Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Ini merupakan jurnal terakhir yang akan saya tulis kali ini. Pada saya, penulisan jurnal ini amat membantu kita dalam mengulangkaji subjek Pengurusan Emosi ini. Di samping itu, ia juga membantu kita membuat refleksi diri tentang emosi diri kita. Adakah apa-aoa yang kita telah pelajari semasa kuliah sama seperti dalam kehidupan seharian kita?Dapatkah kita mempraktikkan teori-teori yang telah dipelajari mengenai emosi ini?Sama-samalah kita mencari jawapannya. Kuliah pada hari Rabu yang lepas agak menarik berbanding sesi kuliah yang lain. Hal ini demikian adalah kerana pada hari tersebut tiada pengajaran kuliah seperti biasa, tetapi lebih kepada soal selidik tentang personaliti diri.
Dalam kuliah ini, Dr Zamri telah menunjukkan satu video yang amat saya gemari, iaitu video daripada seorang yang pernah mengalami depressi yang bertajuk "childhood experience" Video ini menceritakan pengalaman seseorang yang mengalami depressi dan cara-cara dia menangani masalahnya dengan mengubah perspektifnya terhadap kehidupan. Dalam video ini, dia telah menyebut tentang kekecewaannya terhaIni menjelaskan kekecewaan dia terhadap orang di sekelilinginya sehingga dia tidak lagi mempercayai kawan-kawannya dan orang di sekelilingnya. Pada pendapat saya, perkara sedemikian sering berlaku di sekelilingi kita. walaupun demikian, kita harus teguh dengan pendirian sendiri, kepercayaan kita dan jangan sesekali mengubah diri sendiri kerana pengaruh negatif. Kita seharusnya berasa bangga dengan diri sendiri kerana tidak dipengaruh unsur negatif.dap kawan-kawannya dan orang di sekelilingnya walaupun dia bersikap ikhlas terhadap mereka.
Dalam kuliah ini, kami turut diperkenalkan dengan dua jenis personaliti yang lazim kita gunakan untuk mengkategorikan individu, Iaitu personality jenis A and personality jenis B. Orang yang berpersonaliti jenis A merupakan individu yang bercita-cita tinggi, agresif, mengawal, berdaya saing, tidak sabar, mementingkan status,dan mementingkan masa. Biasanya mereka ialah golongan yang selalu berpencapaian tinggi yang suka membuat beberapa tugas pada satu-satu masa. Mereka tidak suka membazir masa dan pandai menggunakan masa dengan bijak. Mereka tidak suka pada kelewatan dan penentangan. Mereka tidak suka menangguhkan sesuatu kerja dan akan menghabiskan sesuatu tugas dengan segera, jika tidak, mereka akan berasa tidak selesa. Selain itu, mereka akan memaksa diri sendiri untuk menghabiskan sesuatu tugasan menjelang tarikh akhir.. Orang yang berpersonaliti jenis B pula secara umumnya sabar, tenang. Oleh sedemikian, ciri-ciri ini telah menyebabkan individu jenis B selalu digambarkan sebagai mereka yang acuh tak acuh terhadap sesuatu tetapi ini tidak bermaksud bahawa mereka tidak bertanggungjawab.Mereka hanya lebih leka dan mungkin menangguhkan sesuatu kerja,tetapi mereka akan juga melaksanakan tanggungjawab mereka di akhir hari. Saya pernah membaca satu artikel tentang personality jenis A dan personality jenis B. Mengikut kajian yang dijalankan, Orang yang berpersonaliti jenis A lebih pendek umur berbanding dengan orang yang berpersonaliti jenis B. Hal ini kerana Orang yang berpersonaliti jenis A mengalami lebih banyak stress berbanting dengan Orang yang berpersonaliti jenis B. Ini adalah kerana mereka sering memberi matlamat yang tinggi terhadap diri sendiri dan mempunyai permintaan tinggi terhadap diri sendiri. Oleh itu, apabila tugasan yang diberi tidak dapat disiapkan mengikut masa, mereka akan berasa cemas dan stress. Sebagai pelajar perubatan, kami menyedari pengaruh negatif stress terhadap kesihatan. Justeru, Orang yang berpersonaliti jenis A lebih mudah mendapat penyakit berbanding dengan Orang yang berpersonaliti jenis B. Berdasarkan soal selidik tersebut, saya telah mengenal pasti bahawa saya berpesonaliti jenis A.
Bagi mengenalpasti personality seseorang itu, teori Myers-Briggs Type Indicator telah banyak diguna pakai di seluruh dunia. Manusia dibahagikan kepada extroverted atau introverted (E atau I), sensing atau intuitive (S atau N), thinking atau feeling (T atau F), dan judging atau perceiving (J or P). Pertama, Extroverts merupakan individu yang terbuka, senang berbicara dan mempunyai pendirian yang kuat dan tegas manakala Introverts merupakan individu yang senyap, pasif dan pendiam. Keputusannya, saya merupakan individu extroverts. Saya bersetuju dan mengakui saya bersikap begitu tetapi mengikut keadaan tertentu. Jika dikelilingi orang yang tidak dikenali, saya sukar untuk memulakan perkenalan. Seterusnya,Soal selidik untuk menentukan sama ada saya mempunyai 'sensing characteristics' atau 'intuitive characteristics'. Setelah kajian di jalankan, keputusan saya adalah lebih kepada 'intuitive characteristics'. Sensing characteristics merupakan orang yang praktikal dan lebih mencari perincian yang mendalam terhadap sesuatu perkara manakala Intuitives bergantung terhadap proses tanpa sedar dan hanya melihat sesuatu perkara hanya permukaan dan besar tanpa mendalami sesuatu perkara itu.Saya tidak pasti dengan ini kerana saya tidak beberapa mamahami maksudnya dan kurang faham tentang soal selidik mengenai sifat ini. Seterusnya soal selidik berkenaan 'thinking characteristics' dan 'feeling characteristics'. Thinking characteristics lebih kepada seseorang yang menggunakan pemikiran sebagai teras kehidupan. Mereka berfikir melalui bukti dan fakta yang jelas sedangkan feeling characteristic lebih kepada perasaan dalam membuat keputusan. Saya telah membuat soal selidik berdasarkan teori tersebut dan saya telah mengenal pasti yang saya lebih cenderung kepada 'feeling characteristics'. Saya bersetuju dengan ini kerana saya sentiasa memikirkan perasaan orang lain apabila ingin melakukan sesuatu atau semasa membuat keputusan yang melibatkan individu yang ramai. Seterusnya mengenai 'judging characteristics' dan 'perceiving characteristics'. Setelah menjawab soal selidik mengenai sifat ini dan saya telah mengenal pasti saya lebih kepada 'perceiving characteristics'. Judging characteristics merupakan individu yang menyukai keadaan yang mampu dikawal dan lebih tersusun manakala Perceiving characteristics lebih flexible dan spontan. Perceiving characteristics lebih kepada seseorang yang hidup bebas,tidak suka peraturan yang melampau, suka hidup bahagia dan keburukannya kumpulan kami ini selalu menghadapi tekanan. Carl Jung telah mendefinisikan enam belas jenis personaliti iaitu: ESFP, ESTP, ISTJ, ISFJ, ENFP, ENTP, INFJ, INTJ, ESTJ, ENTJ, ISTP, INTP, ESFJ, ENFJ, INFP, dan ISFP . Berdasarkan keempat-empat soal selidik tadi, saya telah mendapat ENFP dan ENFP ini adalah "The Inspirer" Saya bersetuju dengan hasil kajian ini. Berdasarkan maklumat tentang sifat ini, ia menyatakan bahawa mereka yang tergolong dalam kumpulan The Inspirer ini mampu untuk memotivasikan orang lain. Di samping itu, golongan ini boleh menjadi gembira apabila mereka terbatas dengan jadual yang ketata atau tugas-tugas biasa. Oleh yang demikian, mereka bekerja dengan baik sekali dalam situasi dimana mereka mempunyai banyak fleksibiliti, dan mereka juga boleh bekerja bersama orang lain dan juga idea-idea yang bernas. Namun begitu, golongan ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Kadang-kadang golongan ini membuat kesilapan yang besar dalam pengadilan. Pada pendapat saya, terdapat beberapa kenyataan yang saya setuju dan beberapa lagi tidak setuju mengenai golongan The Inspirer ini. Ia hanyalah kajian yang telah dilakukan oleh orang lain. Diri kita sendirilah yang memainkan peranan utama dalam mengawal sikap dan tingkah laku diri kita. Sekian sahaja untuk kali ini, terima kasih.
No comments:
Post a Comment