Oon Xing Yu (A131827) LJ05
Salam sejahtera. Untuk kuliah pengurusan emosi (ZT2253) pada hari ini, iaitu 24 Ogos 2011, kami telah diberi 3 tugasan penting untuk dimasukkan ke dalam lerning jurnal kami. Tugasan 1 , kami dikehendaki kaitkan isu-isu penting dalam video klip yang ditayangkan masa kuliah bermula dengan teori-teori psikoanalitik yang telah dibincangkan dalam kuliah sebelumnya. Tugasan 2, kami dikehendaki membuat soal selidik personaliti MBTI diri untuk mengenal pasti jenis personaliti diri dan kemudiannya membuat ulasan yang selanjutnya tentang personaliti diri dalam jurnal masing-masing. Tugasan 3, kami dikehendaki membuat satu lagi soal selidik personaliti berdasarkan Big Five Personality Theory dan membuat analisis dan ulasan yang selanjutnya terhadap keputusan yang diperolehi dalam jurnal masing-masing juga.
Video yang ditayangkan itu sesuai untuk membangkitkan semangat sesiapa yang sedang mengalami kemurungan dengan isi kandungannya yang penuh bermakna dengan iringan muzik latar belakang yang sedap didengar. Mengikut pemahaman saya, mesej yang ingin disampaikan kepada kita menerusi kisah dalam video tersebut sebenarnya adalah kepentingan pemikiran yang matang lagi positif dalam membantu kita mengawal emosi kita ketika menghadapi sebarang cabaran dan dugaan hidup. Katanya, semasa beliau masih kecil lagi pada zaman kanak-kanaknya, beliau berpendapat bahawa kehidupannya adalah sempurna dan begitu yakin bahawa perkara-perkara yang malang tidak akan melanda dirinya. Ketika itu, bagi beliau, harapan itu ibarat cahaya yang menyinar masuk dari hujung terowong, yang tidak akan lenyap walau betapa teruknya sesuatu keadaan yang berlaku ke atasnya. Menurut Sigmund Freud dalam Psychoanalytic theories, penjanaan sesuatu emosi adalah dalam keadaan secara tidak sedar. Contohnya seperti yang ditunjukkan dalam video ini, kebanyakan pengalaman semasa kanak-kanak adalah secara tidak sedar. Penekanan Psychological theories ini adalah terhadap emosi-emosi negatif terutamanya bimbang dan marah. Kalau mengikut keadaan di sini, kemurungan mungkin disebabkan oleh tekanan hidup yang ketika kita tidak perasan sudah kian hari kian membukit itu. Seterusnya, dalam video tersebut, selepas beliau semakin membesar mengikut masa yang berlalu, beliau sedar bahawa kehidupan ini tidak begitu sempurna dan senang - lenang seperti yang dijangkakannya masa kecil dulu. Kemurungan berlaku dalam kebanyakan keadaan seperti ini kerana menurut Pschoanalytical Theories juga, mereka ini secara tidak sedar telah menanam emosi, motif dan ingatan sebelumnya ke dalam kehidupan mereka sekarang. Oleh sebab itulah kemudiannya tingkah laku dan pembangunan personaliti mereka turut terjejas dan menyumbang kepada lahirnya emosi-emosi negatif dalam diri mereka.
