Sunday, August 28, 2011

A130214 MOHD SHAHRUL SHAFIQIN BIN BAHARIM LJ05

A130214 MOHD SHAHRUL SHAFIQIN BIN BAHARIM  LJ05
Assalamualaikum dan bertemu kembali dalam siri jurnal saya yang ke lima iaitu jurnal yang terakhir untuk penilaian saya dalam modul ini. Pada minggu ini Dr Zambri menerangkan berkenaan personality diri.Tiada kuliah yang di jalankan sebaliknya, Dr Zambri membuat soal selidik berkenaan 'type of personality'. Bagi mengenalpasti personality seseorang itu, teori Myers-Briggs Type Indicator telah banyak diguna pakai di seluruh dunia. Manusia dibahagikan kepada extroverted atau introverted (E atau I), sensing atau intuitive (S atau N), thinking atau feeling (T atau F), dan judging atau perceiving (J or P). Pertama, Extroverts merupakan individu yang terbuka, senang berbicara dan mempunyai pendirian yang kuat dan tegas manakala Introverts merupakan individu yang senyap, passive dan pendiam. Keputusannya, saya merupakan individu extroverts. Seterusnya, Soal selidik untuk menentukan sama ada saya mempunyai 'sensing characteristics' atau 'intuitive characteristics'. Setelah kajian di jalankan, keputusan saya adalah lebih kepada 'sensing characteristics'. Sensing characteristics merupakan orang yang praktikal dan lebih mencari perincian yang mendalam terhadap sesuatu perkara manakala Intuitives bergantung terhadap proses tanpa sedar dan hanya melihat sesuatu perkara hanya permukaan dan besar tanpa mendalami sesuatu perkara itu. Seterusnya soal selidik berkenaan 'thinking characteristics' dan 'feeling characteristics'. Thinking characteristics lebih kepada seseorang yang menggunakan pemikiran sebagai teras kehidupan. Mereka berfikir melalui bukti dan fakta yang jelas sedangkan feeling characteristic lebih kepada perasaan dalam membuat keputusan. Saya telah mengenal pasti karakter saya iaitu saya lebih cenderung kepada 'thinking characteristics'. Seterusnya mengenai 'judging characteristics' dan 'perceiving characteristics'. Saya lebih kepada 'perceiving characteristics'. Judging characteristics merupakan individu yang menyukai keadaan yang mampu dikawal dan lebih tersusun manakala Perceiving characteristics lebih flexible dan spontan. Perceiving characteristics lebih kepada seseorang yang hidup bebas,tidak suka peraturan yang melampau, suka hidup bahagia dan keburukannya kumpulan kami ini selalu menghadapi tekanan.
Selain itu juga, personaliti boleh dibahagikan kepada dua bentuk  iaitu personaliti type A dan B. Seseorang yang secara semula jadinya sangat berdikari dan mempunyai visi untuk mencapai matlamat hidup di kategorikan sebagai type A individu. Golongan ini memang sangat bermotivasi,mereka mempunyai matlamat hidup yang jelas dan berfikiran positif. Mereka senantiasa mempunyai sesuatu yang memberi semangat dalam kehidupan mereka seperti sokongan ibu bapa dan selalu bermuhasabah diri. Individu dalam kumpulan type A  ini sangat suka mengambil cabaran dan  risiko, mudah menerima perubahan, dan tahu untuk berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang melanda dalam kehidupan. Sementara itu, Personaliti Type B merupakan seorang yang mudah 'meletup' yang mempunyai karakter extroverts dan selalu menganggap hidup ini tidak bermakna. Individu seperti ini lebih suka menyendiri atau hidup di dunianya sendiri daripada bergaul dengan orang sekelilingnya. Ini membuatkan persoanalitinya berbeza dari yang lain yang digelar sebagai istimewa tetapi orang sekelilingnya akan menganggap personaliti yang terdapat dalam golongan ini kelakar kerana ianya berbeza. Individu personality jenis B ini lebih gemar berhubung dengan benda yang tidak hidup seperti patung beruang tetapi mudah terasa apabila kita persoalkan atau mengejek dengan tindak tanduk mereka. Dalam kajian ini, secara jelasnya saya merupakan individu type A personality kerana hidup saya mempunyai matlamat yang sangat jelas disamping saya paling benci hidup berseorangan dan saya tidak mempunyai patung beruang.
Sebelum saya meneruskan kepada kajian didalam theory Big Five, pada minggu ini, Dr Zambri ada menayangkan satu klip video yang mendapat perhatian saya. Klip video ini bertajuk "The Childhood Experience". Klip video ini menerangkan bahawa pemikiran atau mentaliti kita sentiasa berkembang pada awal kehidupan sehingga kita meningkat dewasa. Kehidupan zaman kecil sentiasa dipenuhi angan-angan yang indah dan impian yang tinggi ke langit. Zaman kecil kita lebih banyak berimaginasi dan lebih kurang pada reality. Semakin kita meningkat dewasa, masalah semakin bertambah, sedikit demi sedikit imaginasi kita akan hilang dan diganti dengan realiti. Pada usia yang kecil, hidup saya dipenuhi angan-angan dan bayangan indah. Saya gemar membaca novel-novel penyiasatan dan selalu mengimpikan saya watak didalam novel tersebut. Saya dapat merasakan apa yang say abaca itu benar-benar wujud. Mereka menghirup udara bukit yang segar, saya pun terasa seolah-olah saya turut menghirup udara tersebut. Begitu juga bila diterangkan suasana tempat, lading-ladang kehijauan, gua-gua yang menyeramkan dan saat-saat yang mencemaskan. Saya dapat membayangkannya secara jelas dan semua ini memang seronok. Sebaliknya, Apabila saya cuba mengisi masa lapang saya sekarang dengan cuba membaca novel-novel berkaitan pengembaraan dan penyiasatan, saya tidak lagi dapat berimaginasi dan berkhayal. Semua ini betul-betul teruk. Buku-buku tebal medik telah menjadikan otak saya berfikir secara logik  dan rasional tetapi ini betul-betul mengecewakan saya. Saya tak dapat lagi merasakan suasana bahagia, udara yang segar walhal  saya telah berusaha sedaya-upaya saya.   
Seterusnya adalah ujian "Big Five Personality Test. Ujian ini mempunyai 5 bahagian. Setiap bahagian perlu dinilai dengan markah 0-3 (tidak setuju-sangat bersetuju) bagi setiap soalan yang dikemukakan. Bagi setiap bahagian mempunyai 8 soalan. Ada 5 model yang besar iaitu, openness to experience (individu mengukur sesuatu minat dan sesuatu yang menarik hati dengan sesuatu yang baru dan menarik, conscientiousness (individu yang berhati-hati), extraversion (individu yang mudah berasa selesa dalam sesuatu hubungan), agreeableness (seseorang individu yang menghormati pandangan orang lain), dan juga Neuroticism(individu yang sensitive dan mudah cemas)
 
