Friday, August 26, 2011

A131504 Ng Kim Khim LJ05

Pada 24 August 2011, saya telah menghadiri  kursus ZT2253 Pengurusan Emosi bagi kuliah kelima. Dr Zamri telah menghadiri kuliah pada hari ini pada pukul 1pm. Tepat pada pukul 2 petang, beliau telah membuat pengumunan kepada pelajar bahawa hari ini tiada kuliah, tetapi terdapat beberapa aktiviti pembelajaran yang lain. Sesi pengkuliahan biasa telah diganti oleh aktiviti pembelajaraan yang lebih menarik dan melibatkan interaksi antara pelajar dan lecturer. Kami dikehendaki membaca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory, membincangkan personality sendiri melalui soalselidik MBTI dan juga soalselidik Teori Besar Lima( Big Five Theory).

 

Sebaik sahaja kuliah bermula, Dr Zamri telah menayangkan sebuah klip video yang pendek tentang Psychoanalytic Theory. Video tersebut telah menyampaikan moral dan mesej kepada saya bahawa sekiranya kita menghadapi kesusahan dan dugaan dalam kehidupan, kita haruslah menghadapi segala masalah dengan berfikiran positif. Video itu adalah ditujukan kepada orang yang dalam kemurungan teramat. Video ini mengisahkan seorang yang kemurungan menumpuhi kedelitaan hidupnya dengan ketabahan dan kegigihan. Dia mendapati kenyataan pada zaman dewasa adalah amat berbeza dengan fikiran dia semasa zaman kanak-kanak. Semasa dia kecil, dia mempercayai seorang rakan tidak akan mengkianati dia tidak kira dalam apa-apa situasi tetapi kenyataan sekarang menunjukkan sebaliknya. Dia juga pernah mempercayai bahawa 'there will always be a light at the end of tunnel' tetapi sekarang dia mendapati bukan segala masalah mempunyai cara untuk mengatasi. Dia percaya pengemis akan menggunakan duit yang dia dermakan dengan sewajarnya tetapi tidak. Dia berasa murung kerana segala sangkaan semasa semasa kecil adalah berbeza dan disebaliknya dengan kenyataan sekarang. Walaubagaimanapun, dia masih berfikiran optimistic. Jika rakan mengkianati, dia akan mencari rakan yang baru; jika pengemis menipu dia, dia masih akan berbaik hati untuk mendermakan duit dia; jika terdapat dugaan yang menghalang dia, dia masih akan mencari cara untuk mengatasi masalah dia. Ini kerana dia masih percaya "There was always a light at the end of the tunnel". Video ini memberi inspirasi kepada saya supaya tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan saya.

Bagi tajuk Psychoanalytic theory yang diusulkan oleh Sigmund Freud., definisi Psychoanalytic theory adalah personality development which underlie and guide psychoanalytic and psychodynamic psychotherapy. Teori ini mementingkan pengalaman dan peristiwa yang berlaku semasa kanak-kanak akan mempengaruhi kehidupan seseorang semasa dia menjadi dewasa.  Ataupun boleh dikatakan semasa kecil, pengalaman seseorang itu boleh mempengaruhi perkembangan mental seseorang itu. Segala peristiwa dia semasa kecil akan menjejaskan pemikirannya semasa dia menjadi dewasa.

 

