Salam Sejahtera. Ini merupakan jurnal kelima iaitu jurnal ZT terakhir saya. Kelas berlangsung pada 24/8/2011, hari Rabu seperti biasa, namun kandungan kelas hari tersebut agak luar biasa kerana Dr. Zamri tidak memberi sebarang kuliah tetapi memberi tiga tugasan kepada kami. Kami juga menonton pelbagai video yang berkaitan dengan tugasan yang diberi untuk membantu kami menyempurnakan tugasan dengan lebih baik. Tugasan pertama adalah berkaitan dengan slide dan teks tentang Psychoanalytic theory. Kami dikehendaki mendengar dan menonton klip video yang ditayangkan dalam kelas pada pukul 2pm. Tujuan kami menontom video tersebut adalah untuk mencari kaitan antara teori Psychoanalytic dengan kandungan video tersebut. Tugasan kedua ialah untuk memjawab soal selidik MBTI dan dengan itu, kami dapat mengetahui personaliti kami dan seterusnya, kami dikehendaki membincang personaliti kami dalam jurnal ini iaitu jurnal kelima, LJ05. Tugasan ketiga iaitu tugasan terakhir adalah menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Seperti tugasan kedua, kami juga akan dapat tahu personaliti kami dan seterusnya membincagkan personaliti kami dalam jurnal ini.
Video yang ditayangkan pada 2 petang menggambarkan kehidupan seseorang bermula dari zaman kanak-kanak sehingga zaman remaja. Pada zaman kanak-kanak, kita akan berasa bahawa hidup sebagai manusia dalah sesuatu yang amat menggembirakan kerana semua yang kita merasai pada zaman kanak-kanak adalah sempurna dan senang didapati. Pada zaman kanak-kanak, kita tidak pernah merasai sebarang kesusahan kerana orang dewasa akan cuba mendapatkan apa yang kita ingin. Ini juga kerana permikiran kita pada zaman kanak-kanak adalah mudah. Bagi kanak-kanak, kehidupan mereka hanyalah bermain, makan dan tidur. Apabila mereka sedih atau marah, mereka hanya perlu menangis dan orang dewasa terutamanya ibu bapa akan cuba memuaskan kenginan mereka. Namun, kehidupan seperti ini tidak akan berpanjangan kerana setiap orang akan menjadi dewasa pada satu hari. Permikiran kita akan semakin matang. Kita akan mula sedar bahawa hidup tidaklah begitu mudah yang kita fikirkan pada zaman kanak-kanak. Kita akan mula merasai kesusahan dalam hidup dan pengalaman-pengalaman semua itu akan mempengaruhi perwatakan kita. Video ini dapat dikaitkan dengan Psychoanalytic theory iaitu permikiran kita semasa kanak-kanak secara tidak langsung dipengaruhi oleh perwatakan kita. Permikiran kita semasa kanak-kanak akan berubah apabila kita semakin membesar dan ini amatlah penting kerana permikiran kanak-kanak yang tidak matang tersebut tidak membantu kita menangani masalah dan situasi yang kita hadapi semasa dewasa dalam kehidupan seharian. Permikiran yang matang membantu kita menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Contoh dalam video tersebut, walaupun dia tidak tahu tujuan menderma, dia tetap menderma kepada peminta sedekah. Saya pernah mengalami perasan takut apabila saya menyedari bahawa saya akan menjejak langkah dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Pada masa itu, saya merasai pelbagai perubahan dalam kehidupan saya dan mula merasai perasaan tekanan dari pelbagai pihak seperti dalam pembelajaran, segi kewangan dan masala-masalah yang berlaku dalam keluarga. Semua masalah tersebut yang tidak pernah saya rasai semasa zaman kanak-kanak berlaku sekali gus pada diri saya apabila saya menjadi seorang dewasa. Namun, pada pendapat saya, sebenarnya kita tidak perlu risau kerana permikiran kita akan berubah dan menjadi lebih matang dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain tanpa disedari dan ini membantu kita menghadapi semua masalah dengan lebih berdikari.
MBTI (Myers-Briggs Type Indicator) boleh mengetahui personaliti seseorang. Setiap individu dikelaskan sebagai extroverted atau pendiam (E atau I), sensing atau intuitif (S atau N), pemikiran atau perasaan (T atau F), dan penghakiman atau perceiving (J atau P). Orang extroverted ialah orang yang lebih mesra, suka dan pandai bergaul. Mereka lebih suka berkawan dan suka meriah. Introverts lebih pemalu, pendiam dan suka menyimpan perasaan dalam hati. Orang sensing lebih berpraktikal dan memberi tumpuan yang terperinci. Jenis intuitive suka menggambar sesuatu yang tidak reality. Orang jenis thinking suka menggunkan akal dan logik semasa menyelesaikan sesuatu masalah manakala orang jenis feeling suka menyelesaikan masalah mengikut suara hati diri dan emosi masa tersebut. Orang jenis judging suka mengawal dunia mereka supaya sentiasa tersusun, manakala jenis perceiving pula lebih fleksibel dan tidak begitu berdisiplin. Personaliti saya ialah extroverted, intuitive, feeling, perceiving. Pada pendapat saya terhadap personaliti saya, saya seorang suka keadaan yang meriah dan suka bergaul dengan kawan. Saya suka menonton drama yang romantik kerana saya akan meggambarkan diri saya sebagai watak drama tersebut dan ini membuktikan saya seorang yang intuitive. Saya lebih beremosi dan selalu membuat keputusan megikut emosi dan suara diri saya. Saya tidak suka dipaksa oleh orang lain. Saya juga suka benda-benda yang fleksibel dan mencabarkan seperti berlukis, berlakon dan menyanyi. Saya tidak suka kehidupan yang berdisiplin dan tersusun. Pada pendapat saya, kehidupan tersebut amat membosankan.
Terdapat lima komponen dalam Big five Theory dan teori ini sama dengan MBTI, juga digunakan untuk mengetahui personaliti seseorang. Antaranya ialah,
· Extroversion
· Agreeableness
· sifat berhati-hati
· Kestabilan emosi
· Sikap keterbukaan hasil daripada pengalaman
Extroversion menilai tahap keselesaan dalam sesuatu hubungan. Agreeableness pula merujuk kepada kecenderungan menangguhkan sesuatu kerja dan menolak tanggungjawabnya kepada orang lain. Selain itu, concientiousness merujuk kepada kebolehpercayaan kepada seseorang. Emotional stability merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Akhir sekali ialah openness to experience. Komponen ini menangani keluasan tarikan seseorang individu dan kepesonaan dengan sesuatu yang baru. Saya mempunyai markah tertinggi dalam extraversion. Saya mengaku bahawa saya seorang yang suka meriah, suka bercakap dan suka bergaul. Sikap ini memberi banyak kesan dalam kehidupan saya dan ada yang dari segi baik dan ada yang dari segi buruk. Dari segi baik, saya mudah mendapat kawan dan mendapat perhatian dari orang lain. Saya sering mengambil perwatakan yang memeriahkan suasana dan ini membolehkan saya mudah mendapat alu-aluan orang lain kerana mereka suka bergaul dengan saya. Dari segi buruk pula, saya tidak mudah mendapat kepercayaan orang lain kerana sikap saya yang suka bercakap akan memberi tanggapan buruk kepada orang lain bahawa saya seorang yang mulut tempayan. Seterusnya, orang lain tidak mudah meluahkan perasaan sebenar mereka kepada saya.
Dalam video seterusnya adalah menganai personaliti dalam munusia. Video tesebut membandingkan personaliti antara personaliti jenis A dan jenis B. Personaliti jenis A ialah orang yang sentiasa membuat kerja dengan cepat dan selalu dalam keadaan cemas. Mereka juga merupakan orang mementingkan kesempurnaan. Personaliti orang jenis B pula ialah orang yang sentiasa tenang. Mereka suka aktiviti yang tenang dan membuat kerja dengan perlahan, sabar dan relaks. Seterusnya, kami dikehendaki menjawab soal selidik untuk mengetahui personaliti kami. Pada pendapat saya, saya mempunyai personaliti jenis A. Sikap ini memberi kesan yang baik seperti saya mampu menyempurnakan tugasan yang diberi dalam masa yang singkat dan dalam masa yang diberikan. Oleh itu, saya mempunyai masa berlebihan untuk perkara yang lain. Kesan buruk adalah seperti melakukan sesuatu dengan terlalu capat sehingga mudah cuai dan tidak mengejar kesempurnaan.
Kesimpulannya, kelas ini membolehkan saya mengetahui personaliti diri saya dan seterusnya membolehkan saya mengubah kesan buruk yang dibawa oleh personaliti tersebut.
No comments:
Post a Comment