Saturday, August 20, 2011

A131621 TAN YUET YANG LJ04

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.  Dalam kuliah keempat ini yang diadakan pada 17 Ogos 2011,bermula pada 2 hingga5 petang yang diadakan di dewan kuliah 1, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur saya telah didedahkan dan diajarakan topik yang bertajuk " Emosi dan Motivasi".  Dalam jurnal keempat ini, saya akan menerangkan hubungan yang berkaitan dengan emosi manusia dan bagaimana emosi seseorang itu dapat memotivasikan dirinya serta menghasilkan seorang insan yang lebih cemerlang dan seimbang. Tetapi sebelum memasuki topik yang terbaru ini, pensyarah kami, iaitu Dr. Zamri memulakan sesi kuliah tersebut dengan menerangkan dan memberi taklimat tentang tugasan baru kami yang merupakan satu tugasan secara berkumpulan. Beliau telah menjelaskan prosedur-prosedur dan tarikh penghantaran tugasan ini dengan teliti supaya pelajar-pelajar tidak akan menghadapi masalah semasa menjalankan tugasan ini. Antara topic-topik tugasan yang menarik adalah kesan tsunami, pemimpin yang berwibawa dan lain –lain lagi.

Selepas penjelasan tentang tugasan kumpulan diberi, kuliah telah disambungkan . Seperti biasa, kuliah pengurusan emosi ini akan selalu bermula dengan sebuah video yang menarik. Video kali ini mengisahkan tentang kisah kehidupan seorang pelajar daif yang berkerja keras untuk mencapaikan kejayaan dalam kehidupannya.Kali ini saya ingin mengupas tentang beberapa isi-isu menarik yang telah diutarakan di video tersebut. Tetapi sebelum itu, pada mulanya, saya mengalami kesusahan untuk memahami inti pati viedo tersebut kerana bahasa yang digunakan adalah loghat Kelantan ataupun Kelateh, namun, kewujudan sarikata yang disediakan telah memudahkan saya memahaminya Video tersebut amat menyayatkan hati dan menyedihkan kerana video itu mengisahkan cerita tentang seseorang pelajar miskin yang bersusah payah demi untuk mencapai impian dan cita-citanya.Pada pendapat saya itu merupakan satu contoh terbaik yang patut dicontohi dalam diri setiap pelajar terutama pelajar perubatan tahun dua Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2010- 2015. Dalam video tersebut Halim Yazid iaitu pencipta dan pengubah lagu tersebut telah menceritakan tentang cabaran kehidupnya yang amat daif pada satu ketika dahulu. Walaupun beliau terpaksa mengharungi begitu banyak pancaroba dalam kehidupan beliau yang mampu menjatuhkan dan melemahkan semangat beliau, namun pada akhirnya beliau telah berjaya mendapatkan segulung ijazah atas usaha keras beliau serta sikap beliau yang tidak mudah berputus asa .Hasilnya, beliau telah berjaya menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti terkenal iaitu Universiti Malaya.Usaha beliau yang keras dan utur telah menjadi motivasi yang baik untuk saya dan saya berpendapat bahawa penyiaran video ini sebagai pengenalan kepada topik kuliah hari ini adalah sangat sesuai dan bertepatan.

Selepas tayangan video tersebut, kuliah ini telah bermula dengan pendefinisian topik hari ini.Sebenarnya, emosi merupakan suatu nada yang efektif dalam bentuk yang positif ataupun negatif, dan ia tidak akan bersifat neutral. Terdapat empat komponen dalam emosi manusi, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Oleh sebab itu, emosi mempunyai makna yang sangat luas sekiranya dibandingkan dengan perasaan. Motivasi pula merupakan aspek tingkah laku yang didorong oleh emosi dalam proses untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan seseorang. Menurut Baron dan Logan, 1993 emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Di samping itu, Lang et al, 1992 turut mengatakan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Dengan erti kata lain, emosi berkait rapat dengan motivasi dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh, perasaan cinta akan meyebabkan seseorang dimotivasikan untuk menjaga hubungannya dengan orang yang tersayang dan menlindunginya. Namun begitu, emosi yang menjadi sebagai pendorong utama tidak boleh dilihat dalam setiap keadaan. Hal ini disebabkan semua tingkah laku yang berdasarkan emosi  bergantung kepada diri seseorang itu dan berlainan dari satu individu ke individu yang lain.

Selepas itu, Dr. Zamri juga menerangkan dan menjelaskan topik-topik tentang "Teori-Teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik" yang merangkumi dan mengandungi beberapa teori serperti James-lange theory, Cannon's challenge dan two-factor theory. Dalam teori fisiologikal, ahli teori fisiologikal menekankan bahawa emosi merupakan satu produk otak dan sistem saraf kita. Asalnya adalah dari fisiologikal reaksi terhadap rangsangan. Teori James-Lang merupakan teori psikologi tentang pengalaman emosi yang dihasil dan dicadangkan oleh William James pada tahun 1884. Kemudian, teori ini disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887 dan teori ini menjadi teori James-Lange berasaskan nama dua cendekiawan ini pada kurun ke-19. Dalam teori ini, ia menyatakan bahawa manusia, untuk menunjukkan tindak balas kepada pengalaman diri sendiri di dunia ini, akan mengaktifkan sistem saraf automatik dalam badan untuk mewujudkan reaksi fisiologi seperti ketegangan otot, peningkatan dalam kadar jantung, kadar pernafasan meningkat, berpeluh, muka menjadi merah menjadi lain-lain lagi.

 

Walau bagaimanapun, teori James-Lange telah dicabar dan ditolak oleh  ahli psikologi Walter Cannon dan Philip Bard. Beliau mengatakan bahawa sistem organ manusia yang merangsang respons emosi bertindak lambat terhadap rangsangan. Reaksi emosi mengikuti rangsangan dengan cepat.  Kemudian pada tahun 1920,  teori Cannon-Bard theory of emotion yang menyatakan bahawa perubahan fisiologi adalah disebabkan oleh pengaruh emosi telah diformulasikan. Teori Cannon-Bard mencadangkan bahawa rangsangan dalaman dan luaran akan dihantar ke otak kita dan sensasi emosi tertentu akan dihasilkan. Suatu rangsangan akan menyebabkan tindak balas badan dan sensasi emosi.

 

Teori yang ketiga ialah teori psikobiologikal dicadangkan oleh Jack Panksepp pada tahun 1982 dan 1992. Emosi asas adalah berkaitan dengan sesetengah litar neural. Beliau telah mencadangkan empat emosi asas iaitu fear, rage, panic and expectancy, yang berkaitan dengan sistem arahan dalam otak. Keempat-empat emosi asas tersebut berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain. Panksepp juga menyatakan bahawa neurochemical yang khusus mungkin berkaitan dengan banyak sistem arahan emosi, seperti dopamine berkaitan dengan sistem expectancy manakala acetycholine berkaitan dengan sistem rage. Pada tahun 1998, Panksepp mengenal pasti sistem emosi asas berdasarkan struktur dalam sistem limbic kita. Walaubagaimanapun, Magda Arnold bersoalan tentang asas bagi tempat litar emosi yang thelah dicadangkan pada tahun 1960

 

 

  Di samping itu, terdapat beberapa teori dan konsep yang menceritakan fungsi emosi. Dalam konsep pertama, ia mengatakan motivasi boleh didorong oleh faktor luaran iaitu Incentives, Faktor luaran yang dikatakan merangkumi faktor kewangan dan bukan kewangan yang mendorong kepada motif untuk sesuatu tindakan sebagai punca mencari alternative. Selain itu, faktor luaran iaitu Drive juga merupakan salah satu pendorong. Dalam faktor luaran, sesusatu perubahan kepada sistem penyesuaian badan iaitu haemostasis mengalakkan badan untuk seseorang individu tersebut mempunyai reaksi selari degan perubahan dalam sistem tersebut.  Selain itu, teori motivasi juga berasaskan Humanistic theory iaitu hierarchy of needs yang dicadangkan oleh  Abraham Maslow. Dalam hieraki ini, kita dapat mengetahui tahap keperluan manusia terhadap sumber asas kehidupan seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Selain itu, terdapat juga keperluan fisiologi dan perasaan untuk memuaskan sendiri  yang terletak d atas tahap tertinggi dalam hieraki tersebut.

Emosi bukan sahaja boleh memotivasikan kita, ia juga boleh menjejaskan kita. Oleh sebab itu, kita perlu mengawal emosi kita dengan baik agar potensi positif maximumnya boleh ditonjolkan manakala potensi negatifnya dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment