Salam sejahtera. Pada hari Rabu, 24 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah untuk kursus Pengurusan Emosi ZT2253. Dr. Zamri tidak menghadiri kuliah ini tetapi beliau telah memberikan tugasan kepada kami untuk menyelesaikan sepanjang masa kuliah tersebut. Kami membaca slide dan teks tentang psychoanalytic theory selain menonton video yang ditayangkan. Kami dikehendaki untuk mengaitkan teori yang telah dipelajari dengan video klip tersebut. Selain itu, kami telah menjawab soalselidik MBTI. Dengan itu, kami boleh mengetahui kategori personaliti kami. Pada masa yang sama, kami juga telah menjawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Dalam jurnal ini, saya akan membincangkan tentang video dan teori tersebut, dan personaliti saya yang didapati daripada kedua-dua soal selidik itu.
Video yang ditayangkan oleh Dr. Zamri mengisahkan kisah kehidupan seorang kanak-kanak. Dia mempunyai kehidupan yang sangat sempurna dan tidak pernah menghadapi sebarang kesusahan dan cabaran dalam kehidupannya. Walaubagaimanapun, dia telah mendapati bahawa realiti kehidupan bukan sebegini semasa dia dewasa. Dia memahami bukan semua orang boleh dipercayai dan selalunya orang yang dipercayai akan mengkhianati kita. Selain itu, dia juga mengetahui bahawa bukan semua orang akan bertindak mengikut kehendaknya. Tetapi, akhirnya, dia telah memupuk emosi-emosi positif dan menghadapi semua cabarannya dengan tabah.
Selepas itu, video tentang personaliti type A dan B juga telah ditayangkan. Dalam video tersebut, orang yang mempunyai personaliti type A adalah sangat tidak sabar. Dia selalu membuat kerjanya dengan secepat mungkin tanpa membazir masa. Selain itu, dia juga mementingkan kesempurnaan dalam kerjanya. Dia tidak akan membenarkan sebarang kesilapan didapati dalam hasil kerjanya. Oleh itu, orang sebegini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat heart diseases, anxiety dan high stress. Sebaliknya, type B person merupakan orang yang penyabar. Dia selalu membuat kerja secara perlahan dan dalam keadaan yang relax. Walaubagaimanapun, type B person juga mempunyai motivasi yang sama rata berbanding dengan type A person. Melalui video ini, saya mendapati bahawa saya mempunyai type A personaliti. Oleh itu, saya akan cuba berubah supaya saya dapat memotivasikan diri sendiri dalam keadaan yang relax dan calm.
Seterusnya, kami telah menjawab soalselidik MBTI (Myers Briggs Personality Test). Personality test ini adalah hasil kajian oleh Carl Jung, Katherine C. Briggs, dan Isabel Briggs Myers. Terdapat enam belas personaliti yang digunakan untuk membuat soalselidik ini. Carl Jung mempercayai bahawa terdapat 2 jenis "functions" yang digunakan oleh manusia dalam kehidupan kita, iaitu bagaimana kita melihat perkara-perkara dan bagaimana kita membuat keputusan. Dalam dua kategori ini, terdapat juga dua cara yang berfungsi bertentangan. Kita boleh melihat perkara melalui deria atau intuisi kita. kita boleh membuat keputusan berdasarkan logik objektif atau perasaan subjektif. Setiap individu menggunakan fungsi yang berbeza dan fungsi yang diggunakan dengan paling kerap ialah fungsi dominant mereka. Fungsi dominant tersebut sama ada "extraverted" or "introverted". Oleh itu, Jung mendefinisikan lapan jenis personaliti iaitu, ESFP, ESTP, ISTJ,ISFJ, ENFP, ENTP, INFJ, INTJ, ESTJ, ENTJ, ISTP, INTP, ESFJ, ENFJ, INFP, dan ISFP.
Daripada hasil soalselidik ini, personaliti saya ialah ESTP (extraverted, sensing, thinking, perceiving). Orang denganESTP dianggap sebagai "Doers". Mod utama saya adalah saya melihat perkara melalui deria saya, manakala mod kedua saya iaitu saya berurusan dengan perkara-perkara secara logic dan rasional. Mengikut personality test ini, ESTPs merupakan orang yang outgoing dan straight forward. Mereka merupakan "doers" dalam dunia ini. Berdasarkan situasi, mereka akan membuat keputusan dengan secepat mungkin, melaksanakannya dan meneruskan dengan perkara yang lain. ESTPs mempunyai kemahiran untuk melihat sikap dan motivasi orang lain. Mereka boleh memerhati isyarat yang tidak akan diperhatikan oleh orang lain, contohnya ekspresi muka. Peraturan dan undang-undang dianggap sebagai garis panduan bagi tingkah laku dan bukannya mandat. Sekiranya mereka telah membuat keputusan untuk melakukan sesuatu, mereka akan mementingkan perkara tersebut melebihi peraturan. ESTPs mempunyai kepercayaan mereka sendiri dan akan mengikuti prinsip-prinsip mereka. Selain itu, ESTPs sangat berbakat dalam drama dan gaya. Biasanya, mereka juga baik dalam bercerita. Mereka suka berseronok dan merupakan seseorang yang seronok antara kawan-kawan mereka. Kadang-kala, mereka akan menyakiti orang lain secara tidak sengaja, kerana tidak bertimbang rasa tentang perasaan mereka semasa membuat keputusan. ESTPs tidak berapa baik dalam sisi intuisi. Mereka tidak sabar terhadap teori. Mereka berasa bosan dalam kelas. Mereka mungkin sangat pintar tetapi tidak berminat dalam teori. Mereka tidak suka dikurung atau terhad termasuk juga dalam pekerjaan mereka. ESTPs mempunyai kemahiran untuk memotivasikan orang lain selain merupakan orang yang praktikal.
Pada pendapat saya, hasil soalselidik saya tentang ESTP ada yang tepat, ada juga yang tidak tetap tentang diri saya sendiri. Contohnya, saya bersetuju bahawa ESTPs merupakan "fun makers", kerana saya selalu berseronok dengan kawan-kawan dan orang sekeliling saya. Saya turut pandai memerhati ekspresi muka orang yang tidak diperhatikan oleh orang lain. Selain itu, saya juga tidak berminat dalam teori tetapi praktikal. Sebaliknya, saya tidak akan melanggar peraturan semasa saya membuat keputusan dan melaksanakan sesuatu.
Selepas soalselidik MBTI, kami dikehendaki menjawab soal selidik Big Five Theory. Antara big five theory dikenali sebagai OCEAN termasuklah openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan neuroticism. Bagi openness, orang yang suka belajar benda baru dan pengalaman baru akan mendapat markah yang tinggi dalam kategori ini. Orang yang mempunyai conscientiousness boleh dipercayai. Orang yang extravert adalah bertenaga, banyak bercakap dan assertif. Mereka suka bergauk dengan orang lain untuk menjadi bertenaga. Selain itu, orang yang mempunyai agreeableness yang tinggi sangat mesra, berbelas kasihan dan bekerjasama. Biasanya, neuroticism merujuk kepada stabiliti emosi. Orang yang mempunyai neuroticism yang tinggi tidak stabil dalam emosi mereka dan beremosi negatif. Hasil soalselidik Big Five Theory saya ialah agreeableness. Saya selalu bekerjasama dengan orang lain juga mesra terhadap sesiapa di sekeliling saya. Selain itu, saya juga berbelas kasihan terhadap sesiapa yang ditimpa kemalangan atau perkara yang tidak baik.
Kesimpulannya, melalui kuliah ini, saya telah lebih memahami personaliti diri saya sendiri. Tambahan pula, saya juga telah mengetahui tentang soal selidik yang dijalankan iaitu soal selidik MBTI, dan soal selidik Big Five Theory dengan lebih banyak. Soal selidik ini boleh menilai personaliti kami dengan lebih tepat dan popular. Melalui soal selidik ini, saya telah mengetahui kemahiran dan kelemahan saya dengan lebih teliti. Dengan itu, saya boleh menguatkan kemahiran saya yang dikurniakan oleh Tuhan dan pada masa yang sama, saya akan cuba mengubahkan kelemahan saya dengan sedaya upaya. Jadi, saya boleh menjadi orang yang bersifat baik dan beremosi positif.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment