Assalamualaikum dan salam sejahtera dan yang sebetulnya salam satu ummah.
Alhamdulillah, akhirnya saya sampai ke penulisan jurnal yang ke lima sekali gus yang terakhir bagi menjelaskan tuntutan penilaian individu dalam kursus pengurusan emosi pada semester dan sesi ini. Saya rasa amat bertuah kerana selama ini dapat bertandang ke setiap kuliah dr zamri kerana dalam kuliah beliau pelajar agak di'hiburkan' berlainan dengan persepsi para pelajar umum dimana kuliah disama ertikan dengan 'kebosanan', 'syahid di dewan kuliah' dan kenyataan-kenyataan yang menyebabkan orang yang belum menyertai kuliah akan mempunyai persepsi negative terhadap kuliah secara keseluruhannya. Ramai rakan saya yang mengatakan kuliah menjadi menarik kerana mereka telah menonton beberapa video yang ditayangkan oleh Dr. Zamri dan dikehendaki untuk mengaitkan video tersebut dengan pengajaran Dr Zamri.
Pada kali ini, para pelajar perubatan tahun 2 ditahyangkan dengan video pertama mengenai perjalanan masa ketika zaman kanak-kanak sehinggalah zaman dewasa. Ia menceritakan tentang anjakan pemikiran daripada kanak-kanak menjadi dewasa yang mana ia memfokuskan semasa kita kecil, kita selalunya tidak memikirkan tentang apa-apa pun dalam hidup samada perkara yang telah berlaku apatah lagi perkara yang akan berlaku. Kanak-kanak selalunya memikirkan hanya terhadap hiburan sementara yang menyeronokkan dan tidak lebih daripada kerangka tersebut. Namun, apabila meningkat dewasa, kita mulai sedar bahawa hidup ini tidak seseang yang disangkakan dan penuh dengan cabaran dan kesusahan yang akan dihadapi. Pada pandangan saya, perkara ini biasa dirasai oleh semua orang. Ini kerana semasa kecil, tahap pemikiran kita masih dalam proses perkembangan dan bermula dengan tahap yang sedikit dan kita sedikit mengetahui perkara sebenar yang dikejar dalam hidup dan lebih mencari akan keenakan hidup di dunia berbanding akhirat.
Kemudian video kedua pula menyentuh tentang perbandingan personaliti antara kumpulan personaliti jenis A yang sentiasa tenang dan kumpulan personaliti jenis B iaitu orang yang hidupnya selalu dalam mencari dan mengejar masa dengan melakukan sesuatu secara pantas dan cepat. Seterusnya pelajar dikehendaki menjawab satu soal selidik untuk mengetahui personaliti diri sendiri yang mana rasa amat menyeronokkan menjawab soal selitik tersebut. Sekarang saya ingin membuat ulasan sedikit mengenai kuliah tajuk Emosi dan Personaliti. Merujuk kepada kuliah yang telah diberikan, emosi terbahagi kepada 3 perkara utama. Tiga komponen tersebut adalah perasaan,perubahan tubuh dan kecenderungan tindakan. Reaksi emosi manusia berbeza-beza walaupun mereka telah melalui jalan cerita yang serupa. Dan perkara ini berbeza adalah disebabkan oleh perbezaan emosi individu tersebut. Jadi, emosi dan personaliti adalah elemen penting dalam membezakan individu serta berperanan dalam menentukan reaksi terhadap stimulus ataupun sesuatu peristiwa.
Jadi disini mari kita kaitkan perbezaan personality tersebut dengan motivasi diri yang sewajarnya dibentuk dalam diri.
Sebelum itu mari saya bercerita sedikit mengenai motivasi.
