Assalamualaikum dan salam hormat kepada sahabat sahabat medik yang dikasihi. Kali ini saya ingin menulis jurnal mengenai emosi dan motivasi. Motivasi akan mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu. Motivasi juga adalah prosess memilih tindakan. Melalui tajuk ini, kita tahu bahawa emosi dan motivasi adalah berkait rapat antara satu sama lain. Baron & Logan ada mengatakan emosi juga tidak dapat dipisahkan. Ya, saya mengakui penyataan ini. Contohnya, kerana pada masa dahulu, kita pernah kecewa dan sedih dengan keputusan peperiksaan kita, namun kerana tidak mahu emosi itu berulang, diri kita akan bermotivasi untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang. Selain itu, kerana perasaan gembira kita apabila pergi melancong, kita akan bermotivasi untuk mengumpul wang lagi untuk ke sana pada masa akan datang.
Seperti video yang dipaparkan di kuliah tadi, ianya amat menyentuh emosi. Beliau mampu menunjukkan bahawa dirinya yang berasal daripada keluarga yang susah mampu berjaya akhirnya dan mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dan kini menjadi pensyarah di Universiti Malaya. Kita lihat, kerana motivasinya yang tinggi beliau mampu membantah segala kata-kata daripada saudara maranya yang tidak memberi sokongan kepada beliau. Beliau mampu bangun sendiri dan menentang emosi beliau. Inilah contoh yang perlu kita contohi kini. Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini.
Namun begitu, emosi juga boleh memusnahkan motivasi kita. Contohnya, pada satu-satu masa itu, apabila kita bermotivasi untuk berjumpa dengan sahabat lama kita, namun emosi negatif kita menggangu diri dengan membuatkan kita mengingati perkara yang lepas yang kurang disenangi yang telah sahabat lama itu lakukan kepada kita. Inilah yang dikatakan emosi menggangu motivasi yang kita alami. Namun kadangkala, kerana motivasi yang tinggi, kita dapat mengalahkan emosi kita dan akhirnya kita akan berjaya. Pada pendapat saya, semuanya bergantung pada diri individu itu sendiri. Kita yang membentuk emosi kita. Terdapat empat komponen yang berkaitan dengan emosi iaitu perasaan, prosses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Ini merupakan komponen asas yang perlu kita tahu. Kita tidak mampu untuk mengekalkan motivasi kita pada setiap masa. Ianya bergantung kepada diri kita sendiri,dan emosi kita pada ketika itu.
Abraham Maslow mengatakan bahawa motivasi dibahagikan kepada beberapa tahap daripada keperluan asas kehidupan, keperluan psikologi dan keperluan yang diperlukan diri. Keperluan asas yang tidak dipenuhi dapat menggangu emosi kita, contohnya keselamatan diri dan keperluan seharian. Di dalam kuliah sebentar tadi, Dr. Zamri ada mengatakan bahawa mempunyai sahabat dan mempunyai pasangan hidup merupakan keperluan kehidupan kita yang penting. Kita memerlukan seseorang untuk berkongsi kegembiraan serta menceritakan masalah kita di samping mengurangkan beban kita. Oleh itu, teman lah yang paling sesuai untuk diluahkan perasaan. Tanpa teman, emosi kita akan turut terganggu. Siapakah yang boleh menjadi teman kita? Mungkin ibu kita, sahabat, mahupun suami kita. Mereka juga akan memberikan kebahagiaan kepada kita untuk membuatkan kita gembira. Oleh itu, kita perlulah mencari teman yang sesuai untuk diri kita agar kita dapat menjaga emosi dengan lebih baik.
Hubungan antara emosi dan motivasi boleh diceritakan dengan ayat ini, "Emotion emphasize arousal, while motivation emphesize action". Maksudnya di sini, emosi adalah sesuatu yang berkaitan dengan kebangkitan diri kita, manakala motivasi adalah sesuatu yang berkaitan dengan tindakan. Apa yang saya fahami ialah, emosi menyebabkan semangat kita akan meningkat dan kerana kita sedang bermotivasi, semangat yang kita miliki itu mampu menggerakkan kita untuk membuat sesuatu tindakan.
Kesimpulan yang dapat saya simpulkan untuk tajuk yang pertama ini ialah emosi sememangnya berkait rapat dengan motivasi. Bagi pendapat saya, jika tiada motivasi di dalam diri akhirnya kita akan hilang pertimbangan diri dan tiada apa yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu. Contoh yang terdekat, saya bermotivasi untuk kurangkan emosi emosi negatif pada bulan Ramadhan ini, oleh itu jika sekali sekala saya termarah marah, saya, saya akan imbas kembali bahawa saya tidak mahu bersikap demikian pada bulan yang mulia ini. Jadi, benarlah pada beberapa keadaan, emosi kita akan dipengaruhi dengan motivasi.
Tajuk kedua dalam kuliah Rabu lepas ialah teori-teori fisiologikal, kognitif & psikoanalitik atau dalam ringkasnya ialah teori FKP. Teori evolusi tidak memberitahu kita apa yang membuatkan kita berasa gembira pada satu ketika dan sedih pada waktu yang lain, apakah yang kita lakukan apabila kita beremosi, dan apakah hubungan antara emosi dan tingkah laku kita. Oleh itu terbitlah sebuah teori untuk menerangkan semua ini. Teori ini mengatakan ada empat komponen utama mengenai perasaaan. Pertama ialah kognitif penilaian, kedua ialah kebangkitan fisiologi, ketiga ialah pergerakan badan dan akhir sekali ialah tindakan yang dilakukan atas dasar emosi.
Namun begitu terdapat beberapa kepincangan dalam teori ini, dan terbitlah tiga teori yang berbeza iaitu teori fisiologi, teori kognitif dan teori psychoanalytic. Saya akan terangkan sedikit mengenai teori-teori di atas sebelum saya menhujahkan pandangan dan pendapat saya. Pertama ialah teori fisiologi. Teori ini memberitahu bahawa emosi bermula dan dihasilkan oleh otak kita dan memberi stimulus melalui system saraf dan akhirnya kita akan member reaksi terhadap rangsangan yang dihasilkan oleh stimulus tadi.
Kemudian diceritakan bahawa James Lange teori mengkritik "common sense" teori mengatakan bahawa situasi diikuti oleh reaksi tubuh dan akhiri dengan emosi. Selepas itu pula, terdapat satu teori menentang pula teori James Lange ini iaitu Cannon Bard teori. Inilah yang terjadi apabila para bijaksana berlainan pendapat. Namun begitu, bagi pendapat saya, saya menyetujui pendapat asal yang dikemukakan dalam "common sense" teori yang mengatakan bahawa situasi diikuti oleh emosi dan akhirnya dengan reaksi tubuh.
Situasi à emosi à reaksi tubuh
Di sini saya ingin mengemukakan satu contoh, apabila saya berada di dalam ketakutan. Contoh yang paling mudah adalah apabila saya berhadapan dengan lipas(situasi). Emosi saya akan berubah, otak member stimulus bahawa itu adalah haiwan yang saya takuti(emosi), dan akhirnya, saya membuat reaksi tubuh. Pertama sekali saya menjerit sekuat hati, kemudian saya berlari ke tempat lain, dan akhir sekali saya akan memanggil ibu atau kawan-kawan saya untuk membunuh lipas tersebut. Ya, ini adalah turutan yang saya setujui. Oleh itu, saya bersetuju dengan Cannon Bard teori. Ini lebih memudahkan saya untuk memahami turutan emosi. Dan ini juga adalah sesuatu yang mengikut sains asas manusia.
Di dalam kognitif teori, ada mengatakan bahawa emosi boleh dialirkan kepada orang lain. Benar, contohnya apabila kita mendengar berita sedih daripada kawan kita, emosi kita turut terganggu dan kita sama-sama menumpang rasa kesedihan itu.
Kesimpulannya, terdapat banyak teori yang dikemukakan. Namun begitu tiada yang kita boleh labelkan sebagai salah. Kita perlu menghormati semua teori dan belajar mengenainya.
No comments:
Post a Comment