Friday, August 26, 2011

LJ05 ASILAH SARIMAN A132031

 
 
KEPELBAGAIAN PERSONALITI
 
Assalamualaikum dan salam perpaduan untuk semua terutama pensyarah kursus Pengurusan Emosi untuk Fakulti Perubatan. Akhirnya saya sudah berjaya menulis entri sepanjang kursus ini dan entri ini merupakan entri terakhir untuk kursus ini iaitu entri kelima. Saya sangat teruja dengan entri kali ini kerana saya dapat membuat perbandingan dan persamaan antara personaliti saya dengan ujian personaliti yang telah saya lakukan. Pada minggu ini iaitu hari rabu kuliah kursus Pengurusan Emosi telah digantikan dengan aktiviti pembelajaran. Terdapat dua kajian soal sedlidik personality yang perlu kami lakukan dan saya tidak pernah melakukan ujian personality tersebut. terdapat juga video yang perlu kami tonton agar dapat di hubung kaitkan dengan segala teori yang saya pelajari.
Aktiviti pertama adalah tayangan video. Namun, saya akan berbincang serba sedikit mengenai emosi dan personaliti. Emosi mempunyai tiga komponen utama iaitu perasaan, perubahan tubuh,dan kecenderungan tindakan,. Emosi dan personaliti berguna dari segi untuk membezakan individu. Saya sangat bersetuju kerana setiap manusia mempunyai personality yang berbeza dan kita akan menjadikan personality mereka sebagai "trademark" bagi mereka. Saya akan memfokuskan tentang personaliti. Personaliti adalah gabungan antara psikologikal traits yang digunakan untuk mengkelaskan dan membuat penilaian tentang seseorang dalam aspek karakter mereka.
Menurut Myer's-Briggs Type Indicator,seseorang individu akan dikelaskan sebagai extroverted atau introverted (E or I), sensing atau intuitive (S or N), thinking atau feeling (T or F),dan judging atau perceiving (J or P). sebagai contoh untuk extroverted adalah bersosial dan tegas manakala introverts adalah hanya suka berdiam diri dan pemalu. Sementara untuk kelas yang sensitive, individu tersebut lebih focus dan lebih mendalam dan suka kepada sesuatu yang praktikal, manakala intuitive pula lebih bergantung kepada proses yang tidak sedar dan hanya melihat tanpa mendalami sesuatu. Seterusnya adalah jenis thinking (pemikiran), seseorang suka menggunakan logik akal untuk menangani masalah dan menyertakan sebab berbeza pula denga jenis feeling ( perasaan) yang hanya bergantung pada emosi dan nilai personal. Jenis judging pula hanya hendak mengawal dan lebih mementingkan kehidupan yang berstruktur dan tersusun manakala jenis perceiving pula adalah hanya spontan dan fleksible.
Video tersebut menayangkan tentang jenis A dan jenis B personaliti.Terdapat pelbagai aspek yang terkandung dalam jenis personaliti tersebut. Secara keseluruhannya personaliti jenis A adalah orang yang sering terburu-buru dan sering melakukan sesuatu dengan cepat dan sentiasa mengutamakan masa. Jenis B pula adalah seseorang yang tenang dan penyabar serta mudah dipersetujui. Personaliti saya adalah jenis B jika mengikut video tersebut. Seseorang yang mempunyai jenis A adalah lebih mudah menghidap penyakit jantung. Mengikut kefahaman saya setelah menonton video tersebut, terdapat teori yang berhubung kait dengan personaliti iaitu teori kognitif. Menurut Eysanck Biological theory, neuroticism adalah dimensi personaliti yang sangat besar. Neuroticism merupakan kecenderungan sisitem limbic badan dalam otak untuk senang diaktifkan. Walaubagaimanapun, dalam video ini ditunjukkan bahawa terdapat personaliti yang boleh menyebabkan penyakit tetapi teori menerangkan oenyakit yang tidka berhubung kait langsung dengan neuroticism.
Tugasan seterusnya semasa kuliah adalah ujian soal selidik. Soal selidik yang pertama adalah dinamakan MBTI Congnitive Style Inventory. Dalam soal selidik ini terdapat pelbagai karakter sebagai pilihan. Selepas itu gabungan semua pilihan tersebut akan mennunjukkan personaliti setiap individu. Selepas melakukan soal selidik ini saya memdapat keputusan bahawa huruf-huruf yang mewakilkan pilihan karakter saya adalah ESTJ. E merujuk kepada Extraversion, S merujuk kepada Sensing, T merujuk kepada Thinking dan akhir sekali J merujuk kepada Judging.
Menurut keputusan yang saya dapat, disimpulkan bahawa saya seorang yang perlu untuk menganalisis dan membawanya kepada urutan yang logic terhadap sesuatu perkara dan seseorang agar menjadi pemacu untuk saya teruskan kehidupan. menurut keputusan soal selidik ini juga, orang yang mempunyai karakter ESTJ adalah suka mengatur apa-apa sahaja yang datang dalam kehidupan dan akan bekerja dengan energetic untuk menyiapkan tugasan tersebut agar dapat berpgerak dengan cepat dari satu tugasan ke tuagsan yang lain. Sensing akan menyebabkan mereka berfikir tentang fakta yang terkini dan reality dan akhirnya akan berfikir secara pragmatik. Orang ESTJ juga akan mengambil tanggungjawab secara serius dan percaya bahawa orang lain juga sepatutnya melakukan yang terbaik juga.
Untuk membandingkan dengan personaliti saya yang sebenar, saya mempunyai lebih separuh dari apa yang dibincangkan dalam keputusan soal selidik tersebut. secara realiti saya sememangnya memerlukan faktor pendorong untuk teruskan kehidupan iaitu keluarga, karear dan tugasan yang penting. Saya juga merupakan orang yang aktif dalam berpersatuan dan memegang pelbagai jawatan penting dalam persatuan tersebut. oleh itu, seperti yang diperkatakan dalam keputusan tersebut, saya sangat bertanggungjawab dan seorang yang komited dalam kerja. Namun begitu, say juag akan melaksanakan tugasan seperti membaca nota kuliah dan menyiapkan praktikal dengan cepat agar tidak bertindih dengan mesyuarat persatuan. Saya juaga percaya bahawa rakan-rakan lain juga perlu melakukan seperti apa yang saya lakukan.
Seterusnya adalah soal selidik yang kedua iaitu Big Five Personality Test. Soal selidik ini menggunakan skala nombor untuk menghasilkan keputusan. Setiap nombor tersebut mewakilkan personaliti seseorang samaada keterbukaan, extraversion, conscientiousness, agreeableness, neuroticism. Menurut keputusan setelah menjawab soal selidik ini, saya mempunyai skor yang tertinggi dalam bahagian D iaitu mewakilkan personaliti agreeableness atau saya mempunyai personaliti yang senang untuk bersetuju. Menurut keputusan ini, seseorang yang mepunyai personaliti tersebut cenderung untuk bekerjasama dibandingkan dengan bersikap antagonis. Mereka juga senang bergaul bersama-sama dan lebih bertimbang rasa, bersikap tolong menolong dan pemurah. Pandangan mereka juga adalah pandangan yang optimistic dan percaya bahawa manusia sebenarnya adalah jujur dan boleh dipercayai.
Setelah melakukan soal selidik tersebut saya dapat membandingkan bahawa saya juga mempunyai personaliti yang dibincangkan dalam keputusan soal selidik tersebut. Namun terdapat satu aspek yang berbeza iaitu saya kurang percaya kepada orang lain untuk menyelesaikan tugasan secara berkumpulan dan saya lebih senang untuk melakukan tugasan tersebut sendirian tanpa membahagikan kerja tersebut kepada ramai orang. Namun saya tetap mempunyai personalitiseperti pemurah dan tolong menolong. Hal ini terbukti apabila saya dengan mudah memberi duit kepada rakan saya dan tidak meminta baki. Saya juga pernah menolong rakan saya dapat pelajaran,melaksanakan program dan tugasan.
Sebagai konklusi, setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza dan  dapat diukur dengan melakukan ujian personaliti. Namun terdapat juga sedikit perbezaan ujian tersebut jika seseorang tidak menjawab dengan jujur. Bagi saya personaliti sangat penting dan boleh diubah jika seseorang mempunyai personaliti yang kurang baik. Jika seseorang mempunyai personaliti yang bagus, orang sekeliling akan senang untuk berdamping dengan mereka. Personaliti yang buruk akan memberi impak kepada seseorang dan mungkin akan menyebabkan emosi pelbagai pihak terganggu.
 
 

No comments:

Post a Comment