TAN LI FEN A131517 LJ04
Salam Satu Malayia dan salam sejahtera saya ucapkan.Pada 17 Ogos 2011(Rabu), saya telah menghadiri kuliah yang dikendalikan oleh Dr.Zamri.Pada hari tersebut, Dr. Zamri datang agak lambat atas sebab-sebab tertentu dan kami memulakan kelas agak lewat sedikit.Pada mulanya, Dr Zamri telah memberi penerangan bagi tugasan kumpulan.Dr.Zamri juga member tunjuk ajar tentang cara mengisi borang pendaftaran kumpulan dan borang PENKALAN(Penilaian Rakan Sekumpulan).Selain itu,Dr Zamri memgingati kami supaya jangan meniru hasil kerja orang lain dengan menunjukkan cara mengesan jurnal yang didapati plagiarisme. Selain itu, kami telah diperkenalkan dengan power point baru yang belum pernah digunakan sebelum ini.
Objektif kuliah tersebut bertujuan untuk memahami apa itu motivasi dan di samping memahami perhubungan di antara emosi dan motivasi.Emosi boleh didefinisikan dengan berpandu kepada nada efektif sama ada dalam bentuk positif ataupun negatif tetapi tidak mungkinnya dalam bentuk neutral. Terdapat empat komponen yang dirangkumi dalam emosi manusia.Ini termasuklah perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan.Emosi llebih luas maknanya daripada perasaan.Motivasi pula merupakan aspek tingkah laku yang didorong oleh emosi dalam proses mencapai sesuatu dalam kehidupan seseorang . Berikut merupakan beberapa teori yang berkaitan dengan emosi dan motivasi. Menurut Baron dan Logan,1993 emosi mempunyai hubungan yang rapat dengan motivasi dan emodi tidak boleh dipisahkan dengan motivasi. Lang et al 1992 pula menyatakan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Sebagai contohnya,kebencian yang mendalam terhadap seseorang atau ketamakan atau nafsu yang tidak dapat dikawal akan menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu yang tidak bermoral.Lebih serius lagi mungkin akan menyebabkan pengorbanan nyawa orang lain seperti kes pembunuhan dan aktiviti keganasan. Tambahan pula, perasaan cinta mampu memotivasikan seseorang itu sanggup melakukan sesuatu seperti menghantar mesej, membalas mesej,menelefon,memberi hadiah dan menditi rumah tangga.Justeru itu,emosi memang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kami.Walaubagaimana pun, tidak kesemua emosi ini yang menjadi pedorong dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi.Sebagai contohnya,kebanyakan pelajar kuat belajar kerana motivasi untuk mendapat pencapaian yang lebih tinggi dan orang ramai makan kerana lapar.Ini menunjukkan bahawa motivasi juga memain peranan dalam penentuan perlakuan kami.
Menurut James Lange's Theory,sesorang itu biasanya akan dirangsangkan oleh sesuatu perkara,Selepas itu,seseorang itu akan menghadapi kesedaran dan juga perubahan fizikal terhadap rangsangan yang dihadapi.Akhirnya,emosi subjektif akan ditunjukkan.Sebagai contohnya,apabila saya ternampak satu tikus terlalu di dapur.Saya akan terperanjat dan berjerit ketakutan akibat terperanjatan dan ketakutan terhadap tikus.Seterusnya mula berpeluh.jantung berdegup cepat dan tergagap.Semua ini merupakan perubahan fizikal apabila sedar akan sesuatu perkara. Canon-Bard pula mengatakan bahawa organ-organ yang akan menghasilkan tindak balas badan kita.Hal ini demikian kerana badan kami bertindak secara perlahan terhadap sebarang stimuli.Manakala pula emosi berlaku secara cepat selepas terdapatnya sesuatu stimulasi.Emosi merupakan keadaan yang sedar akan sesuatu perubahanan.Ia melibatkan perubahan air muka,tubuh,aktiviti otak, penilaian kognitif,perasaan subjek,kemampuan terhadap sesuatu tindakan.Semua ini juga dibentuk oleh pengaturan budaya seseorang.Selain itu,emosi merupakan respon adaptif terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling dan membantu kami untuk berkomunikasi dengan orang lain berdasarkan niat kami.Emosi juga menjadikan kami bersedia terhadap sesuatu tindakan yang hendak diambil seperti menyelesaikan masalah,bergerak ke suatu tempat yang selamat, menghadapi masalah dan sebagainya.
Menurut Mook,1996 ,motivasi merupakan rangsangan melakukan sesuatu perkara daripada perkara yang lain. motivasi secara asalnya boleh didorong oleh faktor luaran,yang dikenali sebagai insentif ataupun faktor dalaman iaitu pendorong. Faktor dalaman inilah merupakan dorongan dalaman yang mengakibatkan sesuatu sifat dan tingkah laku itu berlaku.Melalui system homeostasis, badan manusia akan cuba sedaya upaya mengekalkan kestabilan sistem fisiologi dan keadaan sekeliling dalam badan. Sebagai contohnya, seseorang akan bertindak sesuatu yang berada di luar kawalan dan hilang kesabaran diri sekiranya sistem badannya dalam keadaan menjadi tidak seimbang.Faktor dalaman berada dalam kawalan hypothalamus iaitu ssesuatu komponen yang memainkan peranan penting dalam otak manusia. Faktor luaran,insentif pula merupakan matlamat luaran yang menolak atau menarik sesuatu kecenderungan seseorang untuk bertindak. Selain itu,faktor luaran boleh dikategorikan kepada faktor kewangan dan juga faktor bukan kewangan yang menjadikan satu motif yang menjadi punca atau akibat kepada sesuatu tindakan yang diambil.Secara umumnya, terdapat tiga komponen dalam faktor luaran ini.Ini termasuklah kewangan, moral dan paksaan. Selain itu, Theory of Motivation dikatakan adalah berasaskan Humanistic theory—hierarchy of needs. Dalam hierarki ini,ia jelas menunjukkan bahawa tahap keperluan manusia terhadap sumber asas kehidupan seperti tempat tinggal,minuman dan makanan. Manusia juga didapati memerlukan perhubungan yang mesra sesame rakan. keluarga dan orang yang tercinta.Selain itu, manusia juga memerlukan keselamatan,pencapaian diri dan perasaan memiliki sesuatu benda.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa emosi mempunyai hubungan yang rapat dengan motivasi.kedua-dua element ini merupakan sesuatu yang saling bergantung dan tidak dapat dipisahkan.Emosi menekan kesedaran manakala motivasi menekan tindakan yang diambil. Menurut Schacter Cognitif theory pula yang merangkumi Misattribution,Transfer of Excitation dan Cognitif Appraisal.Konsep Misattribution membawa maksud salah tafsir atau salah faham.Apabila berlakunyasesuatu salah faham,ia akan mendatangkan banyak perkara yang negatif seperti aktiviti keganasan dan pembunuhan akibat perselisihan faham.Sebagai contohnya.kadang kala kami akan mengganggap sesorang wanita yang wanita yang kelihatan murung,gelisah atau panas baran merupkan premenstrual syndrome.Namun begitu,ada kalanya pentafsiran ini adalah salah dan mudah menyebabakan berlakunya salah faham.Dalam pertengahan kelas hari ini, Dr, Zamri juga menunjukkan sebuah video klip bertajuk "bangkit asal" nyanyian Halim Yazid. Lagu ini agak menyentuh hati orang ramai.Lirik lagu tersebut mengenai, kehidupan susah dan rintangan yang terpaksa dialami oleh sesorang.Lagu ini memang banyak memberi pengajaran dan memberi kesedaran tentang kesusahan hidup dan kegigihan menghadapinya demi mencapai kejayaan.
Secara Kesimpulannya, emosi dan motivasi merupakan dua element yang penting dalam kehidupan kami.Emosi dan motivasi memang saling bergantung dan memainkan peranan yang pernting.Seseorang yang bermotivasi tinggi dan mampu mengawal emosi dengan baik akan dapat mewujubkan kehidupan yang harmoni dan sejahtera.Kecerdasan emosi mampu mewujubkan badan yang sihat.Sesorang yang bermotivasi juga akan mempunyai potensi yang tinggi untuk mejayakan sesuatu dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Justeru itu,pengurusan emosi yang baik memang penting kepada sesorang individu.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment