Salam sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah kita yang amat dihormati, Dr. Zamri dan rakan-rakan sekalian yang disayangi. Ini merupakan jurnal terakhir yang akan saya menulis untuk kursus Pengurusan Emosi buat semester ini. Pada pendapat saya, penulisan jurnal ini memang merupakan satu cara yang baik untuk membantu kita mengulang kaji tentang pengetahuan yang telah dipelajari dan menyusun semula idea-idea yang dipelajari. Saya berharap bahawa diri sendiri dapat mempraktikkan teori-teori yang telah dipelajari danmenjadi seseorang doktor yang pandai mengawal emosi sendiri dan juga mempunyai pengaruh yang positif kepada orang lain pada masa depan. Kuliah pada minggu ini memang menarik kerana kami perlu menyempurnakan soal selidik yang dapat membantu kami lebih memahami tentang personaliti diri, hal ini agak berbeza dengan sesi kuliah lain yang lebih kepada pengajaran teori.
Dalam kuliah kali ini, satu video muzik yang amat bermakna telah ditayangkan, iaitu video yang bertajuk "childhood experience". Video ini menceritakan tentang pengalaman hidup seseorang yang mengalami pelbagai perubahan emosi dan perspektif hidup dari zaman kanak-kanaknya hingga ke dewasa. Pada zaman kanak-kanak dia mempercayai bahawa dunia ini sentiasa mempunyai harapan walaupun seseorang itu sedang dialami masalah, tetapi dia mendapati bahawa dalam realiti, bukan semua orang baik-baik belaka seperti yang dilihat daripada permukaannya. Saya mempunyai pengalaman yang sama, iaitu saya mendapati bahawa kejahatan, pengkhianatian, penipuan dan orang yang mementingkan diri sendiri memang sentiasa di sekeliling kita, dan saya juga pernah tersisih daripada rakan-rakan sebaya kerana telah menyinggung perasaan salah seorang rakan.Tetapi pelbagai kekecewaan ini telah menguatkan azam saya supaya berusaha untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan mengelakkan diri daripada menjadi seperti mereka yang saya tidak suka. Selain itu, pengkhianatian kawan pula memperingatkan saya supaya menghargai kawan yang benar-benar ikhlas kepada saya. Pada pendapat saya, kita tidak harus terpengaruh dan melepaskan geram kepada orang lain hanya kerana kita pernah mengalami kekecewaan tetapi haruslah teguh dengan pendirian sendiri.
Dua jenis personaliti iaitu personaliti A dan Personaliti B juga telah diperkenalkan dalam kuliah minggu ini melalui satu video. Personaliti type A mempunyai ciri-ciri seperti makan dengan tergesa-gesa, bangun awal, selalu mengejar masa, kurang sabar tetapi selalu memastikan kehidupannya teratur. Mereka juga lebih mementingkan kesempurnaan dan selalu memerhatikan masa supaya tidak lewat atau membazirkan masa. Dari segi pemanduan pula, mereka selalu memandu dengan laju, personaliti ini juga dikaitkan dengan kesihatan, mereka dianggap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan selalu berada dalam tekanan minda berbanding dengan orang lain. Bagi personaliti jenis B pula, mereka suka melakukan aktiviti yang lebih relax, selalu memandu dengan perlahan atau sederhana dan tidak tergesa-gesa. Selain itu mereka juga mempunyai nada suara yang lembut dan cara percakapan yang perlahan, justeru tidak hairanlah mereka ini disukai ramai. Berdasarkan contoh-contoh yang diberi saya berasa diri sendiri menunjukkan personalti yang berbeza dalam situasi yang berbeza. Semasa melakukan sesuatu yang berkaitan dengan pekerjaan atau pembelajaran saya lebih bersifat personaliti A seperti selalu memerhatikan jam tangan, tergesa-gesa dan mementingkan kesempurnaan. Tetapi semasa kehidupan harian atau pada cuti, saya memang bersifat jenis B, saya tidak memakai jam tangan dan menjalani kehidupan yang relax dan ada kalanya memang tidak beratur.
