Saturday, August 20, 2011

A131273 Nurul Sakinah Binti Anuar LJ04 Emosi dan Motivasi

                Assalamualaikum dan salam sejahtera semua terutamanya Dr. Zamri yang dihormati dan disegani. Masa berlalu amat pantas sekali sehingga tidak disedari kini sudah pun entri jurnal saya yang keempat. Saya berasa amat gembira kerana Berjaya sampai ke tahap ini. Baiklah, jurnal saya kali ini adalah berdasarkan kuliah yang lalu pada 17 Ogos 2011. Kuliah pada hari tersebut bertajuk Emosi dan Motivasi. Tajuk ini sangat menarik dan pelbagai perkara dapat dipelajari.

            Pada kuliah-kuliah yang lalu, kita telah pelajari tentang emosi dimana ia boleh dikategori sama ada positif atau negatif. Ia tidak pernah neutral. Motivasi pula adalah pembelajaran tentang hala tuju dan aspek kekuatan dalam tingkahlaku seseorang. Emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan seperti isi dan kuku. Pertamanya perkara yang saya faham adalah emosi ini terdiri daripada empat komponen utama iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Oleh itu, emosi sebenarnya lebih luas maknanya daripada perasaan. Perasaan hanya lah satu daripada komponen emosi. Emosi yang dialami seseorang  itu adalah sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, saya dapat mengalaminya sendiri. Apabila saya gembira, saya akan rasa bersemangat untuk melakukan semua perkara seperti dapat mengulangkaji pelajaran dengan efektif. Apabila saya sedih pula, saya akan berasa sunyi dan saya akan mendengar alunan selawat untuk menenangkan hati. Walaubagaimana pun, perkara ini tidak pada semua keadaan, emosi menjadi pendorong yakni motivasi. Ini juga bermaksud, tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Contohnya belajar kuat dan makan. Terdapat satu teori yang dinamakan James-Lange Theory. Contohnya apabila seorang budak perempuan ternampak seorang lelaki yang berperwatakan aneh. Budak perempuan itu pun ketakutan dan lari sekuatnya. Lari di sini merujuk kepada tingkahlaku, manakala perasaan takut merujuk kepada emosi yang dialami.

            Dalam konteks emosi, terdapat 'state of arousal' dimana ia melibatkan ekspresi muka dan gerak-geri tubuh. Aktivasi otak, cognitive appraisals, subjective feelings, dan kecenderungan kepada pergerakan, semuanya dibentuk oleh peraturan budaya. Emosi sebenarnya adalah satu respon adaptasi badan kita kepada keadaan sekeliling yang menyebabkan kita bertindak dan kita dapat berkomunikasi dengan sekeliling. Emosi dapat menyiapkan kita untuk bertindak, mencetuskan badan kita untuk bergerak dan respon pada stimulasi yang diterima. Motivasi adalah aspek proses pemilihan(Bickhard, 1997). Motivasi adalah jangkaan tentang apa yang mungkin berlaku. Motivasi adalah sesuatu yang mendorong seseorang melakukan sesuatu perkara daripada satu perkara yang lain. Ia melibatkan pemilihan apa yang ingin dilakukan seterusnya. Terdapat satu konsep 'drive' yakni pendorong kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perkara. Insentif pula adalah konsep dimana terdapat 'gol' luaran yang menarik atau menolak tingkahlaku seseorang itu. Pusat bagi semua pemikiran dan pendorong terletak pada hypothalamus. Pendorong adalah keperluan pada tisu-tisu badan kita. Seperti yang dipelajari dalam biologi, homeostasis adalah keseimbangan dalam badan manusia untuk aktif dan berfungsi dengan baik. Haiwan juga bergantung pada keperluan tisu, contohnya pengambilan makanan(kalori) dan sebagainya. Walaubagaimana pun, homeostasis tidak dapat menjelaskan semuanya. Kini baru lah saya tahu bahawa homeostasis bukan sahaja member kesan pada fungsi tubuh, tetapi ia juga beri kesan pada emosi seseorang.

