Salam sejahtera kepada Dr Zamri dan rakan-rakan sekaliannya. Jurnal ini merupakan jurnal saya yang terakhir untuk kursus ZT2253 Pengurusan Emosi ini.
Tajuk kuliah hari ini merupakan emosi dan personaliti. Kuliah tidak dijalankan seperti minggu-minggu sebelumnya. Hari ini kami diberikan pembelajaran yang berbeza dengan kuliah yang lepas. Terdapat 3 tugasan diberikan untuk kami. Kami dikehendaki menghabiskan pembacaan bahagian Teori FKP terakhir yang berkenaan tentang Psychoanalytic Theory. Dr Zamri telah membuka satu klip video pendek pada pukul 2pm. kami diminta untuk menjawab soal selidik "myers briggs type indicator" (MBTI) supaya kami dapat mengenalpasti personaliti kami sendiri. Akhir sekali, kami dikehendaki untuk menjawab soal selidik tentang Teori Besar Lima. Melalui kaji selidik ini juga kami juga dapat mengetahui personality dengan lebih lanjut.
Teori psikoanalitik merupakan konsep yang melibatkan proses tanpa sedar untuk pengalaman emosi yang kita alami. Sebenarnya, keadaan tanpa sedar tersebut melibatkan emosi,motif, dan kenangan kisah yang tidak disedari boleh mempengaruhi tingkah laku kita. Hal ini lebih menitikberatkan pengalaman pada masa kecil. Keadaan ini boleh menyebabkan kita mendapat emosi secara tanpa sedar ini dan seterusnya mempengaruhi tindakan yang diambil tanpa sebarang tujuan.
Dalam video yang pertama, ia mengisahkan personaliti dikategori kepada dua jenis iaitu Personaliti A dan Personaliti B. Kedua-dua teori ini berbeza. Hal ini disebabkan kedua-dua personaliti ini mempunyai sifat yang bertentangan antara satu sama lain. Sifat-sifat individu personaliti A termasuklah makan cepat, bangun awal pagi, amat mementingkan masa dengan selalu memeriksa jam tangan, tidak bersabar, jarang berasa tenang tetapi teratur, menitikberatkan kesempurnaan, mempunyai daya siang yang sangat tinggi dan. Malahan, mereka juga mudah berasa tertekan dan senang mendapat risiko penyakit jantung( heart disease), dan tekanan darah tinggi (hypertension). Manakala sifat individu yang mempunyai personaliti B pula senang bekerjasama dengan orang lain, selalu nampak tenang, makan dengan perlahan,tidak tergesa-gesa. Seseorang ynag mempunyai personality B merupakan seorang yang penyabar, dan bercakap dengan tenang tanpa mengira sesiapa. Golongan ini lazimnya mudah digemari oleh orang ramai dan mempunyai ramai kawan. Namun, saya merupakan orang yang tercenderung kepada personality A tetapi adanya juga personality B. Adanya doctor menyatakan bahawa kita yang bakal menjadi doctor lebih cenderung kepada personaliti A yang disebabkan doctor sering berperanan menyelamatkan nyawa manusia.
Ujian personaliti MBTI diadakan sebagai tugasan dua kami. keputusan MBTI yang saya perolehi ialah ISTJ iaitu "the duty fulfiller". Tidak boleh dinafikan bahawa saya lebih diam dan suka kehidupan yang aman-damai. Seperti MBTI tersebut, saya lebih mementingkan integriti dan juga kejujuran. Terdapat kawan pernah menyatakan saya yang boleh bergantung. Tetapi apabila saya dalam tekanan, saya hanya tidak dapat menganalisis dengan rasional tetapi hanya memikir semua kemungkinan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Saya akan hilang kemampuan untuk berdepan dengan masalah dengan tenang dan rasional. Namun, apabila saya tidak berada dalam tekanan, saya dapat menyiapkan dan menyempurnakan tugasan saya dengan baik. Inilah salah satu personaliti ISTJ. Apabila saya mempunyai maklamat kehidupan, saya mampu mencapainya. Seseorang yang mempunyai perosnaliti ISTJ juga amat setia kepada cinta dan juga keluarga. Dia lebih bertanggungjawab kepada keluarga dan akan menjadi ibu atau bapa yang bertanggungjawab. Mereka juga murah hati dengan keluaranya. Biasanya, mereka lebih berhati baik dan sering menyayangi orang yang disekeliling.mereka juga lebih bekerja dengan masa yang lebih panjang berbanding dengan orang lain disebabkan mereka sering mengambil berat setiap langkah untuk menuju kepada maklamat tertentu. Malahan, mereka juga lebih berkemampuan menyiapkan setiap tugasan dengan lebih teratur, berancang dan menyiapkannya dengan sempurna.
Setiap orang mempunyai dua sifat. Salah satu menuju ke arah dunia luaran aktiviti, kegembiraan daripada orang ramai. Sifat yang kedua ialah menuju ke dunia dalaman yang berdasarkan pemikiran, minat, idea, dan imaginasi. Walaupun kedua-dua wujud dan saling melengkapi personaliti kita, kebanyakan orang mempunyai keutamaan semula jadi ke arah tenaga daripada dunia luaran atau dunia dalaman. Justeru, salah satu daripada dua sifat tersebut, ( Extraverted (E) atau Introverted (I)), menjadi sifat utama dalam pembangunan personaliti kita berperanan lebih dominan dalam kelakuan kita.
Ciri-ciri pendiam yang terdapat dalam introverted (I) termasuklah seseorang itu memikir dahulu sebelum bertindak, mindanya kadang kala lebih"ditutup" kepada dunia luar serta memerlukan masa untuk bersendirian dalam tempat privasi untuk pemikiran reflektif dan sering memotivasi diri sendiri.
Akhirnya merupakan soal selidik tentang teori besar 5, "Big 5 Theory" sebenarnya terdapat 5 theori utama iaitu "Extraversion, Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan juga Openness to experience". Orang yang berperanan "Extraversion" lebih emosi positif, bertenaga, dan kecenderungan untuk berasa selesa dengan orang lain. "Agreeableness" dalam bahasa inggeris ialah friendly or compassionate, iaitu bermaksud berbelas kasihan dan bekerjasama dengan orang dengan dengan mudah serta tidak memusuhi dengan orang lain. Mereka percaya orang lain pada umumnya bersifat jujur, sopan, dan boleh dipercayai. Seseorang individu ini juga lebih cenderung untuk mewujudkan keharmonian sosial. Orang yang berperanan "Conscientiousness" lebih cenderung untuk menunjukkan disiplin diri, kesetiaan, dan bertujuan mengecapi sesuatu; merancang dan bukannya spontan. Emotional stability merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian.manakala orang ynag mempunyai sifat "Openness" lebih berharga terhadap seni, lebih suka pengembaraan, mempunyai perasaan inkuisitif, mempunya idea-idea yang luar biasa, dansuka mempunyai pengalaman yang pelbagai. Seseorang yang mempunyai sifat"Neuroticism" lebih untuk mengalami emosi yang tidak stabil seperti emosi negatif kemarahan, kebimbangan,serta kemurungan dengan lebih senang. Mereka lebih cenderung untuk menafsirkan situasi biasa sebagai situasi yang mengancam, dan tugasan kecil sebagai suatu masalah yang membawa kepayahan kepadanya. Reaksi emosi negatif mereka berterusan untuk jangka masa panjang. Dengan perkataan lain, mereka kerap dalam emosi negatif yang tidak stabil. Orang yang berneurotik lebih sukar berfikir dengan jelas, membuat keputusan, dan menghadapi tekanan secara berkesan.Setelah menjalankan soal selidik tersebut saya mendapat keuptusan bahawa saya lebih kepada aggreebleness.
Saya telah menbaca sebuah artikel, salah satu perenggan yang yang menarik perhatian saya ialah
Always remember that behavior involves an interaction between a person's underlying personality and situational variables. The situation that a person finds himself or herself in plays a major role in how the person reacts. However, in most cases, people offer responses that are consistent with their underlying personality traits.
These dimensions represent broad areas of personality. Research has demonstrated that these groupings of characteristics tend to occur together in many people. For example, individuals who are sociable tend to be talkative. However, these traits do not always occur together. Personality is a complex and varied and each person may display behaviors across several of these dimensions.
Akhir kata, soal selidik tersebut dapat membantu saya mencari personaliti saya yang sebenar. Pengenalpastian personaliti ini signifikasi untuk kita mengetahui. Kita dapat memilih sahabat baik dan juga pasangan hidup yang sesuai melalui pengenalpasti personaliti. Hal ini juga dapat membantu kita dalam kehidupan.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment