Assalamualaikum dan salam emosi saya ucapkan kepada semua yang sudi mentarbiyah diri mereka dan menunjukkan sikap ingin membaca jurnal saya yang akan dikarang buat kali terakhir untuk modul pengurusan emosi ini. Namun perjuangan saya untuk mengarang jurnal saya tidak akan berhenti disini, barangkali ianya akanterus menemui anda di laman sesawang yang lain seperti facebook dan sebagainya. Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya saya masih lagi diberi kesempatan untuk terus mengahadiri kuliah pengurusan emosi bahkan masih memberi peluang kepada saya untuk terus bermadah dalam jurnal ini. Pada awal kuliah ini, Dr. Zamri menyatakan bahawa untuk kuliah pada kali ini, beliau tidak akan memberi kuliah namun akan digantikan dengan benda yang lebih santai dan menyeronokkan. Barangkali, Dr. zamri memahami bahawa memang kami semua tidak mempunyai semangat untuk menelaah pelajaran kerana masing-masing sudah terbayang akan ibu bapa dikampung. Malah bagi diri saya yang masih lagi diperantaun ini(disaat menulis jurnal ini), saya sangat merindui kampong halaman saya. Dalam kuliah kali ini, kami perlu memahamkan tentang Psycoanalytic Theory yang mana kami perlu menghubungkaitkan video yang dipasang oleh pensyarah kami dengan Teori tersebut. Manakala bagi aktiviti yang kedua,kami perlu menjawab soal selidik MBTI yang mana dari sini kita lebih mudahnya saya akan dapat mengetahui jenis personaliti saya. Dan untuk aktiviti yang ketiga dan yang terakhir, kami perlu menjawab soal selidik mengenai Teori Besar Lima. Pada saya, saya kurang percaya tentang ujian personality ini kerana setiap insan yang diciptakan ini mempunyai personalitinya yang tersendiri.
Untuk video yang pertama, pada awalnya saya tidak memehami apa yang cuba disampaikan namun pada pertengahan video tersebut saya telah Berjaya memahami apa yang hendak disampaikan dalam video ini. Pada pemahaman saya, sesuatu perkara yang buruk berlaku pada awalnya pasti aka ada kesudahan yang baik.
Ni sangat bertepatan dalam firman Allah dalam al furqan, Surah al Baqarah Ayat 216.
Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu tapi ia sangat baik bagi kamu, dan barangkali kamu suka akan sesuatu tapi ia tidak baik bagi kamu. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui dan Allah Maha Mengetahui.
Ayat ni dapat memotivasikan saya setiap kali saya menerima dugaan, malah dugaan yang datang akan saya harungi dengan sebaik mungkin. Malah ayat ni banyak mengajar saya erti kesabaran. Oleh yang demikian, saya ingin menyeru pada anda semua untuk memahami ayat ni dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan anda, insyaallah segalanya akan berjalan lancar. Selain itu, dalam video ini juga memparkan mengenai tidak semestinya setiap perkara yang berlaku akan berakhir dengan kesudahan yang baik dan dalam video ini juga menyatakan jangan terlalu mempercayai orang lain.
Perkara ini kita dapat lihat dalam lirik ini,
And that not every dark tunnel has a light at the end,
And that you just can't trust anyone.
Selepas itu, Dr. Zamri meneruskan kuliah nya dengan video mengenai personality Type A and Type B. dalam personality Type A, iaitu mempunyai sifat makan dengan cepat serta bagun sangat awal. Selain itu, personality jenis ini juga akan selalu tergesa-gesa, kurang sabar dan kehidupannya lebih teratur. Mereka ini lebih mementingkan kesempurnaan, selalu memerhatikan masa agar tidak membuang masa, dan dari segi pemanduan pula,mereka yang mempunyai personality jenis ini akan memandu dengan laju. Dan la=ebih pentingnya mengenai orang yang mempunyai personaliti ini akan mudah mendapat penyakit yang berkaitan dengan jantung dan mudah stress. Manakala untuk personality jenis B, mereka suka melakukan aktiviti yang biasa, cara pemanduan yang perlahan atau sederhana, dan tidak tergesa-gesa. Mereka juga mempunyai cara percakapan yang perlahan,yang santai dan mereka ini disukai ramai. Selepas video ini selesai ditayangkan, Dr. Zamri menyuruh kami memilih salah satu jenis personality. Ramai tidak dapat memilih personality mereka termasuklah saya kerana saya mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam kedua-dua personality. oleh yang demikian saya merasakan teori ini tidak boleh diguna pakai dalam kehidupan saya dan rakan-rakan yang lain.
Selepas itu, kami perlu teruskan dengan menjawab semua soalan yang dikemukakan dalam MBTI. MBTI merupakan singkatan bagi Myers Brigg Type Indicator. Ujian merupakan gabungan4 huruf yang mana ianya akan menghasilkan 16 jenis personaliti yang berbeza. Kita perlu memilih antara salah satu sifat yang lebih dominan diantara dua iaitu Extraverted(E) atau Introverted(I), Sensing(S) atau Intuition(N), Thinking(T) atau Feeling(F), Judging(J) atau Perceiving(P). keputusan saya menunjukkan bahawa saya adalah dari jenis ESTJ yakni Extraverted(E), Sensing(S), Thinking(T) dan Judging(J). Hasilnya saya ni telah dikategorikan sebagai the guardian. Mungkin ianya benar atau sebaliknya. Tapi kekadang saya ada menunjukkan gaya yang telah dinyatakan namun ada juga sebahagian daripada yang dinyatakan tidak kena dengan hakikat kehidupan saya.
Hasil daripada keputusan yang saya dapati, menurut indicator ini, karakter ini akan mengaturkan segala perkara yang dating dalam kehidupan ini dan akan bekerja dengan penuh energenetic untuk menyiapkan perkara dating dengan secepat mungkin agar dapat menyelesaikan satu masalah itu secepat mungkin. Selain itu,karakter ini juga menyatakan bahawa mereka ini suka menganalisis dan seorang yang mengikut urutan yang logic agar menjadi seorang yang memacu kehidupan.
Akhir sekali, kuliah pada hari itu diteruskan dengan Big Five Personality Test. Dalam kajian ini, bagi memperolehi watak atau karakter seseorang, ianya menggunakan skala nombor. Terdapat 5 karakterutama yakni keterbukaan, extraversion, conscientiousness, agreeableness, neuroticism. Bagi diri saya, saya telah disenaraikan sebagai conscientiousness. Yang mana antara karakter yang ditonjolkan dalam kategori ini adalah bercita-cita tinggi serta berdisiplin namun apa yang istimewa bagi kategori ini adalah mereka ini suka akan kerja atau lebih mudahnya 'workaholic'. Memang tidak dapat dinafikan bahawa saya seorang yang sangat tegas dalam kehidupan. Ini kerana atas pengalaman saya bersekolah semu lelaki sepanjang zaman persekolahan saya. Selain dalam kategori ini, mereka akanmempunyai kehidupan yang teratur dan sistematik. Malah saya merasakan diri saya ada sifat ini. Namun kadang-kadang sebagai seorang lelaki yang hidup membujang, adalah juga ketidakteraturan itu dalam kehidupan ini. Anatar karakter-karakter yang lain ialah mereka dalam kategori ini seorang yang kreatif dan mempunyai sifat inkuiri yang mana bermakna sifat ingin tahu.
Akhir sekali, memandang hari lebaran menjelang tiba, saya disini menyusun sepuluh jari untuk meminta ampun jika ada melakukan sebarang kesilapan.
fiman Allah dalam alquran dalam surah Al Baqarah ayat ke 185,
"..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur".
Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan. Insyaallah sama-samalah kita menghabiskan bulan puasa yang berbaki dua hari ini dengan melakukan ibadat. Akhir kalam, disini saya mengucapkan SELMATA HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Insyaallah kalau ada kesempatan kita jumpa di jurnal yang lain. SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM.
No comments:
Post a Comment