Sunday, August 28, 2011

A131416 Hoe Vee Chuan LJ05 Personaliti

Selamat sejahtera kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan saya sekalian. Jurnal ini merupakan kali terakhir saya dalam kursus pengurusan emosi tersebut. Saya agak berat hati dengan penamatan kursus ini kerana kursus ini telah mendedahkan saya dengan banyak pengetahuan tentang emosi dan kepentingannya mengurus emosi diri sendiri. Sebelum saya meneruskan jurnal ini, saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan saya kerana perbuatan saya yang tidak rasional sehingga menyakitkan hati mereka pada minggu ini. Saya sepatut lebih pandai mengawal emosi saya dan menjaga perasaan mereka. Kejadian ini terjadi atas sedikit salah faham yang berlaku antara saya dengan rakan-rakan saya. Walaupun kejadian ini melibatkan kedua-dua pihak, namun saya ingin memikul segala risikonya dan kesalahannya kerana saya yang memulakan konflik ini. Saya ingin memohon maaf atas  kesalahan saya.
Selepas berkongsi dengan para pembaca saya tentang peristiwa yang berlaku kebelakangan ini, saya akan meneruskan jurnal ini dengan mencerikan tentang sesi pembelajaran yang berlaku minggu ini dan ilmu pengetahuan yang saya perolehi dalam sesi tersebut. Pada awal kuliah, Dr.Zamri telah memberitahu kami bahawa kuliah kali ini adalah berbeza dengan yang lain kerana kali ini tidak mempunyai kuliah dan kami akan diberi peluang untuk menjawab soal selidik yang berkaitan dengan personaliti dalam sepanjang sesi tersebut . Kami diamanahkan dengan 3 tugasan untuk sesi kali. Antara tugas tersebut ialah menonton video dan cuba mencari perkaitan dengan teori personaliti, menjawab soal selidik MBTI untuk mengetahui personaliti saya dan menjawad soal selidik Teori Besar Lima.

Video yang pertama ditonton adalah berkaitan dengan pengalaman pencerita semasa kecil. Dlam video tersebut,dia selalu menyoal kenapa perkara yang tidak diingini selalu berlaku pada dirinya. Tetapi dia tidak memutus asa dan menempuhi segala rintangan dengan hati yang tabah. Selepas menonton video, saya telah mengimbaskan perkara-perkara yang telah berlaku selama hidup saya. Saya teringat masa lampau saya semasa saya masih menuntut pelajaran di sekolah rendah. Masa itu, saya selalu tidak membuat kerja rumah saya kerana saya tidak tahu buat. Saya tidak pernah  mencari guru untuk bertanyanya. Saya cuma pandai mencari alasan dan membiarkan segala kerja rumah saya dalam keadaan kosong. Hal ini telah menyebabkan prestasi akademik saya kain hari kain merosot sehingga kerap kali mendapat keputusan yang tidak begitu memuaskan. Saya sepatutnya  bersemangat tidak putus asa dalam perjalanan hidup saya. Semangat tidak mudah putus asa inilah yang akan membawa saya dan semua orang ke arah kejayaan. Tambahan pula, sebagai pelajar perubatan, semangat ini patut di jiwa kami agar kami lebih tabah dan berani dalam melalui perjalanan yang penuh dengan onak dan ranjau. Kami perlu selalu mengingati semangat ini merupakan kunci utama untuk kami menempuhi cabaran yang bakal kami hadapi pada masa depan.

Dr. Zamri juga menayangkan satu video yang mengenai Personaliti Type A dan Type B. Video tersebut memang menarik dan menyebabkan saya lebih mengenali kedua-dua personaliti ini. Sebelum ini, saya sudah mengetahui sedikit tentang kedua-dua personaliti ini. Untuk individu Type A, mereka mempunyai perwatakan yang kurang baik seperti kurang kesabaran, terlalu mementingkan kesempurnaan, selalu mengejar masa, memandu dengan cepat agar tidak buang masa di jalan raya, selalu tergesa-gesa dalam kerja sehariannya dan sebagainya. Sikap-sikap tersebut mengakibatkan golongan ini selalu mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit yang berkaitan dengan jantung dan mendapat penyakit tekanan darah tinggi. Manakala untuk mereka yang mempunyai personaliti Type B, sikap-sikapnya adalah berlainan dengan individu yang bersifat Type A personaliti. Mereka biasa sabar dan tidak suka mengejar masa. Selain itu, mereka merupakan golongan yang kurang aktif dan suka bersantai. Walaupun mereka tidak hidup dalam keadaan hidup yang bertekan serta tidak mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung, namun sikapnya yang relaks akan melambatkan sesuatu kerja dan tidakk mempunyai prestasi yang baik dalam kerjanya yang diamanahkan. Dalam hal ini, kami mengetahui bahawa kedua-dua sikap ini  mempunyai kebaikan dan keburukannya. Terdapat rakan saya menanya personaliti saya. Sebenarnya,saya terjatuh dalam kategori Type B personaliti.

Kami juga diberi peluang untuk membuat Ujian Myers-Briggs Type Indicator(MBTI). Ujian ini merupakan ujian personaliti yang digunakan secara luas di seluruh dunia. Dalam ujian tersebut, kami harus memilih antara satu sifat yang lebih dominan diantara dua. Antaranya ialah Extraverted(E) atau Introverted(I), Sensing(S) atau Intuition(N), Thinking(T) atau Feeling(F), Judging(J) atau Perceiving(P). Setiap soalan perlu dijawap dan 4 huruf yang dipilih perlu digabungkan. Dalam soal selidik tersebut, saya telah mengetahui personaliti saya. Personaliti saya ialah ISTJ iaitu Introverted, Sensing, Thinking dan Judging. Menurut huraian daripada Dr. Zamri tentang individu yang ISTJ ini, individu dalam golongan ini merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam sebarang tugasan yang diamanahkan oleh orang lain. Tambahan pula, dengan mempunyai sikap realism dan kebolehan dalam pengurusan, golongan ini selalu menjadi aset dalam syarikat dan masyarakat. Dr. Zamri juga memberitahu kami bahawa golongan ini sentiasa membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang teliti dalam segala aspek dan tidak membelot organisasi yang dimasuki. Dengan sifat ini, mereka yang terjatuh dalam golongan ini selalu mendapat sanjungan daripada orang ramai dan bakal menjadi pemimpin negara atas kepandaian serta teliti dalam membuat keputusan. Kenapa saya menekankan bahawa orang yang teliti akan menjadi pemimpin? Hal ini disebabkan kebanyakan konfllik yang berlaku adalah disebabkan  oleh kecuaian pemimpin dalam membuat sesuatu keputusan sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati antara pengikutnya. Dengan ketelitian seseorang pemimpin, segala konflik dapat dielakkan terutama konflik yang berunsur bangsa. Kekurangan konflik akan membawa keamanan dan akan membangkitkan kemajuan ekonomi negara kami. Saya berasa sangat gembira kerana saya ialah salah satu daripada golongan ini. Saya amat berharap ujian selidik ini betul.

Dr. Zamri juga memberi kami soal selidik yang kedua yang dinamakan "Big Five Personality Test". Soal selidik ini juga digelar sebagai OCEAN. Nama ini terdiri daripada 5 perkataan, iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan neuroticism. Selepas kajian tersebut, saya mendapati saya merupakan orang yang openness. Golongan ini adalah terdiri daripada orang yang suka belajar barang baru dan sentiasa belajar daripada pengalamannya.

Secara kesimpulannya, saya lebih memahami personality saya selepas saya membuat kedua-dua soalan selidik tersebut. Melalui soal selidik tersebut, saya juga mengetahui segala kebaikan dan keburukan diri saya. Saya akan cuba untuk memajukan diri saya agar diri saya dapat dihormati olehh orang sekeliling saya. Sebelum saya menamatkan jurnal terakhir ini, saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada semua rakan saya yang pernah mengajar saya tentang format jurnal ini dan Dr. Zamri yang sudi berkongsi dengan  kami dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang berharga. Saya akan memastikan segala ilmu tersebut tidak dilupai dan selalu menjadikannya sebagai panduan dalam hidup saya.

Sekian, terima kasih.   
 

No comments:

Post a Comment