Sunday, August 28, 2011

Phuah Jou Ning A131725 LJ05

Phuah Jou Ning A131725 LJ05- personality test

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada rakan-rakan dan pensyarah. Jurnal ini merupakan  journal yang kelima dan juga journal yang terakhir yang perlu kita siapkan bagi tugasan satu.  Journal terakhir ini mempunyai beberapa perbezaan  dengan journal-journal yang ditulis sebelum ini kerana  Dr Zambri telah menyampaikan kuliah yang amat berlaianan pada 24 ogos 2010 jika dibandingkan dengan kuliah yang sebelum ini. Pada minggu ini, Dr Zamri tidak mengadakan kuliah pembelajaran seperti biasa. Namun begitu, kami dideahkan kepada beberapa tugasan yang lebih menarik dan berhalakan pembelajaran dua hala berbanding dengan sesi-sesi pengkuliahan yang lepas. Aktiviti yang dijalankan pada minggu ini amat menarik perhatian saya kerana saya lebih menyukai kuliah kita dijalankan dalam bentuk aktiviti berbanding dengan kuliah pembelajaran yang agak membosankan. Sebelum kuliah bermula, Dr Zamri menetapkan beberapa tugasan yang perlu dilakukan dan disertai dalam journal terakhir ini. Antara tugasan-tugasan yang perlu kita lakukan pada kuliah tersebut adalah membaca slide dan teks yang berkaitan dengan physcoanalytical theory. Selepas itu, mendengar dan menonton klip video pertama yang akan ditayangkan pada jam 2pm. Kaitkan apa yang ada dalam video tersebut dengan teori.  Bagi tugasan kedua pula, kita dikehendaki menjawab soal selidik MBTI. Kita akan mengetahui kategoti personality kita di akhir ujian dan kita perlu membincangkan personality kita dalam jurnal ini. Tugasan yang ketiga dalam minggu ini ialah menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory).

Tugasan yang pertama membincangkan teori psikoanalitik. Berdasar kepada teori yang telah dipelajari sebelum ini, kebanyakan teori berdasarkan fisiologikal dan kognitif. Namun begitu, Sigmund Freud, pengasas psikoanalytik teori tidak bersetuju dengan kosep tersebut. Oleh itu, beliau telah membuat satu hypothesis, iaitu emosi merupakan sebahagian besar hasil daripada proses-proses yang tanpa disedari. Dalam keadaan yang tidak sedar, emosi, motif, ingatan yang lepas berlaku pada masa yang kita tidak terjaga tetapi dipengaruhi oleh tingkah laku kita. Contohnya, kebanyakan pengalaman semasa kanak-kanak adalah secara tidak sedar. Ketidaksedaran ini merupakan satu perangsang kepada emosi dan motivasi. Penekanan teori ini adalah kepada emosi-emosi negatif, terutamanya dua emosi negatif iaitu bimbang dan marah. Perasaan bimbang dan marah ini akan timbul disebabkan berlaku konflik di paras yang tidak sedar (unconscious). Beberapa teori telah dibandingkan dengan jelas dan membolehkan kita memahami dengan jelas dan tidak keliru dengan pelbagai toeri yang telah dipelajari. James lange teori menjelaskan bahawa pengalaman emosi bergantung kepada rangsangan autonomic dan somatic system saraf kita. Tetapi teori  telah mendapat kontroversinya, iaitu kepada orang yang mempunyai masalah pada bahagian leher yang menggangu sistem saraf , dia tetap boleh mengalami emosinya walaupun sistem sarafnya telah diganggu. Cannon Bard teori pula mengatakan ekspresi emosi langsung tidak mempunyai kaitan dengan signal daripada autonomic dan somatic. Namun begitu, pembangkang kepada teori ini telah menekankan tindak balas autonomik dan somatik terhadap rangsangan emosi  mempengaruhi pengalaman emosi. 

Teori- teori ini boleh dilihat melalui video-video yang telah dipaparkan. Dalam video yang pertama, video ini mengisah tentang seorang yang menghadapi kesusuahan menumpuhi kederitaan hidupnya dengan semangat yang tabah, gigih dan tidak hilang harapan dan putus asa. Sewaktu kecil, dia mempunyai tangapan yang naïf bahawa kehidupan hanya penuh dengan keselesaan dan tiada sebarang kesusahan mahupun masalah yang harus ditempuhi. Namun begitu, selepas dia meningkat dewasa, dia mula memahami kekejaman reality sebenar kehidupan dalam dunia ini. Disebabkan ini, dia berasa sungguh susah hati, kecewa dan tertekan dengan perkara yang berlaku dalam kehidupannya.   Dia mendapati bukan semua cabaran kehidupan mempunyai jalan yang senang untuk digatasi. Namun begitu, dia tetap berfikiran positif dan menghadapi cabaran tersebut dengan tabah. Semangatnya amat menyentuh hati saya kerana saya selalu mudah berputus asa apabila saya menempuhi kesususahan.

Video kedua yang dipaparkan berkisah tetang personality Type A dan Type B. Dalam video tersebut, seseorang yang mempuyai personality type A  ialah seseorang yang tidak boleh bersabar, sentiasa berkejaran  masa, makan dengan cepat, mempunyai aktiviti harian yang teratur, memandu kereta dengan pantas dan melebihi had laju dan sentiasa hidup dalam bertanding dan menginikan  kesempurnaan dalam setiap benda yang dilakukan. Seseorang yang mempunyai  personality Type B  pula berbeza dengan type A. Dia merupakan seseorang yang akan sentiasa  bersabar dan bertenang. Mereka jarang kejar masa dan tidak memandu sehingga melebihi had laju yang ditetapkan. Bagi saya, saya berasa saya ialah orang Type A sejak hari saya menjejak kaki ke alam perubatan. Sebenarnya, saya merupakan kombinasi kedua-dua personality A dan B. Saya juga menginginkan kesempurnaan dalam setiap perkara yang saya lakukan. Tetapi, saya tidak akan melakukannya dengan tergesa-gesa. Saya dapat bersabar  dan makan dengan perlahan. 

Seterusnya, bagi tugasan kedua pula, kami dikehendaki menjawab soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test). Soal selidik ini merupakan hasil kajian Carl Jung, Katherine C. Briggs, dan Isabel Briggs Myers. Beberapa kriteria telah digunakan dalam soal selidik ini. Antaranya adalah "Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J) dan juga Perceiving (P)". Setiap individu boleh dikelaskan sebagai extroverted atau pendiam (E atau I), sensing atau intuitif (S atau N), pemikiran atau perasaan (T atau F), dan penghakiman atau perceiving  (J atau P) dan daripada kriteria-kriteria tersebut, Jung telah mendefinisikan enam belas jenis personaliti Orang yang extroverted merupakan orang yang  mesra apabila bertemu dengan orang lain, pandai bergaul dan dapat berkawan dengan orang lain dengan senang. Mereka lebih suka berkawan dan suka akan suasana yang meriah. Introvert  pula ialah orang yang bersikap pemalu, dan suka menyimpan perasaan mereka dalam hati. Seseorang yang mempunyai personaliti sensing adalah  sesorang yang lebih praktikal, manakala orang yang berpersonaliti intuitive menjalani kehidupan mereka dengan tidak begitu praktikal. Seseorang  yang berpersonaliti thinking suka menggunakan logik dalam menyelesaikan sesuatu masalah berbandaing dengan  orang yang berpersonaliti feeling yang biasannya menyelesaikan masalah mengikut suara hati diri mereka dan juga emosi. seseorang yang mempunyai personaliti judging pula merupakan seseorang yang lebih berdisiplin manakala jenis perceiving pula lebih fleksible dan bukan begitu berdisiplin. Mereka boleh mengubah pemikiran mereka dengan mudah. Melalui soal selidik ini, saya mendapati bahawa saya mempunyai personiliti Introversion, Inuitive, Feeling, Perceiving ( INFP).

Akhirnya sekali, kita diberi  tugasan ketiga iaitu "The Big Five" theory. Lima personaliti utama dalam theory ini adalah Extroversion, Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan Openess to Experience. Akronim yang diberi untuk lima persoality tersebut adalah "OCEAN". Kita  juga telah menjalankan satu lagi soal selidik iaitu soal selidik Teori Besar Lima( Big Five Theory). Mengikut teori ini, lima major personaliti telah diperkenalkan seperti Extroversion,  Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan Openness to Experience. Akronim yang diberi untuk lima personaliti tersebut ialah 'OCEAN' dan saya mendapati diri saya sendiri merupakan seorang yang berpersonaliti Conscientinousness.

No comments:

Post a Comment