 
.Individu yang openness lebih tertarik kepada elemen tradisional dan mudah menyangkal fakta-fakta sains. Contoh sifat yang ada dalam openness.
  • I have a rich vocabulary.
  • I have a vivid imagination.
  • I have excellent ideas.
  • I am quick to understand things.
  • I use difficult words.
  • I spend time reflecting on things.
  • I am full of ideas.
  • I am not interested in abstractions. (beza)
  • I do not have a good imagination. (beza)
  • I have difficulty understanding abstract ideas.(beza)
Conscientiousness bermaksud konsisten dan teratur. Contoh kenyataan individu yang conscientiousness adalah:
  • I am always prepared.
  • I pay attention to details.
  • I get chores done right away.
  • I like order.
  • I follow a schedule.
  • I am exacting in my work.
  • I leave my belongings around. (beza)
  • I make a mess of things (beza)
  • I often forget to put things back in their proper place (beza)
  • I shirk my duties (beza)
Extraversion pula adalah bertenaga dan sangat menyukai kebebasan. Mereka sukakan keseronokan, sangat menghargai, dan mudah berbicara dalam kelompok kumpulan. Contoh elemen yang ada dalam diri extraversion:
  • I am the life of the party.
  • I don't mind being the center of attention.
  • I feel comfortable around people.
  • I start conversations.
  • I talk to a lot of different people at parties.
  • I don't talk a lot. (beza)
  • I keep in the background. (beza)
  • I have little to say. (beza)
  • I don't like to draw attention to myself. (beza)
  • I am quiet around strangers. (beza)
Agreeablenes menyerlahkan sifat peramah, bersemangat dan kerjasama yang tinggi. Mereka sangat bertolak ansur dan mudah berkawan dengan semua orang. Contoh ciri-ciri yang ada:
  • I am interested in people.
  • I sympathize with others' feelings.
  • I have a soft heart.
  • I take time out for others.
  • I feel others' emotions.
  • I make people feel at ease.
  • I am not really interested in others. (beza)
  • I insult people. (beza)
  • I am not interested in other people's problems. (beza)
  • I feel little concern for others. (beza)
Neuroticism merupakan individu yang mudah merasa tidak selesa dengan keadaan yang berubah atau tidak stabil dan senang bertukar emosi seperti marah dan tertekan.Mereka mudah tertekan dan cepat kecewa.Contoh sifat yang ada dalam diri neuroticism:
  • I am easily disturbed.
  • I change my mood a lot.
  • I get irritated easily.
  • I get stressed out easily.
  • I get upset easily.
  • I have frequent mood swings.
  • I often feel blue.
  • I worry about things.
  • I am relaxed most of the time. (beza)
Setelah kajian dijalankan, Saya lebih cenderung kepada agreeableness. Saya mudah bertolak ansur dan suka mencari kawan-kawan yang baru. Saya juga mudah bersimpati terhadap orang lain disamping saya mengambil berat perasaan sesiapa yang secara tidak sengaja saya menyakitinya. Secara kesimpulannya, soal selidik yang dijalankan oleh Dr Zambri telah lebih memberi lebih pendedahan kepada saya mengenai sifat yang terkandung dalam diri saya dan seterusnya, ia dapat memberi lebih motivasi kepada saya agar dapat memperkembangkan personaliti saya sendiri disamping dapat menaikkan motivasi diri saya.
Sekian, Assalamulaikum……

No comments:

Post a Comment