Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada
pensyarah dan juga rakan-rakan sekaian. Ini merupakan jurnal kursus
pengurusan emosi yang kelima dan juga merupakan jurnal yang terakhir
bagi saya untuk menyiapkan tugasan satu. Dalam jurnal terakhir ini,
terdapat beberapa perbezaan dengan jurnal-jurnal yang telah saya
karangkan untuk jurnal- jurnal yang lepas. Jurnal in berbeza kerana
jurnal ini di karang berdasarkan kuliah yang amat berbeza kali ini.
Pada minggu ini, Dr Zambri telah menyampaikan sebuah kuliah
yangsangatt berlaianan jika dibandingkan dengan kuliah kuliah yang
lain sebelum ini.
Pada minggu ini, Dr Zamri tidak mengadakan kuliah seperti biasa iaitu
dengan memperkenalkan teori- teori ynag berbeza . tetapi, dalam kuliah
ini, kami perlu menyiapkan beberapa tugasan yang lebih berbeza dan
menarik berbanding dengan sesi-sesi pengkuliahan yang lepas. Sebelum
kuliah bermula, Dr Zamri menetapkan beberapa tugasan yang perlu kami
lakukan dan dibingcangkan dalam jurnal terakhir ini. Antara
tugasan-tugasan yang perlu kami lakukan pada kuliah ini adalah membaca
slide dan teks yang berkaitan dengan physcoanalytical theory, menonton
klip video pertama. Seterus itu, kami dikehendaki menjawab soal
selidik MBTI. Kami akan berpeluang untuk mengetahui personality kita
pada akhir soal selidik dan kami harus membincangkan personality kami
daripada ujian tersebut dalam jurnal ini. Untuk tugasan yang terakhir
minggu ini ialah menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five
Theory).
Teori Psychoanalytic ini adalah mengenai takrif dan dinamik
pembangunan sahsiah yang menjadi asas dan panduan psikoterapi
psychoanalytic dan psychodynamic. Orang yang pertama membentangkan
teori ini adalah Sigmund Freud. Banyak pengubahsuaian telah dilakukan
dengan teori psychoanalytic ini sejak kerja. Teori Psychoanalytic
datang ke puncak penuh sebagai kuasa kritikal dalam ketiga terakhir
abad kedua puluh sebagai sebahagian daripada ' aliran wacana kritikal
selepas tahun 1960-an, dan dalam persatuan di atas semua dengan nama
Jacques Lacan. Teori ini bolehlah didefinisikan sebagai personality
development which underlie and guide psychoanalytic and psychodynamic
psychotherapy. Kepentingan pengalaman dan peristiwa yang berlaku
semasa kanak-kanak dalam mempengaruhi kehidupan seseorang pada masa
akan dating merupakan apa yang ditekankan dalam teori ini. Dalam erti
kata lain, pengalaman seseorang semasa kecil lagi akan dapat
mempegaruhi perkembagan mental dan menjejaskan cara pemikirannya
seseorang setelah menjadi dewasa.
Video pertama yang ditayangkan hari ini berkaitan dengan kehidupan
seorang kanak kanak. Klip video ini mengisahkan zaman kanak-kanak yang
gembira dan sempurna. Kehidupan pada zaman kanak-kanak, memang gembira
dan bahagia kerana pada masa itu tidak banyak masalah ynag perlu
difikirkan. Mereka akan bersyukur kepada kehidupan merekan yang
semuanya dijaga teliti oleh ibu bapa mereka. Pemikiran mereka masih
naïf dan bukan semua daripada kanak kanak pernah mengharungi sebarang
masalah dan cabaran hidup jika dibandingkan dengan orang dewasa
seperti ibu bapa mereka, banyak benda dan masalah yang perlu diuruskan
dan kehidupan mereka penuh dengan cabaran. Oleh itu, kanak kanak itu
tidak pernah menempahi sebarang kesusahan dan cabaran dalam
kehidupannya. Akan teteapi, kehidupan ini tidak akan berpanjangan.
Semakin besar seseorang kanak kanak, pemikiran seseorang itu akan
menjadilebih matang dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang sama
akan berubah. Seseorang itu akan ada pandangan yang sendiri serta
sebab sebab yang tertentu. Dia menyedari bahawa bukan semua orang
yang boleh dipercayai dan pengkhianatan amat menyakitkan dan sedih
dan kecewa adalah apa yang akan semua lalui dalam kehidupan. Walau
bagaimanapun, kemurungan ini mungkin hanya untuk sementara waktu. Klip
video ini telah dikaitkan dengan Teori Psikoanalitik dan membawa mesej
kepada kita bahawa kita haruslah tabah menghadapi apa-apa jua cabaran
dengan berfikiran positif sekiranya kita menghadapi cabaran.
Selepas itu, Dr. Zamri meneruskan kuliah nya dengan video mengenai
personality Type A and Type B. Dalam personality Type A, iaitu
mempunyai sifat makan dengan cepat, bangun awal, selalu tergesa-gesa,
kurang sabar dan kehidupannya lebih teratur. Mereka ini juga lebih
mementingkan kesempurnaan dan selalu memerhatikan masa agar tidak
lewat serta membuang masa. Dari segi pemanduan pula, mereka akan
memandu dengan laju jika mempunyai personality jenis ini akan. Dan
mereka yang mempunyai personaliti ini mudah mendapat penyakit jantung
dan mudah menjadi tertekan dengan stress. Untuk personality jenis B,
mereka suka melakukan aktiviti yang biasa, cara pemanduan yang
perlahan atau sederhana, dan tidak tergesa-gesa. Mereka juga mempunyai
cara percakapan yang perlahan,yang santai dan mereka ini disukai
ramai.,
Berdasarkan soal selidik yang telah saya buat semasa kelas tersebut,
saya merupakan mereka yang mempunyai personaliti jenis ESTP. Sebagai
seorang yang mempunyai personaliti jenis ESTP, saya mengambil
perkara-perkara melalui lima deria saya dalam bentuk literal dan
konkrik dan cara hidup saya adalah lebih fokus luaran. Selain itu,
saya berurusan dengan perkara secara dalaman. Orang yang
berpersonaliti ini bersemangat dan dapat merangsang orang lain
bersemangat jua dan lazimnya tinggal dalam dunia tindakan. Ornag ini
akan melihat fakta sesuatu situasi dengan teliti dan dapat memutuskan
tindakan yang betul yang patut dilakukan. Mereka ynag mempunyanyi
personaliti ESTP ini juga mempunyai kebolehan yang boleh melihat
sikap dan memotivasi orang lain. Mereka mampu mengetahui perincian
yang pergi tanpa disedari oleh kebanyakan orang lain, seperti ungkapan
muka dan pendirian orang lain. Peraturan-peraturan dan undang-undang
dilihat sebagai garis pandan bagi tingkah laku, dan bukannya mandat.
Walau bagaimanapun, orang ESTP lebih cenderung untuk mempunyai
kepercayaan sendiri yang kukuh mengenai sesuatu perkara dan mengetahui
apa yang betul dan apa yang salah, dan akan berpegang teguh kepada
prinsip-prinsip mereka dan akan mempertahankannya apabila berchangahan
dengan pendapat orang lain. Di samping itu, mereka juga mempunyai
pergerakan dan bercakap dengan pantas serta merupakan orang-orang yang
mempunyai penghargaan terhadap perkara perkara yang lebih halus dalam
kehidupan. Kesimpulannya, mereka yang mempunyai personaliti ini akan
dapat membuat keputusan berdasarkan bukti/ fakta dan logik.
Tugasan yang ketiga ialah soal selidik mengenai Teori Besar Lima.
Dalam kajian ini sayamendapati bahawa saya merupak seorang yang
adaptive atau lebih mudah menyesuaikan diri. Menurut kajian, mudah
kasihan dan tidak mudah bermusuhan atau mencurigai orang lain
merupakan cirri cirri untuk individu dalam kategori ini. Mereka juga
meruokan orang yang suka menolong, bertimbang rasa, mesra, murah hati,
dan suka bekerjasama dengan orang lain. Mereka juga mempunyai
pandangan yang optimistic, seorang yang jujur dan boleh dipercayai.
Ada 5 model yang besar iaitu, extroversion, agreeableness,
conscientiousness, emotional stability dan juga openness to
experience.
Kesimpulannya, dalam kuliah yang menarik ini, saya berpeluang untuk
membuat ujian ynag dapat menyedarkan saya tentang personality saya.
Semasa mengarang kelima – lima jurnal ini, banyak yang telah saya
perlajari. Saya tidak sabar untuk menyipakan tugasaan dua pula.
Sekian dan selamat hari raya !!
No comments:
Post a Comment