Sunday, August 28, 2011

Noor Asmidar Anuar A131751 LJ05:Personality test.Tepatkah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
            Pertama sekali untuk jurnal saya kali ke 5 ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Dr Zamri kerana memberi perlepasan kepada mereka yang terlibat dalam Majlis Penutup  Program Ihya' Ramadhan dan juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu serta memberi maklumat kepada semua yang tidak dapat hadir.Saya juga ingin mengucapkan salam akhir ramadhan dan selamat hari raya kepada Dr Zamri dan semua rakan-rakan yang membaca dan terbaca jurnal saya untuk kali ini.Juga maaf zahir dan batin sekiranya ada tersilap dan terlanjur kata,terlajak perbuatan dan sebagainya.Saya harap Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelang membawa seribu makna kepada semua dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
            Pergi kepada tajuk pada minggu ini yang berkaitan dengan apa yang dikatakan dengan personaliti.Berpandukan kepada video yang Dr Zamri telah muat naik di blog,terdapat dua jenis personaliti,iaitu Pesonaliti Type A dan juga Personaliti Type B.Terdapat perbezaan yang agak ketara antara dua jenis personaliti ini,dan seperti apa yang saya fahami,personality type A banyak membawa banyak kesan buruk berbanding personality type B.Sebelum ini juga saya yakin semua rakan-rakan saya tahu bahawa orang yang mempunyai personality type A mudah diserang penyakit tekanan darah tinggi ataupun "Hypertension".Dan personality type A juga merupakan salah satu faktor risiko yang boleh membawa kepada penyakit yang berkaitan dengan jantung.Sebelum ini saya hanya tahu bahawa orang yang mempunyai personality type A ini mempunyai kecenderungan untuk stress dengan mudah tetapi setelah meneliti video tersebut,saya dapat athu dengan lebih mendalam lagi tentang apa yang dikatakan tentang personality type A.Contohnya,orang yang dikategorikan dalam type A juga bersikap "always in a hurry", "competitive",dan juga  "always check the time".Ciri-ciri lain pula adalah seperti mudah stress dan kurang sabar.
            Manakala orang yang dikategorikan dalam personality type B pula mempunyai cirri-ciri yang kontra  daripada orang yang berpersonaliti type A.Contohnya,mereka mempunyai cirri-ciri seprti sentiasa berada dalam keadaan tenang,bersikap sabar dan tidak mudah menerima tekanan.Namun begitu,pada pendapat saya sendiri,meskipun orang yang dikategorikan dalam personality type B member kesan buruk kepada diri sendiri dan juga orang di sekelilingnya,tetapi jika difikir-fikirkan kembali,tidak semua sikap yang ada pada mereka adalah buruk secara keseluruhannya,misalnya seperti apa yang dikatakan dengan  bersikap "competitive".Sikap ini tidaklah sentiasa tidak bagus kerana orang yang mempunyai sikap sebegini mungkin sahaja sentiasa mahu berjaya dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya.Cuma apabila seseorang itu terlalu obses untuk menang dan tidak dapat menerima kenyataan apabila menghadapi kekalahan barulah boleh membawa kesan buruk kepada dirinya dan juga orang di sekelilingnya.Salah satu contoh lagi adalah sikap yang ada pada orang yang berpersonaliti type A adalah "always check the time".Bagi saya,orang yang seperti ini mungkin tidak semestinya berada dalam keadaan yang kalut tetapi mungkin dia adalah sesorang yang begitu mementingkan masa serta menghargai masa.
            Seterusnya,bagi melengkapi tugasan seterusnya,saya telah pun menjawab soal selidik MBTI,Cognitive Style Inventory.Setelah membuat soal selidik tersebut ,saya berasa ragu-ragu sama ada personality yang saya dapat berdasarkan ujian tersebut tepat ataupun tidak dengan diri saya sendiri.Hal ini kerana pada pandangan saya,kadangkala bukan kita yang dapat menilai diri kita sendiri tetapi orang di sekeliling kita.Tetapi tidak semestinya juga orang lain tahu mengenai diri kita lebih dari kita sendiri kerana tiada sesiapa yang dapat memahami diri kita seperti apa yang kita boleh fahami.Hushhh….susah betul nak memahami hidup ni.hahahahaha..
            Ok.Pergi kepada personalliti yang saya peroleh berdasarkan soal selidik tersebut,saya mendapati saya merupakan orang yang berada dalam kategori ENFJ.Menurut penerangan di situ pula,orang yang berada dalam kategori ENFJ ini mempunyai keinginan yang tinggi untuk membawa keharmonian dalam hubungan yang dibina. *seriously thinking*.Apabila difikir-fikirkan kembali penerangan yang pertama sudah membuatkan saya ingin ketawa berdekah-dekah,belum lagi membaca yang seterusnya.Orang yang berada dalam kategori ini juga sentiasa membawa aura semangat dalam apa sahaja yang mereka lakukan serta secara semulajadi bergerak dan mengambil tahu tentang orang lain dan juga kadangkala membantu orang di sekelilingnya membina potensi mereka.Selain itu,mereka yang berada dalam kategori ini selalunya akan menikmati masa-masa mereka bekerja dan gembira membantu orang lain.Jadi secara kesimpulannya,orang yang berada dalam kategori ini mempunyai sikap yang baik dan positif.Namun begitu,saya tidak merasa criteria ini bertepatan dengan diri saya.Tetapi saya tidak pasti jugalah sekiranya perkara ini sebahagiaannya berada dalam diri saya.Hehehe..Mungkin saya memerlukan sedikit masa untuk muhasabah semula diri saya dan melihat sama ada cirri-ciri yang dijelaskan bertepatan dengan diri saya atau tidak.
            Untuk tugasan seterusnya,iaitu untuk membuat soal selidik "Big Five Personality Test".Berdasarkan ujian tersebut,saya mendapati saya berada dalam ketegori  "conscientiousness".Menurut penjelasan di situ orang yang berada dalam kategori ini mempunyai cirri-ciri seperti beikut:
-tendency to show self-discipline,act dutifully,and aim for achievement against outside expectations.
-peference planned  rather than spontaneous behavior.
            Pada pendapat saya,ujian yang kedua ini mungkin lebih bertepatan dengan diri saya berbanding yang pertama tadi.Hal ini kerana saya sekiranya diberi sesuatu tugas,saya selalunya akan "all out" dalam melakukan sesuatu tugas itu tambahan lagi sekiranya perkara itu adalah perkara baru untuk saya cuba dan lebih-lebih lagi apabila tugas itu bertepatan dengan minat saya sendiri.Saya juga bukanlah seorang yang bersikap terlalu spontan kerana berdasarkan pengalaman saya,apabila seseorang itu bersikap terlalu spontan,dia akan cenderung untuk bersikap lebih "offensive".Contohnya,apabila ingin bercakap dengan sesorang,perkara pertama yang saya risaukan adalah sekiranya perkataan yang bakal saya ucapkan akan melukakan hati orang yang akan mendengarnya.Jadi,saya mengajar diri saya untuk berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata kerana bagi saya,di dalam hidup ini,seboleh-bolehnya saya tidak mahu menyakiti sesiapa dan ingin hidup dengan gembira sahaja.Dan sekiranya tiba-tiba saya merasakan saya sudah menyakiti seseorang,saya lebih prefer untuk minta maaf dengan segera takut-takut akan membawa kepada dendam.Saya bukanlah nak menganggap semua orang sebagai terlalu sensitive,tetapi luaran orang memang nampak baik dan ok sahaja,namun di dalam hati siapa lah yang dapat menyangka apa yang dia rasa.
            Antara ciri-ciri lain orang yang berada dalam kategori "conscientiousness" adalah suka kepada sesuatu yang tersusun.Bagi saya,saya memang suka kepada perkara yang sistematik.Bagi saya juga, "System Is Power".Hal ini kerana saya lebih suka menulis "list to do" dan sekurang-kurangnya sekali seminggu saya pasti uptade list saya tersebut untuk memastikan tiada kerja yang saya tinggal.Bukan kerana saya suka kepada perkara yang sistematik sahaja,saya juga mudah lupa,jadi saya mengambil inisiatif seperti tersebut untuk membolehkan kerja-kerja saya diselesaikan secara lebih tersusun.Tetapi,tidak semua ciri-ciri yang berada dalam kategori ini kena dengan personality saya,Contohnya, the person who is categorize under this usually "I do not leave my belongings around".Saya juga tidak suka meninggalkan barang-barang saya di merata-rata tempat,namuyn baru-baru ini saya telah kehilangan spectacles saya di DK1 pada hari rabu yang lepas sewaktu LJ04,hahaahaha.Tidak mengapalah,mungkin ada hikmah disebalik perkara yang berlaku.
            Akhir kata,setiap orang mempunyai personality yang tersendiri dan sebenarnya apa yang kurang bagi diri kita sebenarnya dilengkapi oleh orang lain yang mempunyai kelebihan dalam bidang itu.Pendek kita,kita saling melengkapi antara satu sama lain,barulah hidup ini berada dalam keadaan lebih sempurna.Tetapi,tidak kiralah,apa personality yang kita semua ada,aslakan semua orang bahagia!Sekian..
            

No comments:

Post a Comment