Friday, August 26, 2011

Syazwani Azwa Sulaiman A131368 LJ05

DISCOVER YOURSELF^^                               
                Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Dr. Zamri. Ini merupakan jurnal saya yang terakhir  iaitu jurnal yang kelima bagi ZT 2253. Hari ini merupakan kuliah yang ringan disebabkan ramai yang tidak hadir ke kuliah pada hari ini. Kami dipertontonkan dengan pelbagai video hari ini dan diberikan tiga tugasan iaitu:
Task 1: Baca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama yang akan ditayangkan pada jam 2pm. Kaitkan apa yang ada dalam video tersebut dengan teori.

Task 2: Jawab soalselidik MBTI. Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.

Task 3: Jawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.
 
Video yang pertama mengilustrasikan kehidupan seseorang bermula dari zaman kanak-kanak hingga remaja khususnya. Pengalaman ini pastinya dirasai oleh semua orang. Bermula dari zaman kanak-kanak, kita merasakan bahawa hidup sangat hebat, indah dan bahagia. Tiada apa yang akan merosakkan kebahagiaan kita. Seolah-olah pada zaman kanak-kanak hidup seakan-akan sempurna dan mudah. Hal ini kerana zaman kanak-kanak tiada apa yang perlu kita fikirkan dan risaukan. Kita berada dalam dunia sendiri and we just concern about ours own pleasureness. Namun apabila kita meningkat dewasa kita mula terfikir akan kehidupan yang bakal kita jalani. Kita mulai sedar bahawa hidup itu tidak semudah yang kita sangka semasa kita di zaman kanak-kanak. Kita mulai sedar terlalu banyak manusia dan ragamnya, kita mula berinteraksi dengan mereka bahkan kesemua ini mempunyai kesan dalam kehidupan kita seperti perwatakan, sikap dan lain-lain. Menurut Psychoanalytic theory bahawa pemikiran semasa kita kanak-kanak adalah secara tidak sedar  dan ianya sebenarnya di pengaruhi oleh perwatakan kita. Setelah kita melangkah ke alam kedewasaan segala prinsip dan pemikiran kita semasa zaman kanak-kanak harus berubah untuk menjadikan kita lebih pandai menilai kehidupan ini dari segala aspek dan juga pembentukan peribadi kita secara langsung. Contoh dalam video tersebut, dia akan tetap terus menderma kepada peminta sedekah walaupun dia tidak tahu tujuan derma itu nanti. There comes a time in life when you have to let go of all the pointless drama and the people who create it and surround yourself with people who make you laugh so hard that you forget the bad and focus solely on the good. After all, life is too short to be anything but happy. Dan sememangnya laluan ini jugalah kita yang bernama manusia akan menempuhinya kerana setiap yang berlaku telah pun tertulis. Maka terpulanglah kepada kita yang dianugerahkan pelbagai emosi untuk mengurusnya terutama sekali emosi negatif. Seseorang yang mempunyai emosi positif adalah seseorang yang pandai mengurus emosi negatif.
                Apa itu PERSONALITI? Personaliti ialah gabungan ciri-ciri psikologi kita gunakan untukmengelaskan & menggambarkan seseorang dari segi ciri-ciri seperti yang tenang, pasif, kuat, agresif, dan lain-lain. Myers – Briggs Type Indicator adalah satu instrument yang telah di gunakan untuk mengukur personaliti. Mengikuti indicator ini individu akan diklasifikasikan sebagai introvert atau extrovert, sensing atau intuitive, thinking atau feeling, dan judging atau perceiving. Extrovert ialah yang keluar, pandai bergaul, dan tegas. Maksudnya yang pandai bersosial manakala introvert adalah sebaliknya iaitu pemalu dan pendiam. Sensing pula ialah yang jenis memberi tumpuan secara mendalam sebaliknya bagi intuitive yang bergantung kepada proses yang tidak sedarkan diri dan melihat gambaran yang lebih besar. Kemudian jenis pemikir yang menggunakan akal dan logik untukmenangani masalah dan juga  jenis perasaan bergantung kepada merekanilai-nilai emosi dan peribadi . Akhir sekali, jenis judging lebih ingin diri mereka di kawal dan diarahkan supaya lebih teratur manakala bagi perceiving adalah fleksibel dan spontan.
                Video yang kedua pula memaparkan personality type A atau type B. Menurut video ini personality type A adalah individu yang suka melakukan kerja dgn cepat seperti makan dan bangun tidur. Mereka sentiasa dalam keadaan kelam kabut dan tidak sabar. Tetapi mereka ini seorang yang teratur, perfectionist, sentiasa peka dengan masa dan bersifat daya saing. Manakala personality type B adalah yang bertentangan. Mereka ini seorang yang gemar melakukan aktiviti yang tenang, makan, bercakap dan memandu dengan perlahan, penyabar, relaks, tidak suka cepat-cepat atau risau. Type B adalah seorang yang tenang dan berkeyakinan diri, tidak stress. Manakala type A mempunyai risiko yang besar menderita penyakit jantung, perasaan gelisah dan stress. Saya mendapati saya tergolong dalam jenis A. Melalui video ini saya dapat tahu jenis personality saya dan tahu cara-cara untuk memperbaiki kehidupan saya. Misalnya, golongan personality jenis A harus lebih relaks dan mengambil sesuatu perkara itu tidak terlalu serius atau berat untuk menghindari kesan yang buruk di masa hadapan.
                Video yang ketiga pula mengenai ujian personality melalui MBTI/personality cognitive. Kami disuruh untuk menjawab questionnaire atau soal selidik yang dipaparkan di slide show. Melalui ujian ini saya adalah ISTP ( Introversion, Sensing, Thinking, Perceiving)= The mechanics. ISTP adalah seorang yang memahami bagaimana sesuatu perkara dan fenomena dalam dunia sebenar berlaku supaya mereka akan mendapat faedah daripada penyiasatan itu. ISTP juga seorang yang logical dan realistic. Apabila mereka tidak aktif dalam menyelesaikan masalah, mereka lebih gemar berdiam diri dan menjadi pemerhati yang analytical terhadap persekitarannya. Daripada perkataan mechanics itu sendiri menggambarkan seseorang yang suka menganalisa, mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam tentang sesuatu perkara dan suka berekspriment. Ini mungkin tepat dengan personality saya kerana saya begitu suka subjek maths dan fizik dan maksud hari lahir saya juga mengatakan saya seorang yang berfikiran secara analytical dan seorang pemerhati yang bagus.
                Video yang keempat pula kami didendangkan dengan lagu syahdu "Right Here Waiting" oleh Bryan Adams. Video ini ada kaitan dengan the big five model dimana terdapat 5 ciri iaitu
  Extroversion
•       positive emotions, surgency, and the tendency to seek out stimulation and the company of others.
•       enjoy being with people, and are often perceived as full of energy.
•       enthusiastic, action-oriented individuals who are likely to say "Yes!" or "Let's go!" to opportunities for excitement.
•       In groups they like to talk, assert themselves, and draw attention to themselves.
   Agreeableness
•       tendency to be compassionate and cooperative rather than suspicious and antagonistic towards others.
•       value getting along with others.
•       considerate, friendly, generous, helpful, and willing to compromise their interests with others.
•       have an optimistic view of human nature.
•       believe people are basically honest, decent, and trustworthy.
 Conscientiousness
•       tendency to show self-discipline, act dutifully, and aim for achievement against measures or outside expectations.
•       preference for planned rather than spontaneous behavior.
  Emotional Stability
•       tendency to experience negative emotions, such as anger, anxiety, or depression.
•       emotionally reactive and vulnerable to stress.
•       more likely to interpret ordinary situations as threatening, and minor frustrations as hopelessly difficult.
•       negative emotional reactions tend to persist for unusually long periods of time, which means they are often in a bad mood. Affect ability to think clearly, make decisions, and cope effectively with stress
 Openness to Experience
•       Appreciate art, emotion, adventure, unusual ideas, imagination, curiosity, and variety of experience. The trait
•       intellectually curious, appreciative of art, and sensitive to beauty.
•       more creative and more aware of their feelings.
•       more likely to hold unconventional beliefs.
 
        Setelah menjawab soal selidik mengenai The Big 5 theory, keputusan saya adalah A iaitu agreeableness . Saya rasa ini sesuai dengan personality saya kerana bagi saya semua manusia adalah baik. Tiada yang jahat. Saya mudah mesra dengan semua orang. Saya suka bekerjasama dan member pertolongan semampu yang boleh. Saya selalu percaya that to sit beside people not above them then you will know the meaning of true friendship.
 
        Kesimpulannya, melalui kuliah pada hari tersebut saya belajar banyak perkara tentang personality dan secara langsung saya lebih jelas tentang personality saya dan kawan-kawan. Hal ini penting untuk kita tahu sifat dan sikap masing-masing dan orang di sekeliling kita agar kita dapat berkomunikasi dengan baik, dapat mengurus emosi dengan lebih baik dan dapat hidup harmoni bersama-sama..
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment