Salam sejahtera. pada minggu lepas, iaitu 17 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi yang disampaikan oleh Dr. Zamri. Tajuk yang disampaikan pada hari itu ialah 'Emosi dan Motivasi' serta serba sedikit tentang teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoalalitif. Walaubagaimanapun, pada hari tersebut kuliah dimulakan dengan penjelasan tentang tugasan-tugasan yang perlu kami lakukan. Antaranya termasuklah tugasan dalam bentuk kumpulan di mana mengikut kumpulan PBL sendiri. Tugasan-tugasab telah dijelaskan dengan teliti bagi mengelakkan masalah berlaku sewaktu tugasan ini dijalankan.
Dalam kuliah, Dr Zamri telah menerangkan tentang apa itu maksud motivasi dan perhubungan di antara emosi dan motivasi secara teliti. Terlebih dahulu, kami diperkenalkan tentang definisi bagi emosi dan motivasi. Emosi bermaksud suatu nada efektif sama ada dalam bentuk positif dan negative, tetapi tidak akan menjadi neutral. Definisi bagi motivasi pula ialah suatu pemikiran yang mempunyai arah dan tenaga yang mencetus kepada tingkah laku bagi mencapai matlamat tersebut. Emosi boleh dibahagikan kepada empat komponen asa, iaitu perubahan fisiologi, perasaan, proses kognitif dan tingkah laku yang berkaitan.
Secara amnya, emosi lebih kuas maknanya dari perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi mengikut Baron dan Logan pada tahun 1993. Sebagai contoh, emosi kita yang mengandungi kebencian boleh mencetus motif pembunuhan bagi mendapatkan apa yang kita mahu daripada orang itu, seperti duit yang semakin hari semakin dipaparkan dalam masyarakat kita pada hari ini. Lang et al, 1992 pula membincangkan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, perasaan cinta terhadap seseorang. Percintaan itu buta, itulah yang menerangkan tentang sikap masyarakat pada hari ini terhadap percintaan. Cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkah laku tertentu seperti meng'sms',menelefon, member hadiah dan seterusnya juga mendirikan rumahtangga. Selainj itu, percintaan kadang-kadang juga boleh membawa kepada akibat yang tidak diingin seperti membunuh diri setelah berpisah dengan orang yang dia cintai. Keadaan ini sering kali berlaku di negara kita seperti mana yang telah berlaku di wilayah ini beberapa bulan yang lepas mengenai seorang pemuda yang membunuh diri setelah berpisah dengan kekasihnya. Berita ini disebar secara meluas melalui media massa seperti facebook.
Emosi sentiasa melibatkan ekspresi muka dan juga perubahan badan. Emosi juga merangsangkan otak dan menghasilkan perasaan dan tindak balas. Selain itu, emosi juga berfungsi sebagai reaksi badan kita terhadap situasi-situasi di sekeliling kita seperti reaksi melarikan diri apabila mendapati bahaya disekeliling kita. Keadaan ini lebih dikenali sebagai figth-and flight reaction. Seterusnya ia juga boleh membantu kita dalam berinteraksi dengan orang lain. Sebagai contoh, dalam keadaan sedih dan kecewa, seseorang itu lebih rela berseorang diri dan mendiamkan diri bagi menyenangkan emosinya. Berlainan pula bagi seseorang yang berada dalam keadaan yang gembira seperti semasa menang loteri. Emosi kegembiraan ini membolehkan dia mempunyai interaksi yang bagus dengan memberitahu kepada orang di sekelilingnya bahawa berita baik dia. Walaubagaimanapun, tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong (motivator) dan tidak semua pendorong (motivator) berasaskan kepada emosi. Sebagai contoh, kita belajar dengan tekun bukan berasaskan dengan emosi, sebaliknya ialah motif kita sendiri yang menginginkan kejayaan. Begitu juga makan. Kita makan bukan sentiasanya berkaitan dengan emosi walaupun emosi mungkin boleh mencetus kepada kita jumlah makanan yang kita makan. Dalam sesetengah keadaan kita makan sebab kita rasa lapar. Dalam motivasi, dia juga telah menerangkan tentang apa yang membuat seseorang itu berbeza dengan orang lain ialah proses pemilihannya, menurut Mook, 1996. Motivasi sentiasanya bergandung kapada faktor luaran dan dalaman yang boleh menyebabkan seseorang itu bertindak dengan berbeza pada masa yang tertentu. Dalam konsep drive, ia membawa maksud faktor dalaman yang membolehkan kita mengurangkan aktiviti kita ataupun dalam kata yang lain, mengurangkan homeostasis. System drive ini dikawal oleh hypothalamus. Selain itu, dalam konsep incentive, ia bergandung kepada satu faktor yang menyebabkan suatu motif bagi sesuatu perlakuan. Incentive ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu financial, moral dan coercive.
Di samping itu, Dr zamri juga menerangkan teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitif. Ahli teori fisiologikal menekankan emosi ialah produk primary yang dilahirkan oleh otak kita setelah respond dengan stimuli. James-lang teori ialh teori yang paling awal dalam menerangkan tentang emosi. Teori ini mempunyai hypothesis fisiologikal reaksi terhadap sesuatu stimuli akan mencetus kepada emosi. Selain itu, dalam the Cannon-Bard Teori pula, ia mengandungi kritikan terhadap teori James-Lang, iaitu organ system yang mencetus emosi respond bertindak sangat lambat manakala emosi itu bertindak lebih cepat. Sebagai konklusinya, fisiologikal reaksi sangat lambat untuk mencetus kepada respond emosi yang berlaku lebih awal daripadanya. Dalam teori yang seterusnya menyatakan bahawa hati dan perut tidak dapat menghasilkan kepelbagaian emosi. Antara contoh bagi Cannon-Bard Teori ialah apabila kita terlihat labah-labah. Emosi takut ini menyebabkan kita bernafas dengan cepat. Sekali lagi, keadaan ini berkaitan dengan fight and flight. Satu lagi contoh, apabila seseorang itu yang sememengnya fobia terhadap ketinggian akan menghasilkan emosi takut ini apabila berada di kawasan yang tinggi. Di samping itu, psikobiologikal teori yang diperkenalkan oleh Jack Panksepp, 1982,1992, menyatakan emosi berkaitan dengan sesetengah litaran neural. Beliau telah mencadangkan empat emosi asas iaitu fear, rage, panic and expectancy, yang berkaitan dengan sistem arahan dalam otak. Keempat-empat emosi asas tersebut berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain. Panksepp juga menyatakan bahawa neurochemical yang khusus mungkin berkaitan dengan banyak sistem arahan emosi, seperti dopamine berkaitan dengan sistem expectancy manakala acetycholine berkaitan dengan sistem rage. Pada tahun 1998, Panksepp mengenal pasti sistem emosi asas berdasarkan struktur dalam sistem limbic kita. Walaubagaimanapun, Magda Arnold bersoalan tentang asas bagi tempat litar emosi yang thelah dicadangkan pada tahun 1960. Pada tahun 1982 pula, James Averill mengatakan bahawa litar "hard-wired" mungkin tidak fleksibel untuk memainkan peranan dalam asas neurologi bagi emosi. Dalam teori kognitif, Schacter's Cognitive Labeling Theory, misattribution (kesilapan dalam menganggapkan sesuatu hasil daripada sesuatu yang lain), transfer of excitation dan cognitive appraisal theories telah diliputi. Schacter menerima teori yang telah dicadaongkan oleh James-lang tetapi beliau telah menambahkan factor kognitif dalam teorinya. Suatu situasi akan mencetuskan tindak balas badan dan selepasnya menghasilkan emosi dan penilaian kognitif. Sebagai contoh, dalam keadaan yang kritikal seperti apabila dalam kebahayaan, emosi ini membolehkan kita meyelamatkan diri kita sendiri di samping juga membantu orang disekeliling kita kerana kesedaran tentang keselamatan orang-orang lain.
Konklusinya, dalam kuliah hari itu, saya berasa bangga kerana dapat mempelajari banyak ilmu tentang teori-teori emosi. Saya berharap selepas ini saya akan menanam semangat menuntut ilmu yang lebih kuat.
No comments:
Post a Comment