Friday, August 26, 2011

A131887 Nor Hidayah Binti Borhan LJ05 Personality

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan coretan terakhir saya untuk ZT2253 Pengurusan Emosi. Pada hari rabu,24.8.2011 , Dr Zamri mengatakan tiada kuliah yang akan diberikan oleh beliau tetapi Dr Zamri memberikan kami aktiviti pembelajaran yang lain serta memberikan 3 task  yang perlu dilakukan untuk jurnal kali ini. Berikut adalah task yang diberikan
Task 1: Baca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama yang akan ditayangkan pada jam 2pm. Kaitkan apa yang ada dalam video tersebut dengan teori.

Task 2: Jawab soalselidik MBTI. Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.

Task 3: Jawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.

Tetapi sayangnya saya tidak dapat menghadiri kuliah tersebut.Alhamdulillah Dr Zamri telah upload video tersebut dan boleh lah sya menulis jurnal ini.

Klip video yang telah ditayangkan oleh Dr Zamri berkaitan watak dalam video tersebut. Semasa dia kecil ,dia menganggap bahawa kehidupan ini sentiasa indah,bahagia dan tidak akan ada satu kesilapan pun yang akan berlaku walaupun terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri dalam kehidupan. Sebenarnya kehidupan tidaklah terus bahagia dan gembira kerana kehidupan ini ibarat roda yang sentiasa berputar seperti juga bumi yang terputar di paksinya. Jadi apabila dia sudah meningkat remaja dan menuju kealam kedewasaan barulah dia sedar bahawa kehidupan itu tidak lah selalunya indah dan ianya berbeza dengan apa yang dia alamai semasa zaman kanak-kanaknya. Bagi saya memang zaman kanak-kanak adalah yang terindah kerana kita tidak mempunyai sebarang masalah yang perlu difikirkan dan pembelajaran juga tidaklah terlalu berat . Semasa zaman kanak-kanak juga kita boleh bermain dengan rakan-rakan dengan penuh rasa gembira . Ianya memang berbeza apabila kita mula melangkah kealam selepas kanak-kanak. Ini dapat kita kaitan dengan  Psychoanalytic theory bahawa pemikiran semasa kita kanak-kanak adalah secara tidak sedar  dan ianya sebenarnya di pengaruhi oleh perwatakan kita.Watak didalam video tersebut mula melihat dunia yang sebenarnya dan apa yang sedang berlaku melalui mata kepala dia sendiri. Sewaktu kecil dia sentiasa fikir bahawa semua orang akan berkawan dengan dia tetapi hakikatnya apabila dewasa kenyataan itu sudah pun berubah .  Selain itu , dia juga sedar bahawa tidak semua yang dia mahukan dia boleh perolehi. Didalam video itu juga menyatakan bahawa dia juga cuba untuk tidak mempercayai orang lain. Hal ini menarik minat saya kerana kepercayaan adalah satu sifat ataupun perkara yang sangat susah untuk diberi . Memberi kepercayaan kepada seseorang itu sebenarnya kita telah pun betul-betul mengenali orang tersebut kerana manusia sering merosakkan kepercayaan yang telah diberikan oleh seseorang kepada nya. Tambahan pula watak juga mengalami perasaan sedih iaitu perasan diabaikan , ditipu ,ditinggalkan. Perkara ini memang kita tidak rasai semasa kita kanak-kanak kerana kehidupan semasa kecil sentiasa dipenuhi oleh kasih sayang dari semua orang.  Walaupun begitu dia juga sedar bahawa hidup ini memang penuh dengan cabaran dan dugaan . Dia masih meneruskan kehidupan dengan berpegang dengan prinsip yang baru contoh jika dia ditipu oleh pengemis , dia akan menjadi seorang yang lebih pemurah dari sekarang .

Al-Hajj ayat 70 : Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi; bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfuzh)? Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.

Al- Baqarah 286 : Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Segala yang berlaku sebenarnya telah ditentukan di luh mahzuh dan setiap yang berlaku itu Allah tidak akan membebani hambaNya jika hambaNya tidak termampu menanggung beban tersebut. Melalui watak di dalam video yang telah saya kaitkan dengan teori di atas, iaitu dimasa kecil nya memikirkan tentang kebahagian tetapi setelah dewasa barulah dia sedar akan kenyataan tersebut tidak lah sama , mengikut teori psychoanalytic bahawa gambaran di masa kecil itu hanyalah secara tidak sedar. Kenyataan yang kita perlu tempuhi sebenarnya telah pun tertulis dan manusia memang dikurniakan pelbagai emosi untuk merasai onak duri kehidupan itu. Yang penting kita sentiasa berfikiran positif di sebalik apa yang berlaku serta cuba menerima segala ketentuNya dengan redha sama seperti yang telah dilakukan oleh watak didalam video tersebut.

Sekarang saya ingin membuat ulasan sedikit mengenai kuliah tajuk Emosi dan Personaliti. Merujuk kepada nota kuliah, emosi terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu  perasaan,perubahan tubuh dan kecenderungan tindakan. Manusia memang mempunyai pelbagai jenis emosi walaupun mereka melalui perkara yang sama . Inilah sebabnya setiap individu itu berbeza.

Personaliti ialah gabungan ciri-ciri psikologi kita gunakan untuk mengelaskan & menggambarkan seseorang dari segi ciri-ciri seperti yang tenang, pasif, kuat, agresif, dan lain-lain. Myers – Briggs Type Indicator adalah satu instrument yang telah di gunakan untuk mengukur personaliti.  Mengikuti indicator ini individu akan diklasifikasikan sebagai introvert atau extrovert, sensing atau intuitive, thinking atau feeling, dan judging atau perceiving. Extrovert ialah yang keluar, pandai bergaul, dan tegas. Maksudnya yang pandai bersosial manakala introvert adalah sebaliknya iaitu pemalu dan pendiam. Sensing pula ialah yang jenis memberi tumpuan secara mendalam sebaliknya bagi intuitive yang bergantung kepada proses yang tidak sedarkan diri dan melihat gambaran yang lebih besar. Kemudian jenis pemikir yang menggunakan akal dan logik untuk menangani masalah dan juga  jenis perasaan bergantung kepada mereka nilai-nilai emosi dan peribadi . Akhir sekali, jenis judging lebih ingin diri mereka di kawal dan diarahkan supaya lebih teratur manakala bagi perceiving adalah fleksibel dan spontan.
 
Mengikut ujian personaliti MBTI yang telah saya lakukan ialah saya seorang pemikir iaitu Introvert, Intuitive , Thinking and Perceiving (INTP) dan saya rasa ianya agak tepat kerana saya memang suka berfikir tentang sesuatu.Untuk INTPs penggerak dalam kehidupan mereka untuk memahami apa-apa fenomena yang menjadi fokus perhatian mereka.  Mereka mahu masuk akal di dunia ini sebagai satu konsep dan mereka sering menikmati peluang untuk menjadi kreatif. INTPs logik, analisis, dan terpisah dalam pendekatan mereka kepada dunia, mereka secara semulajadi soalan dan idea-idea kritikan dan acara kerana mereka berusaha untuk memahami. INTPs biasanya mempunyai sedikit perlu untuk mengawal dunia luar, atau untuk membawa perintah kepadanya, dan mereka sering kelihatan sangat fleksibel dan cepat menyesuaikan diri dalam gaya hidup mereka. Seperti baru-baru ini saya pergi ke kelantan untuk program batik dan sebelum ini saya cuba memahami konsep pembuatan batik tersebut. Saya berasa sangat seronok apabila saya dapat melihat En Khairul ,pengusaha batik tersebut mencanting batik dengan kreatifnya. Saya dan rakan-rakan juga diberi peluang untuk belajar mencanting dengan idea kami sendiri. En Khairul juga telah mengajar saya supaya batik itu kelihatan tidak mempunyai kesalahan dari segi cantingan dan warna dan dengan mudah saya dapat menyesuaikan diri dalam pembuatan batik tersebut. Kemudian,saya cuba mewarnakan cantingan batik rakan-rakan saya dan membetulkan jika terdapat cacat cela dalam cantingan tersebut. Alhamdulillah,kumpulan kami telah menang tempat pertama dalam mencanting batik.
 
Kemudian kita juga mempunyai the big five model dimana terdapat 5 ciri iaitu
 
 Extroversion
       positive emotions, surgency, and the tendency to seek out stimulation and the company of others.
       enjoy being with people, and are often perceived as full of energy.
       enthusiastic, action-oriented individuals who are likely to say "Yes!" or "Let's go!" to opportunities for excitement.
       In groups they like to talk, assert themselves, and draw attention to themselves.
   Agreeableness
       tendency to be compassionate and cooperative rather than suspicious and antagonistic towards others.
       value getting along with others.
       considerate, friendly, generous, helpful, and willing to compromise their interests with others.
       have an optimistic view of human nature.
       believe people are basically honest, decent, and trustworthy.
 
Conscientiousness
       tendency to show self-discipline, act dutifully, and aim for achievement against measures or outside expectations.
       preference for planned rather than spontaneous behavior.
 
 Emotional Stability
       tendency to experience negative emotions, such as anger, anxiety, or depression.
       emotionally reactive and vulnerable to stress.
       more likely to interpret ordinary situations as threatening, and minor frustrations as hopelessly difficult.
       negative emotional reactions tend to persist for unusually long periods of time, which means they are often in a bad mood. Affect ability to think clearly, make decisions, and cope effectively with stress
 Openness to Experience
       Appreciate art, emotion, adventure, unusual ideas, imagination, curiosity, and variety of experience. The trait
       intellectually curious, appreciative of art, and sensitive to beauty.
       more creative and more aware of their feelings.
       more likely to hold unconventional beliefs.
 
Melalui ujian yang telah dilakukan saya adalah seorang yang openness to experience dan juga agreeableness. Saya sukakan pengalaman baru ,cuma baru sekarang saya boleh mencuba pengalaman baru-baru contoh saya pergi ke perak untuk program kebajikan masyarakat dan juga ke Kelantan mencari pengalaman dalam mencanting batik,pembuatan wau, menenun songket dan lain-lain lagi . Saya juga sebenarnya sangat sukakan seni dan cuba menghargai seni yang telah ada . dalam perbincangan juga ,insyaAllah saya cuba untuk bersetuju dengan pendapat rakan-rakan saya dan cuba untuk memberikan idea yang terbaik kepada mereka. Saya juga senang untuk berkawan dengan sesiapa tak kira bangsa dan saya juga sangat suka orang yang sentiasa jujur kerana orang-orang yang jujur boleh saya berikan kepercayaan saya kerana mereka. Saya juga suka untuk membantu rakan-rakan saya jika mereka mempunyai sebarang masalah kerana mungkin satu hari nanti saya pula yang memerlukan bantuan dari mereka.
 
Akhir kalam, sampai di sini sahaja jurnal ke lima saya yang boleh saya ulas. Saya ingin memohon maaf jika pernah silap kata ,tersalah bicara kepada sesiapa sahaja terutamanya doktor kerana pada awalnya saya saya penulisan jurnal agak membebankan tetapi setelah belajar apa itu emosi dan cara menguruskannya saya dapat memperbaiki diri serta berfikiran positif. Sekali lagi kata maaf dari saya,dan selamat hari raya. .kepada semua . J

No comments:

Post a Comment