            Kemudian, konsep lain adalah insentive, Insentive adalah apa jua factor yang member motif kepada seseorang untuk bertindak dan melakukan sesuatu perkara. Terdapat tiga jenis iaitu financial, moral, coercive. Instinct pula adalah sesuatu perasaan yang dirasai yang dijangka akan berlaku. Instinct tidak dipelajari, tetapi ia seperti tingkahlaku semulajadi yang diwarisi. Contohnya burung yang membina sarangnya adalah sesuatu yang sememangnya begitu. Ibu atau bapa si burung tidak perlu mengajarnya untuk membina rumah mereka. Arousal adalah suatu tahap fisiologikal dan psikologikal yang terjaga dan terangsang. Kita dimotivasi untuk seimbangkan tahap arousal supaya tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Sifat ingin tahu pula membantu kita untuk memahami keadaan sekeliling kita. Terdapat satu teori kemanusiaan oleh Abraham Maslow. Beliau mengatakan motivasi boleh dibahagikan kepada beberapa tahap daripada asas kepada memenuhi keperluan kendiri. Di sini kita dapat bahagikannya kepada tiga tahap iaitu basic needs, psychological needs, dan self-fulfillment needs. Basic needs adalah keperluan asas seperti makan, minum, tempat tinggal, rehat dan keselamatan. Psychological needs pula adalah keperluan kita untuk bersosial seperi cinta, sayang, kawan, dan hubungan rapat. Di akhir slideshow Dr. Zamri terdapat satu frasa iaitu "Emotion emphasizes arousal, while motivation emphasizes action". Frasa ini amat menarik dan terdapat makna tersuratnya yang dapat diteladani.

            Daripada tajuk kuliah Emosi dan Motivasi ini, saya dapat menyimpulkan bahawa emosi dan motivasi ini sangat berkait rapat. Dengan tercetusnya pelbagai emosi seperti sedih, gembira, marah dan sebagainya, ia dapat mendisiplinkan diri untuk mencetuskan idea, seterusnya mengatur langkah untuk mengawal emosi itu dengan sebaiknya agar tidak bertindak tanpa akal yang sihat. Secara tidak langsung, kita dapat memotivasikan diri bukan sahaja dari segi luaran, yakni fizikal, tetapi juga cara mengatur pembahagian akal, emosi dan tindakan. Hal ini dapat digambarkan dengan peristiwa yang pernah saya terlintas daripada pembacaan suatu ketika dahulu. Ia melibatkan seorang pelajar yang telah gagal dalam peperiksaan PMR, sehingga menyebabkan dia bertindak di luar kawalan tanpa menggunakan akal yang diberi, tetapi terlalu mengikut emosi. Dia telah mengurungkan diri di dalam bilik tanpa bersosial setelah mendapat keputusan peperiksaan tersebut. Dengan tindakannya itu, dia seolah-olah mengongkong emosinya terhad ke arah satu tindakan negatif yang boleh menghancurkan masa depannya. Pada pendapat saya, dia sepatutnya menggunakan kegagalan itu sebagai satu pendorong untuk bangkit daripada zonnya itu dan mampu menggunakan akal secara optimum untuk memotivasikan diri keluar daripada kepompong kegagalan dan kekecewaan.

            Tajuk kuliah kedua pula adalah emosi dan kaitannya dengan fisiologi, kognitif, dan psychobiological. Terdapat beberapa teori yang dikaitkan dengan perkara ini. Salah satunya adalah teori James-Lange yang mengatakan bahawa seseorang itu akan mengalami perubahan fisiologi dahulu dan kemudian diikuti dengan perubahan pada anggota badan yang menyebabkan kita bertindak. Daripada kefahaman saya, badan kita berfungsi apabila menerima stimulasi daripada keadaan sekeliling. Ini menyebabkan perubahan fisiologi dalam tubuh kita dan berlakunya semua tindakan kimia. Selepas itu, ini akan memberi impak pada kognitif kita iaitu pemikiran dalam otak kita. Kita akan berfikir dahulu sebelum bertindak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu malu, muka orang itu akan bertukar menjadi kemerah-merahan dan merona dahulu sebelum dia bertindak seperti menyembunyikan diri.

            Konklusi yang dapat saya ungkaikan daripada kuliah ini adalah, emosi menjadi tunggak kepada setiap langkah dalam kehidupan kita. Pengawalan emosilah yang menentukan tahap kematangan seseorang individu, bukanlah usia yang menjadi ukuran. Bak kata pepatah inggeris, "look before you leap".

No comments:

Post a Comment