Selamat Sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada semua. Pada 24 Ogos 2011 yang lepas, kami telah menghadiri kuliah pengurusan emosi yang ke enam dan ini merupakan jurnal pembelajaran yang kelima serta terakhir bagi memenuhi Tugasan 1 yang telah diamanahkan kepada kita. Pada permulaan kuliah ini, Dr. Zamri telah mengatakan bahawa hari ini tiada kuliah pembelajaran seperti biasa sehingga pukul 5 tetapi ada aktiviti pembelajaran yang lain dan kami perlu menyiapkan beberapa aktiviti istimewa dalam kuliah ini. Saya berasa gembira kerana saya lebih suka melakukan aktiviti interaktif.
Bagi menyiapkan jurnal yang terakhir ini, Dr telah menetapkan beberapa tugasan yang perlu dilakukan oleh para pelajar bagi mencatat dalam jurnal masing-masing. Pertama sekali, Dr. Zamri memberi arahan kepada kami untuk membaca slide dan teks tentang teori psikoanalitik. Selepas itu, kami perlu mendengar dan menonton klip video yang akan ditayangkan pada jam 2pm iaitu waktu kuliah di dewan kuliah seperti biasa. Kemudian, kami perlu menghubungkan mesej yang terdapat dalam video tersebut dengan teori yang telah dibaca. Bagi tugasan yang seterusnya, kami perlu menjawab soal selidik MBTI yang pada akhir ujiannya, dimana kami akan dapat mengetahui tentang kategori personaliti kami dan seterusnya kami perlu membincangkan perihal personaliti kami berdasarkan jawapan yang telah didapati melalui hasil ujian MBTI tersebut. Tugasan yang terakhir bagi minggu ini ialah, kami perlu menjawab soalan soal selidik Big Five Theory dan membincangkan keputusannya dalam jurnal kami.
Kuliah minggu ini dimulakan seperti yang ditugaskan dengan membaca slide tentang teori psikoanalitik. Teori psikoanalitik melibatkan proses tanpa sedar (unconscious/subconscious) untuk pengalaman emosi yang kita alami. Teori ini menekankan kepada emosi-emosi negatif terutamanya perasaan bimbang dan marah. Keadaan tanpa sedar ini melibatkan emosi, motif, dan kenangan kisah lampau yang tanpa disedari boleh mempengaruhi tingkahlaku kita. Ia lebih memberatkan pengalaman waktu kecil.Tubuh badan kita bertindak balas disebabkan fungsi otak yang mencetuskan anggota badan untuk melakukan sesuatu maka sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh diri setiap manusia akan mempamerkan emosi dengan sedar. Sebagai contoh, semasa waktu kecil, seseorang individu telah memecahkan pasu kesayangan emak dan dimarahi dan dipukul oleh emak. Setelah menjadi dewasa, apabila memecahkan cawan, seseorang itu akan menunjukkan wajah yang risau dan bimbang dulu dan secara fisiologikal, seseorang itu juga akan mula berpeluh, jantung berdebar-debar dan bernafas dengan lebih cepat, walaupun emak tidak akan memarahinya. Reaksi ini datang tanpa sedar dan tidak dapat dikawal, kadang kala tidak mempunyai tujuan yang jelas.
Selepas ini, kami menonton klip video yang telah disediakan oleh Dr. Zamri. Menurut video tersebut, pencerita telah memberitahu bahawa semasa kecil, beliau berasa bahawa setiap kesukaran dan masalah-masalah yang dialami dalam kehidupan pasti ada jalan penyelesaian, setiap kali berada dalam kegelapan pasti akan ada cahaya yang menerangi ke dalam hidupnya. Sewaktu kecil saya juga tidak berfikir dengan banyak. Namun, kehidupan di dunia ini tidaklah begitu mudah. Apabila kita menjadi remaja, kita boleh mula memahami dunia di luar iaitu dunia yang sebenar, dunia yang dipenuhi dengan kesusahan dan rintangan. Kadang-kadang, kita akan terfikir adakah kita akan menemui sebarang jalan penyelesaian untuk masalah-masalah yang kita hadapi ini. Dalam video ini, pencerita juga mengatakan bahawa beliau akan terus berusaha mencapai sasarannya kerana beliau yakin setiap kesukaran pasti ada jalan penyelesaian. Saya sangat terharu dengan perkataan beliau kerana saya juga yakin bahawa seseorang individu harus terus melakukan jasa yang baik kepada orang lain dan masyarakat ini walaupun berada dalam keadaan yang tidak senang kerana Tuhan akan tahu apa yang kita telah buat, Tuhan akan memberi bekalan yang cukup kepada orang yang mengamalkan kelakuan baik.
Kuliah pada petang itu diteruskan dengan tugasan 2 iaitu menjawab soal selidik MBTI iaitu Myers Briggs Type Indicator. Objektif menjawab soalan ini ialah membolehkan para pelajar dapat mengetahui personaliti diri sendiri dengan lebih mendalam dan jelas. Soal selidik ini dibahagikan kepada 4 bahagian dan setiap bahagian mempunyai 2 huruf yang melambangkan sifat seseorang itu. Kami perlu memilih satu huruf yang melambangkan sifat-sifat saya bagi keempat-empat bahagian soal selidik itu. Akhir sekali, keempat-empat huruf yang telah dipilih akan disusun dan susunan huruf-huruf tersebut yang akan diinterpretasi sebagai satu personaliti. Setelah membuat soal selidik ini, saya mendapat susunan huruf ISTJ –iaitu 'Introverted Sensing Thinking Judging' di mana,personaliti saya direfleksikan sebagai ' Duty Fulfillers '. Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang personaliti kami, Dr. Zamri telah memberikan alamat laman web www.personalitypage.com kepada kami.
Menurut hasil pembacaan dan tafsiran saya berdasarkan laman web ini, saya dapati seseorang yang mempunyai personaliti ini akan berasa berguna apabila peranan dan tanggungjawab telah jelas ditafsir dan dia boleh menimbang kelakuannya. Setelah mendapat satu kerja, seseorang tersebut akan merancang masanya dengan baik dan akan memastikan kerja itu disiapkan dengan sebaik mungkin. Seseorang itu akan sentiasa melibat dalam kerja amal dan mempunyai semangat patriotik. Semasa membeli sesuatu, dia akan fikir dan menimbang dengan teliti. Saya rasa huraian ini agar mirip dengan personaliti saya. Saya akan bersemangat apabila ada projek yang besar dan menarik, dan saya akan mula menyusun masa saya supaya aktiviti tersebut tidak menjejaskan akademik saya. Saya suka perasaan gembira setelah melaksanakan sesuatu tugasan yang bercabar. Tetapi, kadang kala saya boleh menjadi malas mungkin kerana terlalu penat. Malahan, saya harap personaliti saya ini boleh membantu dalam kerja saya sebagai doktor pada masa depan dengan menjadi seseorang yang sedia menerima cabaran dan sudi menyumbang kepada masyarakat.
Untuk tugasan 3, kami perlu menjawab soal selidik berkaitan dengan Big Five Theory. Big Five Theory dan ciri-ciri komponennya boleh diringkaskan sebagai OCEAN, dan saya akan mencerita sedikit tentang ciri-ciri ini dalam jurnal ini.
O- Openness - People who like to learn new things and enjoy new experiences usually score high in openness. Openness includes traits like being insightful and imaginative and having a wide variety of interests.
C-Conscientiousness - People that have a high degree of conscientiousness are reliable and prompt. Traits include being organized, methodic, and thorough.
E- Extraversion - Extraverts get their energy from interacting with others, while introverts get their energy from within themselves. Extraversion includes the traits of energetic, talkative, and assertive.
A- Agreeableness - These individuals are friendly, cooperative, and compassionate. People with low agreeableness may be more distant. Traits include being kind, affectionate, and sympathetic.
N- Neuroticism - Neuroticism is also sometimes called Emotional Stability. This dimension relates to one's emotional stability and degree of negative emotions. People that score high on neuroticism often experience emotional instability and negative emotions. Traits include being moody and tense.
Setelah melakukan soal selidik tersebut, saya dapat hasil sebagai openness. Saya rasa keputusan ini amat sesuai kerana saya suka belajar benda yang baru dan mengalami pengalaman yang seronok. Sebagai contoh, saya telah belajar memain guitar dan bahasa jepun sebagai hobi saya. Kadang kala saya boleh mengeluarkan idea yang luar biasa yang orang lain tidak terfikir. Tetapi, saya rasa saya juga mempunyai personaliti agreeablenes. Setelah bincang dengan kawan, saya berpendapat bahawa sesetengah orang mempunyai kombinasi beberapa personaliti, dan saya rasa ini adalah biasa kerana manusia merupakan hidupan yang rumit.
Akhir kata, saya berasa bangga kerana dapat menyiapkan kelima-lima jurnal dalam masa yang dibagikan. Di sini, saya hendak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Dr. Zamri dan semua rakan-rakan. Minta maaf jika saya telah melakukan kesilapan sebelum ini. Sekian, terima kasih. =)
No comments:
Post a Comment