Selamat sejahtera saya ucapkan.Jurnal ini merupakan jurnal kelima dan terakhir saya.Jurnal ini adalah mengenai refleksi saya tentang kuliah kursus ZT 2253 Pengurusan Emosi yang telah berlangsung pada hari Rabu yang lepas iaitu 24 Ogos 2011.Kuliah tersebut adalah mengenai tajuk Emosi dan Personaliti.Pada permulaan kuliah,kami telah diberi peluang untuk menonton tayangan video yang menceritakan kisah hidup seorang budak.Budak tersebut memiliki zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan dan sempurna kerana dia mempunyai pemikiran yang suci.walau bagaimanapun dia mula melihat realiti sebenar kehidupan apabila dia meningkat dewasa.Perubahan yang dialaminya semasa menjejakkan kaki di alam dewasa menyedarkannya bahawa kehidupan remaja dan dewasa bukannya sesuci dan semudah zaman kanak-kanaknya.Dia sedar bahawa dalam kemusykilan dan pengkhianatan adalah inti pati kehidupan manusia.Dia ada mengatakan tentang kekecewaan yang dialaminya disebabkan oleh sikap kawan-kawannya dan orang lain di sekitarnya.Walaupun dia bersikap baik terhadap mereka, tetapi layanan mereka terhadapnya adalah kurang baik,…am I fighting for friends who laugh at me when I turn away ;am I giving money to a beggar and not seeing that he is not using it for good?...and I am sick to always be a good boy when I have always heard that nice guys finish last.. Namun,dia tidak berputus asa dan masih berfikiran positif dan optimistik tentang kehidupannya. Seterusnya video ini telah dikaitkan dengan teori Psikoanalitik dan mesej yang ingin disampaikan adalah bahawa kita haruslah sentiasa berfikiran positif dan tabah mengharungi cabaran hidup.Kita haruslah mencari kebaikan dalam setiap masalah yang ditempuhi agar kehidupan kita menjadi lebih baik.Kita harus berpegang teguh kepada prinsip kita dan tidak mudah menyerah diri kepada situasi dan menganggapnya sebagai takdir.Kita harus berani menentang keburukan dan sentiasa melakukan kebaikan walaupun situasi ataupun orang lain tidak melayan kita sebegitu.Tuhan telah mencipta kita supaya dapat berbakti kepada diri sendiri dan orang lain.Oleh itu,kita harus menjaga kepentingan diri kita terlebih dahulu dan baru orang lain kerana hanya apabila kita berada dalam keadaan yang baik dan stabil sama ada dari segi emosi atau pun aspek lain,boleh kita menghulurkan bantuan kepada orang lain yang memerlukannya.
Tajuk kuliah merangkumi pendedahan tentang teori psikoanalitik,jenis personaliti,soal selidik MBTI dan the Big Five Theory.
Seterusnya kita juga telah didedahkan mengenai dua jenis personaliti yang lazim kita dengar iaitu "Personaliti Type A & B". Secara umumnya personaliti Type A merangkumi individu yang agresif,bercita-cita tinggi,kompetitif, "controlling", kurang sabar, mementingkan status dan masa dan lain-lain. Mereka juga tidak suka menangguhkankerja dan apa jua perkara yang dilakukan haruslah cekap dan "flawless".Dalam kata lain mereka adalah "perfectionist".Mereka yang berada dalam kategori ini dikatakan terdedah kepada risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung.Mereka juga dikategorikan mengikut the Big Five Theory sebagai low agreeableness and high neuroticism.Walaubagaimana pun individu Type B adalah mereka yang penyabar dan tenang dan mereka sering dianggap sebagai orang yang mengambil perkara dengan mudah (take things lightly),tetapi ini tidak bermakna mereka tidak bertanggungjawab.Mungkin mereka akan menangguhkan kerja mereka tetapi pada akhir hari mereka akan menyiapkannya juga.Berbanding dengan individu Type A, individu Type B kurang terdedah kepada stress dan ini mungkin mengurangkan risiko mereka mendapat penyakit jantung.
Di samping itu kami juga telah didedahkan tentang soal selidik personaliti MBTI. Myers Briggs Personality Test.Soal selidik ini adalah hasil kajian Carl Jung, Katherine C. Briggs dan Isabel Briggs Myers.Beberapa kriteria telah digunakan iaitu E or I (extroverted or introverted), S or N (sensing or intuitive), T or F (thinking or feeling), J or F(judging or perceiving.) Terdapat enam belas jenis personaliti yang wujud iaitu: ESFP,ESTP,ISTJ,ISFJ ,ENFP,ENTP,INFJ,INTJ,ESTJ,ENTJ,ISTP,INTP,ESFJ,ENFJ,INFP,dan ISFP.Orang yang extrovert adalah mereka yang pandai bersosial dan bergaul. Introvert pula ialah orang yang pendiam dan menyimpan perasaan.Sensing bermaksud orang yang lebih praktikal dan intuition ialah orang yang tidak begitu realiti. Jenis thinking adalah mereka yang lebih menggunakan logik dalam pemikiran dan penyelesaian masalah.Feeling pula adalah ornag yang membuat sesuatu mengikut perasaan dan emosi. Jenis judgement ialah orang yang berdisiplin dan perception pula ialah mereka fleksible dan boleh mengubah prinsipnya mengikut situasi.
Keputusan soal selidik saya menunjukkan bahawa saya adalah dalam kategori ESFJ ( extrovert,sensing,feeling dan judgement).Sebagai seorang ESFJ,saya dianggap sebagai pengasuh. Cara utama hidup saya berfokus luaran dan saya berurusan dengan perkara mengikut perasaan saya terhadap mereka,iaitu berpandukan emosi saya.Mereka bersifat penyayang dan mengambil berat tentang keperluan orang lain. Mereka menggunakan ciri-ciri sensing dan penghakiman untuk mengumpul maklumat terperinci tentang orang lain dan memasukkannya dalam "judgement" mereka.Orang jenis ESFJ adalah mereka yang bersimpati,bertimbang rasa,mudah memahami orang lain, "down to earth" dan sebagainya.
Kami juga dikehendaki menjawab kuiz personaliti the Big Five Theory. Lima faktor yang ada dalam teori ini ialah "openness, ,conscientiousness, extroversion , agreeableness, neuroticism," (OCEAN).Openness ialah pemikiran aktif, kepekaan estetik. Perhatian kepada perasaan dalaman dan perasaan ingin tahu secara intelektual.Conscientiousness ialah bersifat cermat ,teliti dan berhati- hati.Extrovert suka bergaul dam berminat mencari keseronokan. Agreeableness ialah orang yang bertolak ansur dalam keadaan social dengan lebih mesra, bekerjasama dan bertimbang rasa. Skor yang tinggi dalam neuroticism pula membawa maksud keresahan, kebimbangan, perasaan bersalah, kerisauan ,tidak tenang dan sebagainya.Dalam soal selidik ini skor saya adalah lebih kepada agreeableness,yang agak berkait rapat dengan hasil daripada soal selidik MBTI.
Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza dan hal ini telah digunakan sebagai pengukur untuk pelbagai perkara dalam konteks psikologi, termasuk personaliti seseorang. Justeru, individu yang berbeza mempunyai hasil kajian yang berbeza apabila menjawab kuiz personality diri.Seseorang boleh menilai dirinya yang sebenar dan boleh membaiki kualiti negatif dalam dirinya di samping mengekalkan kualiti positifnya.Dia boleh mengubah dirinya menjadi seorang insan yang lebih baik dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.
Secara kesimpulannya,saya berasa amat bersyukur kerana dapat mempelajari banyak perkara bukan sahaja daripada kuliah ini tetapi juga daripada kuliah- kuliah yang lepas. Saya dapat memahami kepentingan menguruskan emosi secara baik dan impaknya kepada diri sendiri dan orang di keliling saya.Saya juga sedar bahawa seseorang itu dapat mencorakkan diri mereka menjadi seseorang insan yang lebih baik dan hal ini hanya terpulang kepada mereka,sama ada untuk mencapainya atau pun tidak.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Dr. Zamri yang telah memimpin kita sepanjang kursus ini.Penerangan beliau tentang pelbagai teori yang kompleks dan segala pneumonics ynag telah diberikan amat membantu saya memahami tajuk tajuk kuliah dengan lebih mudah.Dengan ini saya mengakhiri jurnal terakhir saya ini.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment