Shalinni A/P Pandian, A131654
Selamat sejahtera saya ucapkan.Jurnal ini adalah jurnal kelima dan terakhir saya.Jurnal ini adalah berkaitan dengan kuliah kursus ZT2253 Pengurusan Emosi yang telah saya hadiri pada hari Rabu yang lepas bersamaan dengan 24Ogos 2011.Tajuk kuliah tersebut adalah Emosi , Personaliti dan Tingkahlaku. Terdapat tiga komponen utama tajuk kuliah tersebut yang telah saya pelajari iaitu psychoanalytic theory , jenis personaliti ,soal selidik MBTI dan juga soal selidik mengikut The Big Five Theory.
Kuliah telah dimulakan dengan sebuah tayangan video yang bukan sahaja menarik tetapi juga memotivasikan.Saya telah mendapat beberapa mesej yang penting daripada tayangan video tersebut. Pertama sekali video tersebut adalah tentang kisah hidup seorang budak yang mempunyai zaman kanak-kanak yang agak sempurna dan bahagia kerana dia memiliki pemikiran yang suci. Namun begitu, dalam proses menghadapi alam kedewasaan, pelbagai perubahan yang berlaku ,yang telah menyedarkannya tentang lumrah kehidupan manusia.Dia telah mempelajari bahawa kehidupan yang sebenar atau pun realiti tidak semudah dan sebahagia zaman kanak- kanaknya.Watak utama tersebut telah mengatakan bahawa am I fighting for friends who laugh at me when I turn away; am I giving money to a beggar and not seeing that he is not using it for good? And I am sick of always to be a good boy when I have always heard that nice guys finish last… Ungkapan kata-katanya tersebut menjelaskan bahawa dia berasa kecewa terhadap rakan-rakannya dan orang di sekilingnya kerana walau betapa baik sikap dan layanannya terhadap mereka, namun mereka masih berkelakuan tidak adil terhadapnya dan menyakitkan hatinya. Video ini telah dikaitkan dengan The psychoanalytic theory. Mengikut teori tersebut,kita harus berdepan dengan cabaran kehidupan dengan minda yang terbuka ,pemikiran positif dan juga ketabahan.Watak utama tersebut pada mulanya berasa kecewa ( emosi negatif) terhadap keadaannya tetapi kemudiannya,dia telah mengubah kekecewaannya kepada ketabahan dan pemikiran yang optimistik. Kita sebagai manusia memang perlu menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan kita,tetapi yang berbeza antara satu individu dan individu yang lain adalah cara mereka menghadapinya. Kita harus sedar bahawa di sebalik setiap cabaran yang dihadapi dalam kehidupan ada kebaikan yang tersirat.Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari kebaikan tersebut dan menempuh cabaran itu.Kita boleh dengan senangnya menyerah kalah dan mengatakan bahawa apa jua yang berlaku telah ditakdirkan oleh Tuhan.Pada pendapat saya konsep ini adalah amat salah kerana Tuhan tidak akan menjadikan kesusahan sebagai kehidupan kita.Kita harus berusaha untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik dan harus sentiasa berpegang teguh kepada prinsip kita dan tidak mengubahnya mengikut prinsip orang lain.Sebagai contoh, walaupun kawan kita melayan kita dengan buruk,ini tidak bermakna kita juga harus berbuat demikian.Kita harus "mengambil perkara" yang positif dan "membuang" perkara yang negatif dalam setiap situasi yang dihadapi dalam realiti. Sebagai seorang penganut Hindu, saya mengikut konsep Help Ever,Hurt Never yang bermaksud bahawa kita harus sentiasa menolong tetapi jangan sekali mencederakan orang lain.Selain itu,melalui tayangan video tersebut,saya juga telah mempelajari satu perkara yang penting: Kita harus menolong diri kita dahulu sebelum menolong orang lain kerana apabila kita berada dalam keadaan yang baik dan stabil khususnya dari segi emosi, barulah kita dapat menolong orang lain membaiki kehidupan mereka.Mesej yang penting adalah sekiranya kita berfikiran positif dan mempunyai pendirian yang stabil,walau apa jua masalah yang menimpa kita dapat mengharunginya dengan mudah dan kehidupan kita akan menjadi lebih "berwarna".
Seterusnya adalah tentang jenis personality manusia.Lazimnya terdapat dua jenis personaliti yang utama iaitu Type A & Type B. Orang dengan Type A personaliti secara umum adalah mereka yang agresif, kurang kesabaran,amat mementingkan masa dan status, tidak suka melengahkan kerja, pandai menggunakan masa ( sistematik ) dan lain-lain.Dalam kata lain, mereka adalah jenis yang inginkan setiap perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka adalah sempurna… essentially,they are pure perfectionist who wants the best and to be the best in whatever they do. Personaliti amat bercanggah dengan personaliti type B.Individu yang jenis B adalah orang yang bersikap acuh tak acuh dan mengambil perkara dengan ringan…they are those who take things lighty,or in other words they are the easy-going type. Disebabkan personality mereka, golongan ini sering dianggap sebagai tidak bertanggungjawab tetapi hal ini tidak benar kerana walau apa pun, mereka juga akan tetap menyempurnakan kerja yang ditugaskan di akhir hari. Selain itu, disebabkan oleh sikap individu yang mempunyai personaliti Type A,mereka mudah terdedah kepada distress dan telah dibuktikan bahawa risiko mendapat penyakit jantung dalam golongan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan golongan Type B.
Seterusnya ialah kuiz personaliti MBTI( Myers Briggs Personality Test) yang telah dicipta oleh Carl Jung, Katherine C. Briggs, dan Isabel Briggs Myers. Beberapa criteria telah digunakan dalam kajian ini iaitu extroverted or introverted (E or I), sensing or intuitive (S or N), thinking or feeling (T or F), judging or perceiving (J or P). Setiap individu dikelaskan sebagai extroverted ( pandai bersosial & bergaul) atau introverted( pendiam), sensing( lebih berpraktikal) atau intuitive (tidak begitu berealiti), thinking(orang yang menggunakan logic dalam pemikiran dan penyelesaian masalah) atau feeling(orang yang membuat sesuatu mengikut emosi dan perasaan, dan akhir sekali judging( lebih berdisiplin) atau perceiving (lebih fleksible dan berubah mengikut kesesuaian).Mengikut kajian,saya adalah INFP.Mereka dianggap sebagai golongan yang kreatif serta sensitif dan mengambil kehidupan mereka secara serious. Mother Theresa juga tergolong dalam kategori ini.
The Big Five Theory terdiri daripada lima komponen ( …five..) iaitu openness,conscientiousness ,extroversion,agreeableness & neuroticism (OCEAN). Openness bermaksud imaginasi aktif, kepekaan estetik,perhatian kepada perasaan dalaman dan perasaan ingin tahu secara intelektual. Conscientiousness bermaksud bersikap berhati-hati,cermat , berhemat dan sebagainya. Extroversion pula bermakna mencari keseronokan, serta suka bergaul dan bersosial. Agreeableness adalah lebih bertolak ansur dalam keadaan sosial secara bertimbang rasa, belas kasihan,mesra dan bekerjasama. Neuroticism pula menggambarkan sifat seperti keresahan, kebimbangan,stress dan sebagainya.Hasil saya daripada kuiz ini ialah agreeableness.
Secara kesimpulan,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr.Zamri kerana telah memberikan pendedahan tentang suatu konsep yang penting dalam kehidupan kita iaitu pengurusan emosi,daripada pelbagai aspek.Teori-teori yang kompleks telah diberi pneumonics yang memudahkan kita mengingatinya dengan lebih mudah.Saya juga telah mempelajari banyak perkara yang berguna bukan sahaja menerusi kuliah ini tetapi juga daripada kuliah-kuliah sebelum ini. Saya mampu mengenali diri saya secara lebih dekat dan sedar bahawa saya harus menghormati emosi dan perasaan orang lain kerana setiap orang adalah berbeza daripada saya,kerana setiap inidividu mempunyai prinsip dan perspektif yang berlainan. Sekian.
No comments:
Post a Comment