Sunday, August 28, 2011


Ashta a/p N.Mailvaganam Pillai

A131729

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya tujukan kepada Dr.Zamri dan rakan-rakan sekalian.Kursus Pengurusan Emosi diteruskan pada minggu ini dengan topik yang agak menarik, iaitu Emosi, Personaliti, dan Tingkahlaku. Kuliah pada kali ini telah diintegrasikan dengan aktiviti yang lebih menarik,baru dan agak berbeza iaitu sesi menonton video dan sesi kuiz untuk mengenali personality diri masing-masing dengan lebih terperinci. Banyak perkara yang mungkin kita tidak tahu mengenai diri kita boleh kita pelajari dalam kuiz tersebut.Maka jurnal pada kali ini akan mengulas dan membincangkan isu dan aspek berkaitan dengan personality individu.Pada pendapat saya, kita sedang berada pada peringkat umur yang sangat terdedah kepada pengaruh sekeliling termasuklah norma masyarakat sejagat dan pengaruh rakan sebaya dan tidak dilupakan juga pengaruh keluarga.Personaliti kita pada peringkat umur ini amat "malleable" dan kita mudah mengubah personality diri dengan mengambil kira tanggapan orang lain.Oleh itu,saya berpendapat bahawa rakan-rakan yang kita bergaul dengan amat penting dan boleh menjadi penentu dalam menentukan personality diri.Dr.Zamri telah menunjukkan satu video dalam kuliah ini yang amat menyentuh hati saya.Video yang ditayangkan menyebut tentang depressi dan cara menanganinya.Dalam video tersebut,disebut,'Those who are depressed and feeling down in the dumps should get over yourselves already as part of the fun of life is figuring it out.It also said that not everyone you meet will want to be your friend and some just see you as a subject to be used and nothing more.It highlighted the importance of mixing with the right people as the people we mix around with have the biggest impact on our lives and we should always stand by our principles,morals and not easily succumb to depression'.Pendek kata,video yang telah ditanyangkan berkisah mengenai seorang yang pada mulanya menganggap dunia ini sebagai tempat yang suci dan selamat dan tidak kira apa jua masalah yang timbul aka nada jalan penyelesaiannya. Akan tetapi,apabila meningkat umur, dia mulai rasa bahawa anggapannya itu kurang tepat dan  apabila dia kian meningkat dewasa dan mula memahami  dunia luar dan pelbagai situasi tidak diinigini yang boleh timbul.Dia mula sedar bahawa "not every cloud has a silver lining" dan sesetengah masalah tidak boleh diselesaikn dan hanya seseorang hanya boleh menerima keadaan seadanya. Walau bagaimanapun, dia masih ingin percaya bahawa ada kebaikan dalam setiap perkara dan tidak berputus asa dalam hidup, maka dia akan terus berusaha mengharungi setiap cabaran hidup dengan hati yang terbuka dan dengan semngat juang yang tinggi dan ketabahan yang memuncak. Pengajaran yang dapat kita pelajari daripada video ini ialah kita harus berfikiran positif walau apa jua dugaan yang kita harungi.Mentaliti yang berunsur negative tidak akan membawa apa jua kebaikan kepada diri kita.Malah kita akan lebih mudah menjadi depressed,tidak bermaya dan kurang semangat untuk meneruskan hidup.Ini turut akan memberi kesan kepada hubungan kita dengan prang lain terutamanya rakan-rakan dan keluarga.Interaksi kita dengan mereka akan berkurang dan kita akan suka menyendiri.Hal ini akan sekaligus melahirkan "snowball effect" yang berkemungkinan besar diakhiri dengan depression.Daripada apa yan telah saya jelaskan di atas, jelaslah bahawa minda yang positif amat penting dalam segala aspek hidup dan menentukan cara kita berdepan dengan masalah dan mengharungi cabaran hidup.

Mula-mula, kami telah diperkenalkan dengan dua jenis personaliti yang lazim digunakan untuk mengkategorikan individu, iaitu personaliti jenis A dan personaliti jenis B. Sebelum ini saya telah mendengar tentang klasifikasi personaliti ini tetapi tidak secara mendalam.Saya hanya tahu bahawa individu yang mempunyai personaliti A lebih terdedah kepada pelbagai heart diseases kerana lebih mudah stress jika dibandingkan dengan individu yang mempunyai personaliti jenis B.Mengikut klasifikasi ini, orang yang berpersonaliti jenis A merupakan individu yang bercita-cita tinggi, agresif, mengawal, berdaya saing, tidak sabar, mementingkan status,dan mementingkan masa. Mereka merupakan golongan berpencapaian tinggi yang suka membuat beberapa tugas pada satu-satu masa yang juga diberi nama 'multitaskers'. Mereka tidak suka membazir masa dan menganggap masa itu emas.Mereka tidak suka menangguhkan sesuatu kerja dan akan menghabiskan sesuatu tugas dengan segera.Mereka akan memaksa diri sendiri untuk menghabiskan sesuatu tugasan menjelang tarikh akhir. Mereka tidak suka pada kelewatan dan penentangan. Orang yang berpersonaliti jenis B pula secara umumnya sabar, dan lebih relaxed. Ciri-ciri ini telah menyebabkan individu jenis B selalu digambarkan sebagai mereka yang acuh tak acuh terhadap sesuatu tetapi ini tidak bermaksud bahawa mereka tidak bertanggungjawab.Mereka hanya lebih leka dan mungkin menangguhkan sesuatu kerja,tetapi mereka akan juga melaksanakan tanggungjawab mereka di akhir hari.Pada pendapar saya,seseorang individu mungkin mempunyai ciri-ciri personaliti jenis A dan juga ciri-ciri personaliti jenis B.Ini bermaksud mungkin mereka berada di tengah-tengah dan mempunyai campuran kedua-dua jenis personaliti di atas.

Personaliti merupakan gabungan ciri-ciri psikologi yang kita gunakan untuk mengelaskan dan menggambarkan seseorang dari segi ciri-ciri seperti yang tenang, pasif, kuat, agresif, dan lain-lain. Myers-Briggs Type Indicator merupakan instrumen penilaian personaliti yang paling luas digunakan di dunia dan dijadikan penentu personaliti seseorang. Seseorang individu dikelaskan sebagai extroverted atau pendiam (E atau I), sensing atau intuitif (S atau N), pemikiran atau perasaan (T atau F), dan penghakiman atau perceiving (J atau P). Extroverts merupakan orang-orang yang pandai bergaul/berinteraksi/berkomunikasi walaupun dengan orang baru dan tegas pendiriannya manakala introverts merupakan orang-orang yang tenang/sabar ,pemalu dan kurang selesa bercakap dengan orang baru. Orang-orang yang jenis sensitif adalah mereka yang praktikal serta berpemikiran kritis/logikal dan lebih suka memberi tumpuan kepada perincian manakala intuitives bergantung kepada proses yang pasif tanpa kawalan diri yang sedar (subconscious state), serta cenderung melihat gambaran yang lebih besar mengenai sesuatu perkara. Intuitives sering berpemikiran futuristik dan sering menimbang baik buruk sesuatu perkara sebelum mengambil tindakan.Orang-orang yang mempunyai personaliti jenis pemikiran akan menggunakan akal dan logik untuk menangani masalah manakala orang yang jenis perasaan bergantung kepada nilai keagamaan/moral mereka. Personaliti judging pula merupakan mereka yang ingin kawalan terhadap sesuatu dan suka dunia mereka diperintahkan dan berstruktur manakala personaliti perceiving adalah fleksibel dan spontan.

Kami juga telah diberi masa untuk berbincang dan berkongsi tentang personaliti diri kita dengan orang yang sedang duduk di sebelah kanan atau kiri kita pada masa itu. Saya telah mendapat tahu mengenai personaliti rakan saya iaitu jenis ISFJ.Gaya  hidup orang jenis ISFJ memberi tumpuan yang mendalam, di mana mereka memahami sesuatu  perkara  melalui 'the five senses:sight,smell,taste,hearing and touch'. Mod kedua mereka adalah secara external dan mereka mengambil tindakan berdasarkan emosi.

Banyak yang telah saya pelajari dalam kuliah kali ini.Sekian.

No comments:

Post a Comment