Salam Sejahtera. Ini merupakan kali keempat saya menulis jurnal ZT tentang kelas ZT kelima yang saya menghadiri. Kelas tesebut yang berlangsung pada 17/8/2011 (Rabu) agaklah lewat berbanding dengan kelas biasa. Kelas hari itu bermula pada pukul 2.30 petang berbanding dengan kelas yang biasa bermula pada pukul 2 petang oleh sebab kelewatan Dr. Ahmad Zamri Mansor. Sebelum kelas bermula tanpa kehadiran Dr. Zamri, ketua pun telah meminta setiap kumpulan PBL berkumpul untuk memilih tajuk untuk Tugasan ZT 2 sebelum Dr. Zamri tiba supaya kita tidak membuang masa. Selepas Dr.Zamri tiba, Dr. Zamri pun memulakan kelas ZT.
Sebelum Dr. Zamri memulakan pembelajaran, Dr. Zamri telah memuji kelas kami kerana menyiapkan jurnal-jurnal sebelum ini dengan baik. Beliau bukan sahaja memuji kami yang telah sempat menyiapkan jurnal-jurnal dalam masa yang ditetapkan, namun beliau juga memberi contoh jurnal yang disiapkan dalam kalangan kami yang ditulis dengan baik. Kami semua amat gembira dengan pujian Dr dan ini mendorong kami supaya membuat jurnal dengan lebih baik dalam masa yang akan datang. Selain itu, Dr. Zamri juga memberitahu cara beliau mengesan jurnal yang menyalin sumber yang lain. Selepas mendengar cara tersebut, saya berasa lega kerana saya tidak berbuat demikian iaitu menyalin jurnal atau sumber lain sebulat-bulatnya. Namun, saya pecaya rakan-rakan yang lain juga tidak akan berbuat demikian kerana kami sebagai pelajar perubatan yang bercita-cita menjadi doktor pada masa yang akan datang tidak akan membuat perkara yang tidak bermoral.
Selepas itu, Dr. Zamri pun memulakan pembelajaran dengan topik bertajuk "Emosi dan Motivasi" . Kami dikehendaki memahami apakah itu maksud "motivasi" sebenarnya dan kaitan antara emosi dan motivasi. Perkataan "motivasi" dalam konteks Bahasa Melayu adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu"motivation".Antara perkataan yang mempunyai maksud yang dekat dengannya ialah seperti motif atau tujuan. Perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, ia boleh menjadi penggerak utama seseorang bersungguh-sungguh untuk mencapai atau mendapat sesuatu yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif. Emosi pula adalah sesuatu respons terhadap sesuatu perangsang yang boleh menyebabkan atau mendorong kita untuk membuat langkah seterusnya seperti dari segi fizikal. Pada pendapat saya, motivasi adalah sesuatu kehendakan atau sesuatu motif sebelum kita buat sesuatu perkara, dan sebab kehendakan atau motif tersebut termuncul dalam fikiran kita adalah kerana emosi kita yang termuncul dalam fikiran kita sebelum itu. Emosi itulah yang merangsangkan fikiran kita untuk mendorong kita membuat sesuatu perkara seterusnya. Sebagai contoh, apabila kita berasa marah, kita akan mudah memarahi orang lain seterusnya mungkin terjadinya pergaduhan atau pembunuhan. Apabila kita berasa gembira, kita akan terfikirnya sesuatu yang boleh menyambutnya untuk menyampaikan perasaan kita seperti menari, bersorak dan sebagainya.
Emosi terdapat empat komponent iaitu perasaan (a feeling state), proses kognitif (cognitive process), physiological changes (perubahan fisiologi), dan associated behavior (tingkahlaku berkaitan). Menurut seorang pakar kecerdasan emosional bernama Daniel Goleman, emosi merujuk kapada sesuatu perasaan atau fikiran yang khas, suatu keadaan biologis atau fisiologis, dan serangkaian kecenderungan untuk bertindak. Baron & Logan, (1993) juga mengatakan emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Lang et al (1992) juga mengatakan bahawa emosi sebagai motivasi tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Pada pendapat saya, emosi boleh menjejaskan motivasi atau tingkahlaku kita dan sebaliknya motivasi juga boleh menjejaskan emosi kita. Apabila kita mempunyai tujuan atau motivasi untuk menjalankan sesuatu perkara, emosi kita seterusnya akan terjejas. Sebagai contoh, apabila kita membuat keputusan untuk melancong ke sesuatu tempat, hati kita akan berasa gembira dan teruja-uja. Perkara ini juga dikaitkan dengan perubahan fisologi seperti ketawa dengan gembira, mendapat mimpi yang sedap semasa tidur dan sebagainya.
Namun, bukan semua emosi boleh menjadi pendorong atau mendatangkan motivasi dan bukan semua motivasi boleh menyebabkan perubahan emosi. James-Lange Theory dan Cannon's Challenge membuktikan perkara tersebut. Dalam James-Lange Theory, ia mencatatkan bahawa emosi termuncul lebih kepada perubahan fisiologi dan mungkin bukan disebabkan sebab sebenarnya. Sebagai contoh, apabila kita terlihat seekor beruang, kita akan berasa takut (emosi) dan dengan tidak sedar diri, kita akan terus berlari tanpa berfikir. Ini terjadi kerana kita sudah menganggap bahawa beruang ialah binatang yang ganas dan bahaya, bukan kerana kita tajut kepadanya. Berlari-diri bukanlah motivasi atau tujuan sebenar kita tatapi perubahan fisiologi terhadap emosi kita yang mengawalnya dan seterusnya meyebabkan ia terjadi. Oleh itu, teori ini menyatakan bahawa emosi tidak sememangnya mendatangkan motivasi kerana ia mungkin juga dijejaskan oleh faktor lain seperti faktor perubahan fisiologi. Teori terakhir iaitu "Two-Factor Theory" menyatakan bahawa apabila kita menerima ransangan, kita akan mengalami perubahan fisiologi tambah dengan label kognitif untuk menimbulkan rangsangan terlahirnya emosi. Teori-teori yang tersebut di atas membuktikan bahawa emosi dapat menolong badan kita untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan dan setuerusnya membantu kita mengambil tindakan seteruanya untuk menangani keadaan tersebut.
Dalam pertengahan kelas hari itu, Dr, Zamri juga menunjukkan sebuah video klip bertajuk "bangkit asal" nyanyian Halim Yazid. Lirik kagu tersebut adalah mengenai kehidupan yang susah yang dialami oleh beliau dan betapa susahnya beliau melanjut pelajaran ke universiti tempatan Malaysia. Beliau juga telah menceritakan dalam liriknya tentang duka citanya semasa meninggalkan ibu-bapa dan adik-adik di kampung untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti. Apa yang boleh saya memerhatikan ialah emosi semua pelajar kalangan kami telah berubah menjadi sedih dan ada dalam kalangan mereka yang mengalirkan air-mata apabila menonton video klip tersebut. Saya rasa mereka mempunyai perasaan yang sama dengan saya iaitu sedih mengingati keluarga yang berada di kampung dan masa sebelum ini apabila kami terpaksa meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran ke UKM di Kuala Lumpur.
Kesimpulannya, saya telah mempelajari lebih banyak ilmu tentang emosi dan kaitan antara emosi dan motivasi melalui kalas hari tersebut dan ini amatlah berguna kepada saya dari segi pengurusan emosi.
No comments:
Post a Comment