorang, ramai boleh dijadikan kawan kalau dia jenis yang baik,peramah,dan mesra. Apa yang saya baca, menurut Sigmund Freud, psikoanalisis merupakan psikologi ketidak-sedaran, perhatian-perhatiannya tertuju ke arah bidang-bidang motivasi, emosi, konflik, simpton-simpton neurotik, mimpi-mimpi, memori pada masa silam dan sifat-sifat karakter. Selain, beliau juga mengatakan bahawa tingkah laku diketahui sering ditentukan oleh faktor-faktor tak sadar. Selain itu, perkembangan pada masa kanak-kanak memiliki pengaruh yang kuat terhadap kepribadian di masa dewasa. Melalui video, apa yang boleh saya kaitkan dengan Teori Psychoanalytic ialah semasa kita kanak-kanak, kita sering membayangkan bahawa kehidupan orang dewasa ini best, seronok tanpa sebarang masalah. Namun, kalau kita dapat dilihat dengan teliti, apabila kita mula meningkat dewasa, kita mula mengetahui tentang erti kehidupan yang sebenarnya. Kita akan melalui pengalaman yang tidak dapat kita duga, sama ada pengalaman pahit atau manis yang cukup memberi pengajaran dalam kehidupan kita. Pengalaman-pengalaman yang kita hadapi dalam kehidupan kita ini tanpa disedari merubah personality diri sendiri sedikit demi sedikit.
Kuliah diteruskan lagi dengan tugasan yang kedua iaitu menjawab soal selidik MBTI iaitu Myers Briggs Type Indicator. Dengan menjawab soal selidik ini, saya dapat mengetahui personaliti diri sendiri. Sebelum itu, saya ingin menjelaskan sedikit apa yang dimaksudkan dengan MBTI, mengikut pembacaan saya. Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) merupakan sebuah kuesioner yang didesign untuk mengukur preferensi psikologis tentang bagaimana seseorang memahami dunia dan membuat keputusan. Kuesioner ini didesain oleh dua orang yang kebetulan Ibu dan Anak saat Perang Dunia II berkecamuk. Ujian ini mulanya dibuat untuk menolong kaum perempuan dalam memasuki dunia kerja. Ujian ini bermaksud melihat preferensi seseorang, jadi bukan bersifat mutlak.
Sebagai contoh, kita dapat menulis dengan kedua tangan kita, tapi kita tidak mungkin menggunakan keduanya sekaligus untuk menulis. Cukuplah kita menggunakan salah satunya untuk menulis. Tes ini sangat berguna bagi para atasan untuk memberdayakan potensi bawahannya. Bagi bawahan, tes ini juga bisa dipakai untuk memahami dirinya sendiri sehingga bisa mengembangkan diri lebih lanjut. Selain itu, tak ada salahnya bawahan dapat lebih memahami atasannya sehingga pola komunikasinya dapat berjalan lebih tepat.
Sebagai contoh, kita dapat menulis dengan kedua tangan kita, tapi kita tidak mungkin menggunakan keduanya sekaligus untuk menulis. Cukuplah kita menggunakan salah satunya untuk menulis. Tes ini sangat berguna bagi para atasan untuk memberdayakan potensi bawahannya. Bagi bawahan, tes ini juga bisa dipakai untuk memahami dirinya sendiri sehingga bisa mengembangkan diri lebih lanjut. Selain itu, tak ada salahnya bawahan dapat lebih memahami atasannya sehingga pola komunikasinya dapat berjalan lebih tepat.
MBTI membahagikan perwatakkan manusia kepada 16 jenis. Salah satu adalah perwatakan anda dan salah satu adalah perwatakan yang amat sesuai serta amat memahami anda. Terdapat 4 aksara yang mewakili perwatakan anda.
Pada aksara pertama – E atau I (Extraversion/Introversion)
Extraversion adalah perwatakan manusia yang suka menonjolkan perbuatan. Suka bercakap, mengkritik, memberi pendapat, suka bertindak dahulu dan sebagainya. Introversion adalah perwatakan lebih kepada mendiamkan diri. Tidak suka memulakan sesuatu perbuatan dan hanya bertindak balas.
Extraversion adalah perwatakan manusia yang suka menonjolkan perbuatan. Suka bercakap, mengkritik, memberi pendapat, suka bertindak dahulu dan sebagainya. Introversion adalah perwatakan lebih kepada mendiamkan diri. Tidak suka memulakan sesuatu perbuatan dan hanya bertindak balas.
Jika anda seorang yang mempunyai perwatakan I, adalah seelok-eloknya jauhkan diri daripada mereka yang mempunyai perwatakan E. Anda mungkin kena buli! Anda mungkin hidup makan hati berulam jantung.
Jika anda seorang E, pastikan pasangan anda bukan I. Anda akan hidup bercakap seorang diri. Memberi perintah, mengkritik dan tidak mendapat sebarang maklum balas. Ibarat hidup seorang diri. Pasangan anda mungkin akan memendamkan perasaannya sepanjang hayat.
Pada aksara kedua – S atau N (Sensing /iNtuition)
Kedua-dua perwatakan ini menunjukkan bagaimana seseorang itu mengumpul dan mempercayai maklumat. Individu yang mempunyai perwatakan Sensing biasanya lebih mempercayai fakta, lebih realistik di dalam membuat dan menerima sebarang cadangan. Individu yang iNtuition lebih mempercayai gerak hati, teori dan andaian di dalam membuat sebarang keputusan.
Kedua-dua perwatakan ini menunjukkan bagaimana seseorang itu mengumpul dan mempercayai maklumat. Individu yang mempunyai perwatakan Sensing biasanya lebih mempercayai fakta, lebih realistik di dalam membuat dan menerima sebarang cadangan. Individu yang iNtuition lebih mempercayai gerak hati, teori dan andaian di dalam membuat sebarang keputusan.
Jika anda seorang S, pastikan pasangan anda adalah N. Begitulah sebaliknya. Untuk membuat sebarang keputusan, fakta-fakta yang realistik memang perlu, namun kadang-kala gerak hati dan pemikiran abstrak seseorang dapat membantu mencapai keputusan yang lebih baik. Kedua-dua gandingan ini dapat menjadikan anda dan pasangan anda mantap di dalam membuat sebarang keputusan.
Soal selidik ini dipecahkan kepada 4 bahagian dan setiap bahagian mempunyai 2 huruf yang melambangkan sifat seseorang itu. Saya perlu memilih satu huruf yang melambangkan sifat-sifat saya bagi keempat-empat bahagian soal selidik itu. Akhir sekali, keempat-empat huruf yang telah dipilih akan disusun dan susunan huruf-huruf tersebut yang akan diinterpretasi sebagai satu personaliti. Setelah membuat soal selidik ini, saya mendapat susunan huruf ISTP iaitu 'Introverted Sensing Thinking Perceiving' di mana,personality saya direfleksikan sebagai 'THE MECHANIC'.
Melalui pembacaan saya melalui salah satu laman wen internet, ISTPs are generally extremely capable individuals who are good at most things which interest them. They are usually bright, interesting, and exciting individuals with a lot to offer. They live almost entirely in the present moment, and usually do not make commitments beyond the immediate foreseeable future. An ISTP probably coined the phrase "nothing is unconditional". They strongly prefer to take things one day at a time, rather than make long-term commitments. If a relationship interests them and satisfies their needs, the ISTP will do their part on a daily basis to keep the relationship strong and healthy. If they lose interest in a relationship, their natural tendency will be to move on.
Selain itu, ISTP mempuyai kelemahan dan kelebihan dia yang tersendiri, sebagai contoh:
ISTP Strengths
- Good listeners
- Usually self-confident
- Generally optimistic and fun to be with
- Practical and realistic, they handle daily concerns
- Are not threatened by conflict or criticism
- Able to leave a relationship with relative ease once it is over
- Able to administer punishment, although they're not interested in doing so
- Likely to respect other's needs for space and privacy
ISTP Weaknesses
- Living entirely in the present, they have difficulty with long-term commitments
- Not naturally good at expressing feelings and emotions
- Not tuned in to what others are feeling, they may be insensitive at times
- Tendency to be overly private and hold back part of themselves
- Need a lot of personal space, which they don't like to have invaded
- They thrive on action and excitement, and may stir things up to create it
Antara kekuatan yang berkaitan dengan diri saya ialah saya seorang yang mudah bergaul dengan orang sekeliling sama ada rapat atau tidak dengan seseorang tersebut. Saya akan berkenalan dan beramah mesra dengan dia walaupun tidak pernah mengenali seseorang seperti dia sebelum ini, hal ini sedikit sebanyak membantu saya membuat kawan yang baru dan dapat berkongsi apa jua peristiwa antara satu sama lain. Melalui kelemahan pula, saya tidak tahu untuk menunjukkan atau meluahkan perasaan saya secara semulajadi sama ada saya tengah beremosi atau tidak. Maksudnya, apabila saya menghadapi masalah, saya akan menjadi stress, tapi saya tidak akan berkongsi atau meluahkan ketidak puasan hati saya terhadap apa yang saya hadapi terhadap sesiapa pun, saya akan memendam perasaan itu dan membiarkan ia reda dengan sendiri. Ini adalah serba sedikit berkenaa dengan diri saya.
Tugasan yang terakhir ialah kami dikehendaki menjawap soal selidik besar lima(Big Five Theory) yang mana di akhir tugasan ini saya akan dapat tahu kategori personaliti diri saya sendiri. Mengikut teori ini, terdapat lima perwatakan yang major seperti
§ Openness – (inventive/curious vs. consistent/cautious). Appreciation for art, emotion, adventure, unusual ideas, curiosity, and variety of experience.
§ Conscientiousness – (efficient/organized vs. easy-going/careless). A tendency to show self-discipline, act dutifully, and aim for achievement; planned rather than spontaneous behaviour.
§ Extraversion – (outgoing/energetic vs. solitary/reserved). Energy, positive emotions, surgency, and the tendency to seek stimulation in the company of others.
§ Agreeableness – (friendly/compassionate vs. cold/unkind). A tendency to be compassionate and cooperative rather than suspicious and antagonistic towards others.
§ Neuroticism – (sensitive/nervous vs. secure/confident). A tendency to experience unpleasant emotions easily, such as anger, anxiety, depression, or vulnerability.
Selepas menjalankan soal selidik tersebut, saya menunjukkan personality Conscientiousness yang menunjukkan kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, ketaatan, dan bertujuan mengecapi sesuatu.Di samping itu, markah saya untuk Agreeableness juga agak tinggi.Ini menunjukkan saya juga mempunyai kecenderungan untuk menunjukkan belas kasihan.Saya juga mudah menyetujui pandangan orang lain dalam sesetengah keadaan.Soal selidik tersebut menyebabkan saya lebih memahami diri sendiri di samping mendedahkan kelemahan dan kebaikan saya.
Sebagai konklusi kuliah untuk kali ini, saya dapat mengenali personality diri saya dengan lebih baik. Kadang-kadang kita sedar yang kita tidak berapa mengenali personality diri kita sendiri, dan apabila kita malakukan tugasan-tugasan seperti yang saya nyatakan di atas barulah kita faham dan lebih mengenali dengan lebih mendalam mengenai personality ini. Pengurusan emosi yang baik juga dapat dicapai apabila kita mengenali personality diri sendiri dan secara automatiknya kita dapat mengawal emosi yang kita hadapi dengan lebih baik dan terkawal. Akhir kata, saya ingin memohon maaf kepada Dr.Zamri dan juga pembaca yang lain kalau ada terkasar bahasa di dalam journal yang saya karang ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN……….Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment