Friday, August 26, 2011

A131717 Wong Kin Chun LJ05 Personality???

Pada 24 Ogos 2011, saya telah menghadiri ke kuliah ZT keeman. Saya telah menghadiri ke kuliah seawal-awal jam 1 petang untuk bersiap sedia bagi kuliah pengurusan emosi yang bermanfaat dan sering membukakan mata saya. Secara tidak diduga, lecturer telah tiba lebih awal daripada semua pelajar dan sedang bersedia untuk memberikan lecturenya tepat pada jam 2 petang nanti. Beliau memanglah dedikasi dan juga tidak melupakan korbanan beliau untuk memberikan lecture kepada kami dan terpaksa memandu jauh dari Bangi serta selalu terperangkap dalam sesakan jalan raya yang amat mencabarkan emosi. Dengan ini, saya amat hargai jasa baik beliau dan juga merasakan lecture beliau sememangnya memanfaatkan serta berjaya menambahkan banyak ilmu pengetahuan mengenai emosi yang jarang dilihat menggunakan theory-theory dan logically dalam minda dan akal saya. Begitu juga telah sedikit sebanyak memberikan saya suatu portal di mana saya dapat melihatkan personaliti, menilai sikap orang lain serta menjadi seorang yang critical dengan emosi diri. 
Baiklah, mengenai lecture tersebut adalah suatu yang agak berlainan dengan lecture yang biasa diberikan oleh lecturer. Hari tersebut, lecturer menggunakan cara kuliah interaksi bersama pelajar untuk memulakan lecture dan conduct lecture keseluruhannya dengan cara tersebut. Pada permulaan, saya rasa sedikit sebanyak keliru dengan arahan lecturer kerana agak berbeza dan tidak dalam jangkaan diri saya. Tetapi, akhirnya saya juga ketahui bahawa lecturer inginkan pelajar mencapai 3 tugasan khas. Yang pertama, menilai sebuah video yang akan dipaparkan oleh lecturer dan memberikan komen. Kedua, adalah membuat soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test) dan bincangkan personaliti diri dalam lerning journal sebagai tugasan khas. Akhirnya, iaitu tugasan ketiga ialah menilai diri dengan "The Big Five" theory serta meneruskan tugasan kedua, iaitu menilai diri dan juga membincangkannya dalam learning journal ini.

Mengenai video pertama, iaitu sebuah video di mana creatornya ingin menujukan video tersebut kepada orang yang depressed atau murung, serta kehilangan arah hidup. Hal demikian kerana creator tersebut juga pernah mengalami kemurungan teramat dan kehilangan arah hidup. Maka, video tersebut telah dihasilkan dan dikongsi dalam YouTube, manakala lecturer kami mengkongsikannya dengan kami. Begitulah sedikit sebanyak isi kandungan video tersebut: Jikalau rakan anda telah sesekali mengkianati atau menipu anda, carilah rakan yang baru; biarpun pengemis adalah penipu, anda tetap berbesar hati untuk menghulurkan bantuan tidak mengkisah niat baik atau buruk pengemis itu; jikalau telah lama anda menunggu seorang gadis yang tertakdir menjadi rakan teman sehajat, mengapakah berputus-asa setelah begitu lama menunggu?; dan jika mencari harapan pada sesuatu yang nampaknya tidak mustahil, teruskan juga dan harus lebih berdedikasi sehinggalah anda mendapat sedikit sebanyak harapan dan keselesaan; dan walaupun anda ketahui bahawa setiap jalan atau perjalanan hidup mungkin adalah jalan buntu dan akan mengalami kegagalan, tetapi anda harus juga teruskannya untuk menghabiskannya kerana di situlah adanya harapan 'light' at the end of the tunnel. Video singkat ini telah memberikan pengajaran kepada sesiapa yang kemurungan dan rasa kecewa kerana objektifnya adalah untuk memberitahu penonton bahawa kita, manusia haruslah berfikiran positif walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan kesusahan dalam hidup seharian. Creator video ini sebenarnya mengkaitkan kisah-kisah waktu kecilnya dan juga kisah benar kehidupannya yang menyebabkan dirinya dalam kemurungan untuk merefleksi serta membetulkan nilai dan pandangan negatifnya kepada positif. Video ini memanglah dapat dikaitkan lagi dengan psychoanalytic theory yang diperkenalkan oleh lecturer pada lecture sebelum ini. Psychoanalytic theory dapat didefinisikan sebagai perkembangan personaliti di mana ia dipantau oleh psychoanalytic dan psychodynamic psychotherapi. Teori ini seperti yang dikisahkan oleh Sigmund Freud yang menekankan kepentingan pengalaman dan peristiwa yang berlaku sewaktu zaman kanak-kanak dalam mempengaruhi kehidupan seseorang pada masa akan datang. Maksudnya, pengalaman seseorang sewaktu kecil dapat mempengarhi perkembangan mental atau minda seseorang dan seterusnya menejaskan pemikirannya sewaktu dia menjadi dewasa.

Seterusnya, ialah tugasan kedua mengenai perkenalan personaliti jenis A & B dan juga mengenali diri melalui ujian ini. Begitu juga dengan soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test). Mengenali personaliti type A & B, individu yang mempunyai personaliti jenis A mempunyai perwatakan seperti makan laju, bangun awal, sentiasa bersifat cepat lagi pantas dan tidak sabar terhadap semua perkara yang akan dilakukan. Orang yang bersifat A juga sentiasa menjalankan perkara dengan sebaik mungkin (perfectionist & organized) dan suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Seseoang itu juga mudah berasa tertekan dan bimbang (worry). Mereka yang mempunyai personaliti ini mempunyai peluang tinggi untuk menghidapi masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit darah tinggi dan sebagainya yang mudah terganggu oleh emosi. Di sebaliknya, individu yang mempunyai personaliti type B mempunyai jenis aktiviti yang tenangdalam aktiviti sehariannya, tidak akan memandu melebihi had laju, makan dengan lebih lambat, sentiasa bersabar, bercakap secara perlahan-lahan dan berkeyakinan sendiri yang tinggi. Orang yang mempunyai personaliti jenis B memang hidup dengan lebih gembira dan senang. Pada pendapat saya, saya adalah seorang bersifat B, namun terdapat juga sedikit unsur-unsur sifat A contohnya sangat organized di mana ada sedikit conflik. Tetapi saya tetap seorang bersifat type B kerana sifat-sifat general adalah sesama.

Manakala dalam soal selidik MBTI (Myers Brigg Peronality Test), terdapat 8 kriteria iaitu: Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J), dan Perceiving (P). Mereka dinilai lagi dengan berpasangan iaitu E dengan I, S dengan N, T dengan F dan J dengan P. Melalui soal selidik ini, saya mendapati diri saya adalah orang jenis INTJ, The Scientist. Independent, original, analytical, and determined. Have an exceptional ability to turn theories into solid plans of action. Highly value knowledge, competence, and structure. Driven to derive meaning from their visions. Long-range thinkers. Have very high standards for their performance, and the performance of others. Natural leaders, but will follow if they trust existing leaders.

Jungian functional preference ordering: Dominant: Introverted Intuition, Auxilliary: Extraverted Thinking, Tertiary: Introverted Feeling, Inferior: Extraverted Sensing. Saya berpendapat saya adalah orang yang sepertimana dijelaskan oleh soal selidik MBTI.

Akhirnya ialah tugasan ketiga iaitu "The Big Five" theory. Lima personaliti utama dalam theory ini adalah Extroversion, Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan Openess to Experience. Akronim yang diberi untuk lima persoality tersebut adalah "OCEAN". 

         Di samping itu, kami juga telah menjalankan satu lagi soal selidik iaitu soal selidik Teori Besar Lima( Big Five Theory). Mengikut teori ini, lima major personaliti telah diperkenalkan seperti Extroversion,  Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan Openness to Experience. Akronim yang diberi untuk lima personaliti tersebut ialah 'OCEAN'. Personaliti saya melalui soal selidik ini adalah Conscientiousness. 

Kesimpulannya, saya adalah seorang type B, The Scientist dan seorang Conscientiousness. =)

No comments:

Post a Comment