Salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada rakan-rakan dan pensyarah. Journal ini merupakan journal yang kelima. Kursus Pengurusan Emosi pada minggu ini bertajuk "Emosi, Personaliti, dan Tingkah laku. Jurnal saya pada kali ini saya ingin mengulaskan tentang isu-isu, kajian dan aspek lain tentang personality individual. Dalam kuliah ini, pelbagai aktiviti yang baru dan menarik telah dijalankan. Aktiviti-aktiviti termasuk sesi menonton video and kuiz yang menarik untuk mengenali personality diri masing-masing dengan lebih terperinci lagi. Melalui kuiz yang disediakan ini, kami dapat mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam.
Sebelum kuliah bermula, Dr Zamri menjelaskan beberapa tugasan-tugasan yang perlu kami lakukan pada kuliah tersebut. Antara tugasan yang perlu kami lakukan ialah membaca slide dan teks yang berkenaan dengan physcoanalytical theory, menjawab soal selidik MBTI dan menjawab soal selidik Teori Besar Lima( Big Five Theory)
Dalam kuliah ini, Dr Zamri telah menunjukkan satu video yang amat saya gemari, iaitu video daripada seorang yang pernah mengalami depressi yang bertajuk "childhood experience" Video ini menceritakan pengalaman seseorang yang mengalami depressi dan cara-cara dia menangani masalahnya dengan mengubah perspektifnya terhadap kehidupan. Dalam video ini, dia telah menyebut tentang kekecewaannya terhadap kawan-kawannya dan orang di sekelilingnya walaupun dia bersikap ikhlas terhadap mereka. " am i fighting for friends who laugh at me when i turn away, am i giving money to a beggar and not seeing that they are not using it for good?, and i am sick of always to be a good boy when i have always heard that nice guys finish last. " Ini menjelaskan kekecewaan dia terhadap orang di sekelilinginya sehingga dia tidak lagi mempercayai kawan-kawannya dan orang di sekelilingnya. Pada pendapat saya, perkara sedemikian sering berlaku di sekelilingi kita. walaupun demikian, kita harus teguh dengan pendirian sendiri, kepercayaan kita dan jangan sesekali mengubah diri sendiri kerana pengaruh negatif. Kita seharusnya berasa bangga dengan diri sendiri kerana tidak dipengaruh unsure negatif. Video ini membawa mesej yang penting, iaitu kita harus berfikiran positif dan sesetengah masalah adalah tidak dapat diselesaikan dan kami hanya boleh menerima keadaan seadanya tanpa mengubah pendirian sendiri. Kami harus percaya bahawa dalam setiap perkara ada tersembunyi kebaikannya dan kami tidak harus berputus-asa dengan senang. Kami patut mengharungi setiap pancaroba hidup kita dengan semangat yang kuat. Pada pendapat saya, pengajaran yang ingin disampaikan video ini ialah sekiranya kita berfikiran positif setiap masalah yang kita hadapi akan diselesaikan dengan senang.
Dalam kuliah ini, kami turut diperkenalkan dengan dua jenis personaliti yang lazim kita gunakan untuk mengkategorikan individu, Iaitu personality jenis A and personality jenis B. Orang yang berpersonaliti jenis A merupakan individu yang bercita-cita tinggi, agresif, mengawal, berdaya saing, tidak sabar, mementingkan status,dan mementingkan masa. Biasanya mereka ialah golongan yang selalu berpencapaian tinggi yang suka membuat beberapa tugas pada satu-satu masa. Mereka tidak suka membazir masa dan pandai menggunakan masa dengan bijak. Mereka tidak suka pada kelewatan dan penentangan. Mereka tidak suka menangguhkan sesuatu kerja dan akan menghabiskan sesuatu tugas dengan segera, jika tidak, mereka akan berasa tidak selesa. Selain itu, mereka akan memaksa diri sendiri untuk menghabiskan sesuatu tugasan menjelang tarikh akhir.. Orang yang berpersonaliti jenis B pula secara umumnya sabar, tenang. Oleh sedemikian, ciri-ciri ini telah menyebabkan individu jenis B selalu digambarkan sebagai mereka yang acuh tak acuh terhadap sesuatu tetapi ini tidak bermaksud bahawa mereka tidak bertanggungjawab.Mereka hanya lebih leka dan mungkin menangguhkan sesuatu kerja,tetapi mereka akan juga melaksanakan tanggungjawab mereka di akhir hari. Saya pernah membaca satu artikel tentang personality jenis A dan personality jenis B. Mengikut kajian yang dijalankan, Orang yang berpersonaliti jenis A lebih pendek umur berbanding dengan orang yang berpersonaliti jenis B. Hal ini kerana Orang yang berpersonaliti jenis A mengalami lebih banyak stress berbanting dengan Orang yang berpersonaliti jenis B. Ini adalah kerana mereka sering memberi matlamat yang tinggi terhadap diri sendiri dan mempunyai permintaan tinggi terhadap diri sendiri. Oleh itu, apabila tugasan yang diberi tidak dapat disiapkan mengikut masa, mereka akan berasa cemas dan stress. Sebagai pelajar perubatan, kami menyedari pengaruh negatif stress terhadap kesihatan. Justeru, Orang yang berpersonaliti jenis A lebih mudah mendapat penyakit berbanding dengan Orang yang berpersonaliti jenis B.
Dalam Kuliah ini, kami telah menjawab soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test). Soal selidik ini adalah hasil kajian Carl Jung, Katherine C. Briggs, dan Isabel Briggs Myers. . Dalam soal selidik ini, beberapa kriteria telah digunakan. Antaranya ialah "Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J) dan juga Perceiving (P)".Setiap individu dikelaskan sebagai extroverted atau pendiam (E atau I), sensing atau intuitif (S atau N), pemikiran atau perasaan (T atau F), dan penghakiman atau perceiving (J atau P) dan daripada kriteria-kriteria tersebut, Carl Jung telah mendefinisikan enam belas jenis personaliti iaitu: ESFP, ESTP, ISTJ, ISFJ, ENFP, ENTP, INFJ, INTJ, ESTJ, ENTJ, ISTP, INTP, ESFJ, ENFJ, INFP, dan ISFP . Orang yang extrovert ialah orang yang pandai sosial dan bergaul. Introvert pula orang yang pendiam dan menyimpan perasaan. Sensing bermakna orang yang lebih berpraktikal dan intuition ialah orang yang tidak begitu realiti. Jenis thinking merujuk kepada orang yang menggunakan logik dalam fikiran dan penyelesaian masalah, manakala feeling ialah orang yang membuat sesuatu megikut perasaaan dan emosi. Orang jenis judgement ialah orang yang lebih berdisiplin manakala orang jenis perception merujuk kepada orang yang fleksibel dan boleh mengubah prinsipnya mengikut situasi.
Dalam kuliah, kami juga dikehendaki berbincang dan berkongsi tentang personality diri dengan orang yang duduk di sebelah kita. Melalui ujian ini, saya mendapat INFP. Melalui satu bacaan daripada internet, saya mendapati Mother Teresa juga seorang INFP. Saya mendapat tahu bahawa personality INFP daripada internet : " INFPs are creative, sensitive souls who take their lives very seriously. They seek harmony and authenticity in their relationships with others. They value creativity, spirituality, and honoring the individual self above all else. They are very tuned into inequity and unfairness against people, and get great satisfaction from conquering such injustices. An INFP is a perfectionist who will rarely allow themselves to feel successful, although they will be keenly aware of failures. INFPs also get satisfaction from being in touch with their creativity. For the INFP, personal success depends upon the condition of their closest relationships, the development of their creative abilities, and the continual support of humanity by serving people in need, fighting against injustice, or in some other way working to make the world a better place to be." Selain itu, saya mendapat tahu bahawa orang berpersonaliti INFP mempunyai personality negatif, iaitu sensitif terhadap kritikan dan lain-lain.
Secara kesimpulan, saya belajar banyak benda dalam kuliah ini.
No comments:
Post a Comment