Sunday, August 28, 2011

A131375 AIMI AQILAH BINTI ABD HARITH LJ05 MANA SATU PERSONALITI SAYA?

          Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat perubatan Tahun 2, UKM yang dikasihi terutamanya pensyarah Pengurusan Emosi, Dr Ahmad Zamri Bin Mansor. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga untuk menyelesaikan tangunggjawab saya untuk menulis jurnal yang kelima dan merupakan jurnal terakhir untuk saya pada semester ini. Sungguh saya tidak sangka, cepat benar masa berlalu pergi meninggalkan diri ini. Ibarat semalam baru mula menulis jurnal yang pertama, sekarang sudah tiba ke penghujungnya. Walaupun saya tidak akan berkesempatan untuk menulis jurnal di dalam blog Pengurusan Masa ini, Insyaallah, saya akan terus menulis di dalam blog saya. Kerinduan untuk menulis jurnal Pengurusan Masa ini pasti akan menjadi satu memori yang indah buat diri saya dan rakan-rakan yang lain. Untuk jurnal yang kelima ini, saya berasa amat teruja untuk menulisnya. Ini kerana saya dapat mengetahui dan membuat perbandingan personaliti melalui ujian personaliti yang telah saya lakukan. Saya akan menceritakan kepada semua mengenai setiap ciri personaliti dan berkongsi mengenai personaliti diri saya sendiri.

       Pada sebelum ini, saya telah mempelajari emosi mempunyai kaitan dengan motivasi diri, perwatakan dan juga ekspresi muka. Namun, pada kuliah kali ini, saya ,mempelajari sesuatu yang lebih menarik iaitu, emosi dan personality diri. Setiap manusia mempunyai emosi yang berbeza mengikut sesuatu situasi. Perbezaan ini berlaku mempunyai kaitan dengan personality diri. Oleh yang demikian, emosi dan personality itu amatlah berguna dalam membezakan seseorang individu itu. Emosi dan personality juga berperanan dalam menentukan reaksi terhadap sesuatu impak.

       Pada minggu ini, 24 Ogos 2011, Dr Ahmad Zamri Bin Ahmad tidak mengadakan sesi kuliah. Namun mengadakan aktiviti yang amat menarik mengenai personality diri. Kami mempunyai 3 tugasan yang perlu dilakukan pada sesi kuliah Pengurusan Masa pada minggu ini. Tugasan pertama kami ialah, membaca nota personality dan emosi dan pemimpin. Tugasan yang kedua ialah melakukan ujian MBTI dan yang terakhir ialah ujian Big Five. Kami dikehendaki untuk melakukan kesemua tugasan ini dan menceritakan keputusan bagi setiap tugasan itu di dalam jurnal yang terakhir ini.

       Pada permulaan kuliah ini, Dr Ahmad Zamri Bin Mansor telah menayangkan satu video mengenai Personaliti Type A dan Type B. Video ini amat menarik dan video ini sudah semestinya mempunyai kaitan dengan kuliah pada kali ini iaitu mengenai personality diri. Sebelum saya menerangkan mengenai personality Type A dan Type B ini, serta yang mana satu personality diri saya, saya ingin menerangkan sedikit mengenai personaliti. Apa itu personaliti? Personality merupakan kombinasi fisiologikal yang digunakan untuk mengklasifikasi dan menjelaskan mengenai seseorang individu mengikut karakter seperti pendiam, pasif, bunyi yang bising, agresif dan sebagainya.

       Type A dan Type B merupakan satu teori personality yang popular. Mengikut teori ini, individu type A mempunyai perwatakan-perwatakan seperti kurang sabar, amat mementingkan masa, mementingkan status diri, mempunyai daya saing yang tinggi, bercenderung untuk berkrofrontasi dan seorang yang sentiasa aktif dan tidak boleh duduk diam. Selain itu, individu jenis ini sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan pantas. Oleh itu, individu ini akan mudah rasa geram dengn kelembapan sesuatu aktiviti atau kerja. Selain itu, individu ini akan cuba untuk mencari jalan untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Individu ini juga sentiasa mementingkan masa, jadi mereka tidak akan mempunyai masa untuk bersuka ria. Individu type A juga amat taksub dengan nombor, malah menilai kejayaan diri berdasarkan setakat mana mereka menyempurnakan sesuatu kerja. Bagi individu type B pula, mereka merupakan individu yang berlawanan dengan individu type A, iaitu individu yang sabar, santai dan mudah di ajak berbincang. Selain itu, individu type B juga tidak merasakan perlu untuk melakukan sesuatu mengikut desakan kerja. Meraka juga merasakan tidak perlu untuk membincangkan pencapaian diri mereka kecuali apabila diperlukan sahaja. Selain itu, individu type B menganggap bersukan sebagai satu riadah bukannya satu cara untuk menunjukkan kehebatan diri dan individu jenis ini boleh berehat tanpa rasa bersalah.

      Mengikut pembacaan saya, saya boleh diklasifikasikan sebagai individu Type B. Mengapa saya berkata sedemikian kerana saya merupakan seorang yang penyabar. Namun dalam sesetengah perkara kesabaran itu kadangkala tidak dapat dikawal. Selain itu, saya juga seorang yang suka akan ketenangan dan santai. Saya tidak suka akan sesuatu yang berbentuk formal dan serius. Ini boleh menbuatkan saya mudah rasa tertekan dan bosan. Selain itu, saya juga seorang yang mudah untuk dibawa berbincang. Saya juga tidak suka untuk menceritakan mengenai pencapaian diri saya  melainkan dalam situasi yang diperlukan sahaja. Jadi ini membuktikan saya adalah dalam kategori individu type B.

         Ujian Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) ini merupakan ujian personaliti yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ujian ini mempunyai 4 bahagian. Seseorang individu itu boleh diklasifikasikan sebagai extroverted atau introverted (E atau I), sensing atau intuitive (S atau N), thinking atau feeling (T atau F) dan judging atau perceiving (J atau P). Individu yang extroverts merupakan individu yang mudah di ajak berbincang, seorang yang social dan assertif. Manakala individu yang introvert pula seorang individu yang pemalu dan pendiam. Selain itu, sensing pula merupakan seorang individu yang bersifat praktikal dan memilih untuk menumpukan sesuatu secara mendalam, manakala intuitive bergantung kepada proses yang berlaku secara tidak sedardan melihat kepada sesuatu gambaran. Thinking pula bermaksud seorang individu yang menggunakan sebab dan logic akal dalam menangani masalah dan feeling pula individu yang bergantung kepada nilai personal dan juga emosi. Dan untuk yang terakhir iaitu, judging dan perceiving pula ialah, judging merupakan seorang yang ingin mendominasi dalam sesuatu keadaan dan perceiving pula merupakan individu yang bersifat fleksible dan secara spontan.

      Selepas saya membuat ujian MBTI ini, saya telah memperolehi personaliti ISTJ (Duty Fulfillers) iaitu, introverted, sensing, thinking dan judging. Mengikut huraian mengenai individu ISTJ ini, kualiti diri yang paling dominan di dalam kehidupan saya ialah rasa kebertangunggjawaban dalam sesuatu perkara yang perlu dilaksanakan. Sifat realism, kebolehan dalam pengurusan dan member arahan merupakan fakta yang membolehkan saya menyempurnakan tugasan dengan baik dan lengkap. Dengan berpandukan logic akal dan apa yang dirasai di dalam hati, membuatkan diri individu ISTJ, iaitu saya sentiasa membuat keputusan mengikut pengalaman dan pemerhatian dari setiap aspek perkara. ISTJ juga adalah seorang yang sentiasa patuh kepada orang lain dan juga kepda organisasi yang dimasuki. Saya akan mengambil kerja secara serius dan mengharapkan orang lain akan berfikiran seperti itu juga.

Saya juga ada menjalankan ujian ini secara online, dan keputusan yang saya perolehi adalah lain dengan apa yang saya pilih. Dan saya merasakan ujian yang saya lakukan pada permulaan adalah lebih tepat dengan diri saya berbanding keputusan yang diperoleh secara online. Keputusan yang saya peroleh secara online ialah ESFP dan keputusan dan huraian boleh dirujuk di dalam laporan secara online iaitu di:

http://www.teamtechnology.co.uk/report/online/taHa5qWsAArDZ31EzCRhczZX93YWiPoLAApEJi8GI328LAAhLwgRGAAWL8MRjcTNOth3KsetHfCiFdTrpzphAAGZGmAA==/

     Untuk tugasan yang ketiga pula iaitu Big Five Personality Test, ujian ini mempunyai 5 bahagian. Setiap bahagian perlu dinilai dengan markah 0-3 (tidak setuju-sangat bersetuju) bagi setiap soalan yang dikemukakan. Bagi setiap bahagian mempunyai 8 soalan. Ada 5 model yang besar iaitu, extroversion (individu yang mudah berasa selesa dalam sesuatu hubungan), agreeableness (seseorang individu yang menghormati pandangan orang lain), conscientiousness (individu yang berhati-hati), emotional stability ( individu yang dapat menangani stress) dan juga openness to experience (individu mengukur sesuatu minat dan sesuatu yang menarik hati dengan sesuatu yang baru dan menarik.   

      Di akhir ujian ini, saya telah memperoleh personaliti "conscientiousness".  Personality ini menunjukkan seorang individu yang mempunyai disiplin diri, bertindak dengan penuh tanggungjawab dan meletakkan target untuk mencapai kejayaan berlawanan dengan apa yang difikirkan. Individu yang mempunyai personality seperti ini juga lebih suka untuk mempunyai perancangan terlebih dahulu dari bertindak secara sendirinya. Saya amat berpuas hati dengan ujian yang telah saya lakukan ini. Secara keseluruhannya, ujian-ujian ini memang bertepatan dengan diri saya yang sebenar walau ada yang berlainan. Allah swt telah menjadikan manusia itu dengan pelbagai personality yang berbeza dan ini merupakan salah satu cara untuk membezakan seseorang serta menjadikan seseorang itu lain dan unik daripada orang mereka yang lain. Dan saya berasa gembira dapat mengetahui personality diri saya.

Sekian. 

No comments:

Post a Comment