Saturday, August 20, 2011

A131652 Nurul Afiqah Binti Mohd Hatim LJ04 Emosi Memotivasikan

Assalamualaikun dan salam sejahtera
                Alhamdulillah bertemu lagi pada jurnal yang ke 4. Penulisan jurnal pada kali ini berkisar tentang apa yang telah saya pelajari semasa menghadiri kuliah pengurusan emosi pada rabu lepas bersamaan 17 Ogos 2011. Kuliah pada kali ini bertajuk emosi dan motivasi dan teori FKP. Apa yang telah saya pelajari serta pendapat saya tehadap tajuk-tajuk ini akan saya ketengahkan di dalam jurnal ini.
                Kuliah pada kali ini dimulakan dengan tayangan video yang bertajuk "Bangkit Asal" nyanyian Halim Yazid. Nyanyian ini menceritakan mengenai pengalaman hidup seorang anak kampung yang miskin dalam menghadapi liku-liku kehidupannya untuk terus mencapai kejayaan. Tanpa rasa putus asa anak kampung itu terus berusaha untuk mencapai kejayaan dan akhirnya beliau berjaya mendapatkan segulung ijazah. Pada pendapat saya, tayangan ini mampu untuk memberikan semangat kepada anak-anak muda kini untuk terus  berusaha tanpa putus asa dan tidak menjadikan kemiskinan sebagai batu penghalang kepada kejayaan sebaliknya menganggap kemiskinan dan kesusahan menghadapi kehidupan sebagai batu loncatan untuk kita terus mengecapi kejayaan dalam kehidupan.
                Seterusnya masuk kepada kuliah yang bertajuk emosi dan motivasi. Kuliah ini menceritakan huungan diantara emosi dan motivasi yang mana ianya merupakan 2 perkara yang berbeza tetapi mempunyai suatu hubungan yang mungkin tidak boleh dipisahkan. Kuliah dimulakan dengan  pendefinisian emosi dan motivasi. Emosi didefinisikan sebagai suatu nada efektif samada positif ataupun negatif dan tidak akan menjadi neutral. Motivasi pula memberi makna sebagai suatu fikiran yang mempunyai arah dan tenaga yang mencetuskan tingkah laku bagi mencapai sesuatu matlamat. Emosi secara umumnya mempunyai 4 komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Saya sendiri turut berpendapat bahawa emosi itu berkait rapat dengan motivasi seseorang. Sebagai contoh, perasaan sedih ketika mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan, menjadi satu motivasi kepada saya untuk terus berusaha menuntut ilmu dan bertawakal kepada Allah agar saya mendapat kejayaan dan seterusnya dapat meneruskan cita-cita saya sebagai seorang doktor suatu hari nanti.
                Berdasarkan kuliah ini, Baron dan Lagon (1993) ada menyatakan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Manakala Lang et al (1992) menyatakan emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh ialah motif pembunuhan berlaku untuk mendapatkan duit ataupun disebabkan oleh kebencian, yang mana kebencian merupakan suatu emosi,dan emosi ini telah memotivasikan seseorang itu sehingga sanggup membunuh. Selain itu, cinta yang merupakan suatu emosi akan memotivasikan seseorang itu untuk terlibat dalam tingkah laku tertentu seperti menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumah tangga.
Namun yang demikian, tidak dalam semua keadaan emosi akan menjadi pendorong dan tidak semua pendorong itu berasaskan kepada emosi. Terdapat motif-motif lain yang menyebabkan sesuatu tingkahlaku itu terjadi seperti motif lapar menyebabkan seseorang itu makan dan motif untuk mencapai kejayaan menyebabkan seseorang itu kuat belajar.
Samesa kuliah, saya turut diperkenalkan dengan beberapa teori  seperti James – Lange Theory, Cannon's Challenge dan Two Factor Theory. James-Lange Theory lebih menumpukan kepada emosi hadir selepas perlakuan. Manakala di dalam Cannon's Challenge pula, emosi yang akan menyebabkan sesuatu tingkah laku. Bagi Two Factor Theory pula, ianya menyatakan bahawa emosi wujud selepas perubahan fisiologi apabila menerima rangsangan. Menurut pendapat saya sendiri, saya lebih bersetuju dengan Two Factor Theory berbanding teori yang lain.
Berdasarkan kuliah kali ini juga, emosi merupakan suatu keadaan arousal yang melibatkan perubahan wajah dan badan, pengaktifan otak perasaan subjektif dan kecenderungan terhadap sesuatu tindakan. Aspek-aspek ini telah terbentuk disebabkan oleh adat budaya seseorang. Secara saintifiknya, emosi tindak balas badan untuk menyesuaikan diri di dalam sesuatu perkara yang berlaku di sekelilingnya. Emosi akan menyebabkan seseorang itu lebih bersedia untuk menghadapi sesuatu situasi dengan cara menghadapinya ataupun berlari untuk mengelak daripada situasi tersebut.
Seterusnya adalah motivasi. Berdasarkan kepada Bickhard (1997), motivasi merupakan suatu aspek pemilihan proses. Menurut Mook (1996), motivasi akan membuatkan seseorang melakukan sesuatu perkara tersebut berbanding perkara lain. Motivasi merupakan suatu faktor dalaman dan luaran sesuatu organisma itu yang menyebabkannya untuk bertindak dengan cara tertentu pada waktu-waktu yang tertentu. Konsep motivasi adalah "drive" yang merupakan suatu keadaan dalaman ataupun rangsangan  yang mengaktifkan kelakuan untuk mengurangkan suatu keperluan dan mengembalikan hemostasis tubuh. Drive kebanyakkannya terletak pada hypothalamus di dalam otak. Konsep yang seterusnya ialah insentif yang merupakan matlamat luaran yang akan menarik ataupun menolak seseorang untuk melakukan sesuatu konsep lain yang berkaitan dengan motivasi adalan instinc yang bererti motivasi itu adalah semulajadi. Seseorang itu juga akan bermotivasi untuk mengekalkan tahap arousal yang optimum. Selain itu, terdapat juga Humanistic Theory yang merupakan hieraki dalam keperluan yang termasuk dalan konsep motivasi.    
Insentif terdiri daripada banyak faktor samada kewangan ataupun bukan kewangan yang memberikan suatu motif terhadap sesuatu tindakan ataupun sebagai satu sebab untuk memilih sesuatu alternatif. Instinct pula merupakan sesuatu yang di warisi, ianya tidak dipelajari dan mewarisi bentuk reaksi ataupun tindakan yang tetap terhadap sesuatu rangsangan. Arousal merupakan suatu keadaan fisiologikal dan pshykologikal untuk berada di dalam keadaan sedar. Seseorang itu akan bermotivasi untuk mengekalkan tahap arousal yang optimum, tidak terlalu tinggi mahupun terlalu rendah. Motif ingin tahu membantu seseorang itu untuk memahami persekitarannya.
Bagi Humanistic Theories pula, Abraham Maslow mengatakan bahawa motif itu terbahagi kepada beberapa aras yang terdiri daripada keperluan asas kehidupan sehingga ke psikologikal dan keperluan diri sendiri.  Keperluan asas kehidupan terbahagi kepda dua iaitu keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan. Keperluan fisiologi seperti air, makanan dan rehat. Keperluan fisiologi pula adalah seperti dilindungi dan menjamin keselamatan. Keperluan psikologikal pula terdiri daripada keperluan memiliki dan keperluan kasih sayang seperti mempunyai pasangan hidup, keluarga dan rakan-rakan. Mempunyai pasangan hidup merupakan suatu yang penting kerana kepada mereka tempat untuk kita bercerita berkongsi kegembiraan ataupun kesedihan yang dialami.
Seterusnya adalah tajuk kuliah kedua yang membincangakn mengenai teori FKP. Teori ini terdiri daripada beberapa teori iaitu teori fisiologi, teori kognitif dan teori psikoanalisis. Menurut  teori fisiologi, emosi merupakan hasil produk daripada otak dan sistem saraf seseorang itu. 3 teori fisiologi telah dibincangkan dalam kuliah ini iaitu James-Lang Theory, Cannon–Bard Theory dan Psychobiological Theory. Bagi teori kognitif, ianya lebih mementingkan peranan pemikiran untuk memandu emosi seseorang. Salah satu teori yang terdapat di dalam teori ini ialah Schachter Theory yang mengatakan bahawa situasi yang melahirkan reaksi tubuh seseorang.
Akhir kalam, emosi sebenarnya sangat meluas sehingga mampu untuk mencetuskan motivasi, namun yang demikian emosi yang melampau mampu memberikan kemudaratan kepada diri sendiri dan juga orang lain disekeling kita. Oleh yang demikian, sama-samalah kita menimbang semula emosi kita samada ianya mampu memberikan sesuatu yang positif ataupun negatif.
Sekian.

No comments:

Post a Comment