Assalamualaikum, salam ramadan dan salam lebaran. Alhamdulillah dengan izin Allah diberi ilham dan diingatkan tentang amanah Allah yang perlu disiapkan. Apakah itu? Itulah jurnal yang kelima. Maaf diucapkan kepada Dr Zambri kerana saya tidak dapat hadir pada masa ZT tersebut. Saya ada perkara yagn perlu didahulukan. Saya diamanahkan untuk menjadi pengacara majlis bagi Majlis Penutup Program Ihya' Ramadan. Alhamdulillah program Ihya' Ramadan dapat berjalan dengan baik. Bagi pihak diri saya, Alhamdulillah Allah memudahkan tugas saya. Saya dapat mengawal emosi dengan baik walaupun pada masa itu jantung saya berdegup dengan kencang dan darah gemuruh saya tinggi melangit. Maklumlah baru pertama kali menjadi pengacara majlis bagi satu majlis yang formal sebegitu.
Dalam program tersebut, saya dapat belajar banyak perkara. Antaranya adalah saya dapat meningkatkan keyakinan diri untuk bersuara di kyalayak ramai. Hal ini kerana, saya terkenal sebagai seorang yang pendiam dan kurang menonjolkan diri. Saya juga berpeluang bertanya satu soalan pada penceramah dan jawapan yang saya terima amat memuaskan. Soalan yang saya Tanya adalah, "ada pendapat ulama yang menyatakan bahawa jika kita rasakan lebih khusyuk ketika solat secara individu, lebih baik kita solat secara individu. Kekeliruan disini adalah kerana Nabi Muhammad menuntut kita untuk solat secara berjemaah dan ganjarannya pula berlipat kali ganda". Jawapannya ringkas, "dalam syarat sah solat, tidak diletakkan khusyuk sebagai satu syarat. Jadi marilah kita mengejar solat berjemaah sebab di situ banyak ganjaran dan kelebihan".
Jom kita menghayati tajuk jurnal pada kali ini iaitu ada atau tidak kaitan amtara emosi dan personaliti? Apakah pendapat anda? Dalam jurnal ini. Saya tidak kata yan perdapat saya ini benar dan tiada yang benar melainkan pendapat saya. Ini Cuma satu pendapat dari insan yang lemah. Jadi, mari kita sama-sama hormati pendapat masing-masing dan sentiasa berlapang dada. Jika soalan ini diajukan pada saya, saya dengan yakin mengatakan, "YA". Mengapa? Kerana, Nabi Muhammad seorang insan biasa namun mempunyai personaliti yang hebat. Seorang sahabat bertanya pada isteri baginda iaitu Saidatina Aisyah, "bagaimanakah akhlak Rasulullah (gelaran bagi Nabi Muhammad)?" Aisyah menjawab "akhlak Rasulullah adalah Al-Quran (kitab suci bagi orang islam). Jika kita lihat pada sirah Nabi Muhammad, beliau adalah seorang tokoh, idola dan menjadi contoh bagi setiap manusia. Salah satu sifat beliau adalah mempunyai personaliti yang hebat. Jadi, bagaimana beliau dapat menjadikan dirinya hebat? Antara sifat mulia beliau adalah sifat sabar yang cukup tinggi. Beliau merupakan seorang tokoh yang cukup tenang dan sabar walaupun menghadapi saat-saat genting ketika di medan perang. Mari kita lihat sirah dan perjalanan hidup beliau. Dari kecil, beliau biasa untuk hidup berdikari. Beliau juga membantu bapa saudaranya untuk mengembala kambing. Apa ibrah (pengajaran) yang dapat kita peroleh? Untuk pengetahuan kalian, kambing merupakan binatang yang degil. Dari sini, beliau belajar untuk bersabar dengan kedegilan kambing. Apabila beliau meningkat dewasa, beliau sudah bersedia untuk berhadapan dengan manusia yang degil dan tidak menerima Islam yang dibawa. Jika kita lihat pada para nabi dan rasul terdahulu, beberapa orang nabi juga biasa mengembala kambing ketika kecil. Jadi, personaliti yang baik perlu kita bina dan asah sejak kecil agar perkara mahmudah (baik) menjadi darah daging setiap insan.
Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran.personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri.Sehubungan itu, satu daripada penyelidikan menjelaskan rupadiri dapat diukur dari dalam dan boleh dizahirkan pada luaran. (Sumber dari Wikipedia).
5 ciri-ciri utama orang yang menetukan personality seseorang adalah,
§ (O) OPENESS TO EXPERIENCE - Mempunyai sikap terbuka
§ (C) CONSCIENTIOUSNESS - Mempunyai kesedaran
§ (E) EXTROVENT - Bersifat sosial (suka bergaul)
§ (A) AGREEABLE - Berpendapat sama (senang mencapai persetujuan)
§ (N) NEUROTICISM - Bersifat neurotik (Mempunyai gangguan emosi)
Jom kita selami satu persatu sifat-sifat yang diatas. Yang pertama adalah 'openess to emperience' (mempunyai sikap terbuka). Golongan seperti lebih terbuka dalam satu keadaan. Mereka ini merasakan satu rintangan yang datang itu adalah satu perkara yang seronok untuk ditempuhi. Mereka rasakan dunia ini adalah lautan pengalaman yang perlu ditimba setiap masa. Golongan ino sentiasa peka terhadap emosi mereka dan mereka ini mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam. Mereka lebih gemar berfikir dan bertindak cara tersendiri.
Sifat yang kedua adalah 'conscientiousness' iaitu mempunyai kesedaran. Golongan yang mempunyai kesedaran diri yang tinggi sentiasa berjaga-jaga dalam tindakannya. Setiap gerak-geri mereka selaras dengan apa yang mereka fikirkan secara rasional. Golongan ini adalah golongan yang amanah dan sentiasa dapat dipercayai. Golongan ini juga selalu diberi gelaran sebagai "gila kerja". Hal ini kerana, mereka sangat rajin, mereka juga golongan yang sentiasa kemas, berdisiplin dan sentiasa teratur.
Bagi insan yang kurang sifat ini, mereka tidak amanah dalam menjalankan tugas, malas dan sentiasa tidak berdisiplin.
Seterusnya adalah sifat 'extrovent' iaitu bersifat sosial. Golongan seperti ini sentiasa memntingkan orang lain, bertenaga dan sentiasa ceria. Mereka biasanya sentiasa dalam kumpulan dan sentiasa melakukan aktiviti secara kumpulan.
Selain itu, sifat 'agreeable' berpendapat sama (senang mencapai persetujuan). Individu seperti ini lebih menghargai perhubungan. Mereka tidak suka akan perbalahan dan lebih suka mengalah dalam banyak hal. Individu yang mempunyai sifat ini sentiasa memandang positif pada orang lain. Mereka akan melihat setiap pendapat atau cadangan dari sudut yang positif.
Individu ini merupakan seorang yang peramah, mudah mesra dengan orang lain dan sentiasa tenang.
Sifat yang terakhir adalah 'neurotism' iaitu bersifat neurotik. Secara jujur, ini adalah perkataan yang janggal bagi saya tetapi tidak pada maksudnya. Sifat ini bermaksud, seseorang itu mempunyai sifat negatif yang dominan. Individu seperti ini mudah marah, sentiasa muram, mudah merasa takut dan bimbang walaupun dalam hal-hal yang remeh temeh. Golongan seperti ini merasakan perkara yang biasa atau normal pada orang lain, boleh menjadi ancaman atau ganguan pada mereka.
Mereka ini mempunyai emosi yang reaktif. Mereka lebih beremosi dalam banyak keadaan. Biasanya, reaksi mereka lebih terarah kepada reaksi negatif dan sentiasa sifat ini sentiasa memakan diri sendiri.
Rasulullah merupakan contoh ikutan yang terbaik, bijak menganalisa keadaan dan setiasa tahu untuk menyelesaikan masalah dengan cemerlang. Dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah yang pertama, ia lebih memihak pada orang kafir quraisy pada mata kasarnya. Akan tetapi, Muhammad seorang yang berpandangan jauh dan sentiasa dapat menjagka apa yang bakal berlaku. Dengan kebijaksanaannya, orang muslim dapat masuk kedalam Kota Mekah dengan aman dan penuh kehormatan.
No comments:
Post a Comment