Sunday, August 28, 2011

A131393 Intan Ewani BInti Mohd Shafie LJ05

Assalamualaikum dan salam kemerdekaan..
Ini merupakan jurnal saya yang terakhir bagi modul pengurusan masa dan emosi ini. Pada minggu ini, konsep 'lecture' tidak dijalankan seperti biasa, tetapi pelajar lebih diberi pendedahan dengan ujian-ujian yang telah disediakan oleh pensyarah Ayah Long untuk mengenalpasti dan mengetahui personality pelajar-pelajar.
 
Manusia mempunyai perbezaan personality dan emosi dan saya percaya ia berkait rapat dengan cara kehidupan dan keadaan sekelilingnya.. Personality berhubung rapat dengan psychology yang didefinisikan sebagai perangai dan karakter, cara seseorang itu berfikir dan emosi-emosi unik yang ada dalam diri individu tertentu dan bagaimana dia berhubung dengan orang sekelilingnya dengan cara menyembunyi atau menonjolkan identity sebenar bagi mengadaptasi kehidupannya.
 
Bagi mengenalpasti personality seseorang itu, Myers-Briggs Type Indicator telah banyak diguna pakai di seluruh dunia. Manusia dibahagikan kepada extroverted atau introverted (E atau I), sensing atau intuitive (S atau N), thinking atau feeling (T atau F), dan judging atau perceiving (J or P). Extroverts merupakan individu yang terbuka, senang berbicara dan mempunyai pendirian yang kuat dan tegas manakala Introverts merupakan individu yang senyap, passive dan pendiam. Dalam konteks ini, saya dapat merasakan seorang yang extroverts kerana saya mudah berbicara dengan orang sekeliling sebab saya menghargai kehadiran setiap insan yang muncul dalam hidup saya. Setetrusnya,  orang yang Sensitive merupakan orang yang praktikal dan lebih mencari perincian yang mendalam terhadap sesuatu perkara manakala Intuitives bergantung terhadap proses tanpa sedar dan hanya melihat sesuatu perkara hanya permukaan dan besar tanpa mendalami sesuatu perkara itu. Saya adalah seorang yang intuitive kerana saya lebih gemar perkara yang mudah difahami dan saya tidak suka memahami sesutu yang kompleks. Thinking types merupakan individu yang memerlukan alasan atau sebab munasabah terhadap sesuatu perkara serta berpegang kepada fakta yang kuat dan bukti yang kukuh bagi menyelesaikan sesuatu masalah manakala individu yang Feeling types bergantung kepada emosi dan rasa dalamannya. Kadang-kadang saya menjadi thinking types dan kadang-kadang saya menjadi feelings  types bergantung kepada jenis masalah dan jenis orang saya sedang hadapi. Judging types merupakan individu yang menyukai keadaan yang mampu dikawal dan lebih tersusun manakala Perceiving types lebih flexible dan spontan. Saya seorang yang perceiving dan mudah mengadaptasi keadaan sekeliling saya.
 
Selain itu, personality juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu personaiti jenis A dan B. Personality Type A merupakan individu yang secara semula jadinya sangat berdikari dan mempunyai visi untuk mencapai matlamat hidup, iaitu berbakti kepada dunia dengan meninggalkan sesuatu yang berguna kepada manusia. Golongan ini sangat bermotivasi, mempunyai matlamat hidup dan berfikiran positif. Mereka mempunyai sesuatu yang sentiasa memberi semangat dalam kehidupan mereka seperti sokongan ibu bapa dan selalu bermuhasabah diri. Golangan a ini sangat suka mengambil cabaran dan  risiko, mudah menerima perubahan, dan tahu untuk berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang melanda dalam kehidupan. Manakala Personality Type B merupakan seorang yang mudah 'meletup' yang mempunyai karakter extroverts dan selalu menganggap hidup ini tiada gunanya untuk dia lagi. Individu seperti ini lebih suka menyendiri atau hidup di dunianya sendiri daripada bergaul dengan orang sekelilinganya. Ini membuatkan persoanalitinya berbeza dari yang lain yang digelar sebagai istimewa tetapi orang sekelilingnya akan menganggap personaliti yang terdapat dalam golongan ini kelakar kerana ianya berbeza. Individu personality jenis B ini lebih gemar berhubung dengan benda yang tidak hidup seperti 'teddy bear' atau 'snowman' tetapi mudah terasa apabila kita persoalkan atau mengejek dengan tindak tanduk mereka. Dalam konteksini, saya merasakan saya mempunyaipersonaliti A kerana saya seorang yang bermotivasi tinggi dan mempunyai hala tuju hidup yang jelas dan mudah berbicara dan berhubung dengan manusia disekeliling dengan baik.
Sebelum saya berbicara tentang personality yang ada pada saya berdasarkan elemen yang ada dalam The Big Five Test. Sukacitanya saya ingin berbicara dan menjelaskan dahulu tentang The Big Five Test. Factor 'big five' mempunyai lima dimensi asas penting dikemukakan yang dapat mengambarkan dan menjelaskan tentang personality manusia.  The Big five factor terdiri daripada openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan neuroticism. Nama singkatan lain bagi factor ini adalah OCEAN, NEOAC, atau CANOE.
Kelima-lima factor ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu iaitu: openness-(inventif, ingin tahu tetapi sangat berhati-hati) seseorang yang menghargai seni, emosi, pengembaraann, mempunyai idea yang luar biasa, perasaan ingin tahu yang tinggi dan mempunyai pelbagai pengalaman. Individu seperti ini seorang yang kreatif dan lebih sensitive tentang perasaan orang lain. Individu yang openness lebih tertarik kepada elemen tang tradisional dan mudah menyangkal fakta-fakta sains. Contoh sifat yang ada dalam openness.
  • I have a rich vocabulary.
  • I have a vivid imagination.
  • I have excellent ideas.
  • I am quick to understand things.
  • I use difficult words.
  • I spend time reflecting on things.
  • I am full of ideas.
  • I am not interested in abstractions. (beza)
  • I do not have a good imagination. (beza)
  • I have difficulty understanding abstract ideas.(beza)
Dimensi kedua The Big Five adalah conscientiousness-konsisten dan teratur. Individu ini mempunyai disiplin diri yang tinggi, mengikut jadual dan merancang dalam setiap perkara yang dilakukan serta mempunyai target yang sangat berbeza dengan karakter spontan. Contoh kenyataan individu yang conscientiousness adalah:
  • I am always prepared.
  • I pay attention to details.
  • I get chores done right away.
  • I like order.
  • I follow a schedule.
  • I am exacting in my work.
  • I leave my belongings around. (beza)
  • I make a mess of things (beza)
  • I often forget to put things back in their proper place (beza)
  • I shirk my duties (beza)
Dimensi ketiga adalah Extraversion – bertenaga dan sangat menyukai kebebasan. Mempunyai emosi yang positif dan mudah mempengaruhi orang lain seperti suka bertempik "Yes" atau "Jom kita mula". Sukakan keseronokkan dan sangat menghargai, mudah berbicara dalam kelompok kumpulan yang besar atau kecil. Contoh elemen yang ada dalam diri extraversion:
  • I am the life of the party.
  • I don't mind being the center of attention.
  • I feel comfortable around people.
  • I start conversations.
  • I talk to a lot of different people at parties.
  • I don't talk a lot. (beza)
  • I keep in the background. (beza)
  • I have little to say. (beza)
  • I don't like to draw attention to myself. (beza)
  • I am quiet around strangers. (beza)
Agreeableness merupakan factor yang keempat. –peramah, bersemangat dan kerjasama yang tinggi. Individu seperti ini suka mengambil tahu tentang orang sekelilingnya. Mereka sangat bertolak ansur dan mudah berkawan dengan semua orang. Contoh ciri-ciri yang ada:
  • I am interested in people.
  • I sympathize with others' feelings.
  • I have a soft heart.
  • I take time out for others.
  • I feel others' emotions.
  • I make people feel at ease.
  • I am not really interested in others. (beza)
  • I insult people. (beza)
  • I am not interested in other people's problems. (beza)
  • I feel little concern for others. (beza)
Factor yang terakhir ialah Neuroticism – sensitive, mudah cemas. Individu seperti ini mudah merasa tidak selesa dengan keadaan yang berubah atau tidak stabil dikacamatanya dan senang bertukar emosi seperti marah dan tertekan.jangka masa perubahan emosi negative dalam tempoh yang lama bak kata lain mempunyai emosi buruk yang lama. Mudah tertekan dan cepat kecewa.Contoh sifat yang ada dalam diri neuroticism:
  • I am easily disturbed.
  • I change my mood a lot.
  • I get irritated easily.
  • I get stressed out easily.
  • I get upset easily.
  • I have frequent mood swings.
  • I often feel blue.
  • I worry about things.
  • I am relaxed most of the time. (beza)

Selepas saya menjalani "The Big Five Test" saya mendapati saya seorang yang Agreeableness. Saya mudah menjadi gembira dan mengadaptasi dengan keadaan sekeliling. Saya suka bekerja dengan orang ramai dan mudah berbicara samada dengan orang yang rapat atau baru pertama kali berjumpa. Tetapi saya seorang yanglurus dan mudah mempercayai orang. Bak kata ibu saya, mudah ditipu. Saya seorang yang sangat yakin pada diri dan mudah mendekati manusia lain. Saya membentuk diri yang mudah berbicara ini apabila selepas SPM dan ditawarkan bekerja di sebuah kedai, dan saya perlu menjjadi 'promoter' untuk mnejual pakaian di kedai. Saya perlu bijak berbicara bagi mengajak dan mempengaruhi pelanggan yang dating berkunjung. Apabila tamat oengajian saya di UM, saya telah menerima panggilan dari guru sekolah lama saya untuk menjadi guru semetara di sekolah lama saya, tanpa ragu-ragu saya menerima tawaran tersebut. Berdasarkan pengalaman saya berkomunikasi dengan orang awam membentuk saya menjadi seorang uang agreeableness. Apabila saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga enam kelas yang mempunyai lebih kurang 30 pelajar dalam satu kelas membuatkan saya membuang rasa malu dan takut lalu memberanikan diri untuk berbicara dan menghampiri mereka.

Secara konklusinya, berdasarkan tulisan jurnal saya ynag terakhir ini membuatkan saya lebih memahami personaliti diri saya serta orang lain. Bagi pendapat saya, sangat penting jika kita mengambil tahu tentang personality orang lain supaya kita dapat mengetahui mereka dan memudahkan kita untuk mendekati dan memahami mereka.

 
 
 

No comments:

Post a Comment