Bagi tugasan 2 pula, hasil soal selidik personaliti MBTI saya ialah ISFT : (I) Introversion, (S) Sensing, (F) Feeling dan (J) Judging . Saya adalah (I) introversion dan bukannya (E) extroversion kerana saya biasa membuat pertimbangan dan berfikir panjang lebar sebelum melakukan sesuatu atau mengambil sesuatu keputusan. Ciri-ciri introversion saya yang lain termasuk sentiasa memerlukan masa dan ruangan peribadi untuk membuat refleksi terhadap diri sendiri dimana sebagai buktinya, saya jenis orang yang suka meluahkan perasaan saya dalam diari sekiranya saya menemui sebarang halangan dan dugaan dalam hidup. Ini adalah cara tersendiri saya untuk memotivasikan diri sendiri apabila tiada sesiapa yang sedia mendengar dan berkongsikan masalah saya. Seterusnya, (S) sensing adalah perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan personaliti saya berbanding (I) intritive. Hal ini demikian adalah kerana individu yang dikatakan sensing itu sentiasa bersedia untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan diri. Sama seperti saya, sedia belajar dari pengalaman dan melihatnya sebagai satu pengajaran untuk memajukan diri sendiri. Sesungguhnya, pada pendapat saya, individu yang berpersonaliti sensing ini sebenar agak serious dan tegar dimana kami ini hanya sukakan fakta yang jelas dan biasa menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa antara (F) feeling dengan (T) thinking pula, saya adalah manusia yang 100% feeling, iaitu jenis yang teramat sangat pentingkan perasaan dan pada masa yang sama, mood senang dipengaruhi dan dijejaskan oleh emosi. Selain itu, saya sentiasa berdiri dengan pihak yang menyokong kedamaian dan keharmonian hidup kerana saya benci dan tidak suka akan pecah belah. Dalam kotak yang terakhir bagi soal selidik MBTI ini, saya penuhkannya dengan (J) judging. Perbezaannya dengan (P) percieving ialah individu seperti saya yang dilengkapi dengan personaliti judging ini adalah bagus dalam membuat perancangan dan kami akan membuat perancangan dengan teliti sebelum mula bertindak. Di samping itu, biasanya saya hanya dapat menumpukan sepenuh perhatian saya terhadap satu-satu tugasan pada satu masa sahaja supaya dapat menyiapkan sesuatu tugasan yang diamanahkan kepada saya itu dengan sempurna. Jadi, mengikut hasil Myers Briggs Type Indication (MBTI) ini, saya dikategorikan sebagai The Nurturer ( the protector) . Mengikut salah satu penjelasan MBTI tentang the nuturer, mereka ini digambarkan sebagai orang yang berjiwa ikhlas dan baik hati. Saya tidak berani mengaku yang saya adalah seorang yang sangat baik hati, namun begitu saya adalah seorang yang amat menghargai dan mementingkan keharmonian.
Seterusnya, untuk mengenal pasti personaliti kami mengikut Big Five Theory pula, kami dikehendaki untuk menjawab soal selidik yang terbahagi kepada lima bahagian berdasarkan lima faktornya, iaitu: openness, consientiousness, extraversion, agreeableness, neuroticism ( OCEAN) yang masing-masing terdiri daripada 8 soalan. Di akhir sesi menjawab soal selidik ini, saya telah memperolehi markah tertinggi iaitu 23 markah untuk soalan dalam bahagian neuroticism. Neuroticism , juga dikenali sebagai ( emotional instability ) membawa maksud kecenderungan untuk mengalami emosi – emosi negatif seperti kemarahan , kebimbangan dan kemurungan. Maknanya orang yang mempunyai personaliti lebih kepada neuroticism mudah terganggu emosinya dan oleh sebab sering mengalami ketidakstabilan emosi , mereka ini mudah terdedah kepada tekanan. Secara jujur , penerangan tentang personaliti neuroticism di atas memang tepat dengan personaliti saya . Memang benar angin saya mudah terganggu oleh perkara- perkara yang dikatakan kecil dan tidak penting bagi kawan- kawan saya. Walaupun saya tahu yang saya tidak sepatutnya mempunyai pemikiran yang negatif, namun keadaan sedemikian sering sekali berlaku diluar kawalan saya dan kebanyakan masanya akan menyebabkan saya tidak dapat menumpukan perhatian untuk melakukan hal- hal lain. Oleh sebab inilah saya sering digambarkan sebagai orang yang kaya dengan emosi dan perasaan yang berlebih- lebihan oleh kawan- kawan saya sehingga kebanyakan masanya mereka pun malas dan letih sangat untuk melayan saya yang tidak habis - habis kelihatan muram dikelilingi emosi- emosi negatif . Namun begitu, mungkin disebabkan saya sendiri ini manusia yang penuh beremosi, saya berani mengatakan yang saya amat sensitif dan peka terhadap perasaan dan perubahan emosi orang- orang di sekeliling saya.
Kini, melalui soal selidik MBTI dan Big Five Theory, saya telah lebih mengenali personaliti diri saya. Dengan mengenal pasti personaliti saya sebagai the nurturer dan neuroticism , saya berharap saya dapat memperbaikan kelemahan saya dan pada masa yang sama meningkatkan lagi kelebihan saya supaya saya dapat menjadi seorang manusia yang disenangi kawan dan lawan.
No comments:
Post a Comment