Selepas ini, saya telah membuat satu ujian yang bertujuan untuk mengenalpasti personaliti seseorang iaitu Myers-Briggs Type Indicator(MBTI). MBTI ini telah diguna pakai secara meluas di seluruh dunia. Menurut teori ini, sifat manusia dibahagikan kepada extroverted atau introverted(E atau I), sensing atau intuitive (S atau N), thinking atau feeling (T atau F), dan judging atau perceiving (J or P). Keputusan saya bagi ciri pertama ialah I, iaitu indivdu yang senyap, pasif dan pendiam. Extroverts merupakan individu yang terbuka, senang berbicara dan mempunyai pendirian yang kuat dan tegas. Saya amat bersetuju dengan keputusan ini, tetapi saya jarang menunjukkan sifat ini dalam realiti kerana saya juga mempunyai ciri-ciri "perfectionist", saya selalu mendorong diri sendiri untuk menjadi aktif dan mempunyai pendirian yang tegas kerana saya menganggap bahawa sifat-sifat ini lebih sempurna dan banyak membantu dalam pelajaran. Seterusnya, soal selidik pula mengenai "sensing characteristic" dan "intuitive characteristics". Keputusan saya adalah lebih kepada sensing characteristics, iaitu merupakan orang yang praktikal dan lebih mencari perincian yang mendalam terhadap sesuatu perkara. Manakala Intuitives selalunya bergantung kepada proses tanpa disedari dan hanya melihat sesuatu perkara melalui permukaan tanpa mendalami sesuatu perkara itu. Saya berasa penjelasan ini juga agak tepat kerana saya memang berminat dalam mencari jawapan secara terperinci dan biasanya tidak suka menerima pendapat atau konsep orang lain tanpa mentakfsirkannya. Seterusnya, soalan selidik pula berkenan dengan "thinking characteristics" dan "feeling characteristics". Thinking characteristics lebih kepada seseorang yang menggunakan pemikiran sebagai teras kehidupan. Saya mempunyai ciri ini, iaitu biasanya berfikir melalui bukti dan fakta yang jelas. Feeling characteristic lebih kepada perasaan dalam membuat keputusan. Pada pendapat saya, kedua-dua ciri ini masing-masing ada kebaikan dan kelemahannya. Sebagai contoh, sifat saya yang lebih kepada thinking characteristics biasanya akan memilih apa yang dianggap betul dan rasional tetapi perasaan ahli kumpulan mungkin telah diabaikan dan hal ini akan menyinggung perasaan orang lain. Seterusnya, saya telah mengenal pasti bahawa saya lebih kepada "perceiving characteristics" kalau berbanding dengan "judging characteristics". Judging characteristics mempunyai ciri-ciri seperti menyukai keadaan yang mampu dikawal dan lebih tersusun manakala perceiving characteristics lebih flexible dan spontan. Perceiving characteristics lebih kepada seseorang yang hidup bebas,tidak suka peraturan yang melampau, suka hidup bahagia dan keburukannya kumpulan saya ini ialah selalu menghadapi tekanan.
Carl Jung telah membahagikan enam belas jenis personaliti iaitu: ESFP, ESTP, ISTJ, ISFJ, ENFP, ENTP, INFJ, INTJ, ESTJ, ENTJ, ISTP, INTP, ESFJ, ENFJ, INFP, dan ISFP . Berdasarkan keempat-empat soal selidik tadi, personaliti saya merupakan ISTP, "Crafters". Hal ini bermaksud saya mempunyai kedua-dua pemikiran yang logikal dan praktikal, justeru menikmati dalam penyelesaian masalah yang realistik. Saya rasa sendiri memang menepati ciri-ciri seperti amat meminati dengan bagaimana sesuatu itu berfungsi sehingga mungkin menetas atau membuka sesuatu untuk mengkajikannya kalau tidak tahu bagaimana sesuatu itu berfungsi. Selain itu, saya juga suka mengguna teknik kemahiran untuk membaiki sesuatu yang telah pecah, atau membuat pengkajian, mengumpul fakta-fakta dan klu untuk mencari kebenaran tentang apa yang telah berlaku.
Secara kesimpulan, saya bersetuju bahawa soal selidik ini dapat membantu seseorang itu mengenalpastikan personalitinya, tetapi pada pendapat saya, sifat dan personaliti manusia sebenarnya amat rumit dan sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan situasi, dan tidak dapat diklasifikasi ke enam belas jenis sahaja. Oleh itu, soal selidik ini hanya salah satu panduan tetapi tidak boleh dijadikan sesuatu "diagnosis" yang tepat. Kita haruslah selalu menyesuaikan diri dalam situasi yang sentiasa berubah. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment