Friday, August 26, 2011

A131790 NUR AFIQAH BINTI BAHAMAN LJ05-WHO AM I?


Assalamualaikum, untuk terakhir kalinya saya akan melangsaikan hutang jurnal untuk tugasan individual ini. Jadi untuk jurnal akhir ini saya telah diminta oleh dr. zamri untuk melakukan 3 perkara iaitu yang pertama untuk mengaitkan video 'childhood experience' dengan  teori psychoanalytic. Kedua saya perlu bincangkan personaliti saya setelah menjalankan soal selidik MBTI. Dan akhirnya saya perlu juga membincangkan personaliti saya menurut teori besar lima (Big Five Teory). Berbeza dengan kuliah sebelum ini. Kuliah pada hari rabu 24 Ogos 2011 ini, agak menarik minat saya kerana ia lebih kepada video dan soal selidik untuk mengenali personaliti diri saya dan rakan-rakan.

 

Yang pertama sekali berkenaan dengan video yang ditayangkan pada permulaan kuliah. Pada mulanya saya tidak dapat menghayati apa yang diperkatakan dalam video tersebut disebabkan lagu yang dimainkan itu agak menganggu. Terima kasih kepada dr. kerana meletakkan video ini dalam blog agar dapat saya kaji semula apa yang maksud sebenarnya yang ingin disampaikan oleh video tersebut. Apa yang dapat saya katakana video ini mengenai seseorang yang menganggap  kehidupan sungguh indah semasa dia di zaman kanak-kanak. Dia berasa setiap perkara yang berlaku walau seteruk mana pun pasti akhirnya akan mempunyai kesudahan yang baik.


I believe that no matter how bad thing got, there wasa always a light at the end of the tunnel


Tapi setelah umur semakin meningkat dewasa, dia sedar apa yang dia fikirkan selama ini tidak sama dengan kehidupan sebenar. Tidak semua orang akan berkawan dengannya, dan tidak 

semestinya semua perkara akan berakhir dengan baik, dan dia tidak boleh terlalu percaya pada orang.


I started to realize that not everyone you meet will want to be your friend,


And that not every dark tunnel has a light at the end,


And that you just can't trust anyone


Jadi daripada video ini apa yang dapat dikaikan dengan teori teori psychoanalytic? Menurut teori yang dikemukan oleh Sigmund Freud(1856 – 1939) yang menyatakan bahawa semua tindakan atau perilaku manusia merupakan hasil dari naluri (instinct) biologis internal. Menurut beliau lagi, minda kita kita terbahagi kepada dua iaitu minda secara sedar dan minda secara tidak sedar. Kebanyakan pengalaman semasa kanak-kanak adalah secara tidak sedar. Minda yang tidak sedar ini selalunya datang dari pengalaman dan personaliti yang akhirnya melahirkan perilaku dan tindakan kita. Dalam video ini, apa yang dirasakan semasa kecil merupakan apa yang dia buat ketika dia dewasa, walaupun hakikatnya hidup bukan seperti yang difikirkan. Dia merupakan apa yang di fikir. Samalah seperti teori psychoanalytic.


Even if those friends betray me, I'll find new ones


Even if beggar cheats me, I'll keep being generous


Even if the light I see isn't the sun, I'll keep looking for it until I can warm my frozen heart


And I've waited THIS long for that girl, so why stop now

 

            Seterusnya sebuah video lagi dipersembahkan kepada kami mengenai personality type A dan type B. Selepas melihat video tersebut saya rasa say dapat dikategorikan sebagai type A person. Dalam kebanyakan keadaan saya lebih tenang dan jarang untuk menghadapi stress. Hanya pada situasi tertentu sahaja yang membolehkan saya menjadi type B person, contohnya ketika hampir untuk menghadapi peperiksaan. Tapi di sini saya perlu lebih menerangkan personaliti saya berdasarkan hasil soal selidik MBTI. MBTI merupakan singkatan bagi Myers Brigg Type Indicator. Ujian ini dapat menentukan personaliti seseorang berdasarkan beberapa huruf yang akan membawa kepada 16 jenis personality yang berbeza. Saya perlu mimilih apa yang sesuai dengan diri saya sama ada Extraverted(E) atau Introverted(I), Sensing(S) atau iNtuition(N), Thinking(T) atau Feeling(F), Judging(J) atau Perceiving(P). dan akhirnya keputusannya saya merupakan ENFJ iaitu The Givers. Menurut laman web MBTI ini http://www.personalitypathways.com/type_inventory.html.

 

ENFJ-The Giver

For ENFJs the dominant quality in their lives is an active and intense caring about people and a strong desire to bring harmony into their relationships. ENFJs are openly expressive and empathic people who bring an aura of warmth to all that they do. Intuition orients their feeling to the new and to the possible, thus ENFJs often enjoy working to manifest a humanitarian vision, or helping others develop their potential. ENFJs naturally and conscientiously move into action to care for others, to organize the world around them, and to get things done.


Itu yang digambarkan dengan personality saya. Apa yang dapat dikatakan personality the givers ini ialah dia lebih mementingkan orang lain dan berasa seronok bekerja untuk menolong orang. Sebagai doktor pada masa akan datang, saya akan menolong ramai orang. InsyaAllah saya akan seronok untuk itu. Selama ini saya memang selalu mendengar banyak pemasalahan rakan-rakan saya kerana saya merupakan pendengar yang baik, dan jika mampu saya akan membantu mereka.

 

Kemudian, personaliti saya diukur pula dengan Teori Besar Lima (Big Five Theory). Teori ini mengkategorikan personaliti seseorang kepada lima asas dimensi personaliti iaitu OCEAN (Openness, Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness, Neuroticism). Selepas menjalani soal selidik ini mendapati saya dalam kategori Agreeableness. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai personaliti ini saya cuba memcarinya mengunakan Google. Jadi apa yang saya dapat daripada http://www.laynestoops.com/blog/big-five-theory-of-personality/

 

Agreeableness can be described as a trait that exhibits behaviors perceived as trusting, friendly, cooperative, or easy going (Friedman & Schustack, 2009, p. 267). This type of person could be considered dependable but not necessarily a leader. This personality trait describes a person that is trusting, but not necessarily an achiever. According to Friedman and Schustack (2009), the antithesis of this personality trait is someone who is not kind, agues with others, and is not friendly.

 

            Selama ini saya sukar memberitahu orang lain mengenai personalitI saya kerana saya akan bertindak berlainan dalam situasi yang berbeza. Tapi selepas menjalankan kedua-dua ujian personaliti saya tahu apa yang boleh saya beritahu orang tentang diri saya. Walaupun begitu, ujian ini merupakan apa yang saya fikir tentang diri saya. Oleh itu, saya tidak boleh menganggap itu la saya yang sebenarnya. Saya perlu lebih terbuka apabila ada komen tentang perilaku saya. Kadang-kadang ada bahagian pada diri kita ini tidak mampu dilihat sendiri oleh kita. Jadi apa yang orang lain beritahu tentang kita berkemugkinan betul. Namun begitu, janganlah kita menerima komen itu seratus peratus atau menolaknya secara total, tapi lihat dan kaji semula diri kita ini tentang apa yang diperkatakan. Apa yang buruk itu kita perbaiki yang termampu. 

 

            Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini dan terakhirnya. Akhir kata kata saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada Dr. Zamri dan sesiapa yang membaca jurnal saya ini. Maaf Zahir Batin. =)

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment