Sunday, August 28, 2011

A131366 Nadia Natasya Binti Norzam LJ05 Personaliti Kamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya akan menulis jurnal kelima yang merupakan jurnal terakhir untuk kursus ZT2253. Pastinya penulisan jurnal ini adalah sesuatu yang bagus kerana dapat membantu saya mengulangkaji pelajaran bagi kursus ini secara tidak langsung walaupun masa saya amat terhad kerana terpaksa mengulangkaji bagi kursus-kursus yang lain juga. Saya berharap agar dengan penulisan jurnal ini dan jurnal-jurnal yang lepas sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk lulus bagi kursus ZT2253 dan seterusnya saya berharap agar saya dapat mengaplikasikan apa yang telah saya belajar dalam kehidupan seharian. Untuk jurnal kelima ini, saya akan menceritakan pengalaman serta berkongsi serba sedikit mengenai  apa yang telah saya pelajari ketika kuliah yang disampaikan oleh Dr Ahmad Zamri  pada 24 Ogos 2011 yang lalu di Dewan Kuliah 1. Kuliah yang lepas amat berbeza dengan kuliah-kuliah sebelumnya. Ini adalah kerana pada kuliah yang lepas tiada kuliah mengenai nota pengurusan emosi disampaikan oleh Dr Zamri, sebaliknya saya telah belajar sesuatu yang amat menarik iaitu mengenai personaliti yang terdiri daripada Type A Personality dan Type B Personality. Saya juga telah menjawab soal selidik Myers Brigg Type Indicator (MBTI) bagi mengetahui kategori personality saya. Saya akan menceritakan dengan lebih terperinci lagi mengenainya pada perenggan yang seterusnya.

Seperti kebiasaannya, Dr Zamri pasti akan menayangkan video untuk kami hayati dan berfikir untuk mencari makna tersirat yang terdapat dalam video tersebut.  "The Childhood Experience" merupakan tajuk video yang telah ditayangkan pada kuliah yang lalu. Video tersebut mengisahkan bahawa persepsi kita terhadap kehidupan adalah berbeza sewaktu kita masih kecil dan apabila diri kita meningkat dewasa. Sewaktu kita masih kecil, kita menganggap bahawa dunia ini penuh dengan warna-warni kehidupan dan segalanya penuh dengan kebahagiaan dan kegembiraan. Namun setelah meningkat dewasa, barulah kita mengenal erti kehidupan yang sebenarnya. Kehidupan yang kita impikan semasa kita kecil sebenarnya tidak wujud. Hal ini adalah kerana kehidupan kita akan lebih bermakna apabila kita terpaksa mengharungi cabaran dan dugaan demi mencapai cita-cita kita dan meneruskan kehidupan. Dan janganlah kita sesekali berputus asa apabila diberi ujian oleh Allah kerana ujian tersebut adalah cara Allah menguji kesabaran hamba-Nya.

Firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155).

                Seterusnya, Dr Zamri telah menayangkan satu lagi video kepada kami. Video tersebut berkaitan dengan apa yang kami pelajari pada kuliah yang lepas iaitu mengenai personaliti. Setiap individu adalah unik dengan cara mereka tersendiri kerana setiap individu pastinya mempunyai personaliti yang berbeza. Secara ringkasnya, personaliti terbahagi kepada dua jenis iaitu Type A Personality dan Type B Personality. Saya akan menceritakan dengan lebih terperinci lagi mengenai kedua-dua personaliti tersebut. Type A Personality terdiri daripada individu-individu yang berdaya saing, tegas dan seorang yang boleh dianggap 'Perfectionist'. Selain itu, personaliti jenis ini juga akan selalu tergesa-gesa dan kurang sabar. Contohnya, mereka akan bangun awal setiap hari dan juga makan dengan sangat cepat. Jadi dapat kita ketahui bahawa individu yang tergolong dalam Type A Personality merupakan seorang yang amat mementingkan masa. Personaliti jenis ini sering dihubungkaitkan dengan peningkatan risiko masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan darah tinggi terutamanya apabila usia mereka mencecah 65 tahun dan ke atas. Hal ini berlaku kerana Type A Personality selalu mengalami stress akibat kelakuan mereka tersebut. Individu yang tergolong dalam personality jenis ini juga mempunyai cirri-ciri fizikal seperti berikut:

·       Facial Tension (Tight Lips, Clenched Jaw, Etc.)

·       Tongue Clicking or Teeth Grinding

·       Dark Circles Under Eyes

·       Facial Sweating (On Forehead or Upper Lip)

 

Bagi Type B Personality pula,  mereka sangat berbeza dengan individu Type A Personality.  Type B Personality merupakan jenis yang sangat tenang dalam mengharungi kehidupan mereka. Mereka turut bekerja keras dalam sesuatu perkara yang dilakukan. Cuma apa yang berbeza dengan Type A Personality ialah mereka tidak kisah jika mereka kalah contohnya dalam sesutau pertandingan. Kehidupan mereka adalah santai dan mereka tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara. Sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah, mereka lebih suka bersikap 'relax' dan tidak mengambil sesuatu tindakan secara terburu-buru. Sikap mereka yang sentiasa ceria menyebabkan mereka tidak cenderung untuk berasa stres dan seterusnya kadar mereka untuk mendapat masalah kesihatan adalah rendah. Contoh sikap individu Type B Personality adalah mereka tidak kisah apabila memandu di belakang kereta yang perlahan. Mereka juga tidak peduli sekiranya terpaksa berbaris panjang dan lama apabila berada di kedai. Contoh yang lain adalah seperti dalam sukan. Type B Personality bermain untuk hiburan dan bukannya untuk menanag. Tetapi Type A Personality yang sering mengutamakan kesempurnaan akan bermain untuk menang dan menguasai permainan tersebut. Setelah berfikir, saya merasakan diri saya lebih kepada Type A Personality walaupun terdapat juga sedikit ciri-ciri Type B Personality dalam diri saya.

                Setelah belajar mengenai personaliti, saya telah menjawab soal selidik MBTI.  Tujuan MBTI ini diadakan adalah untuk memudahkan teori jenis psikologi yang digambarkan oleh CG Jung untuk difahami dan berguna dalam kehidupan kita. Teori ini mengatakan bahawa terdapatnya variasi dan perbezaan dalam personaliti dan tingkah laku seseorang kerana wujudnya perbezaan asas dalam cara individu memilih untuk menggunakan persepsi dan pertimbangan mereka. Dalam MBTI, terdapat 16 jenis personaliti boleh diketahui berdasarkan empat perkara asaa berikut :

·         Favorite world: Do you prefer to focus on the outer world or on your own inner world? This is called Extraversion (E) or Introversion (I).

·         Information: Do you prefer to focus on the basic information you take in or do you prefer to interpret and add meaning? This is called Sensing (S) or Intuition (N).

·         Decisions: When making decisions, do you prefer to first look at logic and consistency or first look at the people and special circumstances? This is called Thinking (T) or Feeling (F).

·         Structure: In dealing with the outside world, do you prefer to get things decided or do you prefer to stay open to new information and options? This is called Judging (J) or Perceiving (P).

 

Setelah menjawab soal selidik ini, saya mendapati bahawa saya tergolong dalam kategori ESFP iaitu boleh dianggap sebagai 'Performers'. Individu dalam kategori ini merupakan seorang yang 'outgoing', mudah berkawan, gembira bekerja dengan orang lain, membawa pendekatan yang realistik dalam sesuatu perkara, bersedia untuk menyesuaikan diri dengan orang dan persekitaran yang baru, belajar dengan bersungguh-sungguh dalam mencuba kemahiran yang baru dan juga cintakan kehidupan yang penuh dengan keseronokan.

 

                Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Zamri atas segala ilmu yang telah diberi. Pastinya ilmu tersebut saya akan guna dalam kehidupan saya supaya saya dapat menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang. Tidak lupa juga Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin saya ucapkan kepada Dr Zamri dan kawan-kawan semua.

 

Sekian.

No comments:

Post a Comment