Sunday, August 28, 2011

A131907 Suzila Binti Masiradi LJ05 : Emosi dan Personaliti

            Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang meluangkan masa serta sudi untuk membaca jurnal saya pada kali ini. Ini adalah jurnal saya yang ke lima dan merupakan jurnal saya yang terakhir untuk modul Pengurusan Emosi. Terima kasih yang tidak terhingga buat Dr Zamri yang telah bertungkus-lumus serta bersabar dalam mengajar kami semua serta berjaya mengajar saya dalam penulisan jurnal yang merupakan satu perkara yang baru bagi saya. Tidak terhingga ucapan terima kasih buat kawan-kawan yang sudi membantu saya  sedikit sebanyak dalam penghasilan jurnal-jurnal saya yang sebelum ini.
            Mengikut jurnal-jurnal saya yang dahulu, kebiasaannya saya akan menulis jurnal ini berdasarkan apa yang telah diajar pada kuliah Pengurusan Emosi yang lepas. Tetapi jurnal saya pada kali ini adalah berdasarkan pamahaman serta pembacaan saya pada nota-nota kuliah yang dimuat turun dalam blog Pengurusan Emosi. Saya tidak dapat menghadirkan diri pada kuliah yang lepas kerana saya terlibat dengan persiapan Majlis Penutup Ihya' Ramadhan 1432H/ 2011M. Oleh sebab itu, InsyaAllah saya menulis jurnal saya ini berdasarkan kefahaman saya melalui pembacaan nota kuliah yang dimuat turun iaitu Emosi dan Personaliti.
            Sebelum saya menghuraikan tentang apa yang saya peroleh melalaui nota kuliah yang di baca, saya ingin berkongsi tentang makna personaliti itu sendiri mengikut Wikipedia iaitu dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karaktor diri.Sehubungan itu, satu daripada penyelidikan menjelaskan rupa diri dapat diukur dari dalam dan boleh dizahirkan pada luaran. Manakala menurut nota kuliah, penerangan tentang personaliti itu lebih mudah difahami iaitu personaliti didefinisikan sebagai gabungan ciri-ciri psikologi yang digunakan untuk mengelaskan dan mengambarkan seseorang dalam kategori-katogeri tertentu seperti seorang yang tenang, pasif, kuat mahupun agresif.
            Manakala menurut perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Selain itu, faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam perkembangan personaliti manusia ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t., interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. Personaliti juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Manusia yang berakhlak atau mempunyai personaliti positif menurut perspektif Islam adalah manusia yang melakukan kebaikan dan menyerah diri secara keseluruhan kepada Allah. Menurut Islam, pengasas pembentukan personaliti dalam Islam ialah Rasulullah s.a.w. Baginda telah memulakan pembentukan personality insan / masyarakat Islam dengan membina asasnya terlebih dahulu di mana asas yang paling utama dalam pembentukan ini ialah budi pekerti yang mulia atau al-Akhlaq al- Fadilah. Budi pekerti yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan insan yang bersih hati, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan.
            Terdapat beberapa cara dalam mengklasifikasikan personaliti. Melalui nota kuliah yang lepas, satu cara yang paling digunakan dalan mengklasifikasikan personaliti ialah "Myers-Briggs Type Indicator".  Seseorang individu itu dikelaskan sebagai "extroverted or introverted (E or I)", "sensing or intuitive (S or N)", "thinking or feeling (T or F)", and "judging or perceiving (J or P)". Selain itu, terdapat juga beberapa cara yang digunakan dalam mengklasifikasikan personaliti. Antara klasifikasi personaliti yang lain adalah menurut Carl Jung di mana personality individu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Bagi yang pertama iaitu ekstrovert, ia merupakan individu yang menonjolkan ciri-ciri seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada perubahan, gemar kepada aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai cirri-ciri kepimpinan. Bagi Intovert pula, individu yang diklasifikasikan di dalam katogeri ini adalah individu yang menonjolkan cirri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensatif, cermat reflektif atau sentiasa terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang bersedia menanggung risiko. Manakala ambibert adalah individu-individu yang tidak dapat digolongkan di dalam kategori ekstrovert mahupun introvert, maka mereka dikategorikan sebagai ambibert tetapi individu tersebut mempunyai ttrait-trait seorang ekstrovert dan introvert.
            Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan bahawa personality dapat dibahagikan kepada empat iaitu pemaksa (individu yang sangat focus, mengetahui apa yang diingini, berkomunikasi dengan cepat kearah tujuan sebenar, bersetuju dengan kata-kata "matlamat menghalalkan cara" dan seorang yang rajin, bertenaga dan kurang malu), penunjuk (individu yang mempunyai personality ini adalah seorang yang sangat peramah dan mearaa, seorang pemberi motivasi yang baik, boleh berinteraksi dengan senang, selali tokok tambah cerita,melebih-lebihkan dan tiadsa fakta serta gemar bercakap tapi tidak membuat), amiable/si bersopan santun (individu yang sangat baik hati, boleh menyesuaikan diri dalam banyak keadaan, bermasaalah dalam membuat keputusan, suka kepada seni, sajak dan sangat sensitive dan pendiam dan bercakap lembut) dan pemikir (individu yang sangat suka kepada perkara-perkara kecil, tidak boleh buat keputusan tanpa fakta yang mencukupi, selalunya sangat baik dari segi pengiraan dan pembuatan, sangat kritikal, suka menjangka perkara buruk dan percaya pada pandangan sendiri). Kenyataaan tersebut saya peroleh daripada salah satu laman web  di        laman sesawang.
            Manakala, menerusi video yang telah dimuat turun iatiu "Type A and Type B Personality", saya peroleh satu ilmu yang baru tentang kaedah mengklasifikasi personaliti diri. Saya pasti anda juga pasti mengetahui apakah personaliti anda berdasarkan video yang dimuat turun ini. Oleh itu, saya ingin menyimpulkan kefahaman saya tentang apakah personaliti jenis A dan jenis B berdasarkan video yang telah saya lihat.  Personaliti jenis A merupakan individu yang kelihatan seolah-olah sentiasa bekerja di bawah tekanan, 'hard driving' dan mempunyai daya saing yang terlalu tinggi(kadang-kadang agak keterlaluan) dan kerang sabar serta agresif. Manakala individu yang mempunyai personality jenis B pula, mereka lebih relaks dan 'easy-going', pandai dan suka bersosialisasi, berdaya saing yang tidak begitu tinggi dan lebih sabar, bertimbang rasa, berhati-hati berbanding dengan personality jenis A.
            Menerusi pembacaan saya di internet pula, saya terbaca tentang pandanagan al-Ghazali tentang personaliti. Menurut bal-Ghazali terdapat tiga faktor yang mempengaruhi personaliti iaitu hati, nafs dan akal. Terdapat interaksi di antara ketiga-tiga faktor ini yang dapat membentuk sama ada personaliti unggul, personaliti seimbang mahupun personaliti celaru dan sonsang. Dimanakah kita, adakah kita di dalam kategori personaliti unggul, seimbang mahupun celaru dan sonsang? Moga-moga kita tergolong di kalangan individu yang mempunyai personaliti yang unggul.
            Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza. Oleh itu, wajarlah jika kita ingin mengetahui apakah personaliti diri kita sendiri. Setiap personaliti itu adalah berdasarkan kepada beberapa faktor yang diambil kira seperti emosi, tingkah laku dan bermacam lagi. Banyak yang saya telah pelajari dari kuliah emosi dan personaliti ini. Segala kefahaman saya tentang personaliti itu juga telah saya kongsikan bersama didalam jurnal ini. Oleh itu, selesai sudah jurnal saya pada kali ini. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menghasilkan jurnal ini dalam masa yang diperuntukan. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Dr Zamri diatas kuliah-kuliah Pengurusan Emosi yang telah diberikan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mngucapkan Salam Ramadan , Salam Aidilfitri dan Selamat Bercuti
           
 
             

No comments:

Post a Comment