motivasi bermaksud kecenderungan untuk melakukan sesuatu perbuatandaripada satu perbuatan lain yang berbeza. Selalunya motivasi bertumpu pada kecenderungan melakukan sesuatu perkara yang positif daripada masih dalam melakukan perkara yang negative. Motivasi merupakangabungan drive dan incentive di mana motivasi merupakan faktordalaman dan luaran yang menyebabkan kita mengambil sesuatu aksi.Drive atau dorongan cuma adalah faktor dalaman yang mendorong kitauntuk bertindak manakala incentif adalah faktor luaran, contohnyakeputusan yang cemerlang yang akan memberi kesan terhadap perkara dalamantersebut dan seterusnya memberi motivasi kepada pelajar tersebutuntuk belajar dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh. Motivasi, sama seperti emosi dimana ia lahir secara semula jadi dan kemungkinan berada dalam
genetik seseorang itu. Kaitan antara drive dan homeostasis ataukeperluan tisu badan adalah kerana tisu badan akanmennyebabkan mekanisme hormon dalam badan seperti yang diceritakandalam perenggan di atas dan ini akan menyebabkan kemunculan emosi danseterusnya menyebabkan seseorang itu untuk melakukan sesuatu.berdasarkan kepada teori yang direka, gerak hati atau (instinct) seseorang adalah diwarisi dan tidak bolehdipelajari. Menggunakan satu situasi yang mudah, kita dapat lihat dimana wanita mempunyai instinct yang lebih hebat terhadap lelaki tetapiperempuan yang pernah dipukul oleh suaminya akanmempunyai instinct yang lebih tinggi terutamanya apabila seseoranglelaki ingin melakukan perbuatan yang tidak bermoral terhadapnyaseperti menyentuh bahagian sensitif wanita tersebut. Perempuan yang
mempunyai instinct yang tinggi tersebut akan mempunyai reaksi reflex secara lebihcepat dan berupaya untuk bertindak untuk menyelamatkan diri. Bahagianyang terakhir bagi kuliah tersebut adalah teori yang membangkitkan atauarousal theory dan teori kemanusiaan atau humanistic theory. Teoriarousal dibincangkan kerana manusia mempunyai motivasi untukmeng'istiqamahkan' tahap arousal atau tahap kesedaran individu. Ini adalahkerana kita memerlukan tahap kesedaran yang tertentu untuk mempunyaisatu tahap rasa ingin tahu terhadap perkara sekeliling dan inimembolehkan kita untuk mendapat tahu apa yang terjadi dan berupayauntuk bertindak untuk melindungi diri sendiri. Humanistic theorymenjelaskan tahap motivasi menurut keperluan manusia. Berkisarkan teori tersebut, hieraki yang paling bawah dalam keperluan manusiaadalah keperluan yang lebih asas seperti makanan, pakaian dan tempatberteduh. Hieraki yang seterusnya adalah dari segi psikologi sepertiperasaan sayang, kasih daripada kawan dan sebagainya. Dan Hieraki yangpaling atas sekali adalah melengkapkan tujuan kehidupan sendiri, iaitutujuan kita meneruskan kehidupan dan tujuan sementara nadi kita masihberdenyut. Ramai manusia mendapat kepuasan tersebut melaluiperkerjaan, seperti seorang doktor yang sentiasa mencuba sedaya upayamereka untuk menyelamatkan nyawa seorang pesakit yang berada dalamkeadaan nazak. Walau bagaimanapun, keadaan menyedari hakikat diritidak akan berlaku sekiranya pekerjaan tersebut tidak memberikepuasan kepada seseorang. Contohnya, ramai doktor yang berhentimenceburi bidang perubatan berpendapat bahawa mereka tidak dapatmencapai objektif kehidupan mereka kerana mereka tidak dapatmenyelamatkan seseorang pesakit yang berada dalam titik kematian danapa yang mereka cuma dapat lakukan adalah melanjutkan nyawa pesakittersebut untuk beberapa hari ataupun beberapa jam. Oleh itu,sesetengah doktor juga cuba menyertai bidang penulisan modenterutamanya buku yang bertajuk motivasi dan akhirnya menukar kepada bidangpenulisan. Misalnya, seorang doktor Singapore yang merupakan pakarmata dan pasukan kesihatan bagi president Singapore. Oleh itu, orangyang mempunyai kesedaran diri akan mempunyai sikap-sikap sepertisenang bersama dengan keadaan diri dan orang lain yang seadanya dan merekajuga dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua situasi. Mereka tidakakan diinjakkan oleh khabar angin orang lain kerana mereka jelasterhadap kebolehan mereka sendiri. Apa yang dapat memberikesedaran diri adalah acara-acara yang menyebabkan mereka untukmenemplakkan diri sendiri. Mereka juga dapat merasai kehidupanseharian dengan seronok dan penuh kesyukuran kerana mereka sudah dapat menerima apa jua yang berlakukepada mereka kerana mereka sudah dapat melalui keperitan hidup dantidak ada apa yang dapat memudaratkan kehidupan mereka lagi.
No comments:
Post a Comment