Friday, August 26, 2011

A131858 CHO VI VIEN LJ05

           

 

 

 

 

 

            Salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr.Zamri. Kali ini merupakan kali yang kelima saya menulis jurnal untuk ulasan kuliah zt. Kali ini tidak ada kuliah yang akan dijalankan seperti biasa kerana sebelum kuliah bermula saya sudah difahamkan bahawa ada ujian personaliti dan video-video klip akan ditayangkan. Kuliah bermula seperti biasa dengan task yang pertama. Kami telah diberi masa untuk membaca slide dan teks tentang psychonalitic theory. Pada pukul 2, Dr.Zamri telah menayangkan satu klipvideo yang berkaitan dengan zaman golangan kanak-kanak dan perjalanan pencerita yang penuh dengan cabaran. Walaupun perjalanan beliau penuh dengan cabaran dan dugaan, namun beliau juga dapat mengatasi . Pada mulanya , saya ingatkan video ini adalah berkaitan dengan cinta, tetapi selepas penjelasan saya barulah menyedari makna tersirat dalam video ini. Saya juga terkenang zaman kanak-kanak saya dan juga semua cabaran yang perlu diatasi sebelum saya memasuki UKM. Saya rasa bagi seseorang yang inginkan kejayaan dalam hidup, dia perlulah tabah dengan segala ujian yang diberi dan tidak mudah untuk berputus asa.

 

           Selepas tayangan video kuliah ini diterukan dengan ujian mbti , iaitu Myers Briggs Type Indicator. Dalam ujian ini , sesiapa yang berasa dia adalah lebih kepada personality tersebut akan angkat tangan. Ujian ini telah dibahagi kepada 3 bahagian dan terdapat dua personality yang berbeza dalam setiap bahagian. Dalam bahagian yang pertama, personalitinya ialah thinking dan feeling personalities. Bagi bahagian A , saya telah memilih thinking personaliti . Thinking personality sebenarnya mengatakan bahawa seseorang itu akan berfikir sebelum membuat keputusan. Ia juga boleh mengatakan bahawa seseorang itu akan berfikir sebelum berkata-kata. Bagi bahagian B , antara judging dan perceiving , saya telah memilih judging dan bagi bahagian c , saya telah memilih introverted. Bahagian yang keempat saya telah memilih sensing. Selepas saya menghabiskan ujian tersebut,huruf –huruf  yang saya dapat ialah ISTJ-THE DUTY FULFILLER.

 

            Saya telah melayari laman web yang telah dicadangkan oleh Dr.Zamri https://www.personalitypage.com/html/ISTJ.html. untuk mengetahui lebih lanjut tentang personality saya. Mengikut diskriptif dalam laman web itu, the duty fulfiller mempunyai dua sifat yang berbeza iaitu sifat dalaman dan sifat luaran. Sifatnya ialah seorang yang boleh menyelesaikan masalah dengan sikapnya yang rasional dan logik. Dia ialah seorang yang pendiam dan suka akan kedamaian.Dia juga mempunyai motivasi yang tinggi dan biasanya dapat mennyelesaikan masalah yang dihadapi. Saya rasa akan tepat kerana saya akan cuba menyelesaikan tugasan yang diberi kerana saya menganggap ianya adalah tanggungjawab saya. Selain itu, the duty fulfiller ialah seorang yang boleh digantung dan boleh dipercayai kerana dia seorang yang jujur. Dia juga mempunyai sifat yang pandai bergurau terutamanya bersama dengan keluarga atau perhimpunan dengan rakan sekerja. Walau bagaimanapun, dia sangat mengikut undang-undang dan tradisinya. Dia juga mahu orang di sekelilingnya mematuhi peraturan kerana dia akan berasa bersalah jika dia menyalahi peraturan tersebut. Selain itu,ISTJ mempunyai pendirian dan setiap perkara mesti mengikut pelan dan procedur yang dirancang olehnya. Akhirnya, dia mungkin tidak akan mendengar cadangan rakan-rakannya kerana terlalu yakin dengan dirinya. Walau bagaimanapun saya rasa tidak tepat pada bahagian ini kerana saya seorang yang kurang keyakinan diri dan akan mengikuti cadangan orang lain kerana selalu menganggap idea orang lain adalah lebih baik daripada kita. Selain itu, ISTJ ialah seorang yang mengutamakan keluarganya. Dia akan cuba member yang terbaik kepada keluarganya dan sangat sayang akan keluaganya. Saya juga seorang yang menganggap keluarga saya merupakan tempat bergantung saya kerana tidak semua orang boleh dipercayai melainkan keluarga. Saya selalu menginginkan keputusan yang cemerlang kerana saya menganggap cara ini adalah cara yang terbaik untuk membalas budi ibu bapa saya. Di bawah ialah salah satu perenggan yang dipetik daripada laman web personalitipage yang menjelaskan ILTJ.

 

     "In general, the ISTJ has a tremendous amount of potential. Capable, logical, reasonable, and effective individuals with a deeply driven desire to promote security and peaceful living, the ISTJ has what it takes to be highly effective at achieving their chosen goals - whatever they may be."

https://www.personalitypage.com/html/ISTJ.html

 

            Selepas ujian mbti, kami diberi masa rehat selama beberapa minit . Dr.Zamri telah menayang video klip 'Right Here Waiting For You" yang dinyanyikan oleh Richard Marx. Video klip ini bertujuan untuk mengingatkan kami bahawa ibu bapa sedang menunggu kepulangan kami sempena Hari Raya dan cuti pertengahan semester. Pada masa yang sama, kami dikehendaki untuk berbincang personaliti masing-masing dengan rakan-rakan di kiri atau kanan. Saya telah mengetahui bahawa rakan saya mendapat huruf  ENFP. Saya rasa ujian ini agak tepat kerana kawan saya seorang yang bijak dan juga suka akan benda-benda yang baru. Dia berani untuk mencuba walaupun tidak mempunyai pengalaman. Ciri-ciri ini agak sama seperti yang dijelaskan dalam webpage personalitipage.com.

 

            Selepas waktu rehat, kami diberi tugasan yang ketiga iaitu menjawab Big Five Personality Test. Dalam ujian ini juga telah dibahagikan kepada lima dan setiap bahagian diwakili oleh huruf yang berbeza. Bahagian yang pertama diwakili oleh huruf O, dan diikuti huruf C,E,A,N. (OCEAN).

 

i)Openness – Dia ialah seorang yang suka mepelajari sesuatu yang baru . Dia juga mempunyai imaginasi yang amat tinggi.

ii)Conscientiousness – Dia seorang yang boleh dipercayai dan boleh menyelesaikan tanggungjawabnya tanpa dipaksa oleh orang lain. Dia mempunyai cirri-ciri seperti bermotivasi, keseluruhan dan teratur.

iii)Extraversion – Dia seorang yang pandai bersosial dengan orang lain kerana mereka suka bercakap , member pandangan dan juga lebih berdedikasi. 

 iv)Agreeableness – Dia seorang yang mesra dan boleh bekerjasama dengan orang lain .Dia juga seorang yang berhati baik dan kasihan kepada orang lain. 

 v)Neuroticism – Dia seorang yang selalu mempunyai emosi yang negative dan kurang stabil terutamanya apabila dia berada dalam keadaan stress. Dia seorang yang selalu bermasam muka dan tertekan.

             

            Setiap bahagian mempunyai lapan soalan dan jika anda bersetuju dengan situasi yang diberi, anda dikehendaki member markah 0,1,2,atau 3. Kemudian campur semua markah setiap bahagian untuk mengetahui bahagian yang mana anda mendapt markah yang paling tinggi. Saya telah mendapat markah yang paling tinggi di bahagian N(Neuroticism). Saya juga rasa ujian ini agak tepat kerana saya selalu akan berfikir kea arah yang negative jika berlaku sesuatu perkara dan kemudiannya saya akan berasa marah. Saya mengaku bahawa saya seorang pemarah kerana sering dipengaruhi dengan emosi negative sendiri.

           

            Secara kesimpulannya, kuliah kali ini sangat menyeronokan kerana banyak ujina personaliti telah dijalankan dan saya telah memahami diri saya sendiri. Saya rasa diri sendiri mempunyai banyak kelemahan dan harus diperbaiki agar tidak menyinggung perasaan kawan-kawan. Sekain, terima kasih.

 

No comments:

Post a Comment