Salam sejahtera. Ini merupakan jurnal kelima iaitu jurnal terakhir saya bagi kursus ZT Pengurusan Emosi. Pada hari Rabu, iaitu 24 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah kursus Pengurusan Emosi ZT2253 yang bertempat di dewan kuliah satu, Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur. Tajuk kuliah hari ini merupakan emosi dan personaliti. Kuliah ini amat berbeza berbanding dengan kuliah minggu-minggu sebelumnya kerana pada hari tersebut, Dr. Zamri tidak menghadiri kuliah. Namun begitu, kami telah diberikan tugasan untuk diselesaikan sepanjang masa kuliah tersebut. Kami dikehendaki membaca slide tentang Teori Psikoanalitik (Psychoanalytic Theory) dan menonton video yang ditayangkan. Kami juga dikehendaki menjawab kuiz personaliti Myers Briggs Type Indicator (MBTI) dan juga Big Five Personality test. Saya tidak pernah menjawab soal selidik personaliti tersebut sebelum ini. Aktiviti-aktiviti dan video ditayangkan supaya kami dapat menyelesaikan tugasan kami dengan lebih sempurna.
Tugasan pertama yang diberi adalah berkaitan dengan Psychoanalytic theory. Kami telah menonton satu klip video dan diminta untuk mengaitkan kandungannya dengan teori Psychoanalytic. Seterusnya tugasan kedua kami adalah untuk menjawab soal selidik MBTI supaya kami dapat mengetahui kategori-kategori personaliti kami. Seterusnya, kami juga dikehendaki untuk membincangkan personaliti kami dalam jurnal ini. Bagi tugasan ketiga pula, kami dapat mengetahui personality kami dengan lebih jelas setelah menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Kami turut dikehendaki supaya membincangkannya dalam jurnal ini. Oleh sebab itu, dalam jurnal ini, saya akan membincangkan teori Psychoanalytic dan personality saya berdasarkan kedua-dua soal selidik yang telah saya menjalani.
Video yang ditayangkan hari ini adalah berkaitan dengan kehidupan seorang kanak-kanak. Video mengisahkan bahawa kanak-kanak ini mempunyai zaman kanak-kanak yang gembira dan sempurna. Kehidupan pada zaman kanak-kanak, memang gembira dan bahagia kerana pada masa itu mereka akan bersyukur kepada apa yang meraka dapat. Pemikiran mereka masih naif. Mereka tidak pernah mengharungi sebarang kesusahan dan cabaran sedangkan orang dewasa seperti ibu bapa mereka akan cuba melindungi mereka. Oleh itu, dia tidak pernah menempahi sebarang kesusahan dan cabaran dalam kehidupannya. Namun, kehidupan seperti ini tidak akan berpanjangan. Apabila semakin besar dan menjadi dewasa, pemikiran dia menjadi semakin matang dan mendapati bahawa dunia ini bukanlah begitu sempurna seperti yang dia bayangkan. Dia menyedari bahawa bukan semua orang yang boleh dipercayai dan pengkhianatan telah menyakitkan hatinya.Dia berasa sangat sedih dan kecewa kerana kenyataan adalah begitu kejam. Walau bagaimanapun, kemurungan ini hanya untuk sementara waktu, dia masih berfikiran positif dan optimistik terhadap kehidupannya. Dia masih akan berbaik hati dengan pengemis dan mendermakan wang walaupun pengemis pernah menipu dia. Klip video ini telah dikaitkan dengan Teori Psikoanalitik dan membawa mesej kepada kita bahawa kita haruslah tabah menghadapi apa-apa jua cabaran dengan berfikiran positif sekiranya kita menghadapi cabaran.
Untuk video yang kedua, ia mengisahkan personaliti orang jenis A dan jenis B. Berdasarkan video tersebut, orang yang mempunyai personaliti type A adalah seorang yang cepat cemas dan terburu-buru. Dia tidak mempunyai kesabaran dan selalu membuat kerjanya dengan secepat mungkin tanpa membazir sebarang masa, mereka melakukan segala benda dengan cepat iaitu makan cepat, pandu dengan laju, kurang sabar, kerja tersusun dan lain-lain. Bagi jenis B pula, ia bertentangan dengan jenis A dan mereka merupakan orang yang penyabar dan selalu membuat kerjanya secara perlahan dan dalam keadaan yang relax dan tidak cemas. (easy going and slow & steady). Mereka melakukan aktiviti mereka dengan kadar perlahan seperti makan dengan perlahan, pandu dengan perlahan, penyabar dan berada dalam keadaan yang tidak tergesa-gesa. Bagi saya, saya mempunyai kedua-dua jenis A dan B punya ciri-ciri. Pada masa tertentu, saya akan tergesa-gesa tetapi pada masa tertentu, saya akan memperlahankan rentak kehidupan saya. Tetapi, pada kebanyakkan masa saya merupakan orang jenis A, dan bagi saya, kedua-dua jenis orang ini mempunyai kebaikan dan keburukannya.
Seterusnya, bagi tugasan kedua, kami telah menjawab soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test). Soal selidik ini adalah hasil kajian Carl Jung, Katherine C. Briggs, dan Isabel Briggs Myers. . Dalam soal selidik ini, beberapa kriteria telah digunakan. Antaranya ialah "Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J) dan juga Perceiving (P)". Setiap individu dikelaskan sebagai extroverted atau pendiam (E atau I), sensing atau intuitif (S atau N), pemikiran atau perasaan (T atau F), dan penghakiman atau perceiving (J atau P) dan daripada kriteria-kriteria tersebut, Carl Jung telah mendefinisikan enam belas jenis personaliti iaitu: ESFP, ESTP, ISTJ, ISFJ, ENFP, ENTP, INFJ, INTJ, ESTJ, ENTJ, ISTP, INTP, ESFJ, ENFJ, INFP, dan ISFP . Orang yang extroverted ialah orang yang pandai sosial dan bergaul. Introverted pula orang yang pendiam dan menyimpan perasaan. Sensing bermakna orang yang lebih berpraktikal dan intuition ialah orang yang tidak begitu realiti. Jenis thinking merujuk kepada orang yang menggunakan logik dalam fikiran dan penyelesaian masalah, manakala feeling ialah orang yang membuat sesuatu megikut perasaaan dan emosi. Orang jenis judgement ialah orang yang lebih berdisiplin manakala orang jenis perception merujuk kepada orang yang fleksibel dan boleh mengubah prinsipnya mengikut situasi.
Setelah menjalani ujian tersebut, saya mendapati bahawa saya merupakan orang jenis ENFP, dan penerangan personaliti ENFP amat tepat pada pendapat saya, berikut merupakan sedikit penerangan personaliti ENFP yang saya dapati dari internet (dalam Bahasa Inggeris):
As an ENFP, your primary mode of living is focused externally, where you take things in primarily via your intuition. Your secondary mode is internal, where you deal with things according to how you feel about them, or how they fit in with your personal value system.
ENFPs are warm, enthusiastic people, typically very bright and full of potential. They live in the world of possibilities, and can become very passionate and excited about things. Their enthusiasm lends them the ability to inspire and motivate others, more so than we see in other types. They can talk their way in or out of anything. They love life, seeing it as a special gift, and strive to make the most out of it.
ENFPs have an unusually broad range of skills and talents. They are good at most things which interest them. Project-oriented, they may go through several different careers during their lifetime. To onlookers, the ENFP may seem directionless and without purpose, but ENFPs are actually quite consistent, in that they have a strong sense of values which they live with throughout their lives. Everything that they do must be in line with their values. An ENFP needs to feel that they are living their lives as their true Self, walking in step with what they believe is right. They see meaning in everything, and are on a continuous quest to adapt their lives and values to achieve inner peace. They're constantly aware and somewhat fearful of losing touch with themselves. Since emotional excitement is usually an important part of the ENFP's life, and because they are focused on keeping "centered", the ENFP is usually an intense individual, with highly evolved values.
ENFPs are charming, ingenuous, risk-taking, sensitive, people-oriented individuals with capabilities ranging across a broad spectrum. They have many gifts which they will use to fulfill themselves and those near them, if they are able to remain centered and master the ability of following through.
Selepas itu, kami dikehendaki menjawab kuiz persoanliti yang seterusnya, iaitu the Big Five Theory. 5 faktor yang ada dalam Big Five Theory ialah (OCEAN): openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan neuroticism. Orang yang openness adalah orang yang suka belajar benda baru dan sentiasa bersedia untuk belajar dari pengalamannya .Orang yang mempunyai conscientiousness bersifat cermat, teliti dan berhati-hati dan orang jenis ini boleh dipercayai. Extraverts suka bergaul dan berminat untuk mencari keseronokan. Orang yang agreeableness akan lebih menyenangkan dan bertolak ansur dalam keadaan sosial. Mereka sangat mesra, berbelas kasihan dan bekerjasama. Neuroticism pula merupakan personaliti sifat asas dalam kajian psikologi. Orang yang mempunyai skor tinggi dalam neuroticism akan mengalami lebih banyak perasaan seperti keresahan, kemarahan, rasa bersalah dan perasaan tertekan. Biasanya, neuroticism merujuk kepada kestabilan emosi dan keupayaan seseorang itu menghadapi tekanan dan dugaan yang dihadapi dalam kehidupannya. Menurut ujian tersebut saya mendapati bahawa jenis personaliti saya ialah agreeableness. Saya mengaku bahawa saya memang mudah berbelas kasihan. Saya suka berkawan dan bergaul dengan kawan-kawan saya. Saya juga percaya bahawa manusia bersifat baik sejak dilahir.
Akhirnya sampailah masa untuk mengakhiri jurnal terakhir saya ini, dan saya telah mendapat banyak manfaat dan mempelajari banyak pengetahuan tentang emosi melalui refleksi jurnal selama ini, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Zamri kerana telah mempersembahkan pembelajaran kursus ini dalam cara yang menarik. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment