Friday, August 26, 2011

A131850 Nurul Zahirah Zainal LJ05 Tahukah Personaliti Anda?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca jurnal saya ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan Alhamdulillah kerana saya telah berjaya menyiapkan semua jurnal yang telah diberi sebelum ini hinggalah ke jurnal terakhir buat modul ZT2253 Pengurusan Emosi. Seperti biasa, kuliah telah diberi oleh Dr.Zamri di Dewan Kuliah Satu pada jam 2 petang, 24 Ogos 2011. Tetapi kali ini, Dr.Zamri tidak memberi syarahan malah melakukan beberapa aktiviti dan pembelajaran serta tugasan yang perlu dilaksanakan. Antaranya:

Tugasan 1: Baca 'slide' dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama yang akan ditayangkan pada jam 2 pm. Kaitkan apa yang ada dalam video tersebut dgn teori.

Tugasan 2: Jawab soalselidik MBTI. Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.

Tugasan 3: Jawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.

Untuk tugasan pertama, saya dapati video yang ditayangkan adalah berkenaan dengan pandangan dan kepercayaan seseorang semasa dia budak-budak hinggalah dia menjadi dewasa. Semasa dia kecil, die berpendapat bahawa kehidupan ini sangatlah sempurna dan tiada cacat celanya. Dia juga percaya bahawa sekiranya terdapat masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Tetapi apabila usia sudah meningkat dan dia pun telah menjadi dewasa, dia mula berfikir bahawa tidak semua orang di sekelilingnya ingin menjadi sahabatnya, tidak semua masalah ada solusiya, tidak juga boleh mempercayai sesiapa pun. Dia meluahkan perasaannya tentang betapa sunyinya hidupnya. Dia hidup keseorangan sejak dulu lagi. Dia merasakan dirinya sudah dibiarkan,terbuang, ditipu dan dipermainkan. Dia berasa sangat sunyi menunggu seorang gadis yang tidak dikenali. Dia sudah berputus asa menjadi seorang  budak baik padahal apa yang didengari dari orang orang yang baik selalunya di akhir garisan. Dia sudah letih mengejar cita-citanya dimana orang lain sudah tidak kisah lagi dengan cita-cita masing-masing dan mempercayai setiap orang. Itu semuanya dulu. Kini, dia berfikiran sekiranya dia dikhianati, dia akan cari orang lain untuk menjadi kawannya. Sekiranya, dia ditipu, dia tetap akan menjadi orang  yang baik hati. Andai kata sukar baginya untuk mencari jalan penyelesaian masalah, dia tetap usaha untuk mencarinya dan tidak akan berputus asa untuk menunggu gadis yang diminatinya. Kesimpulannya, pengalamannya semasa kanak-kanak adalah secara tidak langsung mempengaruhi sikap dan personalitinya kini. Hal ini dijelaskan dalam Psychoanalytic Theory. Teori ini menekankan kepada emosi-emosi negatif seperti sunyi, bosan, berputus asa, letih, marah dan bimbang. Namun, segala pengalaman dan emosi ini telah menghasilkan personality yang sangat mantap dan optimis.

Sebelum tugasan dua dilakukan, kami sempat menonton video 'What type of personality are you?'. Dalam video ini, saya dapati ada dua jenis personality iaitu Jenis A dan Jenis B. Setelah menontonnya, saya merasakan personality diri saya adalah Jenis A. Kriteria orang yang personalitinya jenis A adalah seperti berikut:

-Makan laju-laju

-Bangun awal

-Selalu nak cepat

-Tak sabar-sabar

-Kemas

-Kesempurnaan

-Selalu tengok jam

-Pandu kereta laju-laju dan kelam kabut apabila memandu

-Suka bersaing

-Selalu stress

-Mood sentiasa berubah

Semua kriteria yang dinyatakan di atas semuanya ada pada diri saya kecuali kemas. Saya bukanlah seorang yang kemas pun. Kadang-kadang selekeh juga. Setelah melihat pada kriteria ini, barulah saya sedar selama ini saya asyik gagal dalam ujian memandu adalah kerana saya mempunyai personaliti jenis A di mana saya mungkin memandu kereta dalam keadaan kelam kabut semasa ujian berlangsung. Kata Dr. Zamri, orang yang jenis A ini senang untuk mendapat penyakit seperti masalah jantung. Maka, nasihat kepada orang-orang yang jenis A termasuk diri saya sendiri, marilah kita relaks dan cari masa untuk berseronok sedikit.

Kemudian untuk tugasan yang kedua pula, saya telah menjawab soalselidik MBTI iaitu Myers-Briggs Type Indicator. Ujian ini adalah bertujuan untuk mengetahui kategori personaliti masing-masing. Dalam ujian ini, saya perlu memilih antara extraverted(E) atau introverted (I), sensing(S) atau intuitive(N), thinking(T) atau feeling(F), judging(J) atau perceiving(P).

Extroverts = outgoing, sociable, and assertive.

Introverts = quiet and shy.

Sensitive = practical and prefer to focus on details.

Intuitives = rely on unconscious processes and look at the big picture.

Thinking = use reason and logic to handle problems

 

Feeling = rely on their personal values and emotions.

 

Judging types = want control and prefer their world to be ordered and structured.

Perceiving = flexible and spontaneous.

Hasilnya saya mendapati personaliti saya adalah ISTJ yang melambangkan THE DUTY FULFILLERS. Menurut Charles Martin, orang yang jenis ISTJ adalah orang yang sangat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasannya. Cara orang ISTJ mengendalikan sesuatu mampu membuatkan orang itu sempurnakan tugasannya dengan baik sekali dan penuh teliti. Kebiasaannya, orang ISTJ ini akan membuat sesuatu keputusan berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan keputusan berlandaskan kepada apa yang mereka lihat. Mereka juga adalah golongan yang sangat komitmen dengan orang yang mereka bekerja atau dengan suatu organisasi. Mereka mengambil tugasan atau kerja yang diberi dengan serius serta yakin bahawa orang lain pun sepatutnya sepertinya, serius dan teliti dengan kerja masing-masing.

Pada pendapat saya, ada sesetengah saya bersetuju dan ada juga yang saya kurang bersetuju. Saya akui yang jenis bertanggungjawab dalam menyiapkan kerja. Bukan nak bangga diri tetapi apa yang saya perhati dan nilai diri saya, apabila saya diberi kerja, saya akan pastikan saya buat dan selesaikannya walau apa cara sekali pun. Faham ke tak faham ke,yang pasti saya siap kerja saya. Tetapi berbalik kepada kenyataan di atas di mana orang ISTJ ini membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan penglihatan mereka, saya kurang bersetuju kerana saya sering membuat keputusan mengikut majoriti. Contohnya, kalau saya diberi pilihan untuk memilih satu baju antara 2 baju, saya kurang pasti dengan pilihan saya. Saya lebih rela menyuruh rakan-rakan saya memilihkan untuk saya. Bukan baju saja, handphone ke,laptop ke, buku ke atau apa-apa saja yang meletakkan saya di situasi untuk memilih, memang saya kurang mahir. Ya, memang saya akui bahawa apabila saya serius tentang kerja saya, orang lain pun sepatutnya sebegitu iaitu serius dengan kerja mereka.

Dr. Zamri telah menunjuk satu video mengenai lagu 'Right Here Waiting' dengan liriknya sekali. Beliau menyuruh kami untuk kaitkan lirik dalam lagu itu dengan Big Five Theory. Kaitannya adalah, dalam lirik tersebut terdapat perkataan OCEAN. Dalam Big Five Theory, OCEAN adalah singkatan bagi Openness, Conscientiousness, Extroversion, Agreeableness, Neuroticism.

Openness: imagination and insight, and those high in this traits also tend to have a broad range of interest.

Conscientiousness: High levels of thoughtfulness, with good impulse control and goal-directed behaviours. Those high in this traits tend to be organized and mindful of details.

Extroversion: Includes excitability, sociability, talkativeness, assertiveness and high amounts of emotional expressiveness.

Agreeableness: Includes attributes such as trust, altruism, kindness, affection, and other prosocial behaviours.

Neuroticism: Individuals high in this trait tend to experience emotional instability, anxiety, moodiness, irritability, and sadness.

Selepas menjawab ujian ini, saya dapati saya merupakan seorang Neuroticism kerana saya adalah seorang yang cepat beremosi, cemas, selalu dalam keadaan yang tiada mood dan kadang-kadang sedih.

Pada pendapat saya, walaupun saya lebih kepada personality yang negative, namun saya Nampak ada positifnya dimana sikap-sikap ini membuatkan saya lebih tabah dan belajar untuk berfikir secara rasional. Apabila saya beremosi atau sedih, saya lebih suka menyendiri dan membuat refleksi diri.

Memandangkan ini adalah jurnal terakhir saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Zamri keran  telah menurunkan ilmu-ilmunya kepada kami dan telah banyak bersabar dengan kerenah-kerenah kami dalam menyiapkan tugasan mahupun ketika kami dalam kuliahnya. Semoga Allah swt memberkati jasa-jasa baik Dr.Zamri. Amin..

No comments:

Post a Comment