DINIE HAIQAL BIN AZHAR A130302 LJ04
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Zamri dan sesiapa sahaja yang sudi membaca Learning Journal Pengurusan Emosi yg keempat ini. Pada 17 Ogos 2011,kuliah yang disampaikan adalah mengenai "Emosi dan Motivasi". Pada pendapat saya kuliah ini adalah menarik kerana mungkin kita akan tahu apakah hubungan di antara emosi dan motivasi? Emosi apakah yang akan lebih memotivasikan kita sebagai peajar perubatan untuk menjadi lebih rajin? Adakah emosi negatif akan menyebabkan pelajar berasa kurang motivasi untuk belajar?
Pada kuliah sebelum ini iaitu pada 10 ogos 2011,kami telah didedahkan dengan emosi positif dan emosi negatif. Emosi yang kita alami setiap hari tidak pernah neutral,emosi hanya akan menjadi positif atau negatif,itu sahaja. Berbalik kepada kuliah "Emosi dan Motivasi", perkataan "Motivasi" bermaksud sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif. Jadi emosi dan motivasi akan datang seriring dan sejalan dalam diri setiap insan. Selain itu,motivasi juga merupakan faktor-faktor luaran serta faktor-faktor dalaman yang membuatkan seseorang mempunyai tingkah laku tertentu atau berbuat sesuatu tindakan, Atau motif di sebalik setiap tindak-tanduk manusia. Emosi yang dialami oleh seseorang boleh menjadi satu daya tolakan atau pendorong atau MOTIVASI bagi kita untuk membuat sesuatu perkara. Contohnya, apabila saya berasa sedikit tertekan atau sedih, saya tidak memilih untuk terus diam dan bersedih seorang diri tetapi saya akan memilih untuk menceriakan diri saya dengan melakukan apa yang saya suka,iaitu bermain game Fifa 11. Jadi tindakan saya bermain game adalah disebabkan oleh emosi saya yang tidak gembira itu tadi. Contoh lain seperti apabila saya berasa gembira, saya akan menjadi lebih rajin dan ada "mood" untuk belajar.
Motivasi boleh dilahirkan secara semulajadi dengan initiatif sendiri atau pun dengan pengaruh luaran atau pengaruh persekitaran seperti manusia di sekeliling kita. Contoh yang positif seperti apabila seseorang itu di puji atas prestasi kerja di pejabat,semestinya beliau akan menjadi lebihbermotivasi dan work rate beliau akan meningkat. Tapi harus diingat bahawa kritikan yang diterima tidak semestinya akan membawa kepada penurunan prestasi kerja. Sebagai contoh akibat kritikan yang diterima,seseorang itu mungkin akan lebih bermotivasi untuk menunjukakan atau membuktikan bahawa pengkritik-pengkritik tersebut salah mengenai kritikan mereka. Ini semau adalah berdasarkan konsep dorongan,"drive" atau insentif.
Kebudayaan juga dapat memainkan peranan yang penting dalam perubahan fisiologikal,penilaian kognitif,tingkah laku dan perasaan untuk bertindak. Masyarakat sekeliling kita akan mempengaruhi emosi dan motivasi kita. Contohnya bagi yang tinggal di kampung-kampung seperti saya, penduduk kampung yang mementingkan budaya sopan santun dan semangat kejiranan akan membuatkan emosi kita sentiasa positif. Emosi yang positif seperti kegembiraan akan membuatkan kita gembira dan senang hati untuk membuat sesuatu pekerjaan. Lebih-lebih lagi masyarakat di kampung yang lebih penyayang dan mesra yang selalu menunjukkan riak muka yang ceria dan secara langsung akan membuatkan kita lebih selesa lalu menjadi lebih bermotivasi untuk bekerja. Secara ringkasnya, emosi yang positif dapat membawa kepada motivasi yang positif.
Dr Zamri juga menggunakan buku "Men Are From Mars,Women Are From Venus" sebagai contoh untuk menceritakan bahawa lelaki dan wanita mempunya banyak perbezaan antara mereka. Dari segi fizikal hinggalah dari segi mental,dari segi pemikiran dan tindak-tanduk adalah berbeza. Saya belum pernah membaca buku ini tetapi daripada apa yang saya dengar dari seorang rakan, lelaki dan wanita mem punyai perbezaan yang ketara dalam semau aspek. Wanita lebih kepada seorang pemikir tetapi lelaki lebih kepada seorang "pembuat". "Don't think,just do",inilah lelaki. Perempuan juga lebih mementingkan perkara yang nampak remeh di mata seorang lelaki. Dan wanita juga tidak faham tentang minat lelaki,contohnya kenapa lelaki lebih memilih untuk menonton perlawanan bola sepak daripada bersama teman wanita sendiri untuk membeli belah. Lelaki dan wanita juga mempunyai cara yang berlainan untuk menguruskan emosi mereka. Kehendak atau keperluan juga berbeza dalam kalangan lelaki dan wanita.
Dorongan atau motivasi untuk melakukan sesuatu tindakan adalah berpunca dari emosi dan menurut Bickhard(1997), tindakan yang bakal dilakukan pada masa yang akan datang ditentukan oleh motivasi seseorang. Seperti yang saya terangkan di atas, emosi membawa kepada motivasi yang seterusnya mempengaruhi apakah tindakan kita yang seterusnya. Antara konsepnya adalah seperti konsep self-motivation atau motivasi sendiri,"drive,pendorong atau insentif yang saya terangkan di atas. Insentif adalah terdiri daripada faktor yang membawa kepada sesuatu motif yang akan mempengaruhi tindakan atau yang menjadi punca mengapakah seseorang itu bersikap seperti demikian. Contoh-contoh insentif seperti kewangan,paksaan dan sebagainya.
Dan apabila saya hampir terlena dalam dewan kuliah,saya dikejutkan nyanyian dikir barat oleh "Tok Jogho" terkenal iaitu Halim Yazid dari negeri saya,Kelantan men"juara"kan lagu "Bangkt Asal". Saya sungguh meminati lagu ini,di zaman persekolahan kami sering perform semasa perhimpunan sekolah dan semasa event rasmi sekolah. Lagu Bangkit Asal ini mengisahakan beliau seperti menceritakan tentang asal-usul beliau,menceritakan kesusahan beliau. "Bangkt" di sini bermaksud "menceritakan semula" atau "mengingati semula". Sekurang-kurangnya Halim Yazid tidak lupa diri meskipun setelah mencapai kejayaan-kejayaan seperti mendapat ijazah. Inilah yang harus kita ingat, setinggi mana pun tahap pelajran kita,sekaya mana pun harta kita,kita janganlah lupa kepada asal-usul kita,jangan lah menjadi bongkak dan lupa diri.
Tajuk kuliah yang kedua pula adalah emosi dan hubungannya dengan fisiologi,kognitif dan psychobiological. Antara terosi yang menceritakan perkara ini adalah seperti teori James-Lange,iaitu "seseorang itu akan mengalami perubahan fisiologi dahulu dan kemudian diikuti dengan perubahan pada anggota badan yang menyebabkan kita bertindak". Selain itu,teori "common sense" pula adalah teori yang menceritakan bahawa situasi yag dialami adalah pencetus kepada emosi yang seterusnya akan melahirkan reaksi fisiologi. Teori Cannon-Bard pula mengkritik teori James-Lange kerana mereka mempercayai bahawa emosi dan reaksi tubuh berlaku SECARA SERENTAK,mereka menafikan bahawa reaksi tubuh bukanlah pencetus kepada perubahan emosi.
Selain itu,teori psychobiological yang dicadangkan oleh Jack Panksepp pula menceritakan tentang keadaan psikologikal dan biologikal dalam badan merupakan faktor penentu kepada motivasi kita. Emosi yang dialami akan menghasilkan hormon seperti dopamin yang akan mempengaruhi perubahan fisiologi dalam badan kita. Teori kognitif pula menceritakan tentang pentingnya fikiran kita dalam menentukan emosi mana yang akan dialami. Minda atau fikiran kita yang akan melabel dan interpretasi peristiwa yang dialami berdasarkan pengalaman masa lalu.
Kesimpulannya, adalah penting untuk kita faham bahawa emosi dan motivasi datang secara semulajadi dan berkait rapat antara mereka. Penting juga bagi kita untuk terus mengekalkan emosi positif dalam diri kerana emosi positif yang akan lebih memotivasikan kita untuk membuat sesuatu tindakan yang positif.
No comments:
Post a Comment