A131736 Lim Wei Kuan LJ05 Saya ialah..
Salam sejahtera saya mengucapkan kepada pensyarah saya, Dr. Zamri dan rakan-rakan saya. Ini merupakan jurnal kelima, iaitu jurnal terakhir bagi khusus Pengurusan Emosi di semester ini.
Kuliah hari ini agak berbeza. Mula-mulanya pensyarah menberi taklimat kepada kita tentang tugasan jurnal ini. Kuliah kali ini bermula dengan satu video yang berkaitan dengan perasaan kerisauan dan ketakutan seseorang tentang kehidupan, persahabatan, dan percintaannya dan akhirnya dia telah mendapat jawapannya dan tahu bagaimana dia boleh menangani masalahnya. Video ini berkaitan dengan teori yang ingin disampaikan pada hari ini iaitu teori Psychoanalytic. Dalam teori ini Sigmund Freud mengatakan bahawa pengalaman emosi merupakan sesuatu proses yang tidak disedari oleh diri sendiri. Beliau menunjukkan bahawa emosi, motif, dan pengalaman yang kita tidak memberi perhatian boleh mempengaruhi sikap kita. Penekanan teori ini adalah kepada emosi-emosi negatif seperti emosi bimbang dan marah diterutamakan. Dalam nota kuliah terdapat contoh: kita mungkin tiba-tiba rasa bimbang dan marah tanpa sebab. Saya juga mempunyai pengalaman ini dengan mempunyai perasaan risau secara tiba-tiba dan saya tidak dapat memberi alasannya. Selepas pendedahan teori ini saya rasa inilah jawapan yang saya dicari-carikan. Selepas teori ini terdapat beberapa jadual yang membandingkan teori-teori yang disampaikan dalam kuliah dan walaupun teori-teori ini mempunyai perbezaan dan ditentang oleh orang lain, namun baiknya kita belajar teori ini supaya kita lebih memahami emosi kita.
Satu lagi video yang ditayangkan dalam kuliah ialah berkaitan dengan orang jenis A dan B. Orang jenis A merupakan orang yang cepat makan, bangun pagi, tidak bersabar, lebih berorganisasi, perfectionist, pandu dengan cepat dan sebagainya. Manakala orang jenis B merupakan orang yang pandu dengan lambat, tenang, makan dengan lambat, cakap dengan lambat, relax, dan sebagainya. Saya rasa saya merupakan jenis A kerana saya makan cepat, tidak bersabar, perfectionist dan pandu dengan cepat. Dalam video itu juga memberi cadangan kepada orang jenis A bahawa menasihati orang jenis ini mengambil masa untuk relax dan manghayati kehidupan. Cadangan ini sesuai kepada saya kerana saya kurang pergi bermain dan asyik belajar sahaja. Nampaknya saya perlu berehat sekejap.
Selepas video itu pensyarah memberi semua pelajar menjalani satu ujian personaliti iaitu ujian Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). MBTI merupakan ujian yang paling banyak digunakan di dunia ini untuk menguji personaliti seseorang. Personaliti seseorang boleh digolongkan dalam beberapa bahagian: Extroverted atau Introverted (E atau I), Sensing atau Intuitive (S atau N), Thinking atau Feeling (T atau F) dan Judging atau Perceiving (J atau P). Orang yang extrovert ialah orang yang lebih bersosial, assertif manakala orang yang introvert ialah orang yang diam dan malu. Orang yang sensitive ialah orang yang lebih pratikal dan lebih mementingkan sesuatu secara perinci manakala orang yang intuitive lebih mementingkan keseluruhan. Orang yang thinking selalu menggunakan alasansecara logic untuk mengatasi masalah manakala orang yang feeling menyelesaikan masala dengan menggunakan emosi. Orang yang judging lebih suka mengawal dan mengatur manakala orang yang perceiving lebih suka keadaan yang fleksible dan spontan. Jadi dalam ujian ini terdapat pelbagai gabungan dan terhasil 16 jenis orang. Setiap jenis ini mempunyai personaliti yang unik dan tiada yang dikatakan personaliti yang tidak baik.
Dalam ujian ini semua pelajar telah menjawab beberapa soalan dan mendapat keputusan tentang personaliti mereka. Keputusan ujian saya dalam MBTI ini ialah ISTJ, iaitu merupakan jenis "Job Fulfiller" yang bermaksud orang yang bertanggungjawab dalam melakukan tugasan. Menurut jurnal Charles Martin dalam website www.capt.org, orang seperti saya ini lebih realistik, mempunyai keupayaan dalam mengaturkan sesuatu, dan keupayaan menggunakan fakta-fakta untuk menyelesaikan tugasan. Orang seperti saya ini boleh membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan secara logiknya. Dalam blog itu juga mengatakan bahawa orang jenis ini sangat komitment dalam satu organisasi. Mereka menjalankan tugasan mereka dengan serius dan percaya orang lain akan menjalankan tugasan seperti mereka.
Saya terperanjat dengan keputusan ujian ini kerana memangnya saya berperangai macam ini. Saya selalu berfikir dan membuat keputusan secara alasan yang logik dan saya tidak dapat menerima alasan yang tiada bukti kukuh. Saya juga lebih mementingkan pemahaman sesuatu secara terperinci. Selalunya semasa saya sedang belajar sesuatu dari note yang dibagikan dan terdapat sesuatu yang saya tidak faham, saya akan mencari buku atau internet untuk memahami perkara itu dengan secara terperinci. Pengetahuan secara kasar menyebabkan saya tidak yakin dengan apa yang saya belajar. Selain itu saya juga akan memastikan saya mesti manghabiskan sesuatu tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditentukan supaya tidak lewat. Contohnya tarikh penghantaran jurnal ini ialah sebelum ahad oleh itu saya akan memastikan saya akan menghantarkannya sebelum ahad. Saya juga akan mengaturkan masa harian saya supaya saya mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskan sesuatu dan juga memastikan tiada tugasan yang tertinggal.
Selepas ujian MBTI kami diberikan satu lagi ujian yang sangat menarik iaitu The Big-Five Model. Dalam ujian ini akan mempunyai 5 keputusan iaitu Openness (O), Conscientiousness (C), Extraversion (E), Agreeableness (A), dan Neuroticism (N). Keputusan yang saya dapat dalam ujian ini ialah N. Selepas ujian itu pensyarah memberi jawapan. Orang yang jenis N mempunyai kecenderungan kepada emosi negatif seperti marah, risau, murung dan sebagainya. Orang jenis ini senang beremosi dan berasa stress. Mereka lebih muda mengintepretasi keadaan sebagai keadaan yang bahaya dan sangat susah. Emosi negatif dalam orang jenis ini akan berkekalan dalam tempoh masa yang sangat panjang menyebabkan mereka selalu dalam keadaan yang "mood" buruk. Sikap ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara jelas, menjejaskan keupayaan mereka membuat keputusan dan mengurangkan keupayaan dalam menangani stress. Saya berpendapat seperti yang dihuraikan dalam kuliah tentang orang jenis N. Saya selalu berada dalam keadaan yang "mood" buruk dan keadaan yang stress. Selain itu emosi negatif dalam diri saya selalu berada dalam tempoh yang sangat panjang. Contohnya apabila saya marah pada seseorang selalunya saya akan marah selama seminggu atau sebulan atau lebih panjang lagi.
Sebagai kesimpulannya, kuliah hari ini memberi peluang kepada semua orang untuk lebih memahami diri sendiri. Setiap orang perlu memahami diri sendiri dan tahu kekuatan atau keburukan diri sendiri supaya boleh berfungsi dengan lebih baik dalam komuniti besar. Selain itu kuliah ini juga mengajar saya bahawa setiap orang ini tiada yang sempurna seperti Tuhan. Setiap orang mempunyai kelemahannya dan setiap orang harus bekerjasama dengan orang lain supaya saling tolong menolong dan menjayakan sesuatu.
Sekian terima kasih dan selamat hari raya.
No comments:
Post a Comment