Salam satu Malaysia dan selamat sejahtera saya ucapkan.Pada sesi ZT Pengurusan Emosi yang lepas,saya telah didedahkan dengan konsep emosi negatif,teori asas adaptasi dan juga teori Solomon.Pada 17 haribulan Ogos ini,kuliah ZT yang disampaikan Dr.Zamri berpusarkan konsep emosi dan motivasi.Pertamanya kita membuat sedikit ulangkaji terhadap konsep emosi.Dari segi emosi,terdapatnya empat komponen yang penting iaitu perasaan,proses kognitif,perubahan fisiologi dan tingkah laku.Menurut Baron dan Logan pada tahun 1993,emosi yang jauh lebih luas maknanya berbanding dengan perasaan tidak dapat dipisahkan dari motivasi.Emosi memainkan peranan dominan dalam melahirkan motivasi yang merupakan sumber pencetusan tingkah laku.
Dalam konteks ini,apakah itu motivasi? Dari segi definisinya,motivasi merupakan faktor-faktor luaran dan dalaman yang membuatkan seseorang mempunyai tingkahlaku tertentu.Motivasi boleh dilahirkan secara semula jadi dengan initiatif sendiri atau hasil pengaruh persekitaraan atau manusia di sekeliling.Terdapatnya beberapa konsep penting berkaitan dengan motivasi iaitu dorongan,'drive ' ataupun insentif. Sebagai contohnya,pujian seseorang boleh menyebabkan kita lebih bermotivasi untuk menjayakan sesuatu.Oleh itu,Ibu bapa digalakkan memberi pujian terhadap anak-anak sebagai dorongan untuk terus mencuba dan memajukan diri.
Pada permulaan kuliah,kita mempelajari bahawa emosi itu tidak dapat dipisahkan dari motivasi.Emosi boleh menjadi pendorong terhadap kecemerlangan.Sebagai contohnya,pemikiran yang sentiasa positif,optimistik dan tidak putus asa membolehkan kita mengharungi kesusahan dalam kehidupan.Di sebaliknya,emosi juga berkemungkinan menjadi penghalang dalam kehidupan atau pemusnah kepada masa depan yang baik.Dalam konteks ini ,ternyatalah kekuasaan emosi yang negatif sekiranya tidak diuruskan dengan baik.Seseorang yang panas baran berkecenderungan menyelesaikan masalah dengan kekerasan.Oleh itu,pengurusan emosi yang baik amatlah penting untuk kita menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan rasional tanpa mempengaruhi hubungan harmoni sesama manusia.Emosi yang baik juga mencetuskan motivasi yang membina dalam kehidupan.
Selain itu, Kebudayaan memainkan peranan dominan dalam perubahan fisiologikal,perasaan,penilaian kognitif dan tingkah laku untuk bertindak .Tambahan pula ,kebiasaan masyarakat juga mempengaruhi emosi dan ekspresinya.Masyarakat penyayang selalunya menunjukkan muka yang ceriah dan mewujudkan suasana yang harmoni dan aman tanpa pertelingkahan.Di samping itu,perempuan dan lelaki juga mempunyai tindakan dan pemikiran yang berbeza sebagai hasil pengaruh emosi.Dr.Zamri mengunakkan contoh buku'Men are from Mars,Women are from Venus'Buku ini merupakan salah satu buku kegemaran saya selepas saya meminjamnya daripada seorang kawan.Buku ini dengan jelasnya menceritakan dan menunjukkan beberapa perbezaan yang ketara dalam kalangan perempuan dan lelaki yang kurang kita sedar.Walaupun sebagai manusia,pemikiran antara perempuan dan lelaki jauh berbeza dalam sesetengah aspek dan buku ini menceritakan kepentingan untuk kita memahami perbezaannya dan mengaplikasikan mereka dalam kehidupan.Pengurusan emosi yang berbeza antara jantina yang berbeza mempengaruhi tindakan dan tanggapan mereka dalam sesuatu aktiviti.Selain itu,dari segi keperluan dan kehendak ,perbezaannya juga amat ketara dan kita harus memahaminya supaya mendapat mesej sebenar yang hendak disampaikan tanpa sebarang salah faham dan hasad dengki.Sebagai contohnya,lelaki memerlukan kepercayaan bahawa mereka dapat berdikari terutamanya apabila berdepan dengan masalah.Mereka jarang meluahkannya selain diperlukan kerana mereka yakin dengan kemampuan sendiri .Manakala pada perempuan,mereka sentiasa menceritakan masalah mereka kepada orang lain dan perasaan kasih sayang amat dihargai mereka.
Emosi mencetuskan dorongan atau motivasi untuk bertindak.Menurut Bickhard pada tahun 1997,motivasi menentukan tindakan yang bakal dilakukan.Secara tidak langsung,Emosi dikatakan membangkitkan motivasi yang seterusnya mencetuskan tindakan.Terdapatnya beberapa konsep dan teori tentang emosi yang saya pelajari pada sesi ini seperti motivasi sendiri,'drive'atau pendorong dan juga insentif yang merupakan matlamat yang bertindak sebagai tenaga penarik ataupun penolak seseorang terhadap pencapaian dalam kehidupan.Secara lebih lanjut,'drive'dipengaruhi oleh keadaan otak dan banyak sistem yang utama termasuklah yang mempengaruhi emosi terletak di hypothalamus.Seterusnya ,apakah itu insentif.Dari segi definisinya,insentif terdiri daripada faktor yang membekalkan sesuatu motif untuk sesetengah tindakan ataupun sebab seseorang mengambil sesuatu keputusan berbanding dengan yang lain.Antara jenis-jenis insentif yang dibincang adalah kewangan,moral ataupun paksaan.
Semasa pertengahan sesi ZT,Dr Zamri memainkan satu lagu dari youtube yang bernama Bangkit Asal Halim Yazid.Walaupun saya tidak faham bahasa nyanyian tersebut,dari segi tafsiran lyrik saya difahamkan bahawa watak dilahirkan dalam keluarga yang sangat miskin dan serba kekurangan.Namun,beliau tidak berputus asa dan sentiasa berusaha untuk menambah baik kehidupannya menerusi pendidikan.Akhirnya,beliau berjaya menjunjung segulung ijazah . Walaupun menghadapi sebarang halangan,kita haruslah bertekad dalam usaha kita dan akhirnya kita akan mencapai kejayaan .Lagu ini juga menghantar mesej tentang kepentingan simpati terhadap rakan-rakan yang kurang bertuah dan menghulurkan bantuan sebanyak mungkin.
Semasa ZT juga Dr Zamri menghuraikan beberapa teori yang penting.Antaranya merupakan teori fisiology. Keadaan Teori fisiology menekankan apa yang dilahirkan dalam minda dan keadaan tindak balas sistem saraf dalam badan kita. Teori pertama yang dibincangkan ialah teori James-Lang.Teori ini menyatakan bahawa reaksi fisiology membawa kepada emosi manakala Teori common sense menyatakan bahawa situasi merupakan pencetus pertama emosi yang melahirkan reaksi fisiology.Namun,bertentangan dengan teori yang biasanya kita patuhi dan percayai,reaksi tubuhlah yang membawa kepada perubahan emosi.Teori yang seterusnya ialah teori Cannon-Bard.Walter Cannon mengkritik James Lang teori dari segi jangka masa kelahiran emosi.Walter Cannon mempercayai bahawa emosi dan reaksi tubuh secara fisiology dialami secara serentak dan reaksi tubuh bukanlah pencetus kepada perubahan emosi.Menuruti beliau,sistem organ mengambil masa yang terlalu panjang untuk menghasilkan emosi.Sistem organ juga gagal melahirkan emosi yang berbagai-bagai.Selain itu,beliau menanya-nanyakan cara pelbagai sistem badan melahirkan emosi yang begitu pelbagai.
Tambahan pula,kami menerima kuliah tentang teori psikobiologikal yang dicadangkan oleh Jack Panksepp.Dalam konteks ini,keadaan psikologikal dan biological yang mengawal sistem jalan dalam badan merupakan faktor penentuan.Keadaan emosi yang dibincang ialah takut ,marah,panikdan juga keharapan.Penghasilan hormon seperti dopamin juga mempengaruhi sistem kawalan.Teori yang dibangkitkan bukanlah diterima bulat-bulat oleh semua orang.Pada masa itu,Magda Arnold meragui tentang kewujudan lokasi –lokasi yang spesifik untuk emosi yang berbagai-bagai dalam otak.Selain itu,Teori kognitif mementingkan peranan pemikiran dalam memandu emosi kita.Minda kami sentiasa membuat pelabelan dan interpretasi yang berbeza terhadap peristiwa yang berlaku berdasarkan pengalaman yang dialami.Seterusnya,Teori Schachter pula menyatakan situasi melahirkan reaksi tubuh.Pada masa yang sama,terdapatnya penilaian kognitif dalam minda.Penilaian kognitif dan tafsiran ini berbeza mengikut individu. Teori ini juga menerima kritikan bahawa satu rangsangan akan menyumbang kepada semua emosi.Selain itu ,labeling emosi lebih banyak berdasarkan memori dan pengalaman lepas tetapi bukan keadaan yang sebenar pada masa tersebut.
Dr Zamri juga menyentuh tentang bahayanya perkaitan yang salah dan kurang tepat ataupun dengan kata lain 'misattribution'.Satu contoh yang digunakan adalah berkaitan dengan fenomena PMS(Premenstrual Syndrome)yang selalu disalahkaitkan.Oleh itu,Kegagalan komunikasi boleh mendatangkan 'misattribution' yang membawa kepada pelbagai masalah dari segi pemahaman ataupun mewujudkan kesilapan interpretasi.Aktiviti yang dilakukan amat berpengaruh dari segi pelahiran sesuatu emosi.Kajian yang dilakukan oleh Zillman mendapati responden yang berbasikal lebih mudah diprovokasi berbanding dengan responden lain yang tidak bersenam.Dalam kuliah ini ,kita juga didedahkan dengan konsep Palliation iaitu tindakan untuk menenangkan diri.Apabila kita menimpa musibah,kita akan memberitahu diri sendiri supaya bertenang.Pada pendapat saya,kemahiran ini amat penting supaya kita senantiasa berdepan dengan serta menyelesaikan masalah dengan rasional.
Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment