Sebenarnya, emosi mempunyai hubungan yang rapat dengan motivasi. Emosi boleh digambarkan sebagai sesuatu keadaan yang melibatkan perubahan reaksi muka dan tubuh , pengaktifan bahagian otak, proses kognitif, perasaan subjektif dan kecenderungan terhadap sesuatu tindakan yang ditentukan oleh individu tersebut. Emosi juga berfungsi sebagai respons adaptasi sistem badan manusia terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Dengan erti kata lain, emosi boleh mempengaruhi kita dari segi tindakan dan pergerakan atau pelaksanaan sesuatu tugas. Namun, motivasi merupakan satu aspek tingkah laku yang mendorong seseorang itu untuk melakukan sesuatu yang diingini berdasarkan emosi-emosi yang tertentu. Motivasi itu merupakan elemen yang amat penting bagi meneruskan kehidupan kita dengan bahagia. Seseorang yang optimistik akan sentiasa bermotivasi dan menyempurnakan tugas yang diamanahkan dengan efisien dan seterusnya mencapai kejayaan dalam masa yang singkat. Sesungguhnya, konsep motivasi mengandungi pelbagai komponen. Antaranya ialah insentif , naluri , daya tuju , dan sebagainya. Insentif merupakan satu faktor yang dapat menimbulkan motif bagi hala tuju sesuatu tindakan atau pemilihan keputusan.
Insentif ini boleh diklasifikasikan kepada financial dan non-financial. Contoh insentif dalam bentuk financial melibatkan hadiah wang tunai , gaji yang lumayan , barangan berjenama yang mahal dan sebagainya manakala contoh insentif dalam bentuk non-financial pula ialah nilai ajaran moral, peluang bertemu dengan artis kegemaran, janji tentang perkahwinan daripada kekasih dan sebagainya. Naluri ialah sesuatu gerak hati yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi dalam setiap individu. Naluri boleh digambarkan sebagai sesuatu bentuk respons tindakan yang tetap terhadap stimuli. Memang tidak dapat dinafikan bahawa naluri amat penting bagi kita sebagai panduan hidup apabila kita hilang hala tuju dalam sesuatu peringkat hidup.
Di samping itu ,dalam Humanistic Theories, Abraham Maslow mencadangkan bahawa motif boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu dari keperluan hidup asas sehingga keperluan psikologi dan kepuasan sendiri. Dalam teori ini, keperluan hidup asas seseorang manusia perlu dipenuhi sebelum mencapai keperluan di peringkat seterusnya yang lebih tinggi. Namun, peringkat yang tertinggi dalam segi tiga Maslow ialah self-actualization. Self-actualization ini boleh membantu dalam perkembangan personaliti dan motivasi seseorang individu dalam kehidupan harian. Apabila sampai ke peringkat tersebut, seseorang itu akan mampu mengembangkan kebolehan dan potensinya ke tahap maksimum.
Bagi menyokong teori fisiologi tersebut , timbulnya teori James-Lange , teori Cannon-Bard ,teori psikobiologi dan sebagainya. Dalam Teori James-Lange yang diformulasikan oleh William James dan disokong oleh Carl Lange ini, satu hipotesis telah diwujudkan dengan menyatakan bahawa reaksi fisiologi badan terhadap sesuatu bahan rangsangan dapat merangsangkan pengalaman sesuatu emosi. Dalam konteks ini, emosi hanya akan timbul berikutan reaksi tubuh terhadap sesuatu keadaan.
Bagi teori Cannon-Bard pula, Cannon dan Philip Bard mencadangkan bahawa stimuli dalaman dan luaran boleh membawa kepada penghantaran impulse sensori ke kortek otak dan menghasilkan emosi. Dengan jelasnya, teori ini adalah berlainan daripada teori James-Lange. Urutan yang sepatutnya ialah sesuatu situasi akan diikuti dengan pengalaman emosi dan kemudiannya barulah diikuti dengan reaksi tubuh. Dalam The Cannon-Bard Theory, Walter Cannon mengatakan bahawa sistem organ yang menghasilkan emosi tindak balas dengan sangat perlahan terhadap ransangan. Tindak balas emosi terhasil dengan cepatnya mengikuti ransangan. Beliau mengatakan emosi asas berkaitan dengan litar neural dan mejadikan 4 emosi (fear, rage, panic and expectancy) sebagai emosi asas tersebut dimana keempat-empat ini akan bertindak balas antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain-lain emosi.
Selain itu , teori psikobiologi pula menyatakan bahawa terdapat empat emosi asas yang merangkumi emosi ketakutan , keberangan , panik dan expectancy dan semua jenis emosi tersebut adalah berhubung kait dengan sistem command dalam otak kita. Teori ini telah dijana oleh Jack Panksepp dan beliau juga mencadangkan emosi lain akan terhasil daripada interaksi antara sistem-sistem command dalam badan yang berbeza ini yang distimulasikan oleh neurotransmitter yang spesifik. Sebagai contohnya , neurotrasmitter acetylcholine dapat mengawal sistem command bagi emosi keberangan. Contoh-contoh neurotransmitter yang lain yang turut memberi pengaruh kepada sistem-sistem dalam otak ialah serotonin , noradrenaline , dopamine dan banyak lagi. Namun demikian , teori ini telah dibantahkan oleh pakar-pakar seperti Magda Arnold dan James Averill yang menyatakan bahawa "hard-wired" circuit berkemungkinan tidak begitu fleksibel untuk menjadi asas kepada konsep neurologi bagi proses penjanaan emosi.
Secara keseluruhannya,emosi memainkan peranan yang penting dalam memotivasikan diri kita sebagai seorang manusia. Manusia memerlukan motivasi untuk terus bersemangat dalam menjalani kehidupan seharian. Emosi dan motivasi memang berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Emosi merupakan kunci panduan hidup kepada motivasi diri agar dapat melakukan sesuatu tindakan dengan baik dan sempurna. Emosi menekankan arousal, manakala motivasi menekankan tindakan kita dalam sesuatu perkara. Tatapi dalam pelbagai keadaan, emosi tidak dapat di pisahkan daripada motivasi kerana saling berkait rapat. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment