Sunday, August 28, 2011

Selvakumar A/L Murthy A131864 Personaliti Saya

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah ZT2253, Dr Ahmad Zamri Mansor dan juga kepada semua rakan-rakan fakulti perbuatan tahun dua UKM. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terma kasih kepada pensyarah kita kerana telah mendedahkan para pelajar perubatan untuk mengenali  diri mereka dengan lebih baik iaitu dengan memperkenalkan jenis personaliti diri para pelajar.

Pada kuliah lepas, pensyarah telah lebih menekankan kepada jenis personaliti yang wujud dalam manusia. Personaliti itu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu personality A dan personality B. berdasarkan kajian, individu yang berpersonaliti A akan sentiasa memastikan mereka berada dalam keadaan yang teratur. Malah begitu, mereka juga akan sentiasa terburu-buru dalam melakukan perkara harian seperti makan dengan cepat, bangun tidur dengan cepat, dan sentiasa dalam keadaan cemas. Personality A juga merupakan individu yang tidak mempunyai ciri-ciri kesabaran tetapi akan sentiasa memastikan perkara yang mereka lakukan adalah yang terbaik dan menyeluruh. Selain itu, mereka sentiasa merujuk pada jam mereka dan memandu kereta dengan lebih laju berbanding tahap kelajuaan yang sedia ada di mana mereka menunjukkan ciri-ciri berdaya saing. Dalam pada itu, personality B merupakan individu yang lebih kepada perkara yang lebih tenang. Mereka adalah antara individu yang makan dengan lambat, memandu kereta mengikut tahap kelajuaan dan tidak bimbang terhadap perkara yang mereka lakukan. Personaliti B juga sentiasa sabar, dan senang bergaul rapat dengan sesiapa dan kehadiran mereka sentiasa disenangi. Mereka juga antara yang sangat yakin pada diri mereka. Bagi kesimpulan, personality A adalah jenis yang sangat terburu-buru dan jenis B adalah yang lebih tenang.

Seterusnya, saya telah mempelajari tentang MBTI di mana ianya ialah salah satu kayu ukur tentang personality diri kita sendiri. MBTI bermaksud Myers-Briggs Type Indicator. MBTI telah dinamakan berdasarkan pencipta kaedah tersebut iaitu Isabel Briggs Myers dan ibunya Katharine Briggs. Mereka telah berkata bahawa setiap individu akan dikelaskan kepada "extrovert atau introvert", "sensing atau intuitive", "Thinking atau Feeling" dan " judging atau receiving". Saya telah mempelajari juga sedikit tentang MBTI ini di http://www.myersbriggs.org/my-mbti-personality-type/mbti-basics/.

Melalui pembelajaran yang lebih lanjut lagi, saya telah memahami apakah itu sebenarnya yang membawa maksud kategori yang tersenarai dalam kaedah MBTI tersebut. Ianya tersenarai di bawah seperti berikut:

 

 ·         Extroverted atau introverted( E / I)- extroverts ialah seseorang yang suka bersocial dan aktif. Manakala introverts ialah seseorang yang senyap dan bersifat malu.

·         Sensing atau intuitive (S / N)- sensing ialah seseorang yang practical dan gemar untuk focus kepada perkara yang kecil. Manakala intuituves seseorang yang memproses dan melihat sesuatu perkara secara keseluruhan tanpa disedari.

·         Thinking atau feeling (T / F)- thinking ialah seseorang yang menyelesaikan masalah menggunakan logic dan melihat kepada sebab yang munasabah. Manakala feeling ialah seseorang yang menyelesaikan masalah menggunakan perasaan dan nilai peribadi seseorang itu.

·         Judging atau perceiving (J/ P)- judging ialah seseorang yang gemar memegang kuasa dan suka keadaan mereka tersusun. Manakala perceiving ialah seseorang yang fleksible dan melakukan tugasan secara spontan.

Dalam soal selidik MBTI ini , saya telah menjawab dengan teliti dan mendapat tahu bahawa personality saya ialah INTJ, 'the scientist'.  Menurut artikel yang saya baca dalam internet, dunia seseorang INTJ dipenuhi dengan idea dan rancangan yang tersusun dan lebih teratur dengan organisasi yang sesuai. Mereka lebih mementingkan kebijaksanaan, pengetahuan dan keseluruhan malah mempunyai piawai yang tinggi untuk memenuhi citeria-citeria tersebut dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhinya. Mereka boleh memahami konsep yang sukar difahami oleh yang lain dan mengaplikasikannya dengan menjadikannya seseuatu yang dapat diterima oleh ramai. Mereka adalah seseorang yang amat bijak dan berkebolehan malah berkeupayaan untuk menjadi seorang ketua yang baik tetapi biasanya akan memilih untuk tidak mengambil peranan ketua itu kecuali dalam keadaan yang terdesak. Walaubagaimanapun, mereka dapat mengadaptasikan sesuatu dengan cepat dan pansai untuk merancang sesuatu. Kelemahan mereka ialah mereka merupakan seseorang yang tidak peka dengan perasaan orang lain dan tidak dapat menyampaikan perasaan mereka dengan baik.

Selepas membaca analysis tersebut, saya berpendapatan bahawa analysis tersebut agak tepat dengan perangai dan personality saya kerana saya gemar untuk menyelesaikan masalah dengan menggunkan logic berbanding kepada perasaan. Tetapi saya tidak setuju dengan kenyataannya yang mengatakan bahawa INTJ ialah seseorang yang tidak mengambil berat kepada perasaan seseorang kerana saya berpendapatan bahawa saya selalu memikirkan perasaan orang lain sebelum saya mengambil keputusan terhadap sesuatu perkara dan bertindak. Tetapi selepas ujian ini, saya akan berfikir semula sama ada saya telah mengabaikan perasaan orang lain ketika saya bertindak. Saya percaya ini dapat menyumbang kepada pengurusan emosi yang lebih baik kerana saya dapat lebih memahami personality saya dan mengambil tahu tentang kelebihan dan kelemahan saya.

Seterusnya ialah soal selidik Big Five Theory. Antara big five theory juga dikenali sebagai OCEAN termasuklah openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan neuroticism. Orang yang  openness adalah orang yang suka belajar benda baru dan sentias bersedia untuk belajar dari pengalamannya . Orang yang mempunyai conscientiousness  adalah seorang yang memang mempunyai kebolehan dan boleh dipercayai. Orang yang extravert pula adalah orang yang mesra, banyak bercakap dan assertif. Orang yang mempunyai agreeableness yang tinggi amatlah berbelas kasihan dan boleh bekerjasama dengan orang lain. Biasanya, neuroticism pula merujuk kepada kestabilan emosi dan keupayaan seseorang itu menghadapi tekanan dan dugaan yang dihadapi dalam kehidupannya.

Dalam soal selidik yang telah dijalankan, saya telah mendapat 15 markah yang tertinggi bagi membuktikan bahawa saya adalah antara personality yang extraversion. Saya sangat gembira setelah mengetahui personality saya pada masa tersebut di mana ianya telah menunjukkan jawapan atau keputusan yang sangat betul berdasarkan kelakuan saya yang sebenar. Setelah itu, barulah saya sedar bahawa saya ialah seorang yang asertif walaupun saya banyak bercakap dan membuat kerja dengan lebih meriah di samping memberi keutamaan kepada kesempurnaan. Jadi, jelaslah bahawa pembelajaran Big Five Theory memang membantu seseorang mengenali tentang perbuatan mereka.

Secara ringkasannya, melalui soal selidik dan nota Teori Psikoanalitik, saya telah mempelajari pelbagai perkara tentang personaliti sendiri. Saya mengaku selepas membuat soal selidik iaitu MTBI Dan Big Five Theory, saya sekarang lebih memahami tentang diri saya. Saya sedar bahawa setiap kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri saya dan saya akan cuba membuat perubahan agar saya boleh menjadi seorang yang mempunyai personaliti yang lebih baik supaya diterima oleh pelbagai pihak pada masa akan datang. Saya sebagai akhir kata ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepda Dr Ahmad Zamri kerana telah menunjukkan dan memperkenalkan pelbagai personality diri dengan lebih lanjut dan mantap. Sekian sahaja jurnal terakhir saya pada kali ini, sekian terima kasih.

 

No comments:

Post a Comment