Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada sesiapa yang sempat membaca LJ04 saya kali ini. Tajuk Kuliah kali ini adalah, Emosi dan Motivasi. Melalui Kuliah saya, Motivasi asalah aspek tingkah laku yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu. Melalui pemahaman saya ialah motivasi memberi semangat kepada kepada seseorang lebih-lebih lagi jika motivasi itu berdasarkan emosi positif.
Komponen emosi boleh dibahagikan kepada empat iaitu menyatakan perasan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Sepertimana yang saya kata pada LJ01 yang lalu, emosi bukan sekadar perasaan sahaja. Ia melibatkan semua aspek.
Sepertimana yang saya pelajari hari ini, emosi juga tidak dapat dipisahkan dari emosi (Baron & Logan ,1993) .Melalui pemahaman saya, emosi yang tidak dapat dipisahkan dengan motivasi seperti Perasaan sayang adalah emosi positif. Kerana perasaan sayang ini telah memberi motivasi kepada seseorang itu melalukan apa saja untuk membahagiakan orang yang dia sayang itu.Namun kita harus sedar bahawa tidak semua emosi boleh menjadi pendorong. Seperti emosi yang negatif, seperti emosi ketika putus asa. Apabila putus asa, Ia langsung tidak memberi dorongan. Namun ia semakin menjatuhkan semangat.
Dalam kuliah ini juga ada menyebut mengenai konsep-konsep berkaitan motivasi. Contohnya, Incentif, Seperti kata-kata yang memberi semangat. Seperti memuji makanan sedap atau pun memberi hadiah kepada seseorang supaya dia semakin bersemangat melakukan sesuatu. Seperti menyediakan hadiah kepada anak sekiranya mendapat tempat pertama. Saya tertarik dengan kuliah hari ini, penyarah ada mengatakan bahawa emosi apa yang dibangkit, motivasi adalah tindakkan. Tindakkan mestilah berdasarkan emosi yang dibangkitkan. Maka bersesuaianlah dengan contoh yang saya berikan. Konsep lain seperti Instincts atau pun naluri. Naluri tidak boleh dipelajari ataupun diwarisi namun ia adalah semula jadi seperti kebolehan binatang mengenal pasti bahaya berhampiran dengannya. Bacaan lanjut saya mengenai Instincts' dalam http://www.slideshare.net/ValleyPsych101/motivation-emotion-presentation-664316 mengatakan terdapat instinct approach (pendekatan naluri)
"Instinct approach – approach of motivation taht assume people are governed by instincts similar to those of animal."
Kemudia saya turut ada menbaca artikel mengenai lanjutan teori naluri dari http://www.alleydog.com/101notes/mot-emot.html
"universal in a species
For example, within a species of bird, all the members may build identical nests and work in the same ways. This is true even for those birds of that species born and raised in captivity and isolation, and thus could not have learned the appropriate nest building behavior from other, experienced role model birds."
Dimana saya menjumpai satu lagi ciri-ciri naluri. Dimana ia universal ataupun sama(dalam bahasa mudah). Namun bila saya menyambung pembacaan, terdapat juga kritikan mengenai ciri ini.
"theorists have never been able to agree on a list of instincts; Many instincts are NOT universal and seem to be more dependent on individual differences (for example, jealousy. Not all humans exhibit the same jealously levels, behaviors, etc.)."
Saya bersetuju kepada kedua-dua ciri ini. Namun, ia mugkin berbeza dari segi manusia dan haiwan.
Abraham Maslow menyatakan bahawa motivasi mempunyai aras-aras yang tertentu. Namun kita mesti melalui aras-aras yang asas untuk bergerak ke level yang lain. Aras yang pertama adalah keperluan asas kemudian aras keperluan fisiologi dan diikuti ooleh aras keperluan diri sendiri. Aras keperluan asas termasuklah makanan, minuman, pakaian. Kemudian aras yang termasuk dalam keperluan asas adalah keperluan keselamatan yang sangat diperluka oleh setiap orang. Seterusnya diikuti oleh,Aras keperluan fisiologi. Turut mempunyai tahap, tahap yang pertama adalah keperluan kebergantungan dan kasih sayang, keperluan intimasi dan berkawan dan 'Esteem need' berada diatas aras ini mugkin berkaitan dengan prestij dan sebagainya . Akhir sekali adalah aras keperluan pencapaian diri atau pun bahasa yang lebih tepat sekali adalah aras 'self-fulfillment needs'.
Kuliah ini juga ada menyentuh tajuk kuliah yang lain iaitu teori-teori fisiologi, kognitif dan psikoanalitik. Teori utama pengalaman emosi bersetuju emosi ada beberapa komponen iaitu perasaan subjektif, penilaian kognitif , fisiologi aurosal, pergerakan badan dan kecenderungan motivasi.
' Common-sense theory' mengatakan reaksi fisiologi membawa emosi. Biasanya bermula dengan situasi diikuti dengan emosi dan reaksi tubuh. Namun melalui James- Lange Theory pula mengatakan situasi diikuti reaksi tubuh dahulu barulah emosi. 'The Canon-bard Theory' dikatakan mengkritik James-Lange Theory, kerana organ sistem yang menjana emosi agak perlahan. Yang laju adalah reaksi emosi. Bila ada emosi baru adalah stimulus bertindak. Respon fisiologi dating lambat untuk member respon berbentuk emosi. Cannon dan phillip bard yang memperkenalkan CBT ini memberi memberi penerangan mengenai stimulus dalaman dan luaran yang menyebabkan impulse menghantar stimulus itu ke otak dan respon pun terhasil termasuklah repon emosi. Emosi itu juga terhasil berdasarkan pengalaman lalu yang mnyebabkan perasaan yang sama muncul. Jika seseorang itu berhadapan sesuatu yang menakut yang pernah dialami, ada perubahan dalam badan dan akan melahirkan emosi takut.
Seterusnya, Phychological Theory mencadangkan 4 emosi asas. Fear, rage(keberangan), panic, expectancy. Seperti ada wayar yang mengawal kesemua emosi asas ini. 4 emosi ini akan melahirkan emosi-emosi yang lain. Panksepp turut mencadangkan 'specific neurochemical' mempunyai kaitan dalam mengarahkan system emosi. Contohnya Acetylcholine berkaitan dengan sistem keberangan. Namun, teori ini turut dikritik oleh Magna Arnold (1990) dan James Averill (1982).
Seterusnya, perbincangan mengenai kognitif teori. Scather focus bagaimana kognitf melebalkan emosi dengan nama-nama yang tertentu melalui stimulus percepsi. Satu situasi akan melahirkan riak fisiologi dan penilaian kognitif, dimana minda memberi nama kepada emosi yang pernah kita alami barulah diikuti oleh emosi. Penilaian kognitif adalah tafsiran kepada emosi yang berkaitan dan bersesuaian untuk ditonjolkan. Pengkritik ada mengatakan melabelkan emosi hanya berdasarkan pengalaman lepas bukan situasi pada ketika itu.
Selain itu juga kami ada mempelajari mengenai Missatribution. Bermaksud kesalahan membuat tanggapan. Contohnya, kita selalui berkeyakinan bahawa sesuatu perkara walhal hal ini tidak benar, akhirnya boleh menyebabkan kesilapan yang menyebabkan pelbagai natijah yang tidak baik. Dalam pembacaan yang lebih lanjut mengenai isu ini, saya ada terbaca satu artikel di internet iaitu di http://en.wikipedia.org/wiki/Misattribution_Theory_of_Humor
"Sitcom and comedy films are filled with humor based on misattribution. For example, characters in a working class family may banter back and forth about paying bills or finding a more respected or higher-paying job. The delivery of dialog may come across as funny for an audience who believes the humor comes from the antagonistic relationship between the two characters. But the real hostile nature of the joke involves class and economic issues that are otherwise not funny. Similar analysis can be applied to issues involving racial discrimination, sexual deviancy, drug abuse, and other controversial issues."
Teori lain seperti Transfer of Excitation iaitu pindahan emosi dari satu emosi dari satu keadaan ke keadaan yang lain. Dalam bahasa yang mudah doleh dikatakan, terbawa-bawa emosi walaupun beada dalam situasi yang berlainan. Contohnya, ramai dikalangan masyarakat mempunyai masalah dan stres dipejabat ataupun ditempat kerja membawa emosi itu kerumah, dan melepaskan semua masalah dengan cara yang tidak bersesuaian dirumah. Perkara seperti ini sering berlaku dan menjadi masalah masyarakat yang berat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment