Friday, August 26, 2011

A131621 TAN YUET YANG LJ05

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia. Sekarang saya akan mengulaskan jurnal terakhir saya, iaitu jurnal kelima ataupun LJ05  Dalam kuliah kelima ini yang diadakan pada 24 Ogos 2011,bermula pada 2 hingga3.30 petang yang diadakan di dewan kuliah 1, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur, kami bukan diajar dengan topik-topik pengurusan emosi yang biasa, tetapi pada kali ini, kuliah tersebut amatlah berbeza. Pada sesi pengkuliahan ini, kami didedahkan dengan beberapa aktiviti yang lebih menarik dan berhalakan pembelajaran dua hala berbanding dengan sesi-sesi pengkuliahan yang lepas.  Selain dikehendaki membaca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory, kami telah membincangkan personality sendiri melalui soalselidik MBTI dan juga soalselidik Teori Besar Lima( Big Five Theory).

Pada mula-mulanya, pensyarah kami, Dr. Zamri memberi taklimat kepada kami tentang tugasan jurnal ini. Selepas itu,  Dr Zamri telah menayangkan sebuah klip video yang pendek tentang Psychoanalytic Theory yang telah menyampaikan pesanan dan mesej kepada saya bahawa sekiranya kita menghadapi kesusahan, cabaran , dan dugaan dalam kehidupan, kita haruslah tabah dan menghadapi segala masalah dengan berfikiran positif. Kuliah kali ini bermula dengan satu video yang mengisahkan tentang seorang yang kemurungan menumpuhi kederitaan hidupnya dengan semangat yang tabah, gigih dan tidak hilang harapan dan putus asa..Dia mendapati kenyataan hidup pada zaman dewasa adalah sangat berbeza dengan fikiran beliau semasa zaman kanak-kanak. Semasa dia kecil dan muda, dia mempercayai seseorang rakan tidak akan mengkianati dia tidak kira dalam apa jua situasi tetapi kenyataan pada zaman dewasa telah menunjukkan beliau sebaliknya. Dia juga pernah mempercayai pepatah bahasa Inggeris 'there will always be a light at the end of tunnel' tetapi akhirnya dia mendapati bukan segala masalah mempunyai cara untuk mengatasi. Fikirannya semasa kecil juga memberitahu beliau bahawa pengemis akan menggunakan wang yang dia dermakan dengan sewajarnya tetapi sebenarnya tidak. Dia berasa sangat sedih dan kecewa kerana segala sangkaan dan jangkaan beliau semasa kecil adalah berbeza dengan kenyataan sekarang. Walaubagaimanapun, dia masih berfikiran positif dan optimistik. Jika rakan mengkianati, dia akan mencari rakan sejati yang baru; jika pengemis menipu dia, dia masih akan berbaik hati untuk mendermakan duit  kepadanya; jika terdapat pancaroba yang menghalang dia, dia masih akan mencari cara penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut. Ini adalad kerana dia masih percaya pepatah "There was always a light at the end of the tunnel". Video ini telah memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi tabah semasa menghadapi cabaran dalam kehidupan saya.  

Untuk tajuk Psychoanalytic theory yang dibentangkan oleh Sigmund Freud., definisi Psychoanalytic theory adalah "personality development which underlies and guides the psychoanalytic and psychodynamic psychotherapy". Teori ini menerangkan dan mementingkan pengalaman dan peristiwa yang berlaku semasa zamankanak-kanak akan mempengaruhi kehidupan seseorang semasa dia mmembesar jadi dewasa.  Ataupun boleh dikatakan semasa kecil, pengalaman seseorang itu boleh mempengaruhi perkembangan mental seseorang itu. Segala peristiwa ditempuri semasa kecil akan menjejaskan pemikirannya semasa dia membesar jadi dewasa.

Satu lagi video yang ditayangkan dalam kuliah ialah berkaitan dengan orang yang mempunyai personaliti jenis A dan B. Menurut video yang ditunjukkan itu, individu yang mempunyai personaliti jenis A mempunyai sifat seperti makan secara terburu-buru, sentiasa bertindak dengan cepat, tidak sabar melakukan sebarang perkara, bangun awal, membuat segala perkara dengan secepat mungkin dan tanpa kesilapan( perfectionist). Orang berpersonaliti jenis A juga suka membuat jadual waktu seharian dan mereka akan selalu melihat jam tangan sendiri. Malangnya, orang berpersonaliti  jenis A lebih mudah mendapat masalah kesihatan contohnya sakit jantung, penyakit darah tinggi dan lain-lain lagi kerana mereka selalu berada dalam keadaan yang risau, bimbang dan tertekan.. Manakala orang jenis B merupakan orang yang pandu dengan lambat, tenang, makan dengan lambat, cakap dengan lambat, relaks, dan sebagainya. Sebenarnya, Dr. Zamri telah memberitahu kami untuk menilai diri sendiri selapas tayangan video tersebut Saya rasa saya merupakan jenis A kerana saya makan cepat, tidak sabar melakukan sebarang perkara dan merupakan seorang perfectionist. Selain itu, video tersebut juga telah mencadangkan orang jenis A untuk mengambil masa untuk relaks dan manghayati kehidupan. Cadangan ini adalah amat sesuai untuk  saya kerana saya kurang pergi bermain dan asyik menelaah sahaja.

Selepas itu, kuliah ini diteruskan dengan ujian MBTI , iaituMyers Briggs Type Indicator. Dalam ujian ini , sesiapa yang berasa dia adalah lebih kepada personalti yang ditanya tersebut akan menangkat tangannya. Ujian ini telah dibahagi kepada 3 bahagian dan terdapat dua personaliti yang berbeza dalam setiap bahagian. Dalam bahagian yang pertama, personalitinya ialah thinking dan feeling personalities. Bagi bahagian A , saya telah memilih thinking personaliti . Thinking personality sebenarnya mengatakan bahawa seseorang itu akan berfikir sebelum membuat keputusan. Ia juga boleh mengatakan bahawa seseorang itu akan berfikir sebelum berkata-kata. Bagi bahagian B , antara judging dan perceiving , saya telah memilih katergori judging dan bagi bahagian c , saya telah memilih introverted yang bermaksud kurang bercakap. Untuk  bahagian yang keempat saya telah memilih sensing. Selepas saya menghabiskan ujian tersebut,huruf –huruf  yang saya dapat ialah ISTJ-THE DUTY FULFILLER.

Selain itu, saya juga melayari laman web yang dicadangkan oleh Dr.Zamri iaitu,  https://www.personalitypage.com/html/ISTJ.html,untuk mendalami personality saya. Menurut laman web tersebut, , the duty fulfiller mempunyai dua sifat dan character yang berbeza iaitu sifat dalaman dan sifat luaran. Sifatnya ialah seorang yang boleh menyelesaikan masalah dengan sikapnya yang selalu berfikiran rasional dan logik. Dia merupakan seorang yang pendiam dan cinta akan kedamaian. Di samping itu, dia juga mempunyai tahap motivasi diri yang tinggi dan biasanya dapat mennyelesaikan sebarang masalah yang dihadapinya. Saya rasa bahawa "pesonaliti test" ini  tepat kerana saya akan cuba menyelesaikan sebarang kerja yang diberi kepada saya kerana saya menganggap tugasan tersebut merupakan tanggungjawab saya. Selain itu, the duty fulfiller ialah seorang yang boleh diharap dan boleh selalu dipercayai kerana merupakan seorang yang jujur. Dia juga mempunyai sifat yang pandai bergurau terutamanya bersama dengan keluarga atau semasa bearada dengan rakan seperjuangan. Walau bagaimanapun, dia sangat mematuhi undang-undang dan tradisinya. Dia juga mahu orang di sekelilingnya mematuhi peraturan kerana dia akan berasa bersalah jika sekiranya dia menlanggar undang-undang ataupun peraturan tersebut.

 Bagi soal selidik yang terakhir iaitu soal selidik Teori Besar Lima( Big Five Theory), terdapatnya lima komponen yang dibincangkan. Lima komponen itu diringkaskan sebagai 'OCEAN' iaitu Extroversion,  Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan Openness to Experience. Komponen dalam OCEAN ialah

 

i)Openness – Dia ialah seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru . Dia juga mempunyai imaginasi yang amat tinggi.

ii)Conscientiousness – Dia seorang yang boleh dipercayai dan boleh menyelesaikan tanggungjawabnya tanpa dipaksa oleh orang lain. Dia mempunyai cirri-ciri seperti bermotivasi, keseluruhan dan teratur.

iii)Extraversion – Dia seorang yang pandai bersosial dengan orang lain kerana mereka suka bercakap , member pandangan dan juga lebih berdedikasi. 

 iv)Agreeableness – Dia seorang yang mesra dan boleh bekerjasama dengan orang lain .Dia juga seorang yang berhati baik dan kasihan kepada orang lain. 

 v)Neuroticism – Dia seorang yang selalu mempunyai emosi yang negative dan kurang stabil terutamanya apabila dia berada dalam keadaan stress. Dia seorang yang selalu bermasam muka dan tertekan.

No comments:

Post a Comment