Friday, August 26, 2011

Nabilah Noreee LJ05

Asssalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr Zamri dan sahabat yang berkesempatan untuk membaca jurnal saya kali ini. Ini merupakan jurnal terakhir saya dalam kursus ini dan saya berasa gembira. Walaupun saya tidak berasa terlalu terbeban dengan jurnal ini seperti beberapa kawan yang lain, tetapi saya bersyukur kerana berjaya menghabiskan lima buah jurnal dengan jayanya.

Tajuk kuliah hari ini merupakan emosi dan personaliti. Hari ini kami diberikan pendekatan yang berbeza daripada kuliah yang sebelum sebelum ini. Terdapat tiga tugasan yang kami perlu lakukan. Pertama sekali kami diminta ubtuk membaca tayangan gambar dan teks mengenai Psychoanalytic Theory. Dr. Zamri ada membuka sebuah video lagu dan video mengenai personaliti dan saya cuba menghayati video tersebut agar syaa lebih memahami apa itu personaliti. Kemudian kami diminta untuk menjawab soal selidik "myers briggs type indicator" (MBTI) supaya kami mengetahui personaliti kami.  Akhir sekali kami diminta untuk menjawab soal selidik Teori Besar Lima. Melalui kaji selidik ini, kami juga turut mengetahui personaliti kami. Sebelum itu, apakah itu personaliti?
Di dalam nota kuliah, personaliti memberi maksud gabungan antara ciri-ciri psikologi yang digunakan untuk mengelaskan & menggambarkanseseorang dari segi ciri-ciri seperti yang tenang, pasif, kuat, agresif, dan pelbagai lagi. Dalam http://informationr.net/ir/9-1/paper165.html,  personliti didefinisikan sebagai "'the pattern  of characteristic thoughts, feelings, and behaviours that distinguishes one person from another and that persists over time and situation' (Phares, 1991: 4). It is the sum of biologically based and learnt behaviour which forms the person's unique responses to environmental stimuli (Ryckman, 1982: 4-5)". Walaupun ada sedikit kelainan dari segi maksud personality, namun saya yakin anda semua pasti faham apa maksud personaliti yang sebenar.

Dalam video yang pertama, ia menerangkan bahawa personaliti terbahagi kepada dua jenis iaitu Teori Personaliti A dan juga Teori Personaliti B. kedua-dua teori ini berbeza kerana mereka mempunyai sifat yang bertentangan antara satu sama lain. Antara sifat individu personaliti A adalah bangun awal pagi, mementingkan masa, tidak sabar, teratur, mementingkan kesempurnaan, mempunyai daya saing yang tinggi dan jarang berada dalam keadaan tenang. Mereka juga mudah tertekan dan senang mendapat risiko penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Sifat individu yang mempunyai personaliti B pula sentiasa kelihatan tenang, senang bekerjasama dengan orang lain, makan dengan adab dan sopan, seorang yang penyabar, dan bercakap dengan tenang. Golongan ini biasanya mudah digauli oleh orang ramai dan mempunyai ramai kawan.
Berdasarkan dua kategori ini, saya melihat saya berada diantara dua kategori ini. Kadangkala saya dalam golongan personaliti A dan kadangkala saya berada dalam golongan personality B. ianya bergantung kepada aktiviti saya. Jika ia berkaitan dengan kerja harian dan pembelajaran saya, saya lebih cenderung kearah personaliti A. dan jika ianya berkaitan dengan perkara yang boleh dikatakan tidak serius, tidak memerlukan saya untuk mengawal keadaan seperti perkara yang berlaku di rumah sebagai contoh, saya akan lebih cenderung untuk berada dalam personaliti B. sebenarnya, kedua dua jenis personaliti ini mempunyai kebaikan dan kelemahan. Personaliti jenis A dapat menguruskan keadaan dengan lebih sempurna, dan selalu menepati masa namun mereka selalu mendapat tekanan dan berisiko mendapat penyakit jantung. Personaliti jenis B pula, mereka disenangi ramai dan mudah bergaul, mereka jarang berasa tertekan, namun kerana personality mereka, mereka lebih cenderung untuk memandang remeh sesuatu keadaan dan juga sering melengahkan masa.

Oleh itu, kita perlu memilih mana yang perlu mengikut keadaan. Ada seorang doktor saya memberitahu bahawa kami sebagai bakal doktor lebih cenderung mendapat personaliti jenis A memandangkan kami bermain dengan nyawa manusia.

Bagi soal selidik MBTI , keputusan yang saya perolehi ialah ENTJ . ENTJ memberi maksud kepada executives.E adalah wakil daripada perkataan "extroverts" iaitu pandai bergaul namun mempunyai pendirian yang tepat. N pula adalah bermaksud "intuitive" di mana ianya bergantung kepada proses yang tidak disedari berlaku, yang didapati melalui gambaran dan imaginasi. T pula bermaksud "thinking" iaitu saya berfikir secara logik dan bertindak mengikut sebab kejadian dalam menyelesaikan sesuatu masalah berbanding dengan "feeling" yang menyelesaikan masalah atau berbuat sesuatu atas dasar perasaan. Mungkin kerana kasihan, dia melakukan sesuatu itu, bukan kerana keperluan. Saya sememangnya lebih suka menyelesaikan sesuatu konfliks dan mencari punca kepada konfliks itu. Oleh itu saya adalah thinking type. Dan akhir sekali ialah J yang membawa maksud "judging" di mana mengingin sesuatu dalam keadaan yang teratur dan dapat mengawal keadaan. Dr. Zamri ada mengatakan bahawa orang yang berpesonaliti 'executives' ini lebih mudah untuk bekerja dengannya kerana dia pandai menguruskan sesuatu pekerjaan dengan lebih teratur. Berdasarkan Charles Martin, ENTJ  merupakan pemimpin sebenar yang membina model konsep yang berfungsi sebagai pelan tindakan strategi.  Mereka sering mengarahkan orang disekeliling mereka untuk mengejar matlamat mereka yang telah mereka tetapkan. Benarkah ini personaliti yang saya miliki? Bagi saya, saya tidak begitu mempunyai bakat dalam kepimpinan dan mengendalikan urusan sendiri. Namun, saya sering menetapkan satu matlamat dalam diri saya dan saya akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya, dan saya juga sering menjadi rujukan sahabat yang ingin mencari jalan untuk, contohnya untuk mengetahui stratergi untuk belajar yang lebih berkesan.

Akhir sekali ialah soal selidik teori besar lima atau lebih dikenali dengan "big five theory". Terdapat lima komponen big five theory/ model iaitu  extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional Stability dan openness to experience. Setelah menjalankan kaji selidik, saya mendapat keputusan bahawa saya tergolong dalam golongan openness to experience. Apakah sikap golongan ini? Mereka tertarik kepada sesuatu yang baru dan ingin mencuba sesuatu yang menarik hati mereka walaupun mereka belum pernah mencuba sebelum ini. Orang ini dapat bergaul dengan orang daripada pelbagai jenis kerjaya dan hobi. Ya, sememangnya saya suka mencuba sesuatu yang baru, terutamanya dari segi masakan. Saya suka mencuba sesuatu masakan yang saya baru pelajari dan memahirkan diri dalam masakan itu. Dan selain itu, saya juga suka bercampur dengan orang yang mempunyai minat yang berbeza daripada saya kerana saya dapat meluaskan pengetahuan saya dalam sesuatu bidang itu.
 
Soal selidik ini dapat membantu saya mencari personaliti saya yang sebenar. Secara jujurnya, sebelum ini saya mengetahui hanya terdapat dua jenis personaliti iaitu personaliti jenis A dan jenis B. Rupa rupanya terdapat banyak lagi cari untuk menklasifikasikan personaliti seseorang. Kesimpulannya, personaliti ini penting untuk kita ketahui. Daripada personaliti seseorang, kita dapat memilih sahabat yang sesuai personaliti dengan kita, dan juga pasangan hidup yang sesuai dengan kita. Ianya dapat membantu kehidupan kita. Personaliti  juga adalah anugerah daripada Tuhan, di mana jika semua orang mempunyai personaliti yang sama, pastinya hidup kini terasa bosan dan tiada manisnya.

No comments:

Post a Comment