Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr Zamri serta para pembaca enrti jurnal ini sekalian. Ini merupakan entri jurnal saya yang ke-5 merangkap yang terakhir untuk subjek ini, sebelum tugasan berkumpulan. Kuliah yang berlangsung pada hari Rabu, 24 Ogos 2011, malang sekali, saya tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa menghadiri raptai untuk majlis penutup Ihya Ramadhan pada petang itu. Saya mendapat feedback daripada rakan-rakan bahawa kuliah kali ini sangat menarik dan interaktif berbanding kuliah-kuliah sebelum ini. Terasa sangat rugi pula tidak dapat turt serta. Kuliah pada kali ini adalah berkenaan personality manusia dan The Big Five Theory.
Pada permulaan kuliah, saya difahamkan Dr Zamri telah menayangkan klip video yang bertajuk "The Childhood Experience". Ternyata, mentaliti kita sentiasa berkembang sepanjang kita meningkat dewasa. Dalam klip video ini, mesej yang cuba disampaikan oleh pencipta klip video ini ialah bagaimana persepsi kita terhadap kehidupan semasa kecil adalah berbeza dengan di alam dewasa. Semasa kita kecil, dunia ibarat fantasi dan semuanya adalah indah-indah belaka. Sering kali kita impikan rumah besar, kereta mewah dan ingin sahaja melancong ke seluruh dunia semasa kecil dahulu. Akan tetapi, semakin meningkat dewasa, kita dapati, perkara itu bukanlah mustahil, tetapi memerlukan komitmen dan usaha yang berterusan untuk mendapatkannya dan bukanlah semudah yang kita sangka semasa kecil dahulu. Tidak salah jika ingin mempunyai angan-angan, tetapi kita mestilah sedaya upaya berusaha untuk merealisasikan impian tersebut. Ingatlah bahawa usaha tangga kejayaan.
Selepas itu, Dr Zamri telah menayangkan satu video mengenai Personaliti Type A dan Type B. Video yang serba ringkas ini amat menarik sekali. Sebelum itu ingin saya menjelaskan defisi personalti. Personaliti merupakan kombinasi fisiologikal yang digunakan untuk mengklasifikasi dan menjelaskan mengenai seseorang individu mengikut karakter seperti pendiam, pasif, bunyi yang bising, agresif dan sebagainya.
Type A dan Type B merupakan satu teori personality yang popular. Mengikut teori ini, individu type A mempunyai perwatakan-perwatakan seperti kurang sabar, amat mementingkan masa, mementingkan status diri, mempunyai daya saing yang tinggi, bercenderung untuk berkrofrontasi dan seorang yang sentiasa aktif dan tidak boleh duduk diam. Selain itu, individu jenis ini sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan pantas. Oleh itu, individu ini akan mudah rasa geram dengn kelembapan sesuatu aktiviti atau kerja. Selain itu, individu ini akan cuba untuk mencari jalan untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Individu ini juga sentiasa mementingkan masa, jadi mereka tidak akan mempunyai masa untuk bersuka ria. Individu type A juga amat taksub dengan nombor, malah menilai kejayaan diri berdasarkan setakat mana mereka menyempurnakan sesuatu kerja. Bagi individu type B pula, mereka merupakan individu yang berlawanan dengan individu type A, iaitu individu yang sabar, santai dan mudah di ajak berbincang. Selain itu, individu type B juga tidak merasakan perlu untuk melakukan sesuatu mengikut desakan kerja. Meraka juga merasakan tidak perlu untuk membincangkan pencapaian diri mereka kecuali apabila diperlukan sahaja. Selain itu, individu type B menganggap bersukan sebagai satu riadah bukannya satu cara untuk menunjukkan kehebatan diri dan individu jenis ini boleh berehat tanpa rasa bersalah.
Setelah menilai diri saya hamper satu jam, saya mendapati saya tergolong dalam kumpulan manusia berpersonaliti campuran A dan B. hal ini kerana, saya mempunyai kedua-dua perwatakan sama ada dalam personality A dan B. dalam personality A, saya dikatakan mempunyai daya saing yang tinggi. Setiap kerja yang dilakukan mestilah dengan kualiti yang tinggi dan pantas. Saya juga selalu makan dengan cepat dan itu memang sudah menjadi satu tabiat buat saya. Malah, ada rakan-rakan yang menegur saya untuk makan dengan lebih perlahan dengan mengikut sunnah Nabi dengan mengunyah sebanyak 40 kali. Saya juga dikatakan selalu memandu dengan laju tidak kiralah sama ada motosikal mahupun kereta. Saya rasa itu adalah naluri anak muda para remaja zaman sekarang ini. Masing-masing mahu menunjuk-nunjuk skil memandu yang tidak seberapa itu. Berkenaan personalti B, kadang-kadang saya merupakan seorang yang penyabar. Namun dalam sesetengah perkara kesabaran itu kadangkala tidak dapat dikawal. Selain itu, saya juga seorang yang suka akan ketenangan dan santai. Saya tidak suka akan sesuatu yang berbentuk formal dan serius. Ini boleh menbuatkan saya mudah rasa tertekan dan bosan. Selain itu, saya juga seorang yang mudah untuk dibawa berbincang. Saya juga tidak suka untuk menceritakan mengenai pencapaian diri saya melainkan dalam situasi yang diperlukan sahaja. Jadi sehingga saat ini, saya masih keliru yang mana satu personality saya.
Ujian Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) ini merupakan ujian personaliti yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ujian ini mempunyai 4 bahagian. Seseorang individu itu boleh diklasifikasikan sebagai extroverted atau introverted (E atau I), sensing atau intuitive (S atau N), thinking atau feeling (T atau F) dan judging atau perceiving (J atau P). Individu yang extroverts merupakan individu yang mudah di ajak berbincang, seorang yang social dan assertif. Manakala individu yang introvert pula seorang individu yang pemalu dan pendiam. Selain itu, sensing pula merupakan seorang individu yang bersifat praktikal dan memilih untuk menumpukan sesuatu secara mendalam, manakala intuitive bergantung kepada proses yang berlaku secara tidak sedardan melihat kepada sesuatu gambaran. Thinking pula bermaksud seorang individu yang menggunakan sebab dan logic akal dalam menangani masalah dan feeling pula individu yang bergantung kepada nilai personal dan juga emosi. Dan untuk yang terakhir iaitu, judging dan perceiving pula ialah, judging merupakan seorang yang ingin mendominasi dalam sesuatu keadaan dan perceiving pula merupakan individu yang bersifat fleksible dan secara spontan.
Selepas mengambil ujian MBTI, saya mendapat tahu bahawa saya tergolong dalam kategori ESFP. ESFP turut dikenali sebagai The Performers – iaitu orang yang berprestasi tinggi. Bagi ESFP, mereka gemar mencari pengalaman baru dan "relive" atau mengulangi peristiwa lepas yang membawa kenangan manis. ESFP gemar melibatkan diri mereka dalam aktiviti-aktiviti yang baru selain mencari kenalan baru. Mereka mempunyai sifat belas kasihan yang mendalam terhadap orang lain. Selain itu, mereka sangat bertenaga dan lebih mudah menerima kehidupan seadanya daripada mengkritik setiap benda yang berlaku dalam kehidupan mereka. Dan ini sangatlah bertepatan dengan cara hidup saya. Saya suka melakukan perkara yang sama yang pernah saya lalui dahulu, hanya untuk merasai kegembiraan yang pernah saya rasai. Saya juga sering menjaga hati orang lain, kerana saya akan menjadi sangat risau dan serba salah jika rakan saya tiba-tiba berubah mood.
Seterusnya adalah ujian "Big Five Personality Test. Ujian ini mempunyai 5 bahagian. Setiap bahagian perlu dinilai dengan markah 0-3 (tidak setuju-sangat bersetuju) bagi setiap soalan yang dikemukakan. Bagi setiap bahagian mempunyai 8 soalan. Ada 5 model yang besar iaitu, extroversion (individu yang mudah berasa selesa dalam sesuatu hubungan), agreeableness (seseorang individu yang menghormati pandangan orang lain), conscientiousness (individu yang berhati-hati), emotional stability ( individu yang dapat menangani stress) dan juga openness to experience (individu mengukur sesuatu minat dan sesuatu yang menarik hati dengan sesuatu yang baru dan menarik.
Berdasarkan ujian tersebut,saya mendapati saya berada dalam ketegori "conscientiousness". Menurut penjelasan di situ orang yang berada dalam kategori ini mempunyai cirri-ciri seperti membuat kerja secara sistematik, mempunyai disiplin diri yang tinggi dan juga sering mempunyai target dalam diri untuk mencapai kejayaan tetapi berlawanan dengan apa yang sering difikirkan.
Kesimpulannya, saya rasa amat berpuas hati setelah dapat mempelajari pelbagai jenis teori personality ini serta dapat mengenalpasti kategori manakah personality saya. Diharapkan yang mana perwatakan yang baik dapat diteruskan dan yang buruk pula segera ditinggalkan. Bagi saya, personality seseorang boleh berubah-ubah mengikut keaadaan dan kemahuan. Oleh itu, sedarkanlah diri masing-masing dan segeralah berubah ke arah kebaikan demi kebaikan bersama.
Sekian, Gracias!
No comments:
Post a Comment