            Selepas itu,  Dr. Zamri telah memaparkan sebuah klip video yang berkaitan dengan personaliti type A dan B kepada kami. Dr Zamri hendak kita menilai sendiri tentang personality sendiri. Menurut video yang ditunjukkan itu, individu yang mempunyai personaliti jenis A mempunyai sifat seperti makan dengan terburu-buru, sentiasa bertindak dengan cepat, tidak sabar melakukan apa-apa perkara, bangun dengan awal, membuat segala perkara dengan secepat mungkin dan tanpa kesilapan. Personality jenis A suka menganjurkan jadual waktu seharian dan mereka akan selalu melihat jam tangan sendiri. Personality jenis A lebih mudah mendapat masalah kesihatan misalnya sakit jantung, penyakit darah tinggi dan lain-lain lagi kerana mereka selalu berada dalam keadaan yang risau dan tertekan. Personality jenis B adalah disebaliknya. Individu yang mempunyai personaliti jenis B mempunyai sifat yang berbeza dengan personaliti jenis A. Personaliti jenis B adalah seseorang yang sentiasa tenang dan aman. Mereka suka melakukan aktiviti yang tenang, memandu dengan had laju yang ditetapkan dengan mematuhi undang-undang di jalan raya, makan dengan lambat, bersabar dan relax. Orang yang mempunyai personality jenis B mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Mereka lebih gembira dan tidak mudah berasa tekanan. Oleh itu, individual jenis ini tidak mudah mempunyai  Selepas menonton video tersebut, saya telah menilai saya sebagai personality jenis A.  mempunyai aktiviti yang tenang pada setiap hari, memandu tanpa melebihi had laju, makan lambat, sentiasa bersabar, bercakap secara perlahan dan berkeyakinan sendiri yang tinggi. Orang yang mempunyai personaliti jenis B memang hidup dengan lebih gembira dan senang. Selepas melihat semua perwatakan ini, saya berpendapat bahawa saya sendiri berpesonaliti type A.

Selepas itu, kami dikehendaki menjalankan soal selidik yang lebih detail iaitu MBTI (Myers Briggs Personality Test).  Soal selidik tersebut mempunyai lapan kriteria, iaitu "Extraversion (E),  Introversion (I); Sensing (S), iNtuition (N); Thinking (T), Feeling (F); Judging (J), dan Perceiving (P)". Kami haruslah memilih empat fungsi daripada lapan fungsi itu mengikut kotak yang tertentu. Lapan fungsi tersebut dipilih mengikut pasangan

1.      Extraversion (E) dengan  Introversion (I);

2.      Sensing (S) dengan iNtuition (N);

3.      Thinking (T) dengan Feeling (F); dan akhirnya

4.       Judging (J) dengan Perceiving (P)".

Dalam soal selidik ini, saya dapat personaliti adalah INFP. Saya berasa saya merupakan personaliti yang serupa dengan MBTI. MBTI menjelaskan bahawa INFP is the dominant quality in their lives is a deep-felt caring and idealism about people. They experience this intense caring most often in their relationships with others, but they may also experience it around ideas, projects, or any involvement they see as important. INFPs are often skilled communicators, and they are naturally drawn to ideas that embody a concern for human potential. INFPs live in the inner world of values and ideals, but what people often first encounter with the INFP in the outer world is their adaptability and concern for possibilities. Akhirnya saya dapati saya merupakan seorang The Idealist.

 

Bagi soal selidik yang terakhir iaitu soal selidik Teori Besar Lima( Big Five Theory). Mengikut Teori Besar Lima ini, lima major personaliti itu diringkaskan sebagai 'OCEAN' iaitu Extroversion,  Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan Openness to Experience. Komponen dalam OCEAN ialah

 

1.      Openness 

2.      Conscientiousness 

3.      Extraversion 

4.      Agreeableness 

5.       Neuroticism 

Selepas menjawab soalan dalam soal selidik The Big Five, saya dapati personality saya merupakan 'N' iaitu Neuroticism. Saya merupakan seorang yang mempunyai kecenderungan untuk mengalami emosi yang tidak stabil seperti kemarahan, kebimbangan, kemurungan. Saya mudah mengalami emosi sedih, marah dan murung walaupun perkara yang remeh.

     

        Kesimpulan, selepas soal selidik tentang personaliti type A dan B, MBTI (Myers Briggs Personality Test), dan Teori Besar Lima( Big Five Theory), saya dapati bahawa saya merupakan seorang yang suka bertindak dengan cepat dan terburu-buru dan tidak pandai menguruskan emosi saya. Saya merupakan seorang Idealist. Soal selidik ini telah memberi saya mempunyai idea yang lebih jelas mengenai personality saya sendiri. Saya akan bersungguh-sungguh menguruskan emosi saya dengan lebih baik.

 



No comments:

